Umat: Taktik vs Fitnah.


Jika sesiapa ikut tulisan saya daripada dulu, dia akan tahu pendirian saya tak berubah:
“Kuasa Politik Melayu Islam lebih utama daripada isu korupsi”. Sekarang, banyak orang dah faham yang di Malaysia sekurang-kurangnya, hanya orang bodoh saja yang beria-ia mengutuk orang lain atas alasan rasuah. Orang bukan Islam terutamanya Cina tak peduli pasal rasuah. Yang penting kuasa politik. Dulu orang tak percaya cakap saya, tapi sekarang Allah dah tunjuk seluas-luasnya!

Pertama, kita bukan lagi di zaman perang politik dengan senjata. Kita sekarang hidup pada zaman mendapatkan kuasa melalui demokrasi atau pilihanraya . Sistem pilihanraya yang kita guna di Malaysia ialah First Past The Post (FPTP). Tak seperti sistem di negara-negara lain, FPTP menyebabkan pecah undi dalam pertandingan 3 penjuru.

Semenjak Pilihanraya 2018, orang Cina misalnya dah mengundi mengikut taktik. Maknanya, mereka tak mahu pecah undi lalu undi 1 parti saja (Pakatan Harapan). Tak boleh salahkan orang Cina kerana mereka bijak untuk dapatkan kuasa. Orang Cina banyak yang benci sesama orang Cina tapi mereka tak lah sampai menganggap Cina lain sebagai “syaitan”. Apa-apa pun mereka tidak emosional, mereka pastikan undi tak pecah dengan undi 1 parti saja. Tindakan tak membenci berlebih-lebihan, demi mengundi ikut taktik, sebenarnya selari dengan kebijaksanaan Islam.

Jika kita kaji balik sejarah, Nabi SAW sewaktu hayat baginda, hanya berperang melawan kuasa politik bukan Islam. Perang badar, Uhud, Khandak, Khaybar, Hunain, Taif sampai penaklukan Mekah. Walaupun Nabi menyedari kewujudan Abdullah ibn Ubay dan orang munafiq, Nabi tak membuang masa dan tenaga melawan Munafiq. Ini demi taktik!

Selepas kewafatan Nabi SAW, Khalifah pertama, Abu Bakar memerangi golongan murtad dan Nabi palsu dalam perang Riddah. Mereka ini bukan Islam.

Kemudian, khalifah kedua, Umar al Khattab memerangi Empayar Rom dan Empayar Parsi yang bukan Islam.

Begitu juga dengan khalifah ke 3, Usman Affan. Ingat! Pada hujung zaman Usman, ada orang Islam daripada Mesir memberontak tapi Usman larang orang Islam lain daripada membenci apatah lagi membunuh pemberontak ini, hingga pemberontak ini diketuai oleh anak Khalifah pertama, mengepung rumah Usman. Akhirnya, Usman terbunuh.

Allah kemudian mahu tunjuk sesuatu kepada kita pada zaman khalifah ke 4. Saidina Aishah, dan sahabat Nabi, Talhah Ubaidillah dan Zubair al Awwam, telah memerangi Khalifah Ali Abu Talib. Dalam Perang Jamal itu, Ali menang. Mengikut hukum Islam, pemenang boleh menjadikan si kalah sebagai hamba. Maknanya, isteri Nabi, Aishah akan jadi hamba. Tapi Ali membebaskan semua yang kalah. Dalilnya, HANYA ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIJADIKAN HAMBA. Ini dijadikan contoh ikutan (precedence) dalam hukum kerana selepas itu orang Islam mula berperang sesama sendiri.

Apabila umat Islam berpecah lagi kepada parti Muawiyah, parti Ali dan parti Khawarij, Ali tak ikut hasutan orang bukan Islam yang mahu Ali putuskan terus hubungan dengan parti lain. Ali hantar Abdullah ibn Abbas untuk memujuk separuh daripada Khawarij untuk masuk bersama partinya.

Setelah berperang dengan Muawiyah dalam Perang Siffin, Ali masuk gencatan senjata dengan Muawiyah dalam peristiwa Al-Tahkim di mana Ali sanggup hilangkan gelaran Amirul Mukminin dalam rundingan dengan Muawiyah walaupun Ali masih berkuasa.

Apa yang saya nak tekankan di sini ialah hingga zaman Usman Bin Affan, orang Islam hanya lawan bukan Islam. Hitam lawan putih.

Tapi, bermula zaman Ali, orang Islam berlawan dengan orang Islam. Allah nak tunjuk kepada kita. Tiada hitam putih (jahat baik) dalam permusuhan sesama Islam.

Keutamaan ialah kesatuan umat Islam dan taktik supaya kuasa politik umat Islam yang masih minoriti ketika itu, tidak jatuh.

Pada zaman sekarang di Malaysia, dalam masyarakat majmuk, keadaan dah jadi kabur. Mengikut hukum para sahabat tadi, sepatutnya tiada hitam putih antara 2 parti beragama Islam yang berperang. Yang ada hitam putih hanya antara Islam dan bukan Islam (tapi ayat ini saja sekarang dituduh sebagai 3R). Ada orang Islam yang marah kalau kita seru “orang Islam wajib bersatu-padu untuk martabatkan kuasa politik Islam”. Tak tahu nak cakap apa lagi!

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

Muhammad SAW vs Pluralism.


Mawlud Nabi ialah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ia ialah hari memperingati perbuatan Nabi. Tapi kita di Malaysia, sebuah negara yang 30% rakyatnya bukan Islam, dengan orang Cina yang bukan beragana Islam menguasai ekonomi, ceritanya lain berbanding dengan negara yang Islam dominan.

Orang Cina ialah majikan. Orang Cina juga memberi dana untuk parti parti politik. Sebarang perbincangan pasal Islam pasti akan buat orang Cina terasa. Misalnya, dalam isu pengajaran 40 hadis kepada pelajar Islam, orang bukan Islam mahu beberapa hadis dikeluarkan kerana tak kena dengan mereka.

Jika seseorang Melayu bergantung secara ekonomi kepada Cina, dia akan pastikan naratif yang dia bawa pasal Islam dan Nabi mesti disukai oleh orang Cina. Dalam sejarah sebenar, Nabi ada pedang yang dipanggil Zulfiqar. Nabi juga ketuai perang; Badar, Uhud, Khandak, Khaybar, Hunain, Taif. Kalau seorang Islam bercakap benar, dia akan mengaku semua ni walaupun kita tahu orang bukan Islam tak selesa dengan kebenaran ini. Tapi kalau seseorang Islam terhutang budi dengan bukan Islam, dia akan senyapkan penglibatan Nabi dengan perang. Ini dipanggil Revisionism. Dia menceritakan sejarah ikut selera sendiri.

Orang Islam seperti ini mungkin selalu bersama dengan mereka yang beragama Buddha dan Kristian. Dalam Kristian, ada Jesus dan St Paul. Dalam Buddha ada Gautama Buddha. Tokoh agama Kristian dan Buddha tak kahwin, tak berperang, tak campur dengan politik. Nabi SAW pula bukan saja kahwin tapi kahwin lebih satu, berperang, dan campur politik. Apa yang Nabi SAW buat bercanggah dengan imej tokoh agama lain. Justeru, Melayu yang nak jaga hati bukan Islam akan ubah imej Nabi SAW hingga sama seperti Jesus, St Paul dan Buddha.

Di sini, datangnya Pluralisme. Bermula dengan sifat apologetic terhadap bukan Melayu, kemudian buat revisionism. Masalahnya, Pluralisme terpaksa hilangkan sejarah Nabi yang dia tak suka. Ini amat bermasalah.

Katakan, seorang bernama Hezri. Dia selalu kritik kerajaan. 40 tahun kemudian, orang hilangkan sejarah pasal dia kritik kerajaan sebab masa tu orang anggap kritik bermakna hancurkan negara. Tapi, sebenarnya Hezri kritik atas dasar ilmiah, bukan semata-mata sokong itu, ini. Tapi 40 tahun kemudian apabila perbuatan Hezri kritik kerajaan disenyapkan daripada sejarah, personaliti Hezri tu jadi menyeleweng sebab dah berubah jadi orang lain.

Begitu juga dengan Nabi SAW. Semata-mata nak jaga hati orang bukan Islam, dia senyapkan sebahagian perbuatan Nabi, misalnya berkaitan perang. Alasannya zaman sekarang, perang dah tak relevan. Tapi SIAPA DIA NAK KATA PERANG DAH TAK RELEVAN?

Mungkin akan datang kita terpaksa berjuang dalam perang. Kalau kita dah buang sejarah Nabi dan perang, orang Islam akan datang takut nak berjuang walaupun keadaan masa tu memaksa.

Siapa kita untuk ubah sifat Nabi SAW? Semua perbuatan Nabi wajib diajarkan selagi ia sahih. Siapa kita untuk kata itu relevan, ini tak relevan?

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

Percanggahan Sekularisme.

Menarik apabila ada politikus bukan Islam DAP menggunakan ayat Quran sebagai dalil. Sebab perjuangan DAP dan penyokong DAP ialah mempertahankan sekularisme dalam politik negara. Apabila politikus DAP guna ayat Quran sebagai hujah, maka dia langgar prinsip sekularisme. Dan Malaysia Madani itu pun agak melanggar sekularisme. Agak lucu kerana penyokong DAP beria-ia menentang sesetengah parti politik demi mempertahankan konsep sekularisme.

Sekularisme sebenarnya ialah konsep moden yang bermula melalui Perjanjian Westphalia pada hujung abad ke 18. Antara kesan perjanjian itu ialah agama diasingkan daripada negara bangsa. Ini dilakukan dengan membuang pengaruh Pope Catholic daripada negeri-negeri Eropah barat. Pendek kata, makna sebenar sekularisme ialah pengasingan politik daripada agama Kristian. Ia bukan untuk asingkan politik daripada agama Islam.

Namun apabila penjajah barat mewujudkan koloni di seluruh dunia, doktrin sekularisme ini diterapkan di tanah pribumi, termasuk Tanah Melayu yang sebelum itu mengamalkan sistem ala Islam. Sejak itu, British misalnya memaksa penduduk Tanah Melayu menggunakan doktrin sekularisme dalam perlembagaan. Maknanya, pada awal abad ke 20, definisi sekularisme diperluaskan bukan saja kepada agama Kristian, tetapi juga agama-agama lain termasuk Islam.

Akan tetapi, pada abad ke 21 atau pasca-moden, definisi agama itu diperluaskan lagi oleh Barat. Banyak kajian di United Kingdom / England membuktikan ini. Misalnya pada November 2022, bancian mendapati hanya 46% penduduk di sana beragama Kristian. 22 juta orang adalah Atheis (tidak percaya Tuhan). Atheism diiktiraf sebagai satu identifikasi agama di Eropah. Ada satu lagi yang lebih penting. Banyak pengkaji sosial dan politik telah meluaskan definisi agama atau kepercayaan kepada ideologi. Misalnya, jika seseorang begitu percaya kepada ideologi liberalisme, maka dia dikatakan menganut kepercayaan liberalisme. Ada beberapa ideologi besar di Barat, rata-rata dikaitkan dengan parti-parti politik kerana parti politik Barat kebanyakannya berasaskan ideologi.

Menurut kajian, agama adalah sama macam ideologi kerana kedua-duanya berasaskan kepercayaan (faith). Contohnya, kalau penyokong sesuatu parti politik begitu yakin terhadap ideologi ekonomi partinya, maka itu tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya ia berasaskan kepercayaan. Dalam DAP pun, banyak ideanya bukan berasaskan sains dan bukti, tetapi hanya kepercayaan membuta-tuli. Menurut kajian Barat, itu pun satu agama!

Justeru itu, apabila penyokong DAP nak mempertahankan sekularisme, itu amat bermasalah. Kalau ikut definisi sekularisme yang semakin popular di barat, epatutnya politik perlu diasingkan daripada apa-apa ideologi, bukan setakat agama. Kedua-duanya sama iaitu kepercayaan.

Tapi DAP mungkin kata “Oh, sekularisme ini hanya terpakai untuk kepercayaan kepada Tuhan saja. Kepercayaan kepada ideologi tanpa Tuhan tak dilarang oleh sekularisme.”
Tapi bukankah dalam rukun negara ada “Kepercayaan kepada Tuhan”?

Dan tak semua agama sembah Tuhan. Misalnya, Buddha tiada Tuhan. Sesetengah orang yang mengaku Taoism pun tidak sembah Tuhan.

Satu contoh, penyokong DAP percaya yang dasar ekonomi kerajaan mesti mengikut pasaran bebas walau apa pun terjadi, itu tak boleh dipersoal. Ini ialah satu kepercayaan kerana dalam banyak keadaan, kajian membuktikan mengikut pasaran ekonomi bebas secara buta-tuli adalah tak bagus. Tapi oleh sebab mereka begitu percaya kepada ekonomi bebas, maka penyokong politik ini tak peduli kepada kajian dan bukti. “By book or by crook”, mesti ikut doktrin ekonomi bebas. Ini satu kepercayaan!

Kesimpulannya, dalam dunia pasca moden, sekularisme tidak lagi relevan.

Hezri Sardi

Khawarij, Label.

Baru-baru ini heboh pasal ahli politik melabel lawan sebagai khawarij. Tulisan saya bukan untuk sokong mana-mana pihak, tapi komen ilmiah.

Seperti istilah wahabi dan salafi, khawarij dah jadi macam label. Orang tak pernah mengaku wahabi, salafi atau khawarij. Pihak lain yang beri gelaran. Misalnya, penyokong PAS dianggap fanatik, taksub lalu digelar khawarij. Sebagai seorang yang tak pernah mengundi sampai umur 39 tahun, saya terkejut. Yang saya lihat selama ini penyokong totok UMNO adalah taksub, semua orang nampak. Bahkan penyokong Anwar Ibrahim, kita lihat fanatik lain macam.

Luar daripada politik kepartian, manusia boleh “taksub” kepada macam macam perkara. Taksub kepada kekayaan. Taksub kepada diri (narcissistic). Istilah tepat berbanding “taksub” ialah prejudis.

Berbalik kepada khawarij, ia sebenarnya merujuk kepada satu kumpulan pada zaman khalifah ke 4, Ali Abu Talib. Khawarij memerangi khalifah dan melawan Muawiyah. Dengan kata lain, khawarij ialah kelompok manusia dalam ilmu sirah (sejarah). Tak wujud sekarang. Umpama kalau panggil orang Cina sekarang sebagai komunis, koumintang atau MPAJA, tentu lah salah sebab itu semua hanya wujud dalam sejarah silam.

Walau bagaimanapun, adalah logik untuk kita kata sesuatu kumpulan itu ada ciri-ciri khawarij atau komunis. Kumpulan tu dah tak wujud tapi menurut kajian sejarah, mereka ada ciri-ciri tertentu. Tapi tak boleh lah nampak ada orang macam fanatik agama saja, terus digelar khawarij.

Sejarah dipelajari daripada sumber. Sumber yang paling jelas pasal khawarij hanya riwayat Abdullah ibn Abbas. Ibn Abbas pergi masuk ke markas khawarij, berhujah dan kemudian separuh daripada khawarij ikut Ibn Abbas, tinggalkan kumpulan itu.

Menurut riwayat Ibn Abbas, ada beberapa sifat khawarij yang di ceritakan dengan teliti. Berikut ciri-ciri khawarij yang diceritakan:

1) Enggan berbincang tentang hal ilmiah dan enggan guna otak.

2) Suka spin, putar belit bila kalah hujah.

3) Menolak hukum yang dipersetujui umum jika tak untungkan puak mereka.

Sila google kisah perbahasan antara Abdullah ibn Abbas dengan orang khawarij. Agak popular riwayat ini.

Apabila kita baca cerita daripada Ibn Abbas, penyokong “fanatik” UMNO dan PKR pun nampak sangat ada salah satu daripada ciri-ciri itu.

Sebagai orang Islam, kita nak perbaiki diri. Riwayat pasal khawarij tadi adalah sumber pengajaran. Kalau asyik tuduh PAS khawarij, yang melambak dalam PKR dan UMNO ada sifat-sifat khawarij tu macam mana? Nampak sangat perangai khawarij! Akhirnya, bila asyik gelar dan tuding jari yang satu pihak khawarij, pihak penggelar yang jelas sekali ada sifat khawarij pun terlepas pandang untuk perbaiki diri, hapuskan sifat-sifat khawarij yang ada pada diri.

Ingat ya. Menurut Ibn Abbas, kalau kita menolak ilmiah dan intelektual, pun dah bersifat khawarij. Kalau kita kuat spin dan putar belit pun, itu sifat khawarij.

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

Bukan Islam dan Quran.

Perlu ditegaskan di sini. Tak siapa nak salahkan orang Cina atau orang bukan Islam untuk baca terjemahan Quran dan petik Quran. Kepada puak Melayu yang apologetic terhadap DAP, jangan lah putar belit.

Di negara-negara barat, selalu je orang bukan Islam membincangkan agama Islam dan Quran. Motif ada pelbagai, bukan satu atau dua tujuan saja. Dalam kes politikus DAP yang guna ayat Quran, motifnya ialah guna ayat Quran sebagai hujah supaya Melayu sokong kerajaan (DAP). Dan kita tahu yang dia bukan pergi telaah ayat-ayat dalam Quran pun. Kemungkinan besar, ada orang Melayu yang bagi dia satu buku atau artikel pasal itu. Tak mungkin dia buang masa berjam-jam untuk melalui proses ilmiah. Kalau dia betul-betul melalui disiplin ilmiah, tak mungkin dia bercakap secara dangkal macam tu.

Kalau tengok video-video YouTube, sangat banyak orang bukan Islam yang cakap pasal Islam dan Quran. Sebahagian mereka melalui proses ilmiah. Kita dapat membezakan antara orang yang motifnya ilmu dengan yang bukan. Tak semestinya seseorang bukan Islam akan memuji-muji Islam selepas melalui proses ilmiah, tapi hasil percakapannya menampakkan dia menghabiskan berbulan atau tahun mengkaji. Di Malaysia, mungkin tak sampai 10 orang bukan Melayu saja yang bermotifkan itu. Yang pasti politikus bukan Islam bukan sebahagian mereka. Mereka hanya sentuh Islam kalau ada “untung”.

Walaupun ahli akademik bukan Islam mengkaji Quran, mereka ada batasan sebab mereka tak membesar dalam suasana Islam. Misalnya, di barat, ada bidang mengkaji manuskrip agama. Mereka sepakat kata Gospel (bible yang Kristian guna) telah ada tokok-tambah terkira bilangannya. Kemudian, mereka pun mengkaji Quran, nak tahu adakah Quran itu tiada tokok-tambah sejak zaman Nabi SAW. Mereka 99% yakin yang Quran yang ada sekarang adalah sama macam mushaf yang diseragamkan pada zaman Usman. Bahkan ada manuskrip sebelum Usmani yang tiada perbezaan ketara dengan Usmani. Cuma mereka tidak menemui bukti yang Quran daripada zaman Nabi. Jadi, mereka berpendapat ada kemungkinan tokok-tambah selepas kewafatan Nabi. Ini kerana pengkaji barat henya menerima bukti dalam dokumen fizikal yang mereka dapat buat ujian “carbon dating”. Mereka tak terima yang Quran dihafal atau dicatat secara berasingan oleh orang Islam. Kita, umat Islam, faham yang hafalan Quran pun boleh jadi mekanisme. Misalnya, jika ada orang Islam zaman sahabat yang simpan sebahagian Quran, terdapat banyak sahabat yang simpan ayat Quran yang sama malah hafal, hingga berlaku proses verifikasi antara satu sama lain. Siapa yang memandai-mandai buat ayat baru, bukan saja mudah dikesan malah budaya ketika itu akan menyebabkan si penokok tambah dibunuh. Budaya sebegini tiada dalam pemeliharaan Judeo-Christian. Ia macam “peer pressure” di kalangan umat dalam pemeliharaan Quran.

Sama macam orang Cina di Malaysia, walaupun mereka berlagak pandai. Mereka langsung tak faham hidup Melayu. Saya dulu dipaksa mak bapak bersama ratusan budak lain untuk duduk mengelilingi guru Quran setiap petang. Tak belajar tajwid, tapi guru hanya rotan kalau bacaan tak kena dengan telinganya.

Masa sekolah rendah, kena paksa pergi sekolah agama. Budak perempuan belajar dalam bangunan batu tapi budak lelaki belajar bawah balai yang berlantaikan tanah. Kalau sampai lewat, meja diambil budak lain. Kadang-kadang kerusi pun hilang. Balik sekolah agama, pergi tengok drama alih bahasa Jepun, Gaban, Kesatria baja hitam, atau amoi Jepun main bola tampar. Lepas habis menonton, pergi main kat luar. Orang cina misalnya tak mengalami hidup sebegini. Tak akan faham.

Saya pernah sekolahkan satu budak PKR yang beria-ia dengan ideologi partinya. Saya kata ideologi yang dia nak bawa akan berlawan dengan benda yang sedia ada di kalangan Melayu. Dia tak boleh kata ideologi dia tak akan berkonflik. Tetap akan berlanggar. Sistem Islam dah wujud lebih 1400 tahun. Begitu juga Melayu yang dah wujud lama. Ideologi PKR hanya wujud 20 tahun, tak mungkin boleh telan Islam. DAP mungkin pakai ideologi kongsi gelap Cina yang berabad abad wujud, tapi itu tak terpakai kepada Melayu.

Dia balas sebab tu kena hapuskan politik berasaskan Melayu dan Islam. Saya jawab, bukan ke dah kata tadi, macam mana ideologi yang baru 20 tahun nak hapuskan benda yang dah 1400 tahun? Tak kisahlah kau nak kata lawan kau tu tunggang agama dan bangsa. Lawan kau tunggang benda yang jauh lebih mampan, robust, anti-fragile berbanding ideologi yang kau pegang. Macam mana pun kau tak boleh memang!

Begitu macam mana kita nak faham pasal isu politikus bukan Islam guna Islam.

Hezri Sardi

Ekonomi: Model vs Behavioural.

Baru-baru ini, viral satu cerita (dengan gambar-gambar) pasal seorang pekerja Food Panda.

Banyak orang bising sebab road block, polis dan JPJ dah tangkap, sita motor bagai. Dulu tak macam ni. Penguasa kena bertimbang rasa.
Ada juga yang sokong, kata, “Dah langgar peraturan, menghadap lah!”, “Alah, cukai jalan dan insurans murah je.”

Saya rumuskan keadaan macam ni:
Pemikiran Rasional:
1) Simpan sikit duit untuk cukai jalan/lesen/insurans.
2)Jangan langgar peraturan.

Tak Rasional:
Belanja duit untuk keperluan asas terlebih dulu, kalau ada duit lebih baru beli insurans. Kalau takde duit lebih, tangguhkan dulu.

Dalam kes rider Food panda yang motornya disita (dan banyak orang lain), mereka tidak bertindak secara rasional.

Persoalan ialah: Adakah kita perlu bertindak secara rasional? Atau tak bertindak secara rasional?
Secara intuitive, tentulah bertindak secara rasional lebih baik.

Tapi, dalam kes tadi dan banyak isu lain dalam kehidupan, isu jatuh dalam ekonomi atau dasar berkaitan ekonomi. Sesiapa yang nak memahami isu tadi daripada segi ekonomi, adakah kita nak anggap orang tadi rasional atau tidak rasional?

Ada 2 cara. Pertama, kita anggap rider Food panda dan sesiapa saja dalam isu ekonomi, bertindak secara rasional. Apabila menganggap semua orang bertindak secara rasional, maka analisa atau kerja memahami kita menjadi amat mudah. Kita buat satu model ekonomi, dengan menganggap orang akan bertindak dalam satu corak yang linear kerana mereka bertindak secara rasional. Melalui model, kita dapat lukis graf, carta, angka yang cantik, warna-warni dan menarik. Macam satu pelan perniagaan. Kita mencipta model ekonomi. Pemikiran macam ini juga dipanggil REDUCTIONIST berdasarkan perkataan orang puteh “REDUCE” bermaksud “mengurangkan”. Kerana benda yang asalnya rumit telah dikurangkan menjadi sesuatu yang senang faham dengan membuang fakta-fakta yang benar kerana ia menyusahkan untuk faham.

Pada zaman sekarang dan akan menjadi perkara utama 10 tahun daripada sekarang ialah BEHAVIOURAL ECONOMICS atau memahami ekonomi berdasarkan “tindak-tanduk”. Ini kerana dalam dunia sebenar, adalah rumit kerana orang tidak bertindak secara rasional. Saya menggunakan kaedah Behavioural Economics.

Tapi kalau ada seseorang cuba berhujah dengan saya dengan model, saya akan terus mengaku kalah. Tak guna Behavioural Economics berlawan dengan model. Sebab model cantik, warna-warni, senang difahami lagi meyakinkan. Behavioural economics pula rumit. Justeru, lawan model ekonomi tak guna. Lebih baik saya makan “pop corn” dan bantai teruk-teruk kalau model itu gagal kelak!

Berbalik kepada isu polis dan JPJ menyita tanpa budi bicara. Ini berkaitan dengan satu cabang Behavioural Economics dipanggil BLAME THEORY. Polis dan JPJ dalam satu organisasi besar. Mereka yang bekerja dalam organisasi besar bertindak berdasarkan BLAME THEORY. Mereka akan bertindak supaya mereka tidak dipersalahkan. Mereka elak risiko. Justeru, apabila kita buat dasar ekonomi dan berharap kepada pegawai tinggi kerajaan untuk beri idea, mereka akan cari cara untuk senangkan kerja mereka saja (supaya tak disalahkan).

Di kalangan pengguna atau orang perseorangan, mereka pula bertindak berdasarkan REGRET THEORY, satu lagi cabang besar BEHAVIOURAL ECONOMICS. Mereka akan bertindak supaya penyesalan dapat diminimakan.

Pelabur atau peniaga pula selalunya bertindak berdasarkan PROSPECT THEORY, satu lagi cabang besar BEHAVIOURAL ECONOMICS. Masa depan ialah tak pasti dan terpaksa diputuskan dengan kebarangkalian / kemungkinan. Ini ialah PROSPECT THEORY.

Satu lagi cabang besar ialah POWER THEORY iaitu harga dan apa saja perkembangan dalam ekonomi, mesti dinilai daripada siapa yang ada kuasa untuk mengurangkan atau menaikkan. Kartel, misalnya, kawal harga barang kerana ia ada kuasa.

Satu lagi cabang besar ialah CHOICE THEORY. Dasar kerajaan misalnya mesti dipilih oleh rakyat terbanyak, jika Rakyat tak suka, dasar atau kerajaan yang buat dasar itu dijatuhkan.

Apabila Menteri atau kerajaan umumkan satu-satu dasar pun ada BEHAVIOURAL THEORY. Misalnya, Menteri kalau nak umumkan cukai, dia selalunya tak cakap cukai ini untuk apa. Dia hanya cakap pasal cukai saja, tapi kurang cakap pasal cukai itu akan guna untuk apa kerana dia pun tak pasti. Begitu juga wartawan surat khabar ada tindak-tanduk tertentu, misalnya wartawan akan memfokus tajuk kepada cukai, bukan cukai diguna untuk apa. Hasil daripada semua ini, rakyat akan bertindak balas negatif kepada cukai-cukai baru.

Kesimpulannya, Behavioural Economics mengkaji kebenaran tetapi Model ekonomi pula model yang membuang sifat-sifat benar kerana kebenaran itu rumit dan susah nak difahami.

Kalau 10 tahun lepas, tak banyak orang yang tak perbaharui cukai jalan dan insurans. Sekarang, banyak yang tak perbaharui cukai jalan dan insurans. Kalau kita memahami melalui model ekonomi, kita anggap semua orang kena berfikir rasional iaitu mesti beli insurans. Tapi Behavioural Economics kata dalam dunia sebenar, atas sebab tertentu, orang tak beli insurans. Ini tidak rasional tapi kita mesti memahaminya.

Model atau sebenar? Pilih mana? Tepuk dada, tanya selera. Nak mengajar pun, semua dah ada otak, ada pengalaman. Anda, kita semua dah tua bangka!

Hezri Sardi

Pilihanraya PBT vs Negeri Bangsa.

Umum mengetahui pilihanraya kerajaan tempatan dah lama diperjuangkan oleh orang Cina umumnya, DAP khususnya. Menurut Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditafsir sebagai “Majlis Bandaraya”, “Majlis Perbandaran” atau “Majlis Daerah”.
Secara kebetulan, pilihanraya untuk kerajaan tempatan banyak dibuat di Eropah Barat dan Amerika utara. Pada 7 September 2023, Birmingham City Council diisytiharkan muflis. Ia ialah PBT paling besar di Eropah. Sebelum itu, majlis daerah Woking, Thurrock, dan Croydon jadi muflis. Memang sejak sedekad lalu, banyak PBT Eropah yang muflis. Motif kerajaan tempatan di dunia selalunya mengikut teori AF Leemans, jika PBT memilih untuk ada demokrasi (ada pilihanraya), kemudian ia mesti bebas dalam urusan kewangan. Sebab itu, PBT di Eropah isytihar muflis. Walau bagaimanapun, semua PBT bebas dan demokratik dapat duit daripada kerajaan atas.

Berbalik kepada Malaysia, banyak orang tak tahu sebuah Suruhanjaya DiRaja diketuai Senator Athi-Nahappan menyiasat kerajaan tempatan di Malaysia pada 1966-1968 (selesai pada rusuhan kaum 13 Mei 1969).
Pilihanraya kerajaan tempatan dah dibuat secara kecil-kecilan di negeri-negeri selat sejak akhir abad ke 19 tapi diberhentikan menjelang 1910 sebab terlalu banyak pendatang baru Cina di negeri-negeri selat yang dikhuatiri mengganggu proses pemilihan. Sejak itu, pilihanraya PBT tiada.

Selapas lebih 40 tahun iaitu pada 1950, pilihanraya PBT wujud semula, tapi secara tergesa-gesa oleh penjajah British. Local Government Election Ordinance 1950 ditulis dan terus dilaksanakan walaupun kandungannya sikit (ada 14 seksyen saja). Fenomena pelik ini berlaku sebab British sedang memberi tanah-tanah percuma yang dipanggil KAMPUNG BARU kepada para pendatang, kebanyakannya kepada kaum Cina yang gagal dihantar balik ke Tanah Besar China kerana kerajaan baru Parti Komunis telah menutup pelabuhan China.

Hampir 300 daripada kampung baru Cina tadi berstatus LOCAL COUNCIL di mana berlaku pilihanraya untuk memilih jawatankuasa. Tapi, kita mesti faham yang hampir 300 tanah percuma yang ada pilihanraya tadi bukanlah bandar, tetapi hanyalah KAMPUNG. Apabila unit kecil seperti kampung baru Cina pun dah ada pilihanraya, maka majlis daerah dan bandar pun kena ada pilihanraya. Walaupun duit datang daripada kerajaan Persekutuan, keputusan kampung-kampung adalah bebas, tak boleh kerajaan atas campur tangan kerana kampung tadi dah buat pilihanraya. Konsep asing itu bercanggah dengan kebiasaan di nusantara.

Sejak zaman-berzaman di Tanah Melayu, definisi negeri ialah bandar. Dengan kampung baru dan Pilihanraya, wujud konsep kerajaan dalam kerajaan. Tapi terdapat juga majlis-majlis yang terdiri daripada orang Melayu terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Berbeza dengan Cina, kaum Melayu tak suka pilihanraya dan mahu kampung bandar diletakkan semula secara terus di bawah kerajaan negeri. Kaum Cina didapati tidak memberi kerjasama kepada pegawai-pegawai negeri (Melayu) yang datang buat kerja di kampung-kampung. Ini semua ialah dapatan ditulis dalam laporan Suruhanjaya DiRaja Athi-Nahappan tadi.

Setelah merdeka, ordinance British digantikan dengan Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960. Sistem pilihanraya PBT zaman British masih dikekalkan, cuma undang-undang banyak ditambah kerana kuasa diberi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Maknanya, SPR kata ada 3 jenis pilihanraya yang mencipta 3 jenis kerajaan berdaulat iaitu – Pilihanraya Umum, Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya PBT. PBT pelik sikit sebab ia hanya dapat duit daripada negeri dan Persekutuan.
Suruhanjaya DiRaja kata motif PBT di Tanah Melayu sepatutnya terbalik dengan Eropah. Demokrasi dan Autonomi tak relevan. Kecekapan operasi dan perpaduan kaum diutamakan. Semua ahli Suruhanjaya DiRaja tadi adalah bukan Melayu, Melayu seorang saja.

Orang Cina atau penyokong DAP tak bersetuju dengan dapatan Suruhanjaya DiRaja kerana pilihanraya dan Autonomi bukan keutamaan.

Persoalan:
1) Adakah pilihanraya nak dibuat sampai ke daerah dan kampung seperti sebelum ia dimansuhkan.
2) Adakah bila pilihanraya dijalankan di PBT, ia akan jadi autonomi?
3) Kita bercakap pasal persempadanan semula dan Pilihanraya PBT tapi kita jarang cakap pasal perubahan sistem pilihanraya First Past The Post (FPTP) yang diamalkan di Malaysia.
4) Orang Melayu nak mengundi dalam pilihanraya umum pun susah, adakah Melayu nak bersusah payah pergi mengundi untuk PBT? Kalau Melayu tak mengundi PBT, adakah orang Cina dan proksi kaum Cina saja yang menang?
5) Dewan Negara adalah institusi besar yang jauh lebih penting daripada kerajaan tempatan. Kenapa tiada pilihanraya untuk pilih ahli Dewan Negara?

Kegagalan menjawab soalan-soalan tadi menyebabkan motif mengadakan sama ada persempadanan semula dan Pilihanraya PBT menjadi tidak logik dan tunggang-langgang. Ada perkara-perkara lebih utama tak diselesaikan, tapi beria-ia nak buat benda yang kurang utama. Adakah pihak yang nak benda-benda ni ada agenda sendiri yang hanya untungkan kelompok sendiri?

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

Khayalan Kestabilan Politik Ekonomi.

Ini bagi membidas anggapan sesetengah orang yang kononnya negara perlu kestabilan politik untuk kebaikan ekonomi. Pertama, apa yang golongan ini maksudkan sebagai “KESTABILAN”? Bagi mereka, kestabilan bermakna Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang sama sampai pilihanraya umum seterusnya. Ini pun dah salah. Fallacy yang teruk!

Saya beri contoh persatuan. Tentu ada pemilihan untuk jawatan pengerusi atau jawatan lain. Ahli-ahli persatuan mengundi pengerusi atau penjawat lain. Kalau seseorang pengerusi atau jawatan itu menang undian, mereka akan dipanggil “Pengerusi Dipilih” (President Elect) atau “Ahli Jawatankuasa Dipilih”. Pada masa yang sama, ada jawatan yang tidak dipilih, tetapi dilantik oleh penjawat yang sebelum ini dipilih. Penjawat yang dilantik (oleh penjawat yang dipilih) boleh dibuang daripada jawatan bila-bila masa saja. Pendek kata, sesiapa yang hanya DILANTIK, kedudukan politiknya TIDAK STABIL. penjawat yang menang proses undian, yang DIPILIH oleh ahli, pula tidak boleh dibuang hingga proses pemilihan oleh ahli yang seterusnya. Pendek kata, Penjawat DIPILIH AHLI , kedudukan politiknya STABIL.

Dalam kes Malaysia, ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih melalui proses undian oleh rakyat di bawah. Justeru, mereka tidak boleh dibuang hingga proses pemilihan oleh rakyat (pilihanraya umum) yang seterusnya.

Ahli jemaah menteri pula hanya DILANTIK, justeru mereka boleh dibuang bila-bila masa. Kedudukan politik mereka TIDAK STABIL.

Perdana Menteri Malaysia pula tidak melalui proses undian oleh rakyat, malah Perdana Menteri Malaysia juga langsung tidak melalui proses pengundian oleh ahli Dewan Rakyat (Investiture Vote). Justeru, Perdana Menteri Malaysia boleh dibuang tanpa tunggu Pilihanraya Umum seterusnya. Pendek kata, PERDANA MENTERI. Begitu juga Menteri Besar. Maknanya, tiada KESTABILAN POLITIK untuk Perdana Menteri atau menteri kerajaan!

Kita tak boleh mahukan KESTABILAN untuk sesuatu yang kewujudan nya tiada KESTABILAN!

Tapi ada jawatan kerajaan di dunia ini ada KESTABILAN. Misalnya, Presiden. Presiden Amerika Syarikat, Filipina atau Indonesia diundi oleh rakyat dalam pilihanraya. Sebelum Pilihanraya Umum seterusnya, Presiden yang dipilih rakyat tadi tak boleh dibuang. Maknanya, tidak seperti Perdana Menteri Malaysia, Presiden Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia adalah stabil.

Di United kingdom dan Jepun, Perdana Menteri tidak dipilih, sebab itu selalu bertukar. Rakyat faham dan tak minta kestabilan. Tapi di Malaysia, ada orang jahil yang mahu kestabilan politik. Kalau kestabilan politik itu bermaksud ahli Dewan Rakyat tak bertukar, maka betul lah. Tapi masalahnya, apa yang dihajatkan mereka ialah kestabilan Perdana Menteri, itu mengarut!

Tapi kena faham BEHAVIOURAL THEORY, kenapa mereka ini gilakan kestabilan. Pertama, mereka jahil. Kedua, kerana mereka bekerja, berniaga dan berjaya dalam kerjaya dalam era antara 1970an hingga awal 2000an yang mana parlimen dikuasai oleh hanya 1 parti politik, iaitu Barisan Nasional/ UMNO.

Justeru, mereka ini mengalami cognitive bias dipanggil Status Quo Bias. Mereka bernostalgia lalu salahfaham zaman kuku besi 1 parti tadi sebagai KESTABILAN.

Ahli ekonomi yang meramal secara tepat kejatuhan ekonomi dunia pada 2008, iaitu Hyman Minsky terkenal dengan STABILITY HYPOTHESIS. Minsky membidas anggapan umum yang kononnya KESTABILAN membawa kepada ekonomi yang lebih baik. Dia mengkritik analisa ekonomi konvensional yang mengganggap kestabilan tak wujud. Menurut Minsky, kestabilan itu sentiasa wujud dan perlu diambilkira. Minsky juga kata sebenarnya KESTABILAN selalu mencipta tindak-tanduk yang membawa ketidakstabilan.

Bagi saya, orang yang beria-ia mahukan KESTABILAN selalunya orang yang malas atau kurang membaca, mengkaji. Nak senang cerita, dia terus bagi hujah kestabilan.

Hezri Sardi

Melayu, Sempadan Pilihanraya, Demokrasi.

Politikus DAP, Kulasegaran kata ahli politik Melayu tak patut risau kalau kerusi parlimen bertambah selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya.
“Muhyiddin tak perlu gusar. Ini adalah proses demokrasi!”
Ini katanya. Maknanya:
1) DAP akui memang persempadanan semula yang menambah kawasan parlimen bandar akan dilakukan.
2) Penambahan kawasan parlimen adalah proses demokrasi dan semua kena terima.

Persempadanan semula memang “wet dream” yang diimpikan selama ini oleh para pengundi bukan Melayu kerana menurut mereka, selama lebih 60 tahun, UMNO telah buat MALAPPORTIONMENT yang untungkan Melayu. Ini kerana menurut mereka, perwakilan dalam parlimen mesti ikut konsep “1 man 1 vote”. Walau bagaimanapun, hujah sebegini ada kesalahan serius.

1) Sistem First Past The Post (FPTP) yang diamalkan Malaysia adalah berdasarkan LOCALITY atau District Magnitude 1 (1 kawasan 1 wakil rakyat). Walau di negara-negara maju sekalipun (contoh Jepun dan Amerika Syarikat), sistem LOCALITY adalah sangat tidak seimbang antara kawasan. Sampai di Jepun, mereka berputus asa untuk seimbangkan pengundi setiap kawasan lalu pada 1994, cuba capai “1 Man 1 Vote” melalui sistem lain (Proportional Representation) manakala manakala sebahagian wakil yang dipilih melalui kawasan masih lagi berlaku MALAPPORTIONMENT sampai sekarang.

Jadi, adalah salah untuk cuba capai 1 Man 1 Vote melalui FPTP.

2) Peraturan Dana Politik yang mewajibkan Parti Politik mendedahkan kepada pengundi siapa yang beri Dana dan berapa banyak dana diberikan, ini adalah satu amalan wajib di negara-negara lain. Ini adalah amalan demokrasi yang lebih panting daripada “1 Man 1 Vote”. Kenapa DAP dan orang bukan Melayu langsung tak bising ke arah ni?

3) Saya telah beli banyak buku dan kajian berkaitan sistem pilihanraya seluruh dunia. Mengelakkan “PECAH UNDI” adalah isu yang lebih besar, lebih asas daripada isu “1 Man 1 Vote”. Rasionalnya, PECAH UNDI menyebabkan WASTED VOTE atau usaha rakyat keluar mengundi menjadi sia-sia. Lagupun, MALAPPORTIONMENT bukan isu kerana sebahagian besar negara dunia tidak pakai sistem berdasarkan lokaliti seperti Malaysia.

Dalam pilihanraya umum ke 15 misalnya, lebih 80% undi oleh pengundi Barisan Nasional dan lebih 40% undi Perikatan Nasional menjadi sia-sia kerana undi pecah akibat pertandingan 3 penjuru. Hanya 20% saja undi Pakatan Harapan (PH) menjadi sia-sia. Kawasan yang bukan Melayu dominan, memang tidak berlaku pecah undi. Kawasan campuran berlaku pecah undi.

4) Akhir sekali, berkaitan format menentukan pemenang pilihanraya. Ada 3. Pertama, Proportional Representation (PR). Bilangan wakil rakyat dalam parlimen mengikut bahagian undi popular.
Kedua, Majoriti. Maknanya, selagi tiada pihak dapat lebih 50% undi di sesuatu kawasan, tiada wakil dipilih. Bagi membolehkan 51% undi dicapai, selalunya pengundi boleh memilih lebih daripada satu calon. Sistem ini semakin banyak digunapakai.
Ketiga, Plurality. Walaupun tak melebihi 50% undi, calon boleh menang jadi wakil. Yang penting undi paling banyak. Format Plurality digunakan dalam sistem FPTP seperti di Malaysia. Ia menyebabkan pecah undi.

Kesimpulannya, kalau betul-betul ikhlas nak reformasi, semua ini mesti diambilkira. Kalau setakat nak buat persempadanan semula untuk tambah wakil bandar, itu bukan reformasi. Itu jalan pintas nak menang. Matlamat menghalalkan cara!

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

SPR dan Sempadan Pilihanraya.

Pemimpin DAP, Lim Guan Eng kata hanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang berkuasa ubah sempadan pilihanraya. Dia kata ini sebagai tindak balas terhadap cakap-cakap yang kerajaan sekarang akan ubah sistem sempadan pilihanraya kerana ada super majoriti 2 per 3 dalam Dewan Rakyat.

Seperti banyak sembangnya sebelum, ini pun putar belit sebenarnya. Saya tak nak kutuk dia dan parti DAP sangat tapi saya kongsikan sedikit ilmu sejarah. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dan untuk merdeka, kena cipta perlembagaan terlebih dulu. Berbeza dengan negara seperti India dan Pakistan, Tanah Melayu menyuruh orang luar gubal perlembagaan negara ini. Ini kerana Tunku Abdul Rahman, ketua menteri Tanah Melayu ketika itu tergesa-g…
[17:56, 03/09/2023] H: SPR dan Sempadan Pilihanraya.
(Hezri Sardi)

Pemimpin DAP, Lim Guan Eng kata hanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang berkuasa ubah sempadan pilihanraya. Dia kata ini sebagai tindak balas terhadap cakap-cakap yang kerajaan sekarang akan ubah sistem sempadan pilihanraya kerana ada super majoriti 2 per 3 dalam Dewan Rakyat.

Seperti banyak sembangnya sebelum, ini pun putar belit sebenarnya. Saya tak nak kutuk dia dan parti DAP sangat tapi saya kongsikan sedikit ilmu sejarah. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dan untuk merdeka, kena cipta perlembagaan terlebih dulu. Berbeza dengan negara seperti India dan Pakistan, Tanah Melayu menyuruh orang luar gubal perlembagaan negara ini. Ini kerana Tunku Abdul Rahman, ketua menteri Tanah Melayu ketika itu tergesa-gesa mahu isytihar kemerdekaan. Sabah, Sarawak, dan Singapura masih lagi di bawah British. Perlembagaan Tanah Melayu ditulis oleh Suruhanjaya Reid yang terdiri daripada orang luar. Sebahagian besar draf perlembagaan dicadang tadi, berjaya jadi perlembagaan negara.

Pada 1957, Perkara 114(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan tulis yang ahli lembaga SPR tak boleh diberhentikan sebelum mereka capai umur 65 tahun. Dan ahli lembaga SPR tarafnya sama seperti hakim Mahkamah Persekutuan di mana mereka tak boleh dibuang oleh kerajaan mahupun parlimen. Bahkan Perkara 114(6) menjamin elaun dan syarat lantikan ahli lembaga SPR tak boleh diubah setelah mereka dilantik.

Setelah merdeka Tunku Abdul Rahman dan UMNO buat percubaan pertama untuk rendahkan taraf SPR dengan memasukkan klausa baru iaitu:
“Subject to the provision of this article, PARLIAMENT may by law, provide for the terms of the office of members of the Election Commission other than their remuneration.”
Tapi tambahan ayat ni hanya untuk pelantikan baru, ia tak kacau penjawat sedia ada.

Pada 1960, SPR masih kekal bebas. Pada 1960, SPR hantar satu laporan / cadangan tentang persempadanan pilihanraya dan UMNO secara terbuka menentang.

Dengan kuasa 2 per 3, UMNO mengubah Perkara 114(4) untuk mencipta satu “loophole” untuk membuang Pengerusi SPR. Percubaan ini gagal apabila Pengerusi SPR ketika itu, Haji Mustapha Albakri menggunakan Perkara 114(6). Pada 1962, UMNO sekali lagi cuba dengan tambah ayat dalam 114(4) supaya ia boleh “backdated”, terpakai untuk atasi Perkara 114(6).
Alasan UMNO menentang cadangan SPR ialah kerana ia akan KURANGKAN KERUSI PARLIMEN MELAYU.
Pada 1981, ayat diubah lagi supaya kuasa mengawal SPR oleh kerajaan menjadi lebih kukuh.

Untuk membidas DAP dan Lim Guan Eng, kita kena gali semua benda yang mereka perjuangkan semasa berpuluh tahun sebagai pembangkang termasuk NGO NGO yang menjadi proksi mereka. Mereka mempertikaikan yang UMNO telah buat 2 kejahatan iaitu MALAPPORTIONMENT dan GERRYMANDERING. Walau bagaimanapun, kita mesti faham kedua-dua ini sama macam KONTRAK SOSIAL yang penyokong DAP selalu pertikaikan, iaitu ia tidak tertulis dalam perlembagaan!

Ia hanya atas kertas. GERRYMANDERING dan MALAPPORTIONMENT telah dibenarkankan secara undang-undang oleh UMNO. Setelah DAP berjaya jadi kerajaan, tiada sebarang perubahan langsung dibuat untuk bebaskan SPR daripada kerajaan.

Hingga 1960, kuasa untuk membuat persempadanan, menurut Perkara 113(1), hanya di tangan SPR. SPR hanya perlu keluarkan Arahan dan tak perlu dapat kelulusan Perdana Menteri mahupun parlimen. Sebelum merdeka dan ada perlembagaan sendiri, Tanah Melayu pernah buat satu pilihanraya umum pada 1955. Persempadanan 1955 berdasarkan Suruhanjaya Merthyr. Ini dibuat ketika kebanyakan orang Cina masih belum dapat kerakyatan. Daftar pengundi belum wujud. Dicipta 52 kawasan parlimen.

Perkara 171(1) selepas merdeka memecahkan 1 kawasan kepada 2, jadi 104 kawasan parlimen. Ini dilakukan serta-merta oleh SPR yang bebas pada 1958. 104 kawasan ini mesti dikekalkan hingga pilihanraya umum 1959. Kalau ikut kaedah Merthyr 1955, setelah dapat jumlah besar 104, mesti dibahagikan kepada setiap negeri. Tapi selepas itu, Merthyr tak cakap apa apa-apa. Perlembagaan 1957 tambah satu lagi langkah selepas itu iaitu “Delineation” atau persempadanan. Perkara 116(4) ditulis mengikut cadangan Suruhanjaya Reid iaitu sempadan mesti supaya tiada kawasan yang jumlah pengundi melebihi 15% daripada jumlah purata setiap kawasan. Di sini, konsep MALAPPORTIONMENT masih tiada.
Tapi masalahnya, ayat asal Perkara 116(4) tadi juga kata “Mesti mengambilkira komposisi kaum” tapi itu saja, tiada penjelasan lanjut. SPR yang bebas pada 1960 buat tafsiran sendiri iaitu: “Tak boleh ada kawasan Melayu atau kawasan Cina. Digalakkan kawasan campuran”.

UMNO bidas yang tafsiran SPR ini merugikan Melayu. SPR juga kurangkan kawasan daripada 104 ke 100, dengan kerusi luar bandar dikurangkan. Presiden MCA Lim Chong Eu meminta lebih banyak kerusi, hingga UMNO sakit hati dan tak bagi dia bertanding pada 1959.
Hingga 1960, SPR yang bebas tadi berkuasa penuh membahagikan kawasan kepada setiap negeri. Pada 1962, UMNO ubah perlembagaan, Perkara 113(1) dan (2), lalu masukkan Jadual 13. 104 kawasan dikembalikan dan SPR tiada kuasa wewenang beri kawasan kepada setiap negeri.

Dengan ketiadaan had 15% dan klausa baru iaitu kelebihan kawasan luar bandar (Klausa 2c), maka MALAPPORTIONMENT berlaku buat pertama kali, oleh UMNO.

GERRYMANDERING pula berlaku buat pertama kali kerana SPR tidak lagi bebas. Perdana Menteri berkuasa ubah cadangan persempadanan SPR sebelum dibentang di parlimen (Klausa 8). Sempadan Pilihanraya yang diubah Perdana Menteri kemudian dibentang di parlimen dan diluluskan dengan 50% undi. Cuma bilangan kawasan untuk setiap negeri hanya boleh diubah dengan 2 per 3.

Selepas rusuhan kaum 1969, beberapa pindaan dibuat UMNO untuk membanyakkan kerusi Melayu. Jumlah kawasan setiap negeri ditulis dalam Perlembagaan. Kerusi DUN Cina di Selangor dikurangkan dengan dijadikan kerusi parlimen Wilayah Persekutuan saja.

Profesor R.H. Hickling memberi komen yang:
“Semua perubahan ini mencipta politik kuku besi. Sementara ini, orang Melayu tak risau tapi, kebimbangan akan timbul apabila orang Melayu tidak lagi menguasai kerajaan.”

Akhir sekali, apa yang DAP dan Lim Guan Eng cakap baru-baru ini adalah salah. Apa yang mereka cakap sebelum jadi kerajaan adalah betul. Iaitu SPR hanya “budak suruhan”. Yang berkuasa buat sempadan ialah kerajaan yang memerintah. Tak perlu kuasa 2 per 3 pun, persempadanan boleh diubah. Dengan 2 per 3, bilangan kawasan setiap negeri pun boleh diubah.

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti