Politik Ekonomi: Logik, Syiah, Polytheism.

Akhir-akhir ini, hanya golongan Syiah saja yang berani melawan penjajah di Timur Tengah. Pakai kepada Syiah ialah Iran. Apabila ada pihak di negara ini berbaik, sokong perjuangan Iran tadi, maka ada orang Islam di negara kita yang marah. Maka keluarlah segala bapak dalil kenapa Syiah itu sesat.

Mereka yang marah Syiah ini bezakan antara 2 perkara yang jelas jauh berbeza:
1) Beribadah dengan orang Syiah.
2) Bekerjasama dengan orang Syiah.

Apa yang dipanggil sebagai “Sunni” atau “Ahli Sunnah wal jamaah” bermasalah dengan cara Syiah beribadah. Justeru, kita cuma jauhkan daripada ibadah orang Syiah.

Golongan anti-syiah ini kalau kata jangan hampiri Syiah kerana kesesatanereka boleh berjangkit kepada kita, ini lagi tak logik.

Di Malaysia, ada orang bukan Islam. Hindu, Cina, dan Kristian. Mereka sembah lebih daripada 1 Tuhan. Mereka tak percaya Nabi Muhammad SAW, tak percaya Quran.

Tapi kita boleh berbaik, bekerjasama dengan penyembah berhala, atheis, dan Kristian yang dikata penyeleweng ajaran Nabi Isa. Tapi tak boleh berbaik dengan Syiah baca Quran yang serupa Quran kita dan sama mengaku “Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad itu Rasul Allah dan Rasul terakhir” ?

Yang lebih teruk akhir akhir ini, kita disuruh bersama orang bukan Islam ketika mereka buat ritual sembahyang mereka.

Isaac Newton, saintis paling berpengaruh dalam sejarah manusia, dalam tulisan diarinya tercatat:
“Tuhan telah hantar Muhammad kepada Arab untuk bawa mereka sembah 1 Tuhan.”
“Kesesatan paling besar ialah Konsep Trinity. Isa bukan Tuhan tetapi menyampai wahyu daripada Tuhan yang satu.”

Maknanya, Isaac Newton tu jelas sekali beriman kepada Syahadah Islam walaupun tak amalkan Islam. Lagi dekat dengan kita berbanding orang Cina dan India di Malaysia.

Apatah lagi Syiah. Secara logiknya, tak kisah lah nak merendahkan Syiah. Tetapi adalah salah besar meletakkan darjat Syiah lebih rendah, lebih jauh daripada orang Kristian, Cina dan Hindu di Malaysia.

Saya hidup pakai logik. Jadi saya sentiasa nilai sesuatu secara nisbi, relating kepada perkara yang saya dah ada pandangan sedia ada.

Kalau kita dah boleh beri seorang wakil Rakyat Cina (DAP) cukur kepala bayi Islam dalam tradisi Islam, dah suruh budak Islam duduk dalam gereja dan kuil untuk tengok sembahyang agama lain, adalah tak logik untuk kita larang orang Islam berbaik, bekerjasama dengan Syiah yang lebih dekat dengan kita!

Jika kita nak letakkan asas ideologi politik kita kepada agama, maka kita mesti konsisten dalam layanan. Kalau kawan sealiran politik kita bukan Islam, kita sehati sejiwa. Maka kita sepatutnya sehati sejiwa dengan Syiah yang akidah asas sama macam kita. Kalau kita tak nak kawan dengan Syiah sebab amalan agama mereka lain daripada kita, maka kita sepatutnya tak kawan dengan Cina dan Hindu yang akidah langsung tak sama dengan kita.

Tapi kalau nak kawan dengan Cina dan India, dan tak kawan dengan Syiah juga, maka jangan lagi guna agama langsung dalam politik. Guna lah ideologi yang bukan agama.

Cuma satu masalah saja. Bagi penyokong parti politik pelbagai kaum, jika nak ikut ideologi semata-mata, maka maka mereka akan dibogelkan. Sebab secara umumnya, ideologi politik barat terbahagi kepada 2, yakni kiri dan kanan. Sosial demokrasi, parti buruh, marhaen, populis dikira ideologi kiri (left wing) manakala parti ekonomi liberal, pasaran bebas, Kapitalisme dikira kanan (right wing). Kalau mereka pilih haluan kiri, akan bercanggah dengan kaum Cina yang cenderung ke haluan Kanan sebab mereka kuasai ekonomi negara. Yang kuasai ekonomi selalunya kapitalis dan pendokong pasaran bebas. Nak tak nak percanggahan ideologi ekonomi akan terbogel.

Jadi, jika ada Melayu dalam parti kerajaan misalnya yang guna agama untuk bantai Syiah, orang Cina lagi suka sebab ia memesong perhatian daripada percanggahan ideologi ekonomi antara Melayu dan Cina. Cuma Cina tak suka penggunaan agama untuk kenakan orang Cina. Tapi itu lah, kebanyakan apa berlaku tak akan ikut apa yang mereka nak.

Hezri Sardi

Leave a comment