Kapitalis = Scam

Kapitalis = Scam
(Hezri Sardi)

Berjaya Group, telah beri cadangan kepada kerajaan bagi menyelesaikan masalah perumahan rakyat. Masalah sekarang ialah kebanyakan orang tidak “memiliki” rumah sebab tak mampu membayar ansuran harga rumah yang mahal.

Berjaya Group, syarikat gergasi ini pun kemukakan cadangan supaya rakyat beli rumah kecil dari syarikat seperti Berjaya Group. Harga rumah masih lagi harga Yahudi cuma ansuran dipanjangkan daripada kebiasaan. Sekarang, pinjaman rumah 30 tahun. Berjaya mahu ansuran dipanjangkan ke 60 tahun atau 90 tahun.

Katakan, seorang itu beli rumah pada umur 30 tahun. Peraturan sekarang ialah dia akan bayar ansuran sampai umur 60 tahun.

Cadangan Berjaya Group ialah untuk rendahkan bayaran ansuran dengan memanjangkan lagi tempoh pinjaman. Maknanya, kalau seseorang membeli rumah pada umur 30 tahun, dia akan bayar sampai umur 90 tahun.

Macam mana dia nak bayar sampai umur 90 tahun? Orang biasanya kerja tak sampai 60 tahun pun.

Umur 70 tahun biasanya orang tak hidup lagi. Siapa nak bayar lagi 20 ke 30 tahun?

Berjaya Group cadangkan anak cucu yang kena bayar. Kalau orang itu tak bekerja lagi pada umur 60 tahun atau mati pada umur 60 tahun, anak dia wajib sambung bayar. Pinjaman itu menjadi 2 ke 3 keturunan !

Cadangan kreatif.

Berjaya Group memang otak genius. Memang otak bergeliga. Memang otak penipu!!

Betul lah. Kalau pinjaman 30 tahun pun ansuran orang tak mampu, panjangkan tempoh sampai 60 tahun, ansuran menjadi kecil sikit, supaya orang mampu. Kemudian, anak dia kena sambung bayar.

Suatu penyelesaian kapitalis untuk masalah yang dicipta kapitalis. Dia cipta penyakit, kemudian jual ubat untuk penyakit itu.

Masalah orang Melayu ialah mencipta penyelesaian kapitalis untuk masalah sosio ekonomi Melayu.

Kaedah kapitalis sebenarnya sudah banyak kali terbukti gagal menyelesaikan masalah. Tapi masih lagi nak guna cara kapitalis.

Apa akan terjadi? Ia memang tak boleh pakai tapi tetap nak guna. Penyelesaian sama saja macam dulu yang gagal. Tapi untuk membezakan dengan yang dulu, dia pun buat dengan lebih berbelit belit.

Akhirnya, penyelesaian baru kapitalis itu berubah menjadi “scam” atau sindiket penipuan.

Banyak contoh yang Tuan Puan boleh cari. 1MDB, tujuan macam bagus tapi berbelit belit sampai jadi scam. FELDA Global, tujuan macam baik, tapi akhirnya jadi scam.

Semua cara kapitalis atau penstrukturan modal untuk menyelesaikan masalah ekonomi, pasti akan berakhir menjadi scam.

Kenapa tak boleh murahkan harga tanah?
Kenapa tak bina banyak rumah sewa murah?
Kenapa taksub sangat nak suruh orang beli rumah?
Kenapa taksub sangat nak orang memiliki harta?
Kenapa masalah sosio ekonomi rakyat seperti kesihatan, insurans, perumahan, pengangkutan awam, mesti bulat bulat diserah kepada swasta?

Kenapa bila nak selesaikan masalah ekonomi, otak kita asyik fikir pasal modal, harta, aset, pemilikan, pelaburan? Tak boleh fikir di luar kotak kah?

Tapi tak dapat dinafikan, dasar dasar kapitalis ini namanya gempak dan gah.

Penstrukturan modal. Pemilikan ekuiti. Pelaburan Bumiputera. Pemilikan harta. Dasar kekayaan Bumiputera.

Nama memang gah lagi meyakinkan. Tapi orang Melayu pun ada otak, ada mata, ada hati. Renung dan fikirkanlah.

Kaedah kapitalis gagal pada benda yang paling asas. Kalaulah untuk memiliki sesuatu benda, orang kena beli, orang terlebih dahulu kena mampu untuk membeli.

Kalau orang tak mampu, orang tak beli. Orang tak mampu sebab harga mahal atau orang tiada duit.

Kapitalis tak cuba selesaikan masalah ini. Kapitalis tak cuba buat rakyat jadi ada duit atau harga jadi lebih murah.

Sebaliknya, kapitalis cuba pusing sana, pusing sini, putar alam, buat satu cara pembiayaan yang berbelit belit. Akhirnya, ia jadi scam !

Tapi nak fikir di luar kotak kapitalis memang susah. Sebab otak semua dah lama dicuci, dibasuh, bahawa tiada cara lain selain cara kapitalis.

Yang paling menyedihkan, bila kerajaan cuba belanja duit untuk dasar bukan kapitalis, orang tuduh kerajaan membazir, hutang negara bertambah.

Tapi bila kerajaan campur tangan beri projek kepada kapitalis, orang puji ini dasar pembangunan.

Ini berlaku di seluruh dunia.

Bahkan di Malaysia, undang undang negara selama ini menggalakkan kapitalis. Kalau kerajaan pinjam duit untuk tujuan “pembangunan” atau kapitalis, boleh buat roll-over, atau tak bayar balik hutang. Kalau hutang untuk bukan pembangunan, kerajaan kena bayar balik.

Ini kekangan kewangan kerajaan oleh Akta Pinjaman Tempatan 1959. Tapi ahli ahli politik sibuk berebut kerusi, sampai tiada seorang pun nak melihat dan cuba mengubah Akta ini.

Pendek kata, kalau kita cuba selesaikan sesuatu masalah ekonomi dengan cara kapitalis, ia pasti akan jadi scam. Justeru untuk mengelak daripada menjadi scammer, kita dah boleh mula mendidik otak kita menjauhi konsep konsep seperti ekuiti, pemilikan, harta, modal, penstrukturan modal, pasaran.

Kita terimalah hakikat bahawa orang Melayu umumnya tak akan dapat menjadi pemodal. Tapi semua orang Melayu dapat tambah ilmu, dapat rajin bekerja.

Ilmu dan Produktiviti. Bukan harta, modal dan pemilikan.

Hezri Sardi

Moratorium – Shadow Bank

Moratorium – Shadow Bank
(Hezri Sardi)

Sempena lockdown dan Covid, kerajaan umum moratorium tanpa syarat untuk pinjaman bank. Di sini, saya menjelaskan moratorium hanya untuk pembiayaan daripada bank bank di bawah kerajaan (Bank Negara). Kami tidak memperjuangkan pembiayaan selain daripada bank.

Pembiayaan daripada selain bank, bermakna pembiayaan daripada shadow bank. Walaupun kewujudan shadow bank telah dibuktikan seawal 1950an oleh suruhanjaya Radcliffe di England, status shadow bank hanya diakui seluruh dunia selepas krisis ekonomi pada 2008. Sejak itu, Bank Negara mengumpulkan maklumat shadow bank di Malaysia.

Cuma laporan laporan Bank Negara tak memanggilnya sebagai shadow bank, sebab perkataan “shadow” itu kelihatan tak profesional. Bank Negara menggunakan istilah Non-banking financial institutions (NBFI).

Menurut kajian setiap tahun Bank Negara, sekitar 70% daripada pinjaman dalam negara oleh bank bank biasa manakala sekitar 30% pinjaman daripada NBFI.

Kalau di negara negara Barat, pula terbalik, selalunya pembiayaan daripada shadow bank jauh lebih besar daripada bank biasa.

Apa beza bank biasa dengan NBFI (shadow bank)? Kita boleh simpan duit dalam akaun bank biasa tapi tak boleh simpan duit dalam NBFI. Dalam kata lain, bank biasa cipta duit baru setiap kali beri pinjaman tetapi NBFI tak cipta duit baru. Pinjaman yang anda dapat daripada bank biasa, sebenarnya bukan diambil daripada simpanan orang ramai, tetapi hanya duit baru yang dicipta.

Kalau moratorium diberi bank, ia tak menjejaskan duit bank, tak juga menjejaskan duit simpanan orang ramai, kerana duit yang dipinjam duit baru dicipta.

Berbeza dengan shadow bank atau NBFI, yang memberi pembiayaan daripada duit sendiri. Justeru kalau anda tak bayar kepada NBFI atau shadow bank, mereka akan gulung tikar.

Misalnya, anda bayar bulan bulan RM1,000 iaitu RM900 pokok dan RM100 Interest kepada bank biasa. Kalau moratorium diberi, bank biasa hanya rugi RM100 interest saja. Bank biasa tak rugi RM900 kerana itu bukan duit sesiapa.

Shadow bank / NBFI pula berbeza. Jika anda bayar RM900 pokok dan RM100 interest sebulan kepada NBFI, kalau ada moratorium, NBFI akan rugi bukan saja RM100, tetapi juga pokok RM900.

Moratorium untuk pembiayaan shadow bank / NBFI umpama kita beli barang daripada Jusco atau Mydin secara percuma. Jusco atau Mydin beli barang pakai duit tapi kemudian beri kepada pelanggan mereka tanpa minta duit.

Oleh itu, moratorium untuk pembiayaan NBFI adalah tak betul dan saya pun tak pernah cuba mencadangkan. Tapi saya memang ada mencadangkan moratorium sewa rumah / kedai sebab apabila kalau pemilik rumah / kedai dapat tak payah bayar bank, mereka tak perlukan sewa bulanan daripada penyewa.

Namun ini semua tak terpakai untuk shadow bank / NBFI. Jika moratorium tetap diberi kepada NBFI, berapa besar kesan buruk nya?

Setiap tahun, Bank Negara kata pembiayaan NBFI adalah 30% daripada keseluruhan pembiayaan negara. 2 per 3, daripada pembiayaan NBFI berasal daripada KWSP dan KWAP. Maknanya, jika moratorium diberikan kepada shadow bank/NBFI, rakyat tak boleh dapat duit KWSP. Tiada I-sinar, tiada I-Citra, tiada I-bunga. !!

Pembiayaan ke 2 terbesar NBFI adalah daripada amanah saham. Kalau moratorium diberi kepada NBFI, amanah saham seperti ASB, public mutual ni tak dapat untung, orang akan marah !

Pembiayaan ke3 terbesar dalam NBFI ialah koperasi. Kalau moratorium diberi kepada NBFI, koperasi dan ANGKASA akan gulung tikar! Fakta Bank Negara dan Bank Dunia.

Justeru, moratorium untuk NBFI tak dicadangkan. Sebab tak seperti bank biasa, duit yang diberi pembiayaan adalah duit orang ramai, duit sendiri!

Apa contoh pembiayaan shadow bank / NBFI? Banyak. Along, syarikat kredit komuniti, pajak gadai, leasing, sewaan, sewa hartanah, dan banyak lagi. Tuan Puan ada buat pembiayaan seperti ini, tiada moratorium.

Namun begitu, seperti biasa, saya tak akan buang masa menulis jika saya tiada cadangan atau idea.

Antara alat yang boleh digunakan untuk memberikan moratorium kepada pembiayaan NBFI ialah “Cukai Syarikat”.

Cara supaya NBFI beri moratorium ialah buatkan moratorium itu tak jejaskan aliran tunai NBFI.

Jika bayaran bulanan RM100 ribu tak dikutip, kerajaan boleh benarkan NBFI tuntut RM100 ribu sebagai Rebat. Tuntutan RM100 ribu itu kalau dituntut sebagai Tolakan biasa, NBFI hanya tak bayar cukai RM24 ribu saja (sebab kadar cukai 24%). Kalau ia ditolak sebagai Rebat, NBFI tak perlu bayar RM100 ribu penuh. Mereka boleh tuntut Rebat ini jika mereka beri moratorium kepada peminjam / penyewa mereka.

Sama juga dengan pemilik hartanah. Jika mereka beri moratorium kepada penyewa, jumlah moratorium itu boleh dibuat tuntutan Rebat cukai.

Cadangan saya ialah bukan saja NBFI boleh tuntut moratorium diberi sebagai Rebat Cukai Syarikat, tapi saya mencadangkan agar bayaran cukai syarikat bulanan boleh ditolak dengan moratorium yang diberikan.

Misalnya, NBFI beri moratorium RM100 ribu sebulan kepada peminjam / penyewa, dan ansuran bulanan cukai ialah RM 150 ribu, ansuran bulanan itu dituntut supaya berkurang menjadi RM50 ribu saja (RM150 ribu – RM100 ribu).

Peranan ekonomi NBFI berbeza dengan bank biasa. Bank biasa menambah dan mengurangkan bilangan duit dalam ekonomi, tetapi NBFI atau shadow bank pula melajukan atau memperlahankan pergerakan duit dalam ekonomi.

Saya berharap agar cadangan saya ini dapat dilaksanakan.

Hezri Sardi

Pemilikan

Pemilikan
(Hezri Sardi)

Saya sokong sebahagian apa yang dibuat oleh peneroka haram Cina di Raub. Memang mereka dah musnahkan hutan simpan, tapi katakan dalam kes ini, mereka hanya mengusahakan tanah terbiar milik orang lain.

Rasional undang undang ialah seseorang tak boleh mengusahakan tanah orang lain tanpa hak. Namun undang undang sepatutnya berkhidmat untuk manusia, bukannya manusia jadi hamba kepada undang undang. “Law should serve humans, not enslave us.”

Undang undang memang kena patuh tapi kalau dah tak sesuai, ia kena ubah. “While laws are there to be observed, laws are also meant to be reformed.”

Undang undang pemilikan yang ada sekarang ini berasal daripada undang undang Roman. Misalnya, kalau kita memiliki benda, kita boleh:
1) Guna (Use)
2) Salah guna (Abuse)
Benda yang kita miliki

Maknanya, kalau kita miliki seorang hamba, kita boleh suruh dia buat kerja dan dera dia. Kalau kita miliki basikal, kita boleh guna atau jahanamkan ia.

Kalau kita miliki tanah luas, kita boleh bercucuktanam atau biar ia terbengkalai.

Pemilikan dipanggil dengan istilah “Property”. Seperti disebut tadi, ia ialah hak membolehkan kita guna atau salahguna benda yang dimiliki.

Satu lagi konsep ialah “possession”. Maknanya, kita pegang dan guna benda itu. Banyak berlaku kita guna sesuatu walaupun tiada hak. Kita beli kereta dengan pinjaman bank, kereta itu milik bank tapi kita yang guna. Bank beri kebenaran dan dia dapat manfaat daripada segi Interest.

Macam kes peneroka tanah haram, tanah milik kerajaan digunakan oleh peneroka haram, yang bukan tuan punya. Bezanya, peneroka haram tak dapat kebenaran malah pemilik tanah tak dapat manfaat.

Bila kita nak memahami sesuatu dalam erti kata sebenar, kita melihat daripada segi ekonomi, bukan undang undang. Dari situ, datang konsep “economic substance prevails over legal form “.

Seperti saya sebut tadi, pemilikan ialah konsep undang undang, dan ia berasal daripada undang undang Roman.

Dalam penyelesaian ekonomi, kita tolak tepi dulu sempadan undang undang. Idea idea ekonomi akan mandul jika asyik terperangkap dalam Akta, kes undang undang. Sebab itu, kita tak mungkin dapat sistem cukai baru jika kita hanya tanya pakar undang undang cukai.

Peguam atau pakar undang undang, besar peranan mereka tapi bukan untuk fikirkan idea ekonomi. Guna mereka ialah untuk tulis idea ekonomi Dalam ayat undang undang.

Tiada orang yang lebih penting daripada orang lain. Kita hanya perlu letak orang yang betul di tempat yang betul.

Berbalik kepada isu peneroka tanah haram Cina. Mereka tiada hak “property” tapi ada “possession”. Kita abaikan hak pemilikan atau “property” kerana ia tak penting dalam pemahaman ekonomi.

Apabila seseorang mengusahakan tanah, dia :
1) Pegang “possession” ke atas tanah itu
2) Dapat manfaat ekonomi daripada tanah itu

Saya sokong peneroka haram pegang “possession” , mengusahakan tanah itu tetapi masalahnya ialah manfaat ekonomi itu dia dapat sendiri.

Kalau tanah diusahakan menghasilkan durian musang king, peneroka haram jual dan bolot hasil sendiri. Ini lah masalah. Pengusaha menjadikan “possession” untuk manfaat diri sendiri saja. Ini kalau peneroka haram.

Kalau tanah itu dimiliki sekalipun, kalau ada “private property” atau pemilikan persendirian sekalipun, realiti sebenar adalah sama seperti penerokaan haram tadi. Dalam ekonomi, kita buang konsep undang undang, kita bincang apa yang wujud saja.

Sama ada hak pemilikan atau penerokaan haram, kedua dua nya menjurus ke arah manfaat untuk diri sendiri saja. Tiada beza daripada segi ekonomi.

Sama ada yang mengusahakan tanah itu Cina, India, Melayu, pesara tentera atau ahli politik, itu tak penting. Yang penting apabila manfaat ekonomi itu pergi kepada diri sendiri saja, bukan kepada semua.

Dalam isu tanah terbiar, cara yang biasa orang Melayu guna ialah pemilik tanah beri tanah kepada orang yang boleh usahakan, pemilik akan dapat manfaat tertentu. Kalau tanah itu kecil, digabungkan tanah tanah kecil lalu para pemilik dijadikan pemegang saham dalam satu syarikat hartanah. Namun, ini tak mengubah hakikat bahawa manfaat ekonomi hanya untuk diri sendiri.

Sekarang, hampir semua orang Melayu tiada “Private property” atau pemilikan persendirian. Kalau lah manfaat ekonomi hanya pergi kepada orang yang ada pemilikan, maka hampir semua orang Melayu tak dapat manfaat ekonomi.

Justeru, penstrukturan ekonomi berasaskan modal atau pemilikan, adalah tak “sustainable”, tak mungkin berkekalan.

Dasar Ekonomi Baru tak gagal. Kaedah supaya orang Melayu dapat 30% ekuiti, hak pemilikan tak gagal. Cuma usaha kejar hak pemilikan ini, akhirnya makan diri.

Orang Melayu nak buat kerja, tapi tiada hak pemilikan. Tiada pemilikan bermakna orang Melayu tak dapat manfaat ekonomi. Sampai ke tahap orang Melayu, nak kerja, kena bawa Grab, jadi runner, dan penjaja tepi jalan.

Bila dilihat balik, kereta pinjam bank, maknanya tiada hak pemilikan. Jadi runner, motor pinjam maknanya tiada hak pemilikan. Jadi penjaja tepi jalan, tanah itu bukan milik sendiri.

Maknanya, orang Melayu jadi pemandu grab, jadi runner, jadi penjaja, dan dapat cari makan sebab “possession”, bukan sebab pemilikan.

Cara selama ini untuk beri pemilikan kepada orang Melayu ialah beri pinjaman, hutang. Tapi yang sebenarnya, hutang bermakna harta itu bukan dimiliki pun. Hujah orang yang buat dasar ini ialah “walaupun harta bukan dimiliki, tapi orang Melayu dapat juga mengusahakan”.

Jadi, maksudnya pemilikan bukan matlamat, tetapi “possession” atau pengusahaan yang penting.

Kalau macam itu, buat apa buat orang Melayu berhutang sana sini? Biar orang Melayu guna tanpa beli, tanpa pinjam bank!

Dalam suatu sistem ekonomi, di mana pemilikan tak menentukan manfaat ekonomi, orang biasa, orang Melayu ada harapan. Berapa banyak orang Melayu dapat, bergantung hanya kepada usaha dan possession terhadap aset. Tak payah berhutang.

Diharap penjelasan saya dapat membuka mata semua.

Wallahualam.

Hezri Sardi

Pakej Bantuan

Pakej Bantuan
(Hezri Sardi)

Ahli ekonomi, Dr Muhammed Khalid baru baru ini berkata bantuan untuk rakyat sejak Covid hanya sikit saja datang daripada duit kerajaan. Daripada RM530 bilion bantuan, hanya tak sampai RM87 bilion atau 16% daripada duit kerajaan. 84% daripada duit rakyat sendiri seperti KWSP, selebihnya daripada badan kerajaan seperti PERKESO dan lain lain.

Apa yang dia cakap memang betul tetapi dia tak beri penyelesaian. Macam ada ahli politik baru baru ini cadangkan elaun Rm1,500 sebulan kepada rakyat.

Semua boleh cakap bantuan kerajaan tak cukup. Tapi semua tak pernah cakap daripada mana datang duit ?

Kalau nak beri bantuan lebih, kena pakai duit. Daripada mana pula datang duit ?

Kalau orang itu nak kerajaan bayar itu ini tapi tak cakap macam mana nak dapatkan duit untuk itu semua, itu pengecut !

Kalau berani, tak takut kena hentam, kalau anak jantan, kena beritahu semua rakyat, cara cara dapatkan duit untuk bayar semua bantuan yang dicadangkan.

Katakan kita ada kawan yang gaji dia cuma RM1,000 sebulan. Tiba tiba kawan kita itu kata nak tanam ladang durian musang king seluas 10 ekar.

Tentu kita terus tanya kawan kita tadi daripada mana dia nak dapatkan duit untuk belanja sebegitu besar. Kalau dia tersengih tak jawab, kita pasti akan ketuk kepala dia !

Justeru dalam hal perbelanjaan negara, bantuan kepada rakyat, tak usah cerita itu ini kalau kita tak cerita duit itu datang daripada mana?

Di negara negara maju, misalnya, apabila ahli politik berkempen nak buat itu ini kalau dipilih jadi kerajaan, mereka pasti akan bentangkan sekali pelan cukai dan cara nak dapatkan duit.

Tapi nampaknya di Malaysia, kita semua nak jadi Tuhan. Semuanya “Kun faya kun”.

Dulu ada seorang ahli politik Malaysia dengan berani nya kata duit boleh datang dengan cara Bank Negara cipta / cetak duit. Apa yang berlaku? Dia kena kutuk !

Tapi dia secara berani beritahu daripada mana datang duit untuk beri bantuan kepada rakyat. Dia jawab persoalan. Beri penyelesaian.

Rakyat Malaysia menderita sekarang kerana mungkin kita memang layak kena. Kita beri muka kepada politikus dan dan lain lain untuk sembang minta itu ini tanpa soal balik macam mana dia nak laksanakan cadangan.

Rakyat kutuk semua ahli politik, merungut pasal ahli politik, tapi adakah rakyat layak untuk dapat pemimpin yang bagus kalau rakyat sendiri pun lebih kurang sama.

Kalau tanya saya, tanpa cerita dengan lebih teknikal dan rumit, saya pasti akan kata tengok apa negara negara lain buat semasa pandemik ini.

Di Amerika Syarikat, peratus hutang kerajaan atas GDP dah melebihi 133%, Jepun dah melebihi 230%. Menurut kajian OECD setakat Mei 2021, purata hutang kerajaan di kalangan negara negara OECD ialah melebihi 90% daripada GDP, Malaysia pula hutang kerajaan masih kurang 60%.

Kalau nak beri bantuan, nak kerajaan belanja lebih, kena lah naikkan lagi hutang kerajaan. Cara naikkan hutang kerajaan ialah semua ahli politik pakat naikkan lagi hutang kerajaan.

Tapi masalahnya, sampai sekarang, tak pernah lagi kita baca dalam media sosial, ahli ahli politik daripada semua ahli politik suruh kerajaan naikkan lagi hutang negara. Yang saya pernah baca Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Faysal, yang lepas itu kena hentam. Satu lagi, Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO. Saya akan ingat baik baik orang yang sokong naikkan hutang kerajaan.

Yang banyak kita tengok, ahli politik takut takutkan rakyat pasal kononnya hutang kerajaan dah besar sangat.

Kita suka melihat kadar matawang ringgit berdasarkan dollar US, bukan? 1 dollar bersamaan RM4 lebih. Itu standard kita dalam melihat ekonomi kita.

Kalau macam itu, kita dah boleh tengok apa kerajaan Amerika buat. Sekarang hutang kerajaan US sudah melebihi 133% daripada GDP.

Pengumuman terbaru senator Bernie Sanders, yang dia dan Presiden Biden, akan buat satu perubahan amat besar dalam kerajaan Amerika, bermakna kerajaan kan tambah lagi hutang yang amat besar.

Malaysia? Nak bertahan pada 60% ?

Ada 3 cara yang negara negara dunia sekarang ini buat.

1) Quantitative Easing (QE)
2) Debt Monetisation (DM)

Kedua dua nya ialah bank negara setiap negara Cetak Duit tetapi ada beza.

QE, bank negara selalunya beri duit kepada bank. Bank yang agihkan duit. DM pula bank negara beri duit terus kepada kerajaan. DM lebih berkesan sebab kerajaan sendiri yang beri duit kepada rakyat, bukan bank atau pihak swasta.

Kita boleh buat reformasi sistem cukai di Malaysia, tapi saya tak bincangkan ini sebab, mekanisme mudah iaitu bank negara cipta duit, beri kepada kerajaan, pun rakyat Malaysia tak faham faham. Apatah lagi nak ubah sistem cukai !

Hezri Sardi