Fallacy Nilai Subsidi.

Benda ni dah lama saya diamkan saja. Sejak zaman Perdana Menteri DS Ismail Sabri, dah selalu Pak Menteri dan Jabatan Statistik ungkit pasal betapa nilai subsidi negara yang melambung.
Sejak Perdana Menteri Anwar Ibrahim, nilai subsidi diungkit dengan lebih kerap (ia jadi alasan untuk tarik subsidi atau nama sopannya subsidi bersasar)

Untuk faham, kita terlebih dulu kena terima di dunia ni, umumnya ada 2 jenis orang, yakni yang tahu dan yang jahil. Penyokong tegar subsidi bersasar ni dikira jahil, atau lebih tepat, terjebak dalam “Anchoring Bias” (Kecacatan logik apabila seseorang berpegang degil kepada pendapat pertama dia dengar pasal sesuatu isu).
Bila mereka dengar subsidi negara dinikmati sebahagian besar oleh golongan kaya, mereka beriman kepadanya. Bila dengar kononnya kerajaan tanggung berbilion Ringgit subsidi, mereka beriman. Macam mana nak belajar benda baru?

Menteri Ekonomi kata kerajaan tanggung RM2 bilion sebulan. Dia punya cerita seolah-olah kerajaan keluarkan duit secara fizikal untuk bayar syarikat minyak.

Kita tengok IMF, OECD, EURO, Bank Dunia, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan lain-lain, mereka tidak menilai subsidi berdasarkan berapa banyak kerajaan bayar subsidi. Hanya Malaysia saja yang nilai subsidi melalui berapa banyak kerajaan keluar duit.
Jadi saya amat meragui angka bilion tu. Takkan lah seluruh dunia dan badan ekonomi guna cara pengiraan lain, kerajaan Malaysia sorang-sorang guna kepala sendiri?
Ataupun kerajaan Malaysia ikut cara dunia tapi bila cakap kepada rakyat, bohong!
Ni susah nak tahu sebab walaupun sebahagian besar negara dunia ada Akta Hak Kepada Maklumat (akta data terbuka), Malaysia antara beberapa negara yang tiada akta ini, jadi kita tak boleh paksa kerajaan dedah maklumat penting. Tak seperti kebanyakan negara.

Dunia umumnya guna cara kira nilai subsidi:
A) Inventory/ Program Specific
B) Price Gap.
Kedua-duanya bukan dikira daripada berapa kerajaan keluar duit untuk subsidi minyak.

Semua kaedah tadi asalnya berdasarkan World Trade Organization (WTO) dalam bab “Agreement on Subsidies and Countervailing”.

Cara yang popular ialah gabungkan 2 cara tadi lalu jadi cara mengira dipanggil Total Support Equivalent (TSE).

Macam kalau orang jual penapis air. Fungsi penapis air secara logiknya ialah kurangkan apa dalam air. Kalau dalamnya 10, penapis air jadikan ia 6, 4 lagi ditapis.
Tapi ada penjual yang dakwa penapis air mereka tambah zat dalam air. Vitamin, protein dan macam macam lagi. Ini tak logik sebab daripada jadi berkurang, unsur dalam air bertambah pula. Apabila bercanggah dengan logik, jurujual tu patutnya kena tunjuk bukti.

Begitu juga dengan kerajaan sekarang. Kalau Menteri Ekonomi nak momokkan rakyat kononnya negara nak muflis, sebab setiap bulan keluar duit RM2 bilion untuk subsidi, dia wajib tunjuk bukti!

Hezri Sardi

Boikot: Vigilante Ekonomi

Negara ini digemparkan dengan rangkaian runcit KK Mart yang menjual stokin dengan kalimah Allah. Kemudian, kempen boikot KK Mart dibuat seluruh negara. Sebelum ini, boikot McD, KFC, dan Starbucks dah berjaya. Orang Cina yang meguasai perniagaan di Malaysia umumnya tak suka perkembangan ini.

Satu lagi pukulan terhadap mereka ialah dengan munculnya pelbagai kumpulan dan NGO yang membuat tindakan sendiri terhadap penghina agama Islam. Mereka betul-betul tergamam. Ini sebab rasional mereka selama 1 tahun ini ialah “Kalau bunuh parti politik PAS dan Perikatan Nasional, maka orang Melayu Islam dapat dikawal.” Atas motif ini juga lah, orang Cina khususnya tebalkan muka untuk sokong kerajaan sekarang yang membelakangkan reformasi dan anti demokrasi. Saya hentam orang Cina sebab ini.

Saya banyak kali kata jika parti politik Melayu PAS dan Perikatan Nasional dibunuh sekalipun, akan ada banyak penentang kerajaan muncul. Ini menepati “Game Theory”, yang mana politik, sosial, ekonomi Malaysia adalah “Indefinite Game” (Permainan tanpa had), dan bukan “Finite Game” (Permainan terbatas) yang disangka oleh parti kerajaan dan orang bukan Melayu. Kalau Finite Game, bila Perikatan Nasional mati, kerajaan tiada pesaing lagi. Ini dibuktikan salah dalam isu kalimah Allah. Bahkan tentangan kumpulan bukan parti politik jauh lebih dahsyat!

Senator MCA Tian Lian Ker seperti politikus DAP kata Malaysia ni dibina atas prinsip sekular. Dia kata ini mengikut kajian dan fakta.

Sebenarnya macam ni. Penjajah British memang tubuhkan negara ini sebagai sistem sekular. Tapi ia sama macam apabila mereka kata negara ni negara Federalisme.

Daripada segi amalan, negara ini negara Unitary (berpusat), Federalisme hanya wayang saja. Dan sejak tahun lepas, Federalisme tu hilang habis. Negeri-negeri dikuasai pembangkang, bahkan Sabah Sarawak mahu perjuangkan Federalisme dengan beri lebih kuasa kepada negeri.

Sama macam sistem sekular. Kita merdeka atas sistem sekular. Tapi lama kelamaan, kita buang sekularisme, dan lebih dekat kepada keadaan sebelum penjajah British.
MCA dan DAP misalnya tak suka ini. Mereka pun memperjuangkan sekularisme. Sistem tinggalan penjajah ni yang menyebabkan sekularisme masih ada.

Ini bukan persoalan siapa betul, siapa salah seperti kebanyakan orang bukan Melayu kata. Bahkan orang Melayu pun dalam hati mereka tahu, ini soal siapa yang menang, kalah. Dalam politik ekonomi.

Dalam isu agama dan boikot, orang Melayu dilabel sebagai tidak rasional, walaupun sebenarnya orang bukan Melayu pun sama tak rasional. Cuma Melayu tak kata mereka rasional.

Pergi ke contoh KK Mart. KK Mart sebelum isu kalimah Allah, akan masuk Bursa Saham. Pada Konvensyen Ekonomi Bumiputera (KEB), didedahkan fakta yang tiada syarikat Melayu dalam Bursa. Begitu juga dengan pemilikan hartanah. Maknanya sistem selama ini tidak kena dengan orang Melayu. Sistem sekarang yang dibentuk penjajah lebih kena dengan orang Cina.

Bila cakap pasal sistem, kita cakap pasal akta, sistem politik dan ekonomi serta Penguatkuasaan. Dalam isu kalimah Allah, polis tak lagi boleh diharap, maka kumpulan kumpulan Melayu buat tindakan sendiri. Orang Melayu dah lawan sistem penjajah yang banyak lindungi politik ekonomi orang Cina, kalitalis. Jadi orang Cina terutamanya cuak. Dulu mereka label parti pembangkang sebagai “Gelombang Hijau”. Sekarang mereka gelar kumpulan-kumpulan bukan partisan ini sebagai “vigilante”. Mereka nak polis bunuh vigilante ini. Sebenarnya, mereka hanya nak semua platform suara Melayu dihapuskan.

Dalam politik, mereka mahu naratif yang mereka suka saja dinyanyikan. Dalam ekonomi, mereka ilmu dibincang ikut buku teks dan angka yang mereka suka. Mereka perangkap parti parti politik Melayu, bahkan Dewan Perniagaan Melayu pun kena. Sekarang kumpulan-kumpulan luar pun mereka nak kawal. Tapi, seperti saya cakap, mereka akan gagal sebab ini ialah “Indefinite Game”. Macam Amerika ingat mereka menang bila musnahkan Iraq, Libya dan Afghanistan tapi musuh mereka bertambah.

Hezri Sardi

PADU: Muslihat Formula

Menteri Ekonomi umum Subsidi Bersasar akan diberi ikut formula Pendapatan Boleh Guna (PBGB). PBGB ialah Pendapatan Boleh Guna (PBG) tolak Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW). Maknanya semua penyokong Subsidi Bersasar dah salah sebab mereka tak menjangka ini. Dalam beberapa tulisan saya dulu, saya dah jangka oleh sebab tabiat berbelanja setiap orang berbeza, kerajaan akan tetapkan satu perbelanjaan standard seperti kaedah pengiraan cukai pendapatan.

Maknanya ada orang berbelanja RM1,500 sebulan, ada berbelanja RM2,500 sebulan, ada berbelanja RM4,000 sebulan, tapi kerajaan tetapkan satu angka saja iaitu RM1,500 sebulan.

Apa fungsi satu angka ni? Sebagai satu bentuk “means testing” atau syarat kelayakan. Siapa nak dapat subsidi, pendapatan kena di bawah angka ini.

Dalam soal jawab parlimen kepada Ahli parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong, Menteri Ekonomi kata pengiraan pendapatan PBGB tak akan berubah mengikut perbelanjaan PAKW kerana setiap orang corak belanja berbeza.

Dalam jawapan kepada parlimen, Menteri juga kata berdasarkan data sedia ada (maknanya tanpa sebelum PADU), kerajaan dah dapat anggar perbelanjaan setiap isi rumah. Walau bagaimanapun, dia tak sebut berapa angka perbelanjaan yang kerajaan anggar.

Di sini, awal awal lagi dah ada Fallacy, kecacatan logik. Individu dan isi rumah terang-terang ialah dua benda berbeza. Misalnya, Ali ialah individu, Abu ialah invidividu, Aminah ialah individu. Jika Ali, Abu, Aminah- ketiga-tiga ni duduk dalam 1 rumah, ketiga-tiga dikira sebagai 1 isi rumah. Jika Ali, Abu dan Aminah duduk di rumah berasingan, maka ada 3 isi rumah. Jabatan Statistik anggar ikut isi rumah, bukan individu.

Kalau seseorang tu gaji RM3,000 kita sangka dia B40 tapi sebenarnya bukan. Kalau suami gaji RM3,500 dan isteri RM3,500, dan kedua-dua tinggal serumah maka pendapatan isi rumah mereka RM7,000 maknanya dah jadi M40.
Maknanya, jika ada 6 orang tinggal serumah, seorang gaji RM2,500, satu isi rumah RM15,000 dah jadi T20.

Bila isi PADU, setiap orang kena masuk maklumat alamat ikut nombor kad pengenalan (IC). Realiti sekarang banyak orang tinggal di alamat lain tapi IC alamat lain. Satu alamat IC selalunya dikongsi banyak orang.

Bila isi PADU, seseorang kena declare sama ada dia ketua isi rumah atau tak. Apa kesan kalau seseorang jadi ketua isi rumah. Macam mana nak tahu seseorang itu ketua isi rumah. Jika pada zaman 1990an senang, sebab dalam 1 rumah ada suami isteri, dan anak-anak saja.

Menteri Ekonomi tak mungkin boleh jawab ini kerana memang tiada jawapan. PADU dan kriteria kelayakan subsidi bersasar memang tak logik. Sebab itu, jawapan dia sekejap kata perbelanjaan individu, sekejap kata isi rumah!

Itu baru logik. Belum masuk realiti zaman sekarang. Jabatan Statistik buat pelbagai anggaran, bukan betul betul turun ke bawah lihat apa berlaku. Misalnya, Jabatan Statistik setiap tahun keluarkan banyak orang daripada jumlah maksima pekerja, menjadikan bilangan maksima pekerja kecil. Ini buat peratus pengangguran tidak melambung. Mengeluarkan banyak orang setiap tahun daripada pasaran pekerja atas kertas adalah tak masuk akal sebab zaman sekarang orang akan terus bekerja walaupun dah masuk 70 tahun!

Di Indonesia, rakyatnya sorokkan motor dan smart phone apabila pegawai kerajaan datang. Bila isi PADU, perkara sama berlaku. Orang akan declare pendapatan yang kecil. Sebenarnya orang tak perlu tipu pun, jika orang masukkan pendapatan sebenar pun, ia akan bercanggah dengan anggaran kerajaan sebab seperti saya kata tadi, anggaran kerajaan tak betul.

Jika berlaku percanggahan, kerajaan sepatutnya betulkan balik anggaran PBGB tapi ini tak akan berlaku. Macam mana saya tahu?

Sebab sampai sekarang kerajaan masih tak umum berapa banyak subsidi bersasar yang orang layak dapat. Bahkan hanya 20% orang isi padu kerana tak pasti berbaloi atau tak subsidi yang akan didapati. Ye lah. Kerajaan tak umum berapa banyak seorang layak dapat.

Muslihat kerajaan begini. Kalau dia beritahu berapa subsidi seorang dapat, data PADU tunjuk orang yang layak subsidi jauh lebih daripada anggaran kerajaan, maka kerajaan tak dapat potong belanja. Kerajaan sebenarnya buat ni semua untuk potong belanja. Bila menteri dan pengampu kata nak agihkan subsidi secara adil, itu semua alasan “lip service”.

Hezri Sardi

Penggal Tetap vs Informateur.

Kerajaan akan gubal Akta Penggal Tetap Parlimen. Tak tahu apa kandungannya tapi seperti Akta Lompat Parti dan lain-lain, ia pasti dipinda untuk untungkan parti pemerintah saja. Yang mengecewakan ialah nampaknya parti pembangkang sama ada yang ahli parlimen atau pemimpin biasa nampaknya tiada idea untuk betulkan akta ni.

Timbalan Perdana Menteri pernah kata dia nak akta itu pastikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tak boleh dijatuhkan sampai pilihanraya seterusnya. Dia mungkin terlepas cakap apa yang tersimpan di hati, sebab kalau itu tujuan akta, maka ia sebenarnya akta kuku besi!

Saya tulis ini untuk bagi idea kepada ahli-ahli parlimen untuk betulkan akta penggal tetap parlimen. Tujuan asal akta sebegini di negara lain ialah supaya rakyat boleh agak bila pilihanraya. Tak adalah seperti sebelum ni UMNO suka hati bubarkan parlimen. Pelik, adakah orang UMNO sekarang nak kata keputusan UMNO dulu termasuk DS Najib adalah salah besar? Bagi kebanyakan rakyat, sama ada penggal parlimen betul betul cukup 5 tahun bukan masalah besar pun.

Alang alang nak buat akta begini, patutnya parlimen ambil kesempatan untuk selesaikan masalah lebih besar, iaitu prosedur jelas untuk bentuk kerajaan atau bubar kerajaan.

Dalam episod perlantikan Perdana Menteri terbaru, semua tahu tentang prosedur tak jelas. Walaupun perlembagaan sebut Perdana Menteri kena ada majoriti sokongan dewan rakyat, tapi tidak disebut macam mana cara majoriti itu ditentukan. Dalam keadaan tiada parti politik yang dominan seperti pasca PRU 2022, seluruh negara tertanya-tanya. Jadi dengan kelemahan ini, misalnya kalau orang Melayu tak suka Perdana Menteri sekarang, orang Melayu kena pastikan pembangkang menang besar supaya majoriti tak boleh dipertikai sesiapa, dalam kata lain, orang Melayu kena pastikan UMNO tiada kerusi parlimen, sebab kita tahu orang Cina akan undi PH / DAP sampai kiamat, dan parti Sarawak akan terus ambil kesempatan.

Kalau nak kekalkan UMNO, prosedur perlantikan Perdana Menteri/ pembentukan kerajaan mesti jelas. Ini yang patut ada dalam akta penggal tetap parlimen.

1) Vote of Investiture.
Mesti ada prosedur jelas pengundian calon Perdana Menteri.

2) Caretaker.
Jika undi tak percaya berjaya, apa prosedur seterusnya sebelum lantik Perdana Menteri baru. Kena lantik seorang ahli parlimen sebagai Caretaker. Kena ada tempoh “cooling period”, untuk caretaker ini. Kuasa untuk pastikan kerajaan di bawah dapat berjalan. Dua dua ni kena jelas.

2) Informateur.
Dalam istilah negara barat / Eropah, peranan ni adalah pokok dalam pembentukan kerajaan sebab di sana selalu berlaku keadaan di mana tiada parti dominan.

Informateur ialah seorang ahli parlimen yang dipertanggungjawab untuk menjalankan proses sebelum dan semasa Vote of Investiture (VoI). Sebelum VoI, Informateur akan mendapatkan calon Perdana Menteri secara bertulis dari setiap parti politik di parlimen.
Kena ada prosedur, kalau tiada siapa ada majoriti. Di sini, Informateur akan runding antara parti politik yang nak bergabung.
Informateur boleh jadi orang yang sama atau berbeza dengan Caretaker.

3) Perjanjian Parti Politik.
Jika tiada parti ada majoriti, Informateur akan buat satu perjanjian (coalition agreement) antara parti politik, yang diumum kepada rakyat.

Perjanjian ini akan ada apa yang parti kerajaan wajib buat, dalam tempoh tertentu misalnya 1 tahun, jika tak buat, kerajaan terbubar dan kena buat balik proses Vote of Investiture semula.

4) Batas Speaker Dewan Rakyat.
Kalau betul betul nak buat ni semua, kena hadkan kuasa speaker dewan rakyat.

Kesimpulannya, akta penggal tetap parlimen sepatutnya bukan untuk pastikan kerajaan tak tumbang, bukan supaya Perdana Menteri tak jatuh. Itu dah jadi kuku besi!

Seperti akta-akta lain, akta sepatutnya mengandungi prosedur. Kerajaan boleh bertukar 10 kali dalam 1 penggal, demi demokrasi, tapi prosedur mesti jelas supaya tak susahkan rakyat.

Ini tidak. Ada politikus dah awal awal anggap “kerajaan jatuh, Rakyat susah”. Walhal kerajaan atau Perdana Menteri jatuh naik, tiada kaitan dengan kesusahan rakyat. Yang susah rakyat kalau benda tak jelas. Tiada prosedur jelas. Tak adil.

Semoga input ni beri idea kepada orang politik untuk betulkan Akta Penggal Tetap Parlimen yang kerajaan nak gubal.

Hezri Sardi

Fallacy Nilai Ringgit.

Semalam pada 3.49 petang, orang ramai heboh apabila nilai Ringgit kepada dollar jatuh ke 4.98. Benda sama berlaku pada 5 Febuari bila Ringgit jatuh ke 6.239, kedua-dua nilai datang daripada carian internet, Google. Pada 5 Febuari, Bank Negara kata nilai tu tak betul walaupun Google tak kata apa-apa.

Latar belakang kepada isu ini ialah sejak 2023, nilai Ringgit jatuh jauh lebih teruk berbanding mana mana zaman sebelum ini. Kalau macam tu, kenapa orang ramai tak kutuk setiap hari sebab memang setiap hari sejak 2023 Ringgit paling teruk. Jawapan nya orang berasa penat. Ringgit jatuh kepada 4.5, mereka bising. Jatuh lagi kepada 4.6, bising. Jatuh ke 4.7, bising, hampir 4.8, bising. Daripada semasa ke semasa, Ringgit naik sikit, tapi masih tahap teruk. Sepatutnya orang kutuk, tapi tak buat sebab penat, bosan. Pada masa sama, penyokong kerajaan bila Ringgit naik sikit, (naik ke 4.75, walhal ia dah tahap kronik), akan kutuk orang ramai “Kenapa tak bising, bila Ringgit naik?” (Pelik, Ringgit tak pernah naik pun)

Sebagai orang yang biasa dengan pertukaran matawang, saya tahu nilai di Google atau XE di internet adalah salah. Begitu juga nilai harian pada laman web Bank Negara.

Pada hujung 15 Mac, nilai Ringgit jadi 4.70 (penyokong kerajaan akan melompat gembira walaupun masih amat teruk). Nilai ni salah. Penyokong kerajaan guna nilai ni tak buatkan ia jadi betul. Penyokong pembangkang guna nilai ketika ia kuat tak buay ia jadi betul. Sebab nilai Google memang salah!

Berikut ialah harga Ringgit pada 15 Mac mengikut bank;
Bank Muamalat 4.82
Public Bank 4.771
CIMB 4.7808
RHB 4.907
Maybank 4.771
Hong Leong 4.772
OCBC 4.77
MUFG 4.754
Bank Negara 4.707

Nilai Bank Negara dan Google jauh lebih rendah daripada nilai sebenar dijual di bank bank tempatan. (Nilai sebegini untungkan dakyah kerajaan). Masalah ialah sebab penyokong pembangkang pun 2 kali 5, guna nilai Google. Kalau pembangkang tunggang nilai Google masa Ringgit jatuh, mereka tak boleh marah apabila penyokong kerajaan tunggang Google bila Ringgit naik sikit.

Kalau pembangkang celik ilmu sikit, mereka akan hari hari tengok harga sebenar bank beli Ringgit yang jauh lebih rendah. Misalnya, Bank Muamalat ialah 4.82 dan RHB 4.907.

Sama macam harga ayam. Katakan Ah Chong dan Ah Tam, dua-dua peniaga ayam dalam satu kartel yang sama. Ah Chong dan Ah Tam jual beli ayam sesama sendiri pada harga lebih murah daripada luar. Tapi kita tak tayang kepada umum harga antara 2 kartel tadi. Harga yang sampai ke orang ramai patutnya jadi harga sebenar. Begitu juga dengan Ringgit, kita ikut harga akhir yang sampai kepada kita.

Berikut fakta sejarah pasal matawang negara ini.

1903 – Matawang Dollar Negeri-negeri Selat mula.
1940- Dollar Malaya ganti Dollar Selat.
1944- Sistem Bretton Woods bermula di peringkat dunia.
1950- Perjanjian Matawang 1950 supaya nilai Dollar Malaya ikut sistem Bretton Woods.
1959- Bank Negara diwujudkan yang guna sistem lain daripada Dollar Malaya.
1960- Perjanjian Matawang 1960 meluaskan Dollar Malaya kepada Sabah Sarawak.
Jun 1967- Matawang baru, Dollar Malaysia diguna.

Sejak 1967, ada 2 matawang diguna di Malaysia, satu Dollar Malaya dikeluarkan oleh Currency Board, satu lagi Dollar Malaysia oleh Bank Negara. Kedua-dua guna sistem Parity ikut Bretton Woods, kedua-dua termasuk Bank Negara masih lagi sistem Currency Board.

Pada 1971, Bretton Woods dimansuhkan. Oleh sebab tiada lagi Parity, matawang setiap negara tidak lagi diikat antara satu sama lain. Pasaran matawang asing bermula pada masa ini. Walau bagaimanapun, Bank Negara masih lagi jual beli Dollar Malaysia melalui nilai tetap.

Pada 21 Jun 1973, Dollar Malaysia secara tetap selepas Dollar Malaya dihentikan penggunaan.
Pada 1976, Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) buat perjanjian Jamaica bagi menjadikan nilai matawang bebas turun naik. Bank bank bebas jual beli Ringgit pada harga masing-masing. Maknanya, Ringgit bukan ada 1 harga saja.

Kalau kita cari nilai tukaran dollar Ringgit di Google, kita akan dapat 1 harga saja. Tapi, kita tak tahu sama ada itu harga untuk beli Ringgit atau harga jual Ringgit. Nilai yang beri kesan kepada kita ialah nilai jual Ringgit. Tapi Google tak jelas. Nilai Ringgit itu dapat kalau jual di mana? Itu pun Google tak beritahu. Justeru, itu walaupun sesetengah orang ekonomi guna “Law of 1 Price” (Doktrin 1 Harga), ia sebenarnya salah daripada segi logik.

Hezri Sardi

Anti-Boikot= Anti-Ekonomi,Anti-Demokrasi

.Baru-baru ni tular apabila tuan punya kilang Melayu contract farming yang bekal ayam kepada KFC terpaksa jual kilang, akibat kejatuhan bisnes KFC. Isu dimainkan orang yang kononnya acah terpaling “Melayu”, kebanyakan penyokong kerajaan sekarang untuk kondem gerakan Boikot.

1) Hujah yang kosong.
Tak faham apa yang cuba dibuktikan oleh puak ni. Tak ada kajian lagi yang membuktikan gerakan boikot menjadi CAUSALITY atau punca kepada kejatuhan KFC.
Kedua, ini bercanggah dengan dakyah sinis puak ni sebelum ni yang kata boikot tak akan berjaya. Kalau mereka kata bisnes KFC jatuh sebab boikot, maka mereka bodoh sebab dulu mereka kata boikot gagal!

2) Anti boikot= anti demokrasi.
Penyokong kerajaan atau puak anti-boikot ni saya lihat ada “Kompleks rasa diri rendah”. Contohnya, apabila keputusan pilihanraya dulu tunjukkan hampir semua orang Melayu tak sokong kerajaan, maka mereka kempen boikot bisnes Kelantan, kutuk keturunan Jawa dan Boyan supaya balik Indon (Orang Cina mereka tak suruh pulak balik Tongsan pula!)

Boikot ialah satu kenyataan politik supaya jangan libatkan diri dengan syarikat berkaitan “Isr*#el”. Kalau puak anti-boikot kata boikot kurangkan jualan KFC maka itu itu hak demokrasi pemboikot, dan perlu dihormati, seperti mana majoriti besar Melayu undi pembangkang.

3) Boikot Kena Ada Ilmu?
Puak ni kata “Tengok lah. Usahawan Melayu dah bungkus. Lain kali boikot kena ada ilmu”.
Sebenarnya, yang tiada ilmu ni ialah puak anti boikot ni. Kalau ekonomi jadi ukuran suatu gerakan itu baik atau buruk, kita boleh panggil puak ni “Anti-Ekonomi”.

Tahu tak apa maksud “contract farming”? Macam ni, katakan (contoh) KFC ni dimiliki oleh sebuah syarikat kerajaan. Sebahagian (bukan semua) daripada pembekal ayam nya diberi kepada bekas kakitangan atau keluarga kakitangan syarikat kerajaan tadi. Ni biasa berlaku di mana-mana dan mungkin lebih besar di Malaysia, “Kapitalisme kroni”. Memang betul sebahagian kepunyaan Melayu. Tapi Melayu Kroni Kapitalisme yang selalu puak ni kutuk.

Contract farming ni bukan jual ayam kepada orang ramai atas harga pasaran. Jual kepada satu syarikat saja, misalnya KFC, pada harga tetap. Margin untung dah ditetapkan. Untung bergantung kepada berapa banyak ayam mati. Dan bergantung kepada bisnes KFC.

Tapi tak kisah lah, guna kabel ke apa. Tapi setelah bertahun-tahun buat contract farming, kalau lah mereka ni usahawan sebenar, mereka akan jual bersaing di pasaran terbuka. Ini penting bagi mengimbangi oligopoli kartel Cina yang dah lama kuasai pasaran.

Jadi kalau bisnes KFC jatuh, kalau betul pun sebab boikot, itu ialah “part and parcel” aka asam garam mikroekonomi. Kalau ada kedai makan gulung tikar, kita tak kutuk orang ramai tak makan kat kerai tu!

Kesimpulannya, puak anti-boikot menyalahkan gerakan boikot sebagai bunuh usahawan Melayu. Puak anti-boikot ni adalah Anti-Demokrasi dan Anti-Ekonomi!

Hezri Sardi

Cukai: Dekonstruksi SST, GST.

“Manusia tidak bergaduh demi makanan atau tempat. Tapi manusia bergaduh kerana cerita khayalan dalam imaginasi mereka.”
Yuval Noah Harari (Penulis buku “Sapiens” dan “Homo Duea”)

Pada 2018, GST dimansuhkan dan SST dikembalikan. Pada 1 Mac 2024, kadar SST dinaikkan dan lebih banyak perkara kena cukai perkhidmatan. Sebelum itu, dibuat cukai barang bernilai tinggi (HVGT) dan cukai bernilai rendah (LVGT).

Sistem pilihanraya kita pula lapuk, dikenali sebagai First Past The Post (FPTP) yang mana hanya ada 2 parti politik saja yang boleh hidup. Oleh itu, penyokong GST dan penentang GST boleh sokong parti politik yang sama. Oleh sebab ekonomi isu amat penting, isu cukai yang juga isu ekonomi disebut-sebut orang. Apabila cukai naik daripada 6% ke 8%, orang ramai marah, ini masuk akal. Tapi kalau orang marah sebab kerajaan tak buat GST, ini tak masuk akal.

Macam ni. Katakan kita buat satu forum ilmiah untuk bandingkan bangsa Melayu dan Cina, bertempat di Kelantan. Yang pro Melayu tunjuk video tentang Cina di Petaling Jaya, Kota Melaka dan Georgetown. Kesimpulan daripada video tu, Cina tu rasis. Penonton forum tu, tak kira Melayu Cina, semua lahir, tinggal di Kelantan. Mereka pun terpinga-pinga sebab perilaku dalam video tadi tak wujud di Kelantan.

GST dan SST, juga HVGT, LVGT, duti import ialah jenis cukai penggunaan (consumption tax). Begitu juga turnover tax yang dah pupus, dan juga tax production yang wujud di Eropah.
GST pula di negara lain dikenali sebagai Value Added Tax (VAT). VAT / GST dicukai pada setiap peringkat dalam rantaian bekalan tapi boleh dituntut balik (REFUND) oleh yang dicukai tadi. Yang tak boleh tuntut balik REFUND cuma yang hujung sekali, yakni pembeli akhir. Dalam 75% negara VAT kecuali EU, kerajaan ada masalah nak pulang balik REFUND cukai,. seterusnya membuat “kelebihan VAT” ni tak wujud. GST ketika ia dibuat di negara kita dulu, adalah jenis VAT yang majoriti (susah nak REFUND).

Sifat GST / VAT yang selalu dihujahkan oleh penyokong GST di Malaysia ialah VAT jenis EURO. Di EURO pun, kecuali 1 negara, VAT bukan sumber cukai No. 1, 2, mahupun 3!

Berbalik kepada SST di Malaysia, atau lebih khusus Cukai Perkhidmatan (sebab ini yang menjadi fokus pergaduhan). Baru-baru ni, saya bawa pelbagai dokumen daripada beberapa industri ke Kastam, pasal cukai perkhidmatan. Saya tengok apa yang Kastam ajar berbeza dengan apa yang orang gaduhkan pasal SST di media sosial. Saya tak sokong kerajaan, tak sokong SST atau GST.

Daripada segi amalan, matlamat cukai perkhidmatan ialah beban cukai kena atas “End User” (pembeli terakhir). Beban cukai “di atas kertas” tak kena pada pembeli awal dan tengah. Ini persamaan antara GST dan cukai perkhidmatan.

Beza pula ada 2 yang utama.
1) GST kena di setiap peringkat tapi boleh REFUND (kalau ikut Eropah). SST pula kena di hujung saja.
2) GST wajib dibayar peniaga walau dia tak dapat duit. Cukai Perkhidmatan bayar kalau dapat duit saja. Cukai Jualan macam GST bayar walau tak dapat duit. Maknanya 1/4 daripada SST kena bayar walau tak dapat duit dari pelanggan, sama macam GST.

Telus atau Tak?
Ini hujah penyokong GST. GST telus sebab setiap peniaga kena tunjuk cukai atas Invois. Kononnya kita dapat tahu berapa banyak untung peniaga buat. Ini TAK LOGIK. Mana satu yang telus, ini tak jelas.

Kalau kata cukai tu telus, mungkin betul sebab ia tertera atas invois. Tapi tu perkara kedua, yang lebih penting, sama ada cukai kena atau tak. Kalau cukai tak kena, GST pun tak tertera atas invois. Orang tak suka kena cukai, bukan heran cukai tu telus atau tak. Kalau cukai tiada, isu ketelusan cukai pun tak wujud!

Kalau nak kata ketelusan untung, pun tak juga. Akta Pencatutan yang dulu datang bersama GST tak wajibkan dedahkan untung peniaga kepada pembeli. Peniaga hanya tunjuk untung kepada kerajaan. Maksud TELUS ialah tunjuk kepada banyak orang. Kalau tunjuk kepada kerajaan saja, itu bukan telus.

Kalau nak kata, TELUS bermakna pelanggan boleh anggar untung peniaga pun tak betul. Syarikat pun bayar akauntan, baru dapat kira untung berniaga. Tapi penyokong GST kata orang biasa boleh terus faham untung peniaga hanya daripada tengok invois saja!

Kesimpulannya, apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan nak capai kesan GST tanpa buat GST. Kalau kita kutuk SST untuk dapatkan GST balik, tu kerja sia-sia sebab kerajaan memang nak buat GST balik tapi atas nama lain.

Hezri Sardi

Kritikan Salah Tentang SST.

Tulisan ini untuk tegur penyokong pembangkang. Bila lihat komen-komen penyokong pembangkang, saya yakin mereka akan buat beberapa U-turn pada masa akan datang pasal SST. Bukan kerajaan saja boleh U-turn ye!

Pertama yang semua kena faham ialah idea-idea baru tentang cukai ni bukan datang daripada politikus parti kerajaan sebab mereka tiada idea. Idea cukai baru datang daripada kastam dan pegawai Kementerian Kewangan. Saya pernah bertekak dengan pegawai tinggi kastam dan Kementerian Kewangan. Mereka memuja GST dan nak buat balik GST. Cuma kalau guna nama GST, nanti politikus kerajaan yang akan kena bahan. Jadi mereka sikit demi sikit nak buat GST tapi guna nama lain. Kalau penyokong pembangkang tak faham ni, mereka akan buat banyak U-turn akan datang.

Selepas GST dimansuhkan, SST dibuat dan cukai perkhidmatan merangkumi sebahagian besar SST. Pada 1 Mac 2024, ada perubahan pada sistem SST. Oleh sebab banyak orang malas belajar, mereka hanya tengok bahagian 6% naik ke 8% saja.

Baca baik-baik, saya akan cerita apa berlaku di dunia sebenar. Bukan ber imaginasi macam progaganda politik, tapi dunia sebenar.

Sebelum ni, logistik kena kan cukai 6%. Ada macam macam khidmat logistik, jadi ia bersepah dalam kategori G hingga I. Selepas 1 Mac, ada benda dalam logistik yang dulu tak kena cukai, sekarang kena. Benda baru ni tak kan lah dia nak terus kenakan 8%. Jadi logistik termasuk benda baru semua 6% dan untuk senang urus, semua masuk dalam 1 kategori saja. Dibuat kategori baru iaitu Kumpulan J. Yang dulu dalam H ke G, semua masuk ke J dan kena 6% bersama benda yang dulu tak dicukai. Walaupun logistik dah dikeluar daripada G, G nampaknya semakin luas.

Ketiga, kerajaan memang nak buat GST melalui jalan belakang. Saya ambil contoh sebenar. Dulu Syarikat A kenakan caj lori kontainer 40 kaki sehala RM1,000. Dia caj cukai perkhidmatan 6% iaitu RM60. Jumlah caj termasuk cukai ialah RM1,060. Syarikat B di tengah rantaian kenakan caj lori kontainer 40 kaki tadi kepada kilang RM1,100. Maknanya cukai RM66. Jumlah semua caj Syarikat B kepada kilang RM1,166.
Maknanya , Syarikat A bayar SST RM60, Syarikat B bayar SST RM66. Kerajaan pula dapat RM60+RM66 = RM126 untuk satu perkhidmatan ini saja.

Selepas 1 Mac, Syarikat A kenakan caj kepada Syarikat B sebanyak RM1,000 tanpa cukai. Syarikat B pula caj kilang sama seperti dulu iaitu RM1,166 termasuk RM66 SST. Maknanya kerajaan akan dapat SST sebanyak RM66 saja berbanding RM122 sebelum 1 Mac. Pendapatan kerajaan kurang. Pengecualian ini bukan saja terpakai kepada Kumpulan J logistik, tetapi juga lain seperti Kumpulan G.

Keempat, maknanya SST selepas 1 Mac buat peniaga susun balik operasi ikut rantaian bekalan. Ada satu yang saya kenal, Syarikat C, buat kerja-kerja sub-kontrak. Dia ada 5 pelanggan dengan purata setiap pelanggan beri dia RM100,000 sebulan. Sebelum 1 Mac, dia caj SST RM6,000, kalau 5 pelanggan RM30,000 sebulan SST. Selepas 1 Mac, pelanggan dia mahu elakkan kena caj RM6,000 tadi dengan “declare” Syarikat C tadi sebagai berada dalam rantaian bekalan masing-masing. Dalam kes ini, 4 pelanggan suruh Syarikat C jangan caj SST kepada mereka. Maknanya, syarikat C beritahu kastam dia berada dalam rantaian bekalan untuk 4 syarikat berbeza. Bukan saja pendapatan kerajaan berkurang (dan kerajaan akan luaskan lagi cukai baru), tetapi cukai hanya kena atas pembeli akhir saja, ini ialah matlamat GST.

Beza SST selepas 1 Mac dengan GST ialah GST, setiap syarikat bayar GST kemudian hilangkan kerugian dengan tuntut refund dari kerajaan. Dalam SST pasca 1 Mac, syarikat hilangkan rugi dengan declare sebagai ahli rantaian bekalan syarikat lain.

Apa yang kerajaan akan buat lagi selepas ini?
1) Sebab pendapatan berkurang di banyak tempat, kerajaan akan kenakan lebih banyak cukai baru dan luaskan skop SST.
2) Kerajaan akan mula buat daftar “rantaian bekalan”. Berapa banyak rantaian bekalan dilapor kepada kastam dan banyak peniaga di tengah tengah ni berada dalam lebih daripada 1 rantaian bekalan.
Dalam GST, peniaga lapor berapa harga jual kepada kastam dan dalam SST pasca 1 Mac, peniaga lapor dia berada dalam rantaian bekalan siapa. Kementerian Kewangan kata dia nak elakkan cukai benda sama 2 kali tapi sebenarnya dia nak buat ni.

Akhir sekali, penyokong pembangkang jangan cepat melompat untuk komen, semata-mata ghairah nak bantai kerajaan. Lihat gambaran besar dulu!

Hezri Sardi

GST, SST: Fallacy Harimau Kertas.

Sebahagian besar orang Melayu tak sokong kerajaan hari ni. Bila kerajaan buat sistem SST 6%, orang marah. Ada juga yang bandingkan dengan GST yang dibuat dulu dengan tujuan propaganda untuk perli kerajaan. Bila asyik perli, secara tak sedar mereka tercakap yang GST lebih baik daripada SST- satu pemikiran yang salah bila kata satu cukai lebih daripada yang lain.

Saya bekas Konsultan GST masa zaman GST dulu. Kebanyakan konsultan buat cukai LHDN, tapi saya fokus kepada GST saja. Bila GST dimaksuhkan, sebahagian kerjaya saya hilang. Patutnya saya lagi sokong GST.

Kesilapan pokok bila orang beria-ia nak sesuatu cukai ialah anggap cukai tu, misalnya GST, akan jadi “ubat ajaib serba guna” yang bukan saja akan tambah duit kerajaan (tak faham saya, kenapa rakyat biasa nak fikir tambah duit kerajaan), tapi akan selesaikan pelbagai masalah sosio-ekonomi. GST misalnya kononnya akan jadi “serampang 10 mata”!

Hujah utama penyokong GST ialah ia kenakan cukai di setiap peringkat (jadi lebih cekap), dan setiap peringkat tadi boleh tuntut balik GST yang dah dibayar dari kerajaan. Ini dipanggil mekanisme REFUND.

Hujah 1. GST ni di kebanyakan negara dipanggil Value Added Tax (VAT). SST dan VAT ni adalah jenis Cukai Penggunaan (Consumption Tax). Peratus cukai ni kepada KDNK menurun di 30 daripada 38 negara OECD (2018-2020 sebelum COVID). Daripada ni, peratus VAT kepada KDNK turun di 22 negara OECD manakala 2 negara tak berubah peratusnya. Purata VAT ke KDNK untuk negara-negara OECD ialah 7%.
Di Eropah, hanya 5 negara saja yang VAT ke KDNK mencapai 9% – Denmark, Cyprus, Hungary, Sweden dan Croatia. Kalau lah VAT aka GST ni ubat ajaib, tentulah, peratus kepentingan ekonominya akan lebih tinggi sebelum COVID. Ini tidak, VAT ialah cukai ke 4 atau 5 daripada segi peratus di negara-negara dunia. Pendek kata, VAT hanya wujud tapi ia bukan ubat ajaib seperti sesetengah orang Malaysia sangka!

Hujah 2.
GST hanya akan jadi VAT jika peniaga dapat REFUND. Jika tak, VAT lebih teruk daripada SST. Tanpa REFUND, GST akan jadi Turnover Tax yang dah pupus atau jadi Tax on Production. Minta maaf lah jika ada yang terasa, masa zaman GST kita dulu, ini yang berlaku.
Ada sesetengah negara Euro yang VAT nya betul, REFUND diberi setiap bulan malah peniaga yang tak daftar VAT pun dapat REFUND tapi melalui kategori berbeza.

Hujah 3 (bonus). Penyokong GST umumnya tak perasan sifat-sifat lain GST. Sistem GST kita dulu yang ditiru daripada Singapura, adalah 100% TERAKRU. Maknanya, bila peniaga jual barang walaupun tak dapat duit, ia wajib declare GST. Invoice mesti keluar secepat mungkin. SST pula lebih ringan sebab hanya bayar kalau dapat duit. Di negara-negara Euro, umumnya peniaga kecil sederhana diberi pilihan sama ada untuk VAT tunai atau TERAKRU.

Lebih kurang 1 per 4 saja negara yang REFUND serta-merta. Sebahagian besar tak pernah REFUND VAT. Kalau negara lain tak dapat jamin REFUND, adakah Malaysia yang teruk ni boleh jamin untuk REFUND? Kerajaan selalunya guna duit REFUND tadi. Melainkan kalau dijamin dalam akta fiskal atau perlembagaan, yang kerajaan tak boleh sentuh bahagian REFUND. Tapi benda ni pendokong GST rata-rata tak pernah sebut pasal ni.

Saya bukan anti-GST, bahkan kalau diikutkan, patutnya saya lah terpaling GST sebab sebahagian besar gaji saya dulu kerana GST. Cuma pendokong GST terlalu bercakap atas kertas. Petik buku teks. Fakta dunia sebenar jauh panggang dari api. Orang putih kata PAPER TIGER. Kebaikan GST hanya dahsyat atas kertas saja. Tapi SST pun lebih kurang. Sebab tu kepentingan cukai cukai sebegini sudah terkebawah di negara-negara lain.

Hezri Sardi

Ringgit, Fallacy 1 Harga.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pada 27 Febuari umum:
“Oleh itu, ringgit dijangka diniagakan pada sekitar RM4.77 hari ini.”
Tapi jika kita tengok laman web rasmi Bank Muamalat, Dollar US dijual pada RM4.910 pada 28 Febuari, RM4.916 pada 29 Febuari dan RM4.882 pada 1 Mac.
Orang politik dan penyokong kerajaan kena bantai teruk bila Ringgit naik menuju RM4.80. Ketika tulisan ni dibuat, Ringgit dilapor oleh media berada di 4.74, amat teruk, tapi keterukan itu dineutralisasi oleh dakyah media yang kononnya “Ringgit naik” walhal ia masih amat teruk.
Pada 28 Febuari ke 1 Mac misalnya, tiada lagi bunyi kutukan sebab Ringgit tak lagi RM4.80 tetapi Ringgit hanya begitu dalam Google, dalam media. Dalam dunia sebenar, Ringgit dah jatuh melebihi 4.80.

Berikut ialah harga jualan dollar US mengikut bank.

RHB.
27 Feb- RM 4.973
28 Feb- RM 4.965
29 Feb- RM 4.906
1 Mac- 4.92

Public Bank.
27 Feb- RM 4.846
28 Feb- RM 4.827
29 Feb- RM 4.833
1 Mac- 4.805

CIMB
27 Feb- RM 4.8565
28 Feb- RM 4.8352
29 Feb- RM 4.8448
1 Mac- 4.8164

Maybank
27 Feb- RM 4.844
28 Feb- RM 4.823
29 Feb- RM 4.823
1 Mac- 4.803

Hong Leong.
27 Feb- RM 4.849
28 Feb- RM 4.828
29 Feb- RM 4.838
1 Mac- 4.808

MUFG Tokyo.
27 Feb- RM 4.843
28 Feb- RM 4.815
29 Feb- RM 4.822
1 Mac- 4.795

Sumitomo.
27 Feb- RM 4.8236
28 Feb- RM 4.8031
29 Feb- RM 4.8148
1 Mac- 4.7839

OCBC.
28 Feb- RM 4.826
29 Feb- RM 4.834
1 Mac- 4.803

Ni baru harga jual Ringgit di Malaysia, kalau pengurup wang luar negara, dah tentu lagi teruk!

Soalan: kenapa media dan Google , Bank Negara kata harga dah baik sikit ke 4.70? Kenapa bohong? Kita tahu ini untuk kurangkan kemarahan rakyat. Tapi ilmu ekonomi mana satu yang diguna untuk bohong?

Dalam polemik ekonomi, ada satu yang dipanggil Law Of One Price (LOOP) atau “Hukum 1 Harga”. Maknanya walaupun dalam dunia sebenar yang kita hadapi, harga ada pelbagai, ada orang ekonomi sebut 1 harga saja. Sepatutnya, kita kena fikir secara POSTERIORI, yakni cari bukti depan mata. Tapi kenapa orang yang kononnya bijak pandai ekonomi ni fikir secara PRIORI, maknanya anggap dulu, tak peduli benda sebenar?

Banyak tulisan panjang lebar oleh pengkritik ekonomi kata “1 Harga” ni tak betul. Pemikiran awang-awangan “1 harga” jadi kerana jurusan ilmu ekonomi berbangga kerana nama mereka ekonomi.
Misalnya, orang selalu kata, “Jangan hirau politik, kita patut fokus ekonomi.”. “Jom adakan konvensyen ekonomi Melayu”.

Ekonomis lagenda, Friedrich Hayek kata senang saja, jangan panggil ekonomi sebagai ekonomi . Panggil ia sebagai “Sains sosial”. Sains politik atau sains ekonomi, hanya lah sains sosial.
Hayek kata dalam ekonomi, atau istilah sepatutnya “sains sosial”, kita tak patut kata kita tahu. Kita tak layak untuk buat jangkaan masa depan (walaupun dalam media sosial, banyak orang buat jangkaan).

Bila kita pakai “Hukum 1 Harga”, macam sekarang, “Oh, nilai Ringgit dah naik ke 4.70”. Ini satu nilai yang apa fungsi sebenarnya?
Harga jual? Harga beli?
Misalnya, Ahli Ekonomi Bank Muamalat tadi kata nilai Ringgit 4.74 dan Bank Negara kata 4.77, tapi laman web Bank Muamalat kata pada 29 Febuari, harga jual Ringgit 4.916, harga beli Ringgit TT 4.665, harga beli OD 4.648.
Dalam dunia sebenar, kita import barang dari luar, bayar pakai dollar. Jadi Ringgit kena dijual untuk beli dollar. Jadi, harga yang relevan hanya harga jual Ringgit, iaitu 4.916 tadi. Tapi kalau orang tahu nilai Ringgit dah 4.9, orang akan bantai kerajaan.

Harga yang 1 dalam google tu, tak betul kerana tak dapat dipakai dalam dunia sebenar. Bank bank pula rilek ke pakai harga lebih tinggi kerana mereka tahu peniaga import malas nak pindah pindah ke bank yang lebih murah. Bank bank yang murah seperti MUFG Tokyo dan Sumitomo pula tak nak ambil selain dari pelanggan Jepun.

Kesimpulannya, kita akan selalu kena tipu jika kita percaya bahawa harga matawang atau apa saja hanya ada 1 harga.

Hezri Sardi