Akaun KWSP dan Isu Ergodic

Bertahun rakyat minta pengeluaran KWSP, akhirnya kerajaan tetap tak bagi keluar. Sebaliknya, KWSP ubah sistem.
Sebelum ini, gaji yang dicarum KWSP bahagi kepada 2 akaun, yakni 70% masuk ke Akaun 1 yang tak boleh keluar dan 30% ke Akaun 2 yang boleh keluar.
Sistem terbaru KWSP di bawah kerajaan Madani pula:
1) 75% ke Akaun Tak Boleh Keluar (Akaun Persaraan aka Akaun 1)
2) 25% ke Akaun Boleh Keluar (15% ke akaun 2, 10% ke akaun 3).

Dalam kata mudah, dulu kita boleh keluarkan 30% daripada caruman bulanan, sekarang kita hanya boleh keluarkan 25%. Maknanya, kerajaan bukan saja tidak turuti permintaan sebahagian besar pencarum, malah mengecilkan lagi peluang untuk keluarkan duit KWSP!

Alasan kerajaan buat begini ialah untuk memperbesar lagi simpanan lepas bersara kelak. Tapi KWSP silap bila menganggap kecilnya duit persaraan tiada kaitan dengan gaji pencarum. Kita semua faham bila gaji kecil, caruman pun kecil, maka akhirnya duit KWSP terkumpul pun kecil.
Di banyak negara lain, keadaan ini diakui. Daripada 100 orang, 90 orang tak cukup duit ketika bersara. Jadi “beban untuk cukupkan duit persaraan” tak bergantung semata-mata kepada gaji bulan. Misalnya, di US ada 401k plans dan di Australia ada Superannuation. Walaupun ada bayar bulan bulan, ia bukan untuk simpan, kumpul duit sampai cukup seperti KWSP. Melalui 401k dan Superannuation, bayaran bulanan itu jadi insurans. Bayar sikit, kalau bersara nanti, dapat banyak!

Walaupun ini istilah “jargon”, tapi sebab ia maha penting, kita kena belajar juga. Dalam dunia sebenar, kita kenalpasti sama ada sesuatu sistem itu Ergodic atau tidak Ergodic.

Seperti sistem pilihanraya kita, sistem KWSP kita pun dah lapuk. 401K dan Superannuation ada kelemahan tapi ia tetap lebih ke depan berbanding KWSP. Oleh sebab kita nak perbaiki sistem persaraan kita, bagus kalau kita kritik sekali sistem US dan Australia tadi. Melalui kacamata Ergodic.

Dalam 401k dan Superannuation, sistem ini akui gaji sekarang tak cukup.
Gaji dulu= RM2,000
Gaji sekarang= RM4,000
Gaji akan datang= RM8,000
Semua gaji ini hanya anggaran dari mula kerja sampai bersara. Katakan anggaran caruman terkumpul dari gaji berpuluh tahun adalah 480,000 dan tempoh bekerja ialah 480 bulan (40 tahun). Caruman bulanan dia kena bayar ialah RM1,000.

Masalah dalam anggaran tadi ialah:
1) Gaji akan datang tu mungkin lagi rendah dalam dunia sebenar.
2) Dalam tempoh 40 tahun tu, tak semestinya gaji akan naik. Sebenarnya, ada kala naik, ada kala turun.
Sifat caruman dan gaji dalam dunia sebenar tadi adalah TIDAK ERGODIC.

Masalah KWSP anggap jumlah akhir persaraan mesti lebih RM300,000. Untuk itu, KWSP anggap pengumpulan caruman sebagai ERGODIC.

Secara logiknya, kalau KWSP nak capai target ERGODIC, sistemnya mesti diubah menjadi ERGODIC. Dalam sistem ERGODIC, semua pencarum mempunyai kebarangkalian yang sama untuk jadi lebih RM300,000. Maknanya, bukan saja KWSP mesti diubah menjadi seperti 401k tadi, tapi menjadi seperti di China, Korea, Thailand, Filipina, dan Vietnam.
Katakan KWSP ada 15 juta pencarum. 90% pencarum gaji kecil dan tak cukup duit masa bersara. Katakan nak bersara, kena ada RM300,000 seorang. Tapi daripada juta juta pencarum, hanya sikit saja bersara setiap tahun. Katakan setiap tahun 100,000 orang bersara. Maknanya, kena ada RM30,000 juta setahun. Mengikut fakta KWSP, setiap tahun, RM78,000 juta masukkan duit ke KWSP setiap tahun. Maknanya, setiap tahun duit orang carum masuk jauh lebih banyak daripada bayar keluar kepada pesara. Mengikut fakta, setiap tahun RM58,000 juta duit KWSP dikeluarkan atas pelbagai sebab. Masih mencukupi.
Maknanya, KWSP ada ruang untuk ikut negara-negara lain yang “welfare state” yang mana caruman Rakyat dikongsi bersama, bukan setakat “simpanan masing-masing” ala kapitalis yang KWSP buat sejak zaman penjajah.

Hezri Sardi

White Swan

White Swan
(Hezri Sardi)

Pada 2007, dalam buku “Black Swan”, pakar matematik, Nassim Taleb meramal,

“As we travel more on this planet, epidemics will be more acute. We will have germ population dominated by few numbers, and the successful killer will spread vastly more effectively. I see risks of a very strange acute virus spreading throughout the planet.”

Bukan Nassim Taleb saja. Banyak lagi orang memberi amaran supaya kita kena bersedia. Misalnya, Bill Gates beberapa kali memberi amaran tentang betapa kita semua tiada persediaan menghadapi wabak besar.

Sejak 2019, dunia dilanggar wabak covid-19. Ia mengakibatkan kerosakan dan kematian. Bermacam cara dibuat seluruh dunia, tapi masih tak berjaya menghentikan wabak ini.

Tapi di media sosial, orang di sana sini melontarkan pelbagai idea, daripada cara hentikan wabak hingga ke cara naikkan ekonomi ketika wabak. Mereka memaki sesiapa yang tak ikut idea mereka sebagai bodoh. Mereka menyangka seolah olah idea mereka pasti 100% dapat menyelesaikan semua masalah !

Keyakinan hingga memaki orang lain sebagai bodoh, bermakna mereka yakin idea idea mereka ada kebarangkalian 100% dapat mengatasi masalah ini.

100% atau 80% adalah persoalan kebarangkalian, kemungkinan. Kebarangkalian ialah satu cabang ilmu yang dipanggil risiko.

Risiko ialah suatu cabang ilmu yang maha penting tapi hampir tidak dibincangkan di Malaysia.

Misalnya, macam mana netizen media sosial begitu yakin idea mereka dapat 100% mengatasi semua masalah ini? Masalah ini tidak pernah berlaku. Tiada precedence. Tiada polemik berpuluh tahun. Hanya sekarang kita baru bising bising.

Masalahnya ialah sebenarnya apabila wabak covid-19 yang tiada ubat masuk sempadan negara, kita menghadapi banyak perkara yang tak pasti.

Nassim Taleb, menamakan risiko besar seperti ini sebagai “Swan”. Sebaik saja “Swan” masuk ke halaman kita, kita dah tak boleh buat apa. Tiada suatu idea dan tindakan pun yang betul betul mampu atasi masalah yang ditimbulkan “Swan”.

Tapi tak kan lah tiada cara langsung ? Sebenarnya ada.

1) Kita menghalang “Swan” daripada masuk ke halaman kita. Misalnya, ketika wabak covid-19 mengganas di Wuhan, China, kerajaan Malaysia terus tutup pintu sempadan supaya tiada jalan langsung untuk virus itu masuk negara.

Tetapi, semua tahu. Nasi dah jadi bubur. Dah jadi sejarah. Bukan salah kerajaan pintu belakang. Bukan salah ahli parlimen lompat. Bukan salah PRU Sabah. Bukan Salah kilang kilang. Bukan Salah Neelofa. Bukan salah kluster tabligh.

Menurut teori “swan” dalam ilmu risiko tadi, punca utama kerana kita semua langsung tak bersedia, kerana kita bagi Covid masuk negara ini. Bila dah masuk, dah tak boleh buat apa selain menghadapi segala macam ketakpastian.

2) Walaupun Covid masuk sempadan negara, keadaan tak akan jadi seteruk ini jika kita semua bersedia, lebih lebih lagi daripada segi ekonomi. Misalnya, kita semua amat bergantung kepada hutang bank. Bila ekonomi perlahan, kita masih perlu pendapatan yang tinggi supaya dapat bayar hutang bank. Bila pendapatan tak cukup, kita berharap bank untuk tak kutip hutang. Dalam istilah risiko, keadaan ini dipanggil “fragile”. Sistem ekonomi kita, sistem perniagaan kita langsung tak bersedia menghadapi renjatan daripada “Swan” seperti Covid ini. Kita rapuh, tak bersedia, tapi bila kita bermasalah, kita mula menuding jari ke sana sini.

Mungkin anda mempertikaikan bahawa “Swan” seperti Covid ini tak boleh dijangka, jadi anda tak bersalah kalau tiada persediaan. Salah. Memang apabila Covid dah masuk, banyak benda yang tak pasti.

Namun begitu, “Swan” atau malapetaka seperti Covid sepatutnya dah boleh dijangka seperti apa yang Bill Gates, Nassim Taleb dan lain ramalkan di awal tulisan saya tadi.

Risiko seperti “Swan” terbahagi kepada 2:

1) Black Swan – Risiko yang langsung tak boleh dijangka. Contohnya, Hari kiamat (apocalypse), tahi bintang jatuh ke bumi. Tiada persediaan yang dapat dibuat untuk bencana seperti ini.

2) White swan – gempa bumi, tsunami ialah White swan sebab kita boleh bersedia menghadapinya. Wabak wabak seperti covid-19 ialah White swan.

Saya berasa lucu kerana banyak orang salah anggap kononnya wabak covid-19 hanya berlaku sekali ini saja. Kalau idea kita berjaya hentikan Covid, maka akan tiada lagi masalah. Anda bodoh kalau fikir sebegini.

Wabak seperti Covid pasti akan muncul lagi. Bahkan beberapa jenis “White swan” seperti bencana alam pasti berlaku. Kita sudah kena ada norma baru, sistem baru.

Ini tidak. Anda semua masih percaya kita hanya perlu bertahan sampai Covid berakhir. Kalau Covid berakhir, anda semua boleh bersifat semberono macam biasa balik. Kalau anda fikir begini, anda bodoh.

Wabak dan bencana alam adalah White swan. White swan pasti akan datang lagi. Bodohlah kalau kita tak bersedia, tak nak berubah.

Kalau hidup kita berjaya, kita kata itu semua hasil kepandaian kita. Tapi bila dah jatuh ketika Covid ini, pandai pula kita minta tolong daripada kerajaan, salahkan kerajaan.

Kalau kita hebat sangat, kita bersedialah. Tak payah minta tolong kerajaan masa susah atau senang.

Menurut ilmu risiko, risiko besar atau kecil ditentukan secara dalaman (endogenous), bukan luaran (exogenous). Kita tak dapat mengawal luaran jadi abaikan luaran.

Yang kita boleh kawal ialah dalaman. Menurut Nassim Taleb, risiko boleh dikurangkan dengan 2 keadaan:

1) Anti-fragile – Apabila wabak / bencana, kita akan mendapat manfaat

2) Robust – Apabila wabak / bencana, kita dapat bertahan

Kita mampu mencapai 2 keadaan di atas melalui 2 cara:

1) Ada harta atau duit banyak
2) Kecilkan saiz hidup kita. Misalnya, kecilkan saiz tanggungan atau hutang kita

Sepatutnya apabila White swan seperti Covid yang menjadikan segalanya tak pasti, kita jangan ambil risiko lagi.

Tapi masih lagi ada orang yang pergi sewa bazar Ramadan Mahal Mahal, yang keluar duit beli Stok baru, melabur perniagaan baru. Ini tindakan tak bijak sebab sekarang keadaan tak tentu, tapi anda melabur keluar duit lagi.

Sewaktu Covid ini, ada beberapa orang merayu pinjam duit daripada saya untuk membeli kelengkapan berniaga, tetapi akhirnya alat itu tidak dapat digunakan sebab ketidakpastian akibat Covid. Hutang saya tak dibayar, mereka cuba pinjam duit orang lain untuk dilaburkan dalam perniagaan lain. Mereka ingat mereka pandai tapi sebenarnya tak pandai.

Kalau pandai, masa ketidakpastian ini, pergilah cari makan melalui perniagaan tanpa modal. Ini, bila duit lebur akibat kebodohan sendiri, nak salahkan kerajaan pula.

Kesimpulannya, orang kita perlu dididik pasal ilmu risiko. Jangan cakap pasal pengurusan yang baik, jika kita tak belajar hujung pangkal berkenaan risiko.

Hezri Sardi