Intervensi Ringgit Salah.

Ringgit dah jatuh teruk berbanding 1990an, awal 2000 mahupun awal 2010. Baru-baru ni, Bank Negara buka mulut yang mereka akan campurtangan kalau ringgit jatuh lagi teruk. Apa yang dimaksudkan oleh Bank Negara ialah mereka akan guna rizab matawang asing iaitu dollar US dalam simpanan mereka untuk beli Ringgit, dalam pasaran terbuka aka Open Market Operation (OMO). Kemudian, Menteri Ekonomi dengan bangga berkata “Campurtangan Bank Negara dalam pasaran tukaran asing perkara biasa”. 1 minggu sebelum itu, Menteri Ekonomi iaitu orang yang sama kata, “Kerajaan tidak akan campurtangan dalam kejatuhan Ringgit.” Walaupun Menteri Ekonomi tiada punca kuasa khusus daripada mana mana akta, tapi kerajaan memang ada kuasa. Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, menurut Akta Bank Negara boleh campurtangan beri halatuju kepada dasar Bank Negara. Bahkan Bank Negara jawab kepada Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan boleh hantar wakil politik kepada lembaga penging dalam Bank Negara.

Dia kata Campurtangan atau Intervensi oleh Bank Negara satu perkara biasa seolah-oleh dia baru tahu. Memang betul sejak Ringgit diapungkan, kita SYAK Bank Negara telah buat intervensi. Kita hanya boleh SYAK kerana Bank Negara tak dedahkan apa dia buat. Maknanya tak telus lah. Tapi Perdana Menteri kita kata “Oh, ini Wewenang Bank Negara” atau Central Bank Independence (CBI). Seolah-oleh ini satu-satunya prinsip. Kalau kita Google, ada satu lagi Prinsip yang wajib datang bersama CBI iaitu Central Bank Transparency (CBT) atau Ketelusan Bank Negara. Bank Negara, menurut IMF, wajib dedah kepada umum setiap apa yang dia buat termasuklah intervensi dalam matawang!

Tapi semua ni disorok oleh Bank Negara. Bank Negara juga tak jawab kepada parlimen, apatah lagi kepada rakyat.

Kalau perasan sejak 7 tahun belakangan ini, setiap kali Ringgit jatuh teruk kepada $1 untuk RM4.40, Bank Negara akan mula campurtangan. Pada 2022, Bank Negara tidak lagi campurtangan pada RM4.40, dia hanya campurtangan sebelum capai RM4.70. Apa yang kita faham ialah walaupun Bank Negara dapat kukuhkan sikit ringgit, ia hanya sementara. Pada masa akan datang, ringgit akan jatuh lagi teruk dan Bank Negara tak dapat campurtangan.

Ini kerana Bank Negara juga tak ikut satu lagi prinsip IMF. Intervensi ada 2 bentuk iaitu:
1) Sterilized
2) Unsterilized

Sebelum ini, Bank Negara naikkan OPR. Ini menurut IMF, “akan kurangkan bilangan Ringgit”. Sekarang, Bank Negara intervensi dengan beli Ringgit jual dollar. Intervensi Sterilized bermakna Kenaikan OPR berlaku selepas Bank Negara beli Ringgit. Bahasa mudah, Bank Negara nak neutral kan kesan campur tangan dengan naikkan OPR. Tapi di Malaysia, OPR naik dulu.

Maknanya, intervensi Bank Negara adalah tak ikut cadangan IMF. Bank Negara buat intervensi Unsterilized. OPR naik, cukai naik, subsidi turun, semua dasar domestik diputuskan secara berasingan daripada intervensi matawang.

Bank Negara tak ikut 2 prinsip kebiasaan antarabangsa iaitu:
1) Ketelusan Bank Negara (Central Bank Transparency)
2) Campurtangan Sterilized.

Hezri Sardi

Sonnenschein-Mantel-Debreu

Ringgit dah begitu lemah. Banyak orang kata, ini bermakna kita kena ada lebih banyak “pelabur asing”. Mereka yang cakap sebegini tak menjelaskan macam mana bila “pelaburan asing” naik, Ringgit akan naik. Tapi saya teka kefahaman mereka macam ni:

“Bila pelabur asing bawa duit masuk Malaysia, PERMINTAAN untuk ringgit akan naik”

PERMINTAAN itu apa? Saya tak pasti tapi mungkin mereka ber ANGGAPAN bahawa pelabur asing beli Ringgit.
Pelaburan pula apa? Pelaburan tu luas, jadi yang mana satu SEBAB kan Ringgit naik?

Kefahaman sebegini, walaupun mereka tak tahu, berasal daripada satu mazhab ekonomi dipanggil NEOCLASSICAL atau nama lain MARGINALISM. Menurut formula NEOCLASSICAL, PERMINTAAN (demand) naik, PENAWARAN (supply) kekal, maka HARGA (equilibrium) akan naik. Sama ada PERMINTAAN itu ada bukti data atau tak, tak penting. Yang penting falsafah subjektif PERMINTAAN. Misalnya, PERMINTAAN untuk ringgit naik, tapi macam mana ini dibuktikan, tak penting.

Saya, menolak mazhab Neoclassical ini kerana banyak masalah. Tapi kalau Tuan Puan mati mati nak ikut teori supply-demand-equilibrium ni, sepatutnya kena ikut semua teori terbaru. Tak patut ikut separuh separuh. Dalam zaman pasca moden, mazhab Neoclassical ada hukum yang dipanggil:

“Sonnenschein-mantel-debreu Theorem” (Sila Google)

Kalau kita kata “pelaburan asing boleh menambah Permintaan kepada Ringgit lalu menaikkan Ringgit, maka kita melanggar hukum Sonnenschein-mantel-debreu theorem (SMD).

Menurut Teori SMD, PERMINTAAN tidak boleh dijadikan HOMOGENEOUS atau satu jenis saja. Apa apa pun sama bukan saja pelaburan asing. Dalam kes pelaburan asing,
1) Ada pelaburan langsung dan tidak langsung.
2) Dalam pelaburan tak langsung, ada instrumen hutang dan ekuiti.
3) Dalam pelaburan langsung, ada Greenfield dan Merger Acquisition.
4) Dalam pelaburan langsung, ada yang berorientasi eksport (Global Supply Chain) dan ada yang jual domestik (dalam Malaysia saja).

Dengan adanya rukun SMD, PERMINTAAN untuk Ringgit untuk setiao jenis pelaburan asing tidak boleh digabungkan menjadi SATU angka.

Kenapa ada “pihak” yang langgar hukum “Sonnenschein-mantel-debreu theorem”? Kerana mereka nak buat sesuatu yang dipanggil “Micro-underpinning” (sila google). Buku teks ekonomi sekolah buat begini.

Mikro ialah kajian tentang 1 pelabur. Kalau ada 1,000 pelabur, ia sepatutnya masih dalam ruang mikroekonomi. Tapi, Micro-underpinning berlaku apabila hasil gabungan 1,000 pelabur itu dianggap sebagai makroekonomi. Nilai ringgit adalah dalam skop Makroekonomi.

Mikroekonomi ialah kajian tentang sifat 1 pelabur, misalnya. Tapi kalau 1,000 pelabur, sifatnya sepatutnya berubah. Tak boleh disamakan dengan tindak-tanduk 1 pelabur.

Hezri Sardi

Matawang:Tahyul Kedai Kopi.

Saya nak buat teguran. Misalnya, saya ada masuk forum Tiktok dan ada pensyarah ekonomi yang juga bercakap panjang lebar bersama saya (Dah nama pensyarah, cakap panjang lebah lah).

Oleh sebab sekarang heboh isu matawang Ringgit jatuh teruk, maka orang pun bertanya kan “cara-cara” menaikkan matawang. Pendek kata, orang mahu “quick fix” (cara short cut) untuk naikkan nilai ringgit. Kemudian, pensyarah ekonomi itu pun cakap. Oleh sebab panjang-lebarnya dia bercakap, maka saya dapat tahu lah yang dia kurang mendalami isu matawang. Dan beliau juga tiada pengalaman dalam urusan pengurusan matawang asing yang besar besar. Lagi teruk, beliau sebagai seorang “ilmuan” telah guna hujah “kawan saya terlibat dalam eksport, cakap macam ni”. Ini amat teruk levelnya sebagai seorang pensyarah. Dah macam level cybertrooper.

Kalau macam tu, saya pun boleh kata, saya setiap hari uruskan matawang asing yang besar besar jumlahnya. Saya hari ini uruskan pembelian satu syarikat tempatan oleh syarikat Jepun (maknanya FDI jenis Acquisition). Adab seorang ilmuan ialah “jangan gunakan pengalaman sebagai hujah”, apatah lagi ia hanya pengalaman orang lain. Dan orang ramai yang sudah terbiasa dengan “jawapan short cut” dan tak nak membaca sendiri, syok menembak soalan. Ini menggalakkan pensyarah itu memberi pendapat walaupun dia tak mendalami isu itu. Lagi banyak soalan, lagi dia menggapai sana sini untuk dapatkan modal menjawab. Ini dipanggil “Dunning-Kruger effect”. Manakal di lihak pemberi soalan, mereka mengalami Kecacatan LOGIK jenis “Appeal to Authority” iaitu percaya bulat bulat kerana orang yang menjawab itu dikatakan profesor ekonomi.

Masih banyak lagi orang termasuk pensyarah ekonomi percaya yang nilai ringgit bergantung kepada “Demand-Supply” atau Permintaan dan bekalan. Dalam model “Demand-Supply” isu ini, Demand ialah Ringgit manakala supply mungkin ialah dollar. Sama macam kes kes lain misalnya demand supply telur ayam, demand ialah telur ayam, supply mungkin ialah urusniaga beli telur. Kecacatan model ini ialah sebab tiada bilangan.

Berapa bilangan telur ayam dalam demand? Dalam kes matawang, berapa bilangan belian ringgit guna dollar? Berapa bilangan belian dollar guna ringgit?
Di mana lingkungan kawasan yang bilangan tadi dikira?
Daripada tarikh apa ke tarikh apa bilangan tadi dikira?
Mustahil ini semua maklumat ini dapat diperoleh! Jadi PERMINTAAN untuk ringgit tiada kaitan dengan harga kerana PERMINTAAN gagal dibuktikan.

Seperti soft currency yang lain, ringgit hanya dijualbeli di negara asal, dalam kes ini, Malaysia. Maknanya, bukanlah ada faktor misteri luar yang tak boleh dikawal.

Harga ringgit ditentukan oleh “dealing price” setiap hari oleh bank. Maknanya bank bank swasta yang tawar harga Ringgit yang “jatuh” itu. Bank Negara memang boleh campur tangan dengan guna rizab matawang asing untuk beli Ringgit. Kalau perasan, rizab Bank Negara kebelakangan ini makin kurang. “Mungkin” dah diguna untuk beli ringgit tapi Bank Negara beli pada harga berapa?

Misalnya, kalau harga kadar sekarang $1=4.68. Bank Negara pula ada simpanan dollar. Bank Negara tawar kepada bank untuk beli pada harga $1=RM4.68 melibatkan $1 bilion rizab, itu kerja bodoh, itu bukan langkah campurtangan, itu merugikan negara. Patutnya Bank Negara jual $1 pada misalnya RM4 supaya nilai ringgit-dollar naik.

Di pihak bank pula, dulu mereka beli ringgit pada $4.40 ke $4.5 setiap $1. Kalau Bank Negara tawar beli Ringgit pada RM4 untuk setiap $1, depa terima tawaran Bank Negara dan dapat duit dollar. Tapi terus jual balik dollar itu pada harga $4.67. Tak kira Bank Negara guna rizab untuk beli Ringgit pada $1=RM4 atau $1=3.80, kemudian setelah dapat dollar, bank swasta tetap jual balik pada $1=4.67 iaitu harga sekarang yang rendah. Jadi, campur tangan Bank Negara sia-sia dan dah bazirkan rizab. Tapi rakyat tak tahu semua ni kerana Bank Negara tak pernah dedahkan tindak-tanduk kepada parlimen!

Patutnya Bank Negara kembali ke fungsi asal iaitu bukan untuk jualbeli matawang kononnya untuk naikkan nilai ringgit tapi jualbeli secara langsung hanya untuk import-eksport. Maknanya dasar Bank Negara patutnya kawal eksport import, bukan main forex, jualbeli matawang walaupun untuk selamatkan nilai ringgit.

Hezri Sardi

Hipotesis Matawang:Mitos Pelabur Asing.

Sama ada kita berbual di Tiktok, kedai kopi, tulis di Facebook dan sebagainya, pasal ekonomi, atau lebih spesifik, pasal kejatuhan Ringgit, kita akan bercakap pasal HIPOTESIS.

HIPOTESIS ialah satu tekaan. Tapi dalam kalangan kita, sama ada “pakar ekonomi”, politikus, mahupun orang biasa, HIPOTESIS kita lazimnya ialah ANGGAPAN atau ASSUMPTION. Kita anggap sesuatu itu BENAR walaupun Tidak BENAR.

Kaedah menggunakan HIPOTESIS atau ANGGAPAN bertujuan memudahkan penyampaian atau perbualan kita. Untuk jadi benar, HIPOTESIS atau ANGGAPAN mesti dibuktikan. Kalau HIPOTESIS itu diberitahu dengan yakin kepada orang ramai, ia jadi DAKYAH atau IDEOLOGI.

Untuk selesaikan masalah ekonomi, atau dalam isu Ringgit, kita kalau boleh elakkan ANGGAPAN. Tapi saya lihat kita selalu beranggapan dalam membincangkan isu kejatuhan Ringgit khususnya, ekonomi secara umumnya. Semua orang tak terlepas, sama ada profesor ekonomi sampai ke penjual nasi lemak (satu retorik saja, bukan nak hina penjual nasi lemak).

Tapi dalam isu kejatuhan Ringgit, saya hanya guna satu HIPOTESIS saja. Kita kalau boleh elak ber HIPOTESIS, tapi saya tetap akan guna 1 hipotesis saja iaitu:
“RINGGIT tidak dijualbeli atau disimpan di luar Malaysia. Kalau ada pun, ia terlalu sikit dan kewujudannya boleh diabaikan.”

Sepatutnya saya wajib buktikan HIPOTESIS di atas tapi anda baca balik, anda pasti akan cakap “Tak payah” , “Memang betul Ringgit tak dijualbeli dan disimpan di luar Malaysia”. Kalau guna HIPOTESIS ini, penaakulan DEDUCTIVE jadi lebih mudah kerana penyiasatan lebih mudah kerana skop terbatas di Malaysia saja.

HIPOTESIS itu juga secara automatik RULE OUT atau hapuskan ANGGAPAN bahawa:
“Pekerja Bangla dan Indon hantar DUIT keluar negara.”
Oleh sebab HIPOTESIS saya kata RINGGIT tiada di luar negara, maka tak mungkin orang Bangla dan Indon hantar keluar RINGGIT ke negara mereka kerana RINGGIT tak laku di sana. Orang Indon hanya kirim Rupiah ke Indonesia. Mereka cuma beri RINGGIT kepada pengurup wang, dan pengurup wang hantar Rupiah ke Indonesia.

HIPOTESIS yang sama juga mencabar ANGGAPAN bahawa kononnya pelabur bawa keluar duit ke luar. Dikatakan Malaysia terpaksa naikkan OPR sebab kadar faedah di US dan negara lain lebih tinggi. Perdana Menteri banyak kali kata “Pelabur bawa duit keluar dari Malaysia sebab kadar faedah negara lain tinggi.” Maksudnya, ringgit jatuh berbanding dollar sebab pelabur bawa keluar dollar daripada Malaysia (sebab kejar kadar tinggi).

Ini bercanggah dengan data Jabatan Perangkaan (DOSM). Berikut ialah data DOSM iaitu Deposit Matawang Asing dalam negara dalam nilai tempatan:

Disember 2013: RM80 bilion ($1=RM3.277)
Disember 2015: RM146 bilion ($1=RM4.297)
Disember 2019: RM157 bilion ($1=4.095)
Disember 2022: RM236 bilion. ($1=RM4.395)
April 2023: RM238 bilion
Sekarang $1=4.60

Maknanya, bilangan matawang asing dalam negara adalah lebih banyak sekarang ketika ringgit lemah berbanding 2013 dan awal yang nilai ringgit lebih kuat.

Logik ini membidas ANGGAPAN yang kononnya pelabur keluar dari Malaysia untuk cari kadar faedah lebih tinggi.

Hezri Sardi

Logik, Asbab, Matawang.

Beberapa bulan lepas, politikus kerajaan dan sesetengah profesor ekonomi selalu kata Kenaikan OPR itu untuk turunkan inflasi dan naikkan ringgit.

Sekarang, bila ringgit masih rendah dan inflasi masih tinggi, politikus kerajaan dan professor kangkung cakap kenaikan OPR ini kerana untuk elak pelabur lari ke negara yang kadar faedah tinggi. Nampak tak? Naratif itu boleh diubah sesuka hati. “Shifting the goalpost”.

Kecacatan LOGIK ini dipanggil “post hoc ergo propter hoc” iaitu gagal bezakan antara “cause” (asbab) dan “effect” (kesan). ASBAB berlaku sebelum KESAN. ASBAB ialah punca KESAN terjadi.

Perdana Menteri kata:
“Ringgit jatuh SEBAB Pelabur lari SEBAB kadar OPR kita rendah.”
Asbab 1: OPR rendah
Kesan 1: Pelabur lari
Kesan 1 jadi Asbab 2.

Asbab 2: Pelabur lari.
Kesan 2: Ringgit jatuh.
Ini Menteri dan profesor kangkung cakap.

ASBAB atau CAUSALITY ini kaedah SAINS TULEN yang diguna secara salah dalam ilmu ekonomi. Ilmu ekonomi ialah sains kemanusiaan, bukan sains tulen yang juga sains alam semulajadi. ASBAB selalunya mustahil dibuktikan dalam ekonomi. Dalam sains kemanusiaan, kita paling senang cari MOTIF. Kerana manusia bertindak ikut MOTIF.

Dalam kes tadi, jika objek yang kita nak fahami ialah PELABUR, maka kita fahami MOTIF pelabur. Motif pelabur ialah cari untung lebih. Cari untung, ada pelbagai platform. Kadar faedah pula hanya terbatas kepada instrumen hutang seperti Fixed Deposit, Bond. Dividen saham dan banyak lagi instrumen tak bayar untung melalui kadar faedah. Kalau betul pelabur nak maksima untung, mereka tak mungkin buat keputusan semata-mata dengan kadar faedah!

Tapi dalam sesuatu negara, ada pelbagai platform pelaburan bukan setakat yang bayar kadar faedah. Saham dan hartanah misalnya tak bayar faedah. Banyak lagi. Tapi semua pulangan pelaburan tak kira faedah, dividen, sewa dan lain, akan turun jika nilai matawang negara merosot.

Jadi, saya boleh buat HIPOTESIS ini:
Asbab 1: Ringgit jatuh.
Kesan 1: Faedah, Dividen, Sewa, Untung jatuh.
Kesan 1 jadi Asbab 2.

Asbab 2: Faedah, Dividen, Sewa, Untung jatuh.
Kesan 2: Pelabur lari.

Perbezaan antara HIPOTESIS ini dengan Menteri dan profesor kangkung ialah Kedudukan ringgit. Mereka kata ringgit jatuh ialah kesan akhir manakala pelabur lari ialah asbab kepada ringgit jatuh. Tapi HIPOTESIS logik kata Ringgit ialah ASBAB kepada KESAN akhir iaitu pelabur lari. OPR pula tiada dalam HIPOTESIS sebab ia tak penting dan diserap ke dalam KESAN 1 iaitu Sewa, Faedah, Dividen, Untung merosot.

Orang Islam sepatutnya menitikberatkan LOGIK kerana tamadun Islam dulu hidup kerana LOGIK. Tiada ilmu tanpa LOGIK.

Hezri Sardi

Harga Ringgit “Sticky”.

Ringgit nilainya amat rendah seperti yang semua maklum. Saya tak nak beri idea sebab nanti orang ramai tak menghargai kalau kalau kena “suap”.

Tapi saya boleh beri pembayang (clue) dalam siri tulisan saya. Kali ini, saya bincang pasal konsep nilai yang “sticky” (melekit). Konsep ini biasa didengari dalam isu gaji pekerja. Gaji pekerja dikatakan “sticky” apabila ia jadi rendah, dan susah nak naik.

Konsep ini juga terpakai dalam nilai matawang. Misalnya, nilai ringgit jadi rendah, kemudian begitu susah nak naik. Degil atau “persistent” untuk kekal rendah.

Sama juga macam kalau kita berniaga. Bila rendah kan harga, lepas tu nak naik kan balik, susah. Sebab pembeli dah tak nak beli harga kalau lebih tinggi. Dalam kes gaji, syarikat tak nak naikkan gaji, dengan alasan untung akan turun. Pelabur lari.

Justeru, “rule of thumb” untuk menjual sesuatu ialah jangan sewenang-wenang turunkan harga. Dalam kes ringgit, adakah berlaku sengaja turunkan harga?

Jawapannya ada. Sejak abad ke 21, Bank Negara sengaja turunkan nilai ringgit, sejak 2005. Negara-negara dunia selalunya buat kerja serampang 2 mata.

Motif pertama untuk rendahkan nilai matawang supaya negara lebih berdaya saing. Motif kedua ialah kumpul matawang asing sebagai rizab bank negara. Kedua-dua motif ini tak dapat dipisahkan.

Beli dollar, kena jual ringgit. Di sini, selalu berlaku harga ringgit terpaksa dijatuhkan.

Kalau diteliti, ada beberapa kali rizab Bank Negara turun. Itu sebab dollar dijual untuk naikkan ringgit. Walau bagaimanapun, tak seperti Singapura, Bank Negara tak buat secara telus. Kita tak tak tahu macam mana dia buat, harga berapa dia jual Ringgit.

Namun oleh sebab, harga matawang bersifat “sticky”, selepas ia jatuh, nak naikkan jadi begitu susah.

Ada 2 hujah kenapa nilai ringgit adalah “sticky” (melekit). Nilai Ringgit kepada dollar US pada 1990 ialah sekitar RM2.5 kepada US$1, RM1.05 kepada Sing$1.

Selepas 2008, apabila kegiatan merendahkan nilai ringgit berlaku, Ringgit mula sukar untuk mengukuh ke bawah RM3.90 setiap US$1 dan RM2.50 setiap Sing$1. Pada 2015 ke atas, nilai melekit menjadi lebih tinggi. RM4.30 untuk setiap US$1 dan RM3 untuk Sing$1. Kita mengimport paling besar dari Amerika, Singapura dan China. Untuk Yuan, berbanding 2010, ringgit jatuh lebih 30%.
Jika Bank Negara cuba guna rizab untuk campur tangan pun tak guna, sebab nampaknya nilai melekit sudah semakin tinggi.

Nilai “sticky” (melekit) tak boleh dinaikkan melalui cara tidak organic. Cara tak organic ialah guna rizab untuk jual beli Ringgit.

Walau bagaimanapun, cara organic bukan maknanya bawa lebih banyak “pelabur”. Apa yang digelar sebagai “pelabur” itu terlalu umum dan “homogeneous”. Ada Pelabur langsung (FDI), ada tidak langsung seperti yang beli saham Bursa. Untuk FDI pun, ada yang Greenfield, ada yang Merger & Acquisition. Di kalangan Greenfield, ada yang berorientasi eksport, ada yang jual ke pasaran domestik.

Hanya sebut perkataan “bawa pelabur masuk untuk naikkan Ringgit” tiada makna apa-apa. Bawa pelabur masuk juga bermakna dasar kerajaan tak campur tangan.

Kerajaan wajib campur tangan aka intervensi, cuma tak boleh secara tak organic. Menteri Ekonomi kata serah bulat bulat kepada Bank Negara, walhal Bank Negara pun main sorok-sorok tentang apa dia buat. Yang pasti rizab dah rendah. Maknanya Bank Negara dah cuba naikkan nilai ringgit secara TIDAK ORGANIC. Nilai “sticky” ringgit akan lebih melekit. Lagi susah pada masa akan datang.

Hezri Sardi

Inisiatif Kemudahan Rakyat:Demokrasi Palsu.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini melancarkan IKR yakni Inisiatif Kemudahan Rakyat yang mana Ketua Kampung dan Majlis boleh memohon projek / dana secara terus daripada Kementerian Ekonomi. Dia dan para politikus meraikan ini sebagai usaha pen-DEMOKRASI-an dana kerajaan.

Ini ialah Dasar Kerajaan yang paling teruk setakat ini, sejak ia dilantik. Sebab ia jual istilah DEMOKRASI walhal ia tiada unsur demokrasi.

Untuk memahami apa yang berlaku, jom kita dekonstruksi Kementerian Ekonomi. Menteri Ekonomi ialah jawatan yang tiada punca kuasa. Menteri Kewangan, Sumber Manusia, Perdana Menteri dan banyak lagi ada akta yang memberi kuasa secara khusus kepada jawatan mereka. Menteri Ekonomi hanya cabang di bawah Jabatan Perdana Menteri walaupun ia nampak penting sebab ada perkataan “EKONOMI” pada nama menteri. Kalau kita baca laman web Kementerian Ekonomi, bidang kerja yang tertulis ialah “Mengagihkan peruntukan dana kerajaan untuk belanja pembangunan”. Belanja kerajaan umumnya terbahagi kepada “Belanja Pengurusan” yang dibiayai oleh cukai. Satu lagi, “Belanja Pembangunan” yang dibiayai oleh hutang negara. Menteri Kewangan telah “sub” kan belanja pembangunan kepada Menteri Ekonomi. Kita tahu yang Menteri Ekonomi ada buat projek agihkan “Vending machine” untuk jual nasi lemak RM2. Saya tertanya-tanya adakah beli mesin jual nasi lemak ini datang daripada belanja pembangunan (yang biasanya untuk bina infrastruktur).
IKR ini ialah cara Menteri Ekonomi untuk agihkan belanja pembangunan tadi. Pendek kata, Menteri Ekonomi lebih sesuai dipanggil “Menteri Pembangunan”!

Saya kata IKR dasar paling teruk kerana ia telah jual nama DEMOKRASI. Menteri kata IKR di mana ketua kampung/majlis/komuniti setempat yang minta projek daripada Menteri Ekonomi. Saya nak tanya adakah ahli majlis, ketua kampung, penggerak NGO setempat ini semua diundi melalui pilihanraya? Demokrasi menurut kefahaman sedunia ialah adanya pilihanraya, adanya sistem “social choice” di kalangan rakyat. Macam mana pendemokrasian dapat berlaku kalau pihak yang mencipta projek, pihak yang meluluskan projek, bukan melalui sistem demokrasi?

Daripada sembang pak menteri, dia macam kata IKR ini demokrasi sebab “rakyat di bawah” boleh mohon terus duit / projek daripada Menteri. Maknanya, rakyat boleh “BYPASS” terus ke menteri untuk minta projek. Maknanya, Menteri boleh “BYPASS” terus ke bawah untuk agihkan projek. Tapi “BYPASS” bukan rukun demokrasi!

Kalau kita bawa istilah “pendemokrasian projek kecil” kepada negara lain, mereka pasti akan terus kata itu maknanya “projek-projek” akan diputuskan oleh ahli ahli parlimen (sebab ahli parlimen yang diundi dalam sistem demokrasi pilihanraya).

Menteri juga kata IKR ni akan beri peluang kepada “Kontraktor-kontraktor kecil”, tak disebut pula kontraktor Bumiputera/ Melalyu. Adakah Pelantikan kontraktor melalui proses demokrasi? Kalau melalui Menteri Ekonomi, Ketua Kampung dan Majlis, itu bukan!

Yang jelas IKR ni sistem kuku besi yang berselindung di sebalik nama DEMOKRASI. Dan yang lebih teruk ia 2 kali lima macam dulu di mana pembahagian projek kepada kroni atau dana politik.

Hezri Sardi

Ali Baba vs Rent Seeking


Menteri Ekonomi dalam suatu dialog kata kerajaan akan gubal undang-undang bagi mengawal budaya Rent-Seeking. Menurutnya, Rent Seeking adalah barah kepada ekonomi negara. Dia kemudian kata peniaga Ali Baba dan orang tempatan yang beri peniaga asing guna nama mereka, ini semua Rent Seeking.

Saya risau sebab Menteri Ekonomi nampaknya tak faham pasal Rent-Seeking malah nak gubal undang-undang pasal isu yang dia tak faham.

Pertama, dia salah faham dengan kaitkan budaya Ali Baba kepada Rent Seeking. Isu Ali Baba sebenarnya bukan isu Rent Seeking. Ali Baba hanya isu orang Bumiputera yang memberi hak Istimewa yang diperoleh mereka kepada orang bukan Melayu. Isu nya bukan Rent Seeking, isu nya ialah Hak Istimewa dan Dasar Afirmatif Bumiputera yang dijual kepada orang bukan Melayu.
Satu lagi, Menteri Ekonomi kaitkan Rent Seeking dengan tindakan penduduk tempatan yang memberikan nama, rumah mereka kepada warga asing demi duit. Ini bukan isu Rent Seeking. Ini isu warga asing berniaga secara haram.

Maknanya Menteri telah buat Kecacatan LOGIK iaitu EQUIVALENT FALLACY atau OVERSIMPLIFICATION. Apa yang bidang ekonomi sebagai RENT SEEKING sebenarnya berasal daripada perkataan RENT yang istilah dimulakan oleh David Ricardo, pengasas ilmu ekonomi pada awal abad ke 19. Apa apa manfaat dalam perusahaan yang mana diperoleh secara GOYANG KAKI dipanggil RENT. Ada bab khas pasal RENT dalam bukunya, “Principles of Political Economy and Taxation”.

RENT SEEKING sendiri bukan suatu masalah atau “barah” seperti didakwa Menteri. Yang bermasalah, menurut David Ricardo dan pemikir ekonomi lain ialah JURANG KEKAYAAN. Kalau Menteri betul betul faham dan mahu atasi masalah JURANG KEKAYAAN yang dilebarkan oleh RENT, pertama sekali, dia patut kenakan cukai kekayaan, cukai pewarisan, cukai atas dividen, atau sekat aktiviti pengambilan sewa berlebihan daripada tuan tanah kedarah. Ini semua adalah Pendapatan secara goyang kaki!

Isu sesetengah politikus UMNO meng-ALI-BABA-kan projek Bumiputera ialah kesalahan. Itu isu dalam skop isu dasar afirmatif Bumiputera. Isu rakyat tempatan beri nama mereka kepada pendatang asing untuk berniaga, itu kesalahan atau “loophole” dalam isu perniagaan oleh pendatang asing. Tiada kaitan dengan isu RENT-SEEKING.

Kalau Menteri Ekonomi betul betul nak buat akta parlimen berkaitan RENT SEEKING, maknanya akta itu cuba menghalang warga asing yang ada motif RENT SEEKING. Pembahagian duit antara warga asing dan warga tempatan mustahil dibuktikan. Kalau warga asing itu kahwin dengan warga tempatan? Kalau warga asing berstatus pekerja tapi menerima maanfaat terbesar daripada perniagaan, adakah ini yang cuba dilarang? Kalau nak larang, apa kadar maksima seseorang warga asing boleh dapat melalui perniagaan? Di mana sempadan batas dalam motif rent seeking?

Sejak 2021, negara kita ada undang-undang Beneficial ownership (BO) untuk cegah Money Laundering, lari cukai, dan keganasan. Semua motif ini ada akta khas untuk melarangnya di mana mana negara. Ini berbeza dengan motif Rent Seeking. Tapi BO tak berkesan sebab ia bergantung kepada tuan punya sebenar (Beneficial Owner) untuk syarikat MENGAKU. Siapa nak mengaku? Ini yang terbaik pernah ada dalam MENCARI TUAN PUNYA SEBENAR.

Adakah Akta anti Ali Baba yang berdasarkan motif melawan RENT SEEKING mampu buat apa yang undang-undang BO yang tidak dapat buat walaupun di banyak negara, walaupun motif motif jelas.

Akhir sekali, persoalan yang lebih mudah iaitu KENAPA WARGA ASING itu dapat masuk BEKERJA di Malaysia? Ini pun misteri yang kita gagal selesaikan sampai sekarang. Tiba tiba kita nak lawan RENT SEEKING kerana kononnya ia jadi motif kepada Ali Baba!

Hezri Sardi

Pendapatan Boleh Guna:Tak Wujud.


Menteri Ekonomi kata Kategori T20/M40/B40 akan dihenti lalu digantikan dengan PENDAPATAN boleh guna yang kemudian diguna untuk tentukan siapa dapat subsidi, siapa yang tidak.

Sekarang, Pendapatan T20/M40/B40 ialah PENDAPATAN kasar sebelum tolak belanja. Pendapatan Boleh Belanja yang dikatakan akan diguna kerajaan pula ialah PENDAPATAN bersih selepas tolak BELANJA.

Misalnya, Gaji kasar ialah RM4,000. Belanja RM3,000. Maknanya, Pendapatan Boleh Guna ialah RM1,000.
Apa yang kita lihat dalam realiti depan mata kita walaupun banyak orang ada gaji sama RM4,000 tetapi belanja setiap orang lain lain. Ada yang gaji kasar RM4,000 tapi gaji bersih lain lain, ada yang RM1,000. Ada yang RM200 ada yang gaji bersih 0!

Begitu juga orang yang gaji lain lain. Ada yang gaji kasar RM3,000. Ada yang gaji kasar RM4,000. Ada yang gaji kasar RM5,000. Tapi lepas tolak belanja, gaji bersih boleh guna boleh jadi sama iaitu RM500.

Isu pertama, tak kisah lah gaji kasar berapa pun, kebanyakan rakyat Malaysia gaji bersih boleh guna 0. Adakah kerajaan boleh terima kebanyakan gaji boleh guna rakyat ialah 0? Kalau macam tu hampir semua dapat subsidi.
Kemungkinan besar, kerajaan akan buat macam potongan cukai Pendapatan. Kerajaan akan hadkan belanja. Misalnya, untuk kita gaji boleh guna, rakyat hanya akan boleh potong misalnya untuk makan RM200 sebulan.

Kedua, selepas subsidi ditarik, gaji boleh guna pasti berubah.
Ada 2 jenis belanja. Pertama, belanja yang naik secara tak langsung. Misalnya, kos makan lua.
Kedua, yang pasti naik secara langsung lepas subsidi ditarik. Misalnya, sebelum subsidi ditarik, orang bergaji kasar RM5,000 tolak bil elektrik RM300 dan minyak RM1,000 sebulan, gaji boleh guna RM3,700. Lepas subsidi ditarik, bil elektrik saja naik RM700, minyak jadi RM2,000. Gaji boleh guna lepas tolak bil api jadi RM2,300.
Pendapatan Boleh Guna boleh jatuh teruk selepas subsidi ditarik. Adakah selepas Pendapatan Boleh Guna jatuh, orang yang sebelum ini tak dapat subsidi, akan berubah keadaan lalu dapat subsidi?

Ketiga, ada banyak orang berkorban dan berhermat dalam berbelanja. Anak anak tinggal sama mak bapak. Adik beradik tinggal bersama. Atau kawan kawan tinggal rumah yang sama. Semua ini untuk jimatkan kos bayar rumah. Tapi ini sebabkan penggunaan elektrik lebih tinggi daripada biasa.
Apabila kerajaan tarik subsidi untuk rumah sebegini, bil elektrik mungkin naik sampai 3 atau 4 kali ganda. Ini ialah DISTORTION. Pihak yang berusaha berjimat dalam bayar rumah terpaksa ubah perancangan hidup, sebab bil elektrik yang melambung.

Keempat, orang bergaji tinggi banyak yang jadi begitu sebab rajin kerja dan ada yang berpendidikan tinggi. Insentif untuk jadi lebih pandai atau lebih rajin ialah supaya dapat belanja lebih, supaya mutu hidup lebih baik berbanding orang yang pendidikan lebih rendah atau kurang rajin.
Pendek kata, orang yang lebih rajin atau lebih pandai akan belanja lebih untuk mutu hidup yang lebih tinggi. Kalau subsidi ditarik hingga gaji bersih tak jauh beza dengan mereka yang di bawah, maka orang bergaji tinggi tadi rasa tak berbaloi untuk menjadi lebih baik daripada orang di bawah. Ini dipanggil MORAL HAZARD.

Kesimpulannya, daripada segi logik saja, sistem PENDAPATAN boleh guna tak sesuai dijadikan ukuran untuk tentukan siapa layak dapat subsidi.

Hezri Sardi

Subsidi 90% Rakyat?Hipotesis Sesat.


Saya tonton ucapan Perdana Menteri dalam sidang parlimen daripada Youtube. Beliau kata “90% rakyat tak terkesan” daripada penarikan subsidi. Hanya orang kaya saja terkesan oleh penarikan subsidi.
Dalam satu kenyataan lain, beliau kata 40% daripada subsidi sekarang dinikmati oleh orang kaya.
Saya tak nak cakap pasal bagaimana kedua-dua kenyataan ini seolah-oleh bercanggah.

Saya cuma nak beri pencerahan pasal KEBENARAN. KEBENARAN tak wujud hanya kerana seseorang ada KEYAKINAN yang dia BENAR. KEYAKINAN bukan rukun kepada KEBENARAN. Syarat kepada KEBENARAN ialah:
LOGIK dan;
SAINTIFIK.

Kalau nak pastikan sesuatu itu BENAR atau SALAH, kita wajib lalui kaedah SAINTIFIK. Ia dimulakan oleh HIPOTESIS. Apa tu?

Perdana Menteri kata “40% subsidi dinikmati oleh orang kaya”
“90% rakyat tidak akan terkesan oleh penarikan subsidi. Hanya orang kaya terkesan.”
Ataupun ada Menteri atau Pegawai Kerajaan kata:
“GST akan hapuskan ekonomi gelap”
Ini semua ialah contoh HIPOTESIS. Menurut kaedah SAINTIFIK, HIPOTESIS bukan lah KEBENARAN. HIPOTESIS ialah agak-agak.

Adapun sebahagian daripada data-data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pun (DOSM) adalah tak lebih daripada HIPOTESIS. Kepada sesiapa yang pernah isi borang maklumat daripada Jabatan Perangkaan akan tahu bahawa pemberi maklumat hanya beri ANGGARAN saja. Agak-agak saja!

Segala kenyataan daripada Menteri, Pegawai Kerajaan mahupun Jabatan Statistik ialah HIPOTESIS, bukan KEBENARAN. Untuk jadi KEBENARAN, sesuatu HIPOTESIS itu WAJIB diuji.

Setelah diuji atau dibuktikan kebenaran, ia jadi INFERENCE.

Misalnya, Perdana Menteri kata “90% daripada rakyat tak terkesan” oleh penarikan subsidi, setelah subsidi ditarik, beliau mesti tanya seorang demi seorang rakyat “Adakah mereka terkesan?”. Kalau 90% daripada rakyat yang ditanya jawab “Tak terkesan”, maka barulah HIPOTESIS beliau jadi INFERENCE, yakni jadi KEBENARAN.

Begitu juga HIPOTESIS Perdana Menteri yang kata 40% daripada subsidi dinikmati oleh “orang kaya”. Kerajaan wajib siasat satu demi satu, cari bukti yang 40% subsidi orang kaya dapat.

Kalau beberapa HIPOTESIS yang berkaitan berjaya dibuktikan, KEBENARAN itu baru menjadi TEORI. Misalnya, Modern Monetary Theory (MMT), Cambridge Capital Controversy Theory, dan lain lain.

Banyak orang kutuk Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, tuduh dia keluarkan TEORI. Sebenarnya, semua orang salah. Apa yang selama ini keluar daripada mulut Rafizi bukan TEORI, ia tak lebih daripada HIPOTESIS yang tidak dibuktikan. Saya lihat banyak orang merendahkan taraf TEORI, kononnya PRAKTIKAL atau AMALI itu bagus, TEORI pula buruk. Rafizi itu teruk kerana suka keluar TEORI. SALAH. Rafizi, Perdana Menteri tak pernah mampu keluarkan TEORI kerana TEORI itu susah kerana ia hasil beberapa INFERENCE. Politikus hanya keluarkan HIPOTESIS yang mereka tiada niat langsung untuk buktikan.

Terdapat badan badan intelek yang mahu kerajaan buat dasar secara “Evidence based” atau “berasaskan bukti”. Maknanya, mereka mahu dasar ekonomi datang daripada sekurang-kurangnya INFERENCE, kalau lagi baik, TEORI. Bukan main cakap cakap HIPOTESIS saja.

Malangnya, dalam dunia sebenar, kos yang mahal dan masa yang panjang diperlukan untuk kerajaan buktikan HIPOTESIS dalam bidang ekonomi. Itu mustahil dilakukan. Pendek kata, dalam dunia pembuat dasar, mustahil untuk wujud KEBENARAN. Jadi, tiada siapa politikus boleh kata dia tahu KEBENARAN pasal isu ekonomi khusus.

Banyak negara maju mengatasi masalah ini dengan MENGAKU BAHAWA KEBENARAN TIDAK WUJUD dalam sesuatu isu ekonomi. Apa yang mereka boleh buat ialah memutuskan sesuatu isu ekonomi secara lebih DEMOKRATIK.

Misalnya, di banyak negara, HIPOTESIS ialah SUBSIDI kepada pencarum dana persaraan akan rosakkan pasaran saham dan ekonomi. HIPOTESIS ini tidak BENAR kerana tiada siapa boleh buktikan. Tetapi, bila diundi dalam pilihanraya dan parlimen, keputusan dipilih supaya SUBSIDI diberi kepada pencarum wang persaraan supaya dana pencen mereka jadi cukup.
Tanpa perlu ambil masa dan kos untuk buktikan HIPOTESIS “tidak bagusnya beri subsidi”, kerajaan banyak negara telah memberi subsidi kepada pesara kerana diundi dalam proses demokrasi.
Sebab itu, jangan percaya kesimpulan politikus dalam isu ekonomi kerana ia HIPOTESIS yang tidak pernah dibuktikan. Apa yang patut hanya POLITIKUS cadang dasar ekonomi, dan tengok sama ada rakyat sokong atau tidak.
Sebab itu, rukun kepada ekonomi yang baik ialah DEMOKRASI yang adil, seimbang dan bebas.

Hezri Sardi