RER Tersasar, Bank Negara Kantoi.

Gabenor Bank Negara kata Ringgit dah terkurang nilai. Sebahagian besar orang gelakkan kenyataan ni. Tapi tak kurang juga orang yang tahu pasal saham, memanggil TERKURANG NILAI tu sebagai UNDERVALUED. Ini istilah yang selalu digunakan dalam analisa saham. Maknanya nilai pasaran sekarang lebih rendah daripada nilai sepatutnya.

Tapi istilah tu sebenarnya bawa pengertian berbeza dalam matawang. UNDERVALUATION lebih kepada matawang sengaja direndahkan.
Bila Gabenor Bank Negara kata akan bincang dengan syarikat, bank, GLC sebagainya, ia membayangkan pihak-pihak yang terlibat dalam harga Ringgit akan berunding. Jadi Ringgit bukanlah berdagang dalam pasaran persaingan sempurna seperti buku teks, yang mana harga ditentukan oleh permintaan (demand) dan penawaran (supply).

1) Manipulasi Matawang.
Ia istilah yang diguna oleh Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang sengaja merendahkan nilai matawang sendiri. Ia kemudian menjadi satu peraturan dalam Tabung Matawang Antarabangsa (IMF). Siapa yang sengaja rendahkan matawang, maka negara itu jadi pesalah.

2) Real Exchange Rate (RER).
Dalam matawang, ada 2 jenis harga. Satu, harga yang didagang sekarang. Kedua, harga sebenar menurut imaginasi, yang dipanggil RER.
Bila Gabenor Bank Negara kata Ringgit terkurang nilai, maknanya dia maksudkan RER untuk Ringgit lebih tinggi daripada harga sekarang yang kita tahu tengah rendah.

3) Currency Misalignment.
Penyembah ekonomi pasaran bebas di barat, terutamanya di US, setiap bulan pantau matawang di dunia. Malah mereka ada indikator. Yang terkenal ialah Coalition for Prosperous America (CPA) dan Blue Collar Dollar Institute (BCDI). Apa yang mereka nak kejar? Point no. 1 tadi iaitu negara-negara yang sengaja rendahkan matawang.

4) Bank Negara sengaja rendahkan matawang.
Selepas krisis matawang 1998, Bank Negara mula mengumpulkan rizab matawang asing. Sebelum tu, tak banyak. Ini sebab tujuan Malaysia dulu tukar daripada sistem Currency Board dengan matawang lama (Dollar Malaya) kepada Bank Negara ialah supaya kita tak payah simpan matawang asing.

Bank Negara disyaki buat Comparative Hoarding ikut negara-negara membangun lain yang kumpul rizab. Negara-negara seperti China dan lain adalah penjual komoditi besar, tak seperti Malaysia. Untuk kumpul rizab, kena beli dollar dan jual matawang sendiri. Jadi, selalunya matawang akan direndahkan.

Dalam banyak keadaan, Bank Negara juga disyaki guna rizab asing tadi untuk beli balik Ringgit bagi naikkan Ringgit. Saya pernah terangkan mekanisme dalam tulisan lain yang kenaikan itu sementara seperti steroid, ia jadikan Ringgit lagi susah naik bila ia jatuh.

Dalam bahasa mudah, Bank Negara boleh rendahkan Ringgit dengan kumpul rizab asing tapi bila ia jual rizab, Ringgit akan lagi susah naik. Ringgit jadi melekit.

Tapi siapa pihak yang buat Ringgit lagi melekit? Bank Negara jual beli Ringgit dan dollar dengan siapa? Itu rahsia Bank Negara tapi Gabenor dah terlepas cakap nak bawa pihak-pihak tu berunding.

Hezri Sardi

FDI vs PKS

FDI vs PKS
(Hezri Sardi)

Masa kerajaan BN dulu, pihak pembangkang kutuk kerajaan pasal FDI atau pelaburan langsung asing yang merosot. Kerajaan BN pula bila ada dua, tiga projek FDI masuk, habis heboh satu negara walhal FDI dah kurang secara keseluruhannya.

Masuk kerajaan PH, pembangkang kutuk pasal FDI yang sikit. Ahli politik PH, sama macam BN, bila ada dua, tiga FDI masuk, habis riuh walhal FDI keseluruhannya rendah saja.

Masuk kerajaan PN, cerita sama berulang. Pembangkang kutuk kerajaan sebab FDI merosot. Ahli politik PN pula, sama macam kerajaan sebelum ini, bila ada dua, tiga FDI masuk, habis heboh, jakun padahal keseluruhannya FDI kita rendah saja.

Semua politikus kerajaan-kerajaan baik BN, PH, PN menggunakan FDI sebagai kiblat dalam ukuran ekonomi. FDI negara sebenarnya tak begitu hebat pun akhirnya. Masalah ekonomi tak pernah selesai pun bahkan meruncing. Tapi mereka tak pernah berhenti sejenak untuk berfikir, tanya diri, betul ke apa kita buat ni? Seolah politik ini kerjanya bukan untuk berfikir, tapi cari populariti saja. Bila sebut ekonomi, otak terus lompat pasal FDI, seolah olah itu saja cara yang ada. Dah jadi IDEOLOGI.

Kitaran kejahilan pun berterusan. Sebab saya ingin tahu apa yang bermain dalam sel sel otak mereka, saya pun tanya mereka yang riuh rendah pasal FDI ini.

Jawapan paling popular di kalangan mereka ialah pelaburan asing atau FDI bawa masuk duit ke dalam negara, sebab kita tak cukup duit untuk bangunkan negara. Di luar negara, kisah dongeng ini dah lama dipupuskan, dibuktikan salah. Baik. Katakan sebuah Firma multi Nasional bawa masuk 50 dolar US ke Malaysia. Pertama, bilangan duit ringgit tak pernah berubah sama dalam negara atau luar. Kalaulah duit dollar tu boleh diguna untuk berjual beli dalam Malaysia, barulah boleh cakap FDI tambah duit dalam negara. Sebaliknya, sebab duit dollar tak ada fungsi dalam negara, duit tak bertambah.

Firma FDI, dengan duit dollarnya yang tak boleh guna, kena bayar vendor, pekerja dan beli barang. Pernah dengar ke pekerja kilang US bayar pekerja tempatan gaji dalam dollar? Tak pernah. Pekerja Malaysia dibayar dalam ringgit.

Justeru, Firma FDI kena tukar duit dollarnya kepada ringgit. Pertukaran duit ini tak menyebabkan bilangan duit dollar berkurang dan duit ringgit bertambah. Bilangan duit tetap sama, cuma duit bertukar tangan saja.

Yang cerdik sikit selalunya akan jawab balik, kononnya walaupun bilangan duit ringgit tak bertambah, nilai ringgit bertambah sebab mereka beli ringgit. Saya sekolahkan balik. Habis Firma FDI ini tak hantar balik untung ke negara asal mereka ke? Firma ini tak bayar pembekal luar negara ke? Bayaran kepada syarikat induk dan pembekal luar negara bukan dalam ringgit. Mereka kena jual ringgit balik dan beli matawang asing. Justeru, hujah memperkukuh matawang ringgit tak relevan. Lagipun bukan kerja kerajaan berdagang matawang. Kerajaan jaga ekonomi.

Habis kalau macam tu, apa kejadahnya fungsi FDI ini kalau tiada kenaikan kewangan? Masalahnya, kita sering dihidangkan oleh angka nilai FDI oleh pihak kerajaan dulu, kini dan selamanya walaupun ukuran itu tidak relevan.

Baik. Banyak analisa ekonomi tentang kenapa negara kita tak keluar keluar daripada ‘middle income trap’ atau status negara berpendapatan pertengahan. Menurut semua analisa, ini berpunca daripada Firma FDI hanya keluar masuk duit modal tapi tidak memindahkan teknologi, kepakaran mereka kepada rakyat negara kita. Nah! Kita kejar sangat ‘duit’ mereka tapi kita tak dapat teknologi dan kepakaran mereka. Lagipun, tak kan lah syarikat syarikat ini nak berkongsi rahsia teknologi mereka kepada kita, orang luar?

Pendek kata, daripada kewangan, FDI tiada faedah. Daripada kepakaran dan teknologi, FDI tiada faedah.

Ada kata FDI ini cipta peluang kerja. Baik. Mengikut fakta Jabatan Perangkaan, 50% peluang kerja dicipta oleh perniagaan kecil sederhana (PKS). Hampir 20% lagi kerja dalam freelance, gig economi dan bekerja sendiri. Selebihnya, orang kerja dalam kerajaan atau GLC.

Berapa kerat saja orang kerja dalam Firma FDI ini? Amat sikit. Justeru, FDI gagal cipta peluang kerja.

FDI bayar gaji besar? Cuba Tuan Puan pergi tanya operator dan pekerja di kilang yang balik Lepas kerja overtime. Tanya gaji mereka. Kecil saja.

Masalahnya bukan FDI. Masalahnya, kita salahfaham selama ini. Kita mengharapkan FDI beri kita kekayaan dan pekerjaan. Benda benda ini FDI tak boleh bagi kepada negara kita.

Kenapa kita, birokrat, ahli politik boleh silap sampai begitu sekali ? Sebab kita memahami ekonomi melalui cara yang salah. Ekonomi dunia sebenar berfungsi menurut mekanisme tertentu tapi kita baca, lihat ekonomi melalui cara yang bercanggah. Macam ayam cakap dengan itik.

Macam mana nak betulkan nya? Buang jauh perkataan, istilah FDI jauh jauh daripada pemikiran kita.

Didik pemikiran kita dengan ‘real economy’ atau ekonomi sebenar. Ekonomi sebenar bukan ekonomi diukur dengan nilai duit atas kertas. Ekonomi sebenar diukur melalui benda benda sebenar, manfaat sebenar. Misalnya berapa barang, apa barang yang dibawa masuk negara berbanding apa yang dibawa keluar. Misalnya, kalau ada 1 juta laptop masuk negara tapi 1 ribu laptop keluar negara, kita dapat manfaat 999,000 laptop daripada ekonomi sebenar. Kalau modal RM1 juta oleh usahawan tempatan dapat hasilkan 10,000 peluang kerja lebih baik daripada RM1 juta modal oleh FDI yang hanya cipta 1,000 peluang kerja. Ini semua bukan dinilai berdasarkan duit, tapi ekonomi sebenar dinilai baik buruknya daripada kualiti dan benda sebenar.

Dalam pemahaman biasa berdasarkan duit, perdagangan antarabangsa (import eksport) adalah perkara berbeza daripada pelaburan langsung asing (FDI), tapi ekonomi sebenar tak membezakan antara FDI dan import-eksport. Ia tak melihat aliran duit keluar masuk dalam FDI dan import eksport, tetapi ekonomi sebenar melihat manfaat sebenar daripada segi bilangan barangan dan bilangan kerja yang dibawa masuk negara.

Ini dipanggil Real Term of Trade.

Berbalik kepada kegagalan FDI, kita patutnya beralih kepada penyelesaian dalaman. Universiti kita hasilkan banyak paten dan teknologi. Kerajaan patut laburkan duit untuk bangunkan dan pasarkan paten tersebut, padankan dengan usahawan kecil sederhana. Teknologi ini orang kita punya, bukan orang asing dan kita dapat bangunkan IKS yang memang selama ini mencipta sebahagian besar peluang kerja negara.

Usaha dan tahun tahun yang kerajaan bangunkan perniagaan kecil sederhana tempatan, manfaatnya akan kekal dalam Negara sampai bila bila. Kalau FDI, mereka tak peduli pasal kita. FDI hanya peduli pasal duit dan untung saja. Tak kena sikit, mereka cabut. FDI tiada manfaat dan kesetiaan kekal kepada rakyat Kita.

Tiada kaitan dengan sama ada politikus BN, PH atau PN tak pandai tarik FDI. Dan patutnya usaha dan masa lagi baik ditumpu untuk bangunkan perniagaan kecil & sederhana tempatan.

Hezri Sardi

Mercantilism FDI

Mercantilism FDI
(Hezri Sardi)

Saya ingin beri pujian kepada kerajaan, untuk satu perkara khusus. Baru baru ini beberapa Menteri umumkan bahawa kerajaan hanya fokus kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti saja. Kerajaan akan hanya cari FDI misalnya daripada teknologi hijau dan teknologi tinggi.

Ini halatuju betul. Kenapa?

Bukan sebab Pelabur dalam teknologi hijau.
Bukan sebab Pelabur dalam teknologi tinggi.

Dasar kerajaan ini bagus kerana tidak lagi mengukur FDI daripada segi nilai, angka.
Kerajaan dah sedar, tak perlu sampai terhegeh hegeh untuk merayu rayu pelaburan asing.

Halatuju betul. Kerajaan sudah lulus dalam ujian pertama kefahaman FDI.

Saya dah bosan sebenarnya selama bertahun tahun melihat wayang berulang ulang. Pembangkang kutuk kerajaan sebab nilai FDI jatuh lalu dibalas kerajaan dengan nilai FDI baru. Bila pembangkang lama jadi kerajaan, kerajaan lama jadi pembangkang, pembangkang kutuk kerajaan sebab nilai FDI jatuh, kerajaan balas balik dengan nilai FDI baru. Pi Mai pi mai tang tu juga !!

Masing masing bergaduh pasal nilai FDI siapa yang lagi besar seolah olah FDI saja yang dapat naikkan ekonomi negara.

Apabila kerajaan sekarang sedar, tak terkejar lagi FDI, fokus hanya kepada kualiti, saya lega. Dah lama saya perjuangkan ini.

Negara, kita semua mesti hentikan sebarang penilaian FDI. Jangan ikut FDI dengan angka duit kerana ia silap.

Untuk memahami isu ini, kita kena belajar sejarah. Sebelum era penjajahan Eropah ke seluruh dunia, manusia mengamalkan apa yang kita pada era pasca moden ini panggil sebagai “Free Trade” atau perdagangan bebas. Negara Islam dulu amalkan perdagangan bebas. Kesultanan Melaka amalkan perdagangan bebas. China, India semua amalkan perdagangan bebas.

Perdagangan bebas, ialah mana semua negara bebas berdagang tanpa dikekang oleh motif untung. Misalnya, Melaka berdagang dengan Timur tengah bukan demi keuntungan, kekayaan. China berdagang dengan India bukan demi keuntungan, kekayaan. Apa? Berniaga bukan untuk keuntungan? Biar benar?

Mungkin Tuan Puan berfikir begini. Kalau berniaga bukan untuk untung, mereka berlayar jauh jauh, bersabung nyawa ini untuk apa? Tentu ada tujuan.

Orang daripada Timur tengah berdagang untuk dapatkan rempah ratus daripada nusantara. China menjual ubat dan pinggan mangkuk. Dalam kata mudah, perdagangan bebas adalah bermotif barang, manfaat sebenar. Bukan kekayaan, bukan keuntungan. Manfaat sebenar juga dikenali sebagai “Real benefit”. Cara mengukur bukan dengan nilai matawang tetapi bilangan barang atau manfaat sebenar, “Real Term of Trade”.

Tapi apabila penjajah Barat menguasai tanah tanah serata dunia, mereka mengacau perdagangan bebas, malah penjajah Barat membunuh beberapa pelabuhan Islam termasuk Melaka. Penjajah Eropah bersaing, antara satu sama lain, melakukan monopoli. Sepanjang era penjajahan kuasa Eropah di seluruh dunia, perdagangan bebas telah mati. Sebaliknya, persaingan, monopoli, penindasan penduduk tempatan, mencipta satu sistem perdagangan antarabangsa yang dikenali sebagai “Mercantilism”.

Mercantilism, berbeza dengan perdagangan bebas. Mercantilism bermotif mengejar keuntungan dan mengumpul kekayaan. Ia tak mencari manfaat sebenar.

Ukuran kekayaan pada zaman penjajahan Eropah ialah emas dan perak. Emas perak dilihat sebagai duit. Perdagangan hanya bermotif mengumpul seberapa banyak untung, seberapa banyak emas perak. Hasil bumi tempatan dijarah, dibawa balik ke Eropah untuk diguna sebagai bahan mentah kilang. Hasil kilang yang guna hasil bumi tanah yang dijajah tadi, dijual bagi mendapat lebih banyak emas dan perak. Justeru, mercantilism mengukur KPI daripada segi berapa banyak duit dikumpul, berapa banyak kekayaan dikumpul, berapa banyak emas perak dikumpul, berapa banyak untung.

Akhirnya pada abad ke 18, seorang pegawai cukai bernama Adam Smith menyedari apa yang negara negara Eropah buat lalu menulis panjang lebar.

Adam Smith, bapa ekonomi moden menghentam sistem begini dengan memanggilnya mercantile. Dia mahu perdagangan bebas dikembalikan. Dia membidas makna kekayaan yang seeing dikaitkan dengan duit, emas atau perak. Adam Smith menulis buku “Wealth of nation” bermaksud “kekayaan negara”. Dia mahu memberitahu semua bahawa kekayaan sesebuah negara bukan lah duit, bukan emas, bukan Perak. Dia mahu maksud kekayaan dikembalikan kepada asal, iaitu sebelum zaman penjajahan. Baginya, kekayaan adalah manfaat sebenar , bukannya nilai duit.

Walaupun zaman emas perak sudah lama berlalu, tetapi mercantilism masih lagi berleluasa dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Ini kerana perdagangan dan pelaburan diukur dalam nilai duit. KPI baik buruk semua dalam nilaian duit walaupun duit itu bukan emas.

Misalnya, perdagangan antarabangsa diukur melalui eksport dan import. Eksport ialah kita jual barang manakala import ialah kita beli barang. Dalam formula mengira untung perniagaan, jualan tolak belian, bakinya ialah untung. Justeru, dalam konsep mercantilism, eksport (jualan) tolak import (belian), hasilnya untung. Justeru itu, perdagangan antarabangsa diukur dalam untung rugi macam perniagaan walaupun ia sebuah negara. Mercantilism menganggap negara macam satu perniagaan walhal negara tak sama dengan perniagaan.

Jika tak menggunakan mercantilism, perdagangan tidak lagi diukur melalui nilai duit, eksport import. Sebaliknya, perdagangan diukur melalui manfaat sebenar (real benefit) dan Kos sebenar (real cost). Misalnya, kalau negara bawa masuk 100 komputer daripada luar, ini ialah manfaat. Kalau negara jual 100 tan kelapa sawit kepada negara luar, 100 tan kelapa sawit yang dijual keluar ialah Kos sebenar. Berapa nilai duit yang diterima hasil jualan kelapa sawit tak diambilkira, berapa nilai duit yang dibelanja untuk beli komputer tak diambil kira.
Sama juga dengan kes pelaburan asing FDI. Kita digembar-gemburkan bahawa jumlah nilai FDI naik bagus, jumlah nilai FDI turun tak bagus. Kita menilai pelaburan asing FDI dalam nilai duit. Ini silap.

Sama seperti perdagangan antarabangsa, pelaburan asing FDI mesti diukur daripada segi manfaat sebenar dan kos sebenar, bukan nilai modal duit.

Misalnya, bila kerajaan bawa masuk pelaburan FDI yang bawa masuk teknologi tinggi, misalnya perubatan, teknologi perubatan yang dibawa masuk itu ialah manfaat sebenar. Sebaliknya, jika sesuatu pelaburan FDI itu masuk lalu menggajikan 1,000 pekerja asing maka pelaburan itu ialah Kos sebenar, merugikan negara.

Saya memuji langkah Menteri kerajaan sekarang sebab sedar, dan tak lagi mengejar nilai pelaburan FDI. Sebaliknya melihat daripada segi bukan duit.

Para pembangkang mengulang ulang cerita lama. Kononnya pelaburan FDI berkurang, perlu tarik seberapa banyak pelabur asing. Presiden UMNO dan orang UMNO kata nak bawa masuk banyak banyak FDI. Ini adalah pemikiran silap berasaskan mercantilism zaman penjajah kafir Eropah.

Langkap pertama memulihkan ekonomi negara ialah tak mengejar pelaburan asing FDI. Langkah pertama ialah mengubah cara kita melihat perdagangan, pelaburan antarabangsa. Jangan lagi terbawa bawa dengan mentaliti mercantilism. Lihat pelaburan asing daripada segi kualiti bukan berkira kira berapa banyak FDI masuk.

Lebih bagus kerajaan bagi lebih banyak fokus kepada peniaga kecil dan sederhana tempatan sebab mereka sebenarnya yang menggerakkan ekonomi. Kalau dapat tarik pelaburan asing bersaiz kecil untuk bekeejasama dengan peniaga kecil tempatan, itu lebih bagus daripada FDI besar tak tentu hala.

Apa yang kerajaan lakukan dalam FDI akhir akhir ini adalah betul.

Hezri Sardi

FDI dan modal

FDI & modal
(Hezri Sardi)

Ahli ahli politik berdegar degar cakap pasal betapa pelaburan langsung asing (FDI) kita jatuh, kita kena naikkan FDI. Ini semua cerita lama. Pembangkang bertukar, kerajaan bertukar, balik balik tuduh menuduh pasal kemerosotan FDI. Yang terbaru ialah politikus UMNO. Cakap berdegar degar pasal bawa masuk FDI, cuba tanya depa, apa cara nak tarik FDI, mesti tak tahu.
Berbeza dengan tin tin kosong UMNO itu, saya ada cara yang jelas macam mana nak tarik lebih banyak FDI. Cuma dalam dunia ini, ada benda betul dan ada benda tak betul. Mengejar FDI bukan benda betul.
Kalau nak tarik pelabur asing, kita kena beri banyak untung kepada pelabur asing. Untung kepada pelabur asing tak tiba tiba muncul. Untung kepada pelabur asing dapat dibuat kalau kita korbankan rakyat. Kena pilih antara dua, pelabur asing atau rakyat yang boleh mengundi. Nak beri untung lebih kepada pelabur asing? Boleh. Tapi kena korbankan rakyat.
Saya sebagai rakyat biasa, tak sanggup dikorbankan. Tuan Puan pun sama. Kenapa kita nak dikorbankan untuk orang yang duduk goyang kaki di negara lain?

Untuk memahami kebenaran tentang pelaburan asing ini, kita kena terlebih dulu letak tepi kita punya parti politik. UMNO ke, DAP ke, Pakatan ke, letak tepi dulu. Anggap parti parti politik ini tak wujud, barulah kita boleh fahami kebenaran tentang FDI.

Negara A.
Negara B.
Negara C. Ada 3 negara, sebagai contoh.
Negara A, matawang ringgit.
Negara B, matawang dollar.
Negara C, matawang Yen.
Kerajaan negara A nak cari pelaburan asing, kononnya nak bagi kerja kepada rakyatnya. Negara A pun merayu, melutut, sujud kepada negara B dan negara C. Setelah wakil negara A tadi sujud sampai dahi dia hitam, bengkak, negara B dan negara C pun bersetuju “Melabur” ke negara A.
Negara B pindahkan 1 juta dollar ke negara A manakala negara C pindahkan 1 juta yen ke negara A.
Apa itu kebenaran? Kebenaran ialah ekonomi. Lain lain pandangan tak benar. Justeru, bagi memahami keadaan dalam contoh tadi, kita mesti memahami daripada sudut benar, iaitu pandangan ekonomi.

Kembali kepada contoh tadi. Setelah pemindahan, dalam negara A, ada 1 juta dollar dan 1 juta yen. Adakah duit dalam negara A bertambah? Adalah penting untuk menambah duit dalam negara A bagi menggerakkan ekonomi nya. Bagi menjawab soalan “Adakah duit bertambah?”, Kita kena terlebih dulu tanya bolehkah matawang daripada negara B iaitu dollar, dan matawang daripada negara C iaitu Yen diguna untuk berbelanja di negara A?

Di negara A, hanya matawang ringgit boleh diguna untuk berjual beli. Maka 1 juta dollar dan 1 juta yen bukan lah duit di negara A. Pendek kata, kemasukan 1 juta dollar dan 1 juta yen tak menambah duit dalam negara A.
Walaupun tak berguna, walaupun tak menambah duit dalam negara A, kewujudan 1 juta dollar dan 1 juta yen itu wajib dilaporkan kepada pihak berkuasa negara A. Nak laporkan, mesti dalam bentuk atau format tertentu.
Pihak berkuasa negara A hanya menerima laporan dalam suatu bentuk yang dipanggil “Accounting”. Dalam laporan accounting, matawang dollar dan yen mesti dilaporkan dalam nilai matawang negara A, iaitu ringgit.
Dalam dunia sebenar, pindahan duit asing tadi dalam matawang dollar dan yen, tapi apabila dilapor dalam accounting, ia jadi ringgit.
Dalam dunia sebenar, ada 1 juta dollar dan 1 juta yen, yang tak berguna, masuk ke negara A tetapi bila dilaporkan ke pihak berkuasa dalam laporan accounting, menunjukkan 2 juta ringgit masuk ke dalam negara.

Faham tak? Sebenarnya, tiada duit berguna masuk ke negara A, tetapi dilaporkan ke pihak berkuasa, ada 2 juta ringgit telah dibawa masuk pelabur asing ke negara A. Duit tiada tapi diberitahu kepada orang ramai ada 2 juta ringgit masuk negara A.
Kemudian, dicipta nama nama yang gempak untuk duit duit yang tak berguna itu. Dipanggil “Modal” (capital), dipanggil “Pelaburan” (Investment). Dicanang ada 2 juta ringgit modal masuk negara A. Diheboh sana sini ada 2 juta ringgit pelaburan masuk negara A, padahal sifar, tiada apa apa. Yang masuk hanya duit matawang asing yang tak boleh diguna dalam negara A.

Kalau orang itu sokong kerajaan, dipuji melambung lah berapa kerajaan bawa pelaburan asing besar ke negara ini.

Sebaliknya, kalau orang itu sokong parti politik pembangkang, dikutuk teruk kerajaan. Politik pembangkang kutuk kerajaan sebab pelaburan asing sikit. Padahal penyokong kerajaan dan kerajaan silap. Pelaburan itu hanya duit duit kosong, tiada berguna dibawa masuk ke dalam negara.

Menghukum kerajaan hanya sebab duit duit asing tak berguna itu dah menjadi semakin sikit. Duit asing, kalau tak berguna, besar atau sikit, tak penting.

Apa yang saya nak sekolahkan kepada semua ialah menghukum, menilai pelaburan asing daripada nilai duit yang dibawa masuk itu adalah salah. Silap besar. Kalau pelaburan asing, nilainya semakin sikit, ia bukan satu masalah. Kalau nilai FDI besar bukan sesuatu yang patut dibanggakan.

Jangan ukur pelaburan asing daripada nilai modal atau pelaburan. Nilai lah daripada segi lain.

Kembali kepada contoh tadi. 1 juta dollar dan 1 juta yen yang tak berguna di negara A. 1 juta yen diguna untuk bawa masuk 100 buah super komputer yang ada teknologi AI. 1 juta dollar pula diguna untuk bawa masuk 100 kereta solar.

Barulah pelaburan asing tadi ada guna. Ia berjaya bawa manfaat masuk, 100 super komputer dan 100 kereta solar. Daripada bentuk sebenar atau Real Term of Trade, pelaburan langsung asing itu berjaya bawa masuk manfaat iaitu 100 buah super komputer dan 100 kereta solar.

Ini lah manfaat daripada pelaburan dalam ekonomi. Yang selalu kita dengar RM1 billion dibawa masuk dalam negara, itu semua mengarut. Yang kita dimomok kononnya nilai FDI negara jatuh merosot, itu pun mengarut !!

Dalam kata lain, segala nilai KPI bagi mengukur FDI atau pelaburan langsung asing itu tak boleh pakai. Kita dah kena buat anjakan paradigma !

Sekarang dikatakan nilai FDI negara jatuh sejak dulu lagi. Abaikan.

Dasar baru kerajaan yang tidak terlalu mengejar pelaburan asing adalah satu halatuju yang betul.

Hezri Sardi

Physiocracy FDI

Physiocracy FDI
(Hezri Sardi)

Hari itu, ahli politik UMNO bongkak, cakap berdegar degar pasal FDI. UMNO saja lah yang betul, orang lain semuanya bodoh. UMNO lah maksum, penyelamat umat manusia, orang lain semuanya jahat…

Baru baru ini pula, ada saya terdengar beberapa CEO, ahli perniagaan cuba sekolahkan orang ramai tentang FDI. Kononnya, Indonesia pandai sebab guna duit orang lain (FDI) untuk bagi kerja kepada rakyatnya. Kesimpulannya, banyak orang silap besar apabila melihat benda yang tak jelas, iaitu MODAL sebagai sesuatu yang jelas, iaitu duit.

Terlebih dahulu saya menjelaskan pendirian ekonomi saya.

Dalam ekonomi secara umum dan makroekonomi, saya berpegang kepada mazhab Post-keynesian.
Dalam hal ehwal duit, saya post-chartalist.
Dalam mikro-ekonomi, saya cenderung kepada post-sraffian.
Dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa, saya mengikut post-physiocracy.

Mazhab post-Keynesian memang amat banyak diolah dalam 10 tahun ini. Chartalist pun semakin banyak diolah. Tetapi yang lain lain saya gali daripada mazhab mazhab lama yang jarang disentuh. Sraffian mazhab pada abad ke 20 tapi berhenti pada 1980an.

Physiocracy pula adalah yang paling kuno. Ia ialah mazhab ekonomi yang pertama wujud di dunia, lebih awal daripada pengasas ekonomi iaitu Adam Smith. Bahkan Adam Smith terang terang dalam banyak bahagian, meminjam mazhab physiocracy.

Physiocracy tercipta sebagai lawan kepada mercantilist. Mercantilism ialah cara perdagangan antarabangsa yang mengumpulkan untung, emas dan perak. Mercantilism diamalkan oleh penjajah penjajah Barat sejak abad ke 16 sebelum disesuaikan kepada zaman moden.

Mercantilism diteruskan pada zaman sekarang dengan:
1) Eksport – import
2) FDI
Di mana ekonomi antarabangsa digerakkan semata mata atas pengumpulan untung dan kekayaan.

Kita mengagung agungkan pelaburan asing daripada segi berapa besar, berapa billion nilai pelaburan.
Kita mengutuk kerajaan apabila nilai pelaburan asing menurun.
Ini ialah pemikiran mercantilism.

Jika mercantilist tak bagus, apakah alternatif nya?

Lihat sejarah, physiocracy wujud bagi menggantikan mercantilism. Physiocracy dikatakan pencetus kepada Revolusi Perancis.

Ada 2 perbezaan utama antara physiocracy dan Mercantilism.

1) Mercantilist mengutamakan tujuan mengumpul keuntungan, manakala physiocrat mengukur kebaikan sebenar, bukan duit keuntungan semata mata.

2) Mercantilist bergantung kepada unsur luar semata mata bagi membangunkan negara, manakala physiocrat membangunkan negara menggunakan unsur dalaman.

Jika bergantung kepada untung rugi semata mata seperti dianjur oleh mercantilism, pelabur asing lebih suka negara negara yang lebih murah, misalnya Indonesia. Untuk dapat lebih banyak untung, kapitalis FDI lebih suka Indonesia berbanding Malaysia kerana Indonesia, upah dan sebagainya lebih murah daripada Malaysia. Buatlah apa pun, kapitalis tetap akan pergi ke Indonesia yang lebih murah tapi mempunyai pasaran atau rakyat yang besar. Macam mana kita dengan penuh yakin cakap berdegar degar kononnya dapat bawa FDI ? Nak temberang pun, berpada padalah..

Berbalik kepada physiocracy, ia cuba membangun negara tanpa bantuan asing. Rasionalnya, kapitalis ini semua tiada kesetiaan. Ada peluang buat untung lebih, mereka cabut ke negara lain.

Walau bagaimanapun, memandangkan physiocracy ialah mazhab ekonomi pada abad ke 18, ia banyak menggunakan contoh dalam pertanian. Bagi membuatnya relevan, saya menyesuaikan dengan zaman sekarang yang ada pelbagai industri. Perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya.

Penyesuaian physiocracy kepada suasana sekarang, bermaksud saya mengubahnya daripada physiocracy kepada post-physiocracy.

Pembangunan dengan unsur dalaman, menurut physiocracy, bergantung kepada Produktiviti dalam negara. Dan tentulah dalam negara, Produktiviti disumbangkan oleh PKS atau perniagaan kecil dan sederhana.

Physiocracy, jika dapat diamalkan pada zaman ini, dapat menyelesaikan banyak masalah ekonomi.

Albert Einstein pernah berkata,
“Orang yang melakukan perkara yang sama tapi mengharapkan keputusan berbeza, ialah orang gila.”

Hezri Sardi

Sektor asing, FDI

Sektor asing, FDI
(Hezri Sardi)

Politikus cakap berdegar degar, pasal kemerosotan pelaburan asing (FDI).
Sebelum pilihanraya umum ke 14, zaman UMNO dulu, zaman Datuk Najib, kerajaan telah buat beberapa peraturan yang amat menyusahkan pelabur asing.

1) Firma Firma asing yang selama ini berurusniaga sesama sendiri dalam matawang dollar, dipaksa membuat bayaran dalam ringgit.

Maknanya, Firma A jual kepada Firma B bernilai 1,000 dollar, secara hutang. 2 bulan kemudian, Firma B terpaksa bayar kepada dalam matawang ringgit.

Ini menyusahkan Firma asing kerana kerja kerja kewangan menjadi berbelit belit.

2) cukai pegangan (withholding tax) dikenakan terhadap Firma Firma asing walaupun perkhidmatan yang dicukai itu tak buat di negara ini. Datuk Najib nak buat negara ni macam Amerika kejar cukai rakyatnya yang berniaga di negara lain. Bezanya yang Datuk Najib kejar masa itu bukan rakyat Malaysia.

3) Firma Firma asing terpaksa bayar GST untuk perkhidmatan kepada orang di luar negara.

Peraturan peraturan kerajaan UMNO, Datuk Najib di atas begitu menyusahkan pelabur asing hingga memaksa saya turun ke jalan bagi menjatuhkan UMNO pada masa itu.

Sekarang Datuk Najib dan UMNO tiba tiba nak jadi hero, seolah olah beliau tak pernah buat peraturan yang menyusahkan pelabur asing ?

Dan cara menarik pelabur asing tak pernah berubah sejak zaman Perdana Menteri ke4 sampai Datuk Najib, sampai sekarang. Insentif cukai iaitu Pioneer Status dan Investment Tax Allowance dalam Promotion of investment Act, serta Reinvestment Allowance dalam Akta cukai pendapatan, regional distribution centre dan insentif cukai yang tak berubah caranya sejak berpuluh puluh tahun.

Alhamdulillah, sejak kerajaan UMNO jatuh dulu, withholding tax dan GST tak lagi dikenakan ke atas urusniaga yang di luar negara oleh pelabur asing.

Kerajaan yang sekarang ini, pada bulan ini, telah mengubah peraturan UMNO, Datuk Najib dulu yang selama ini menyusahkan pelabur asing.

Kerajaan sekarang baru baru ini melaksanakan “Liberalisation of Foreign Exchange Policy”. Jika peraturan ini dilaksanakan, Firma Firma asing tak perlu lagi berbelit belit, membayar dalam matawang ringgit untuk urusniaga matawang asing.

Dasar baru ini ialah dasar yang mesra kepada pelabur asing setelah bertahun tahun kami diseksa oleh peraturan UMNO dan Datuk Najib.

Dasar baru kerajaan ini pastinya mesra, memudahkan operasi pelaburan langsung asing. Tapi apa kesan kepada ekonomi?

Ekonomi terbahagi kepada 3 sektor:
1) Kerajaan / awam
2) Perniagaan / swasta
4) Asing

Sektor awam dan swasta ialah bahagian ekonomi yang bergerak dengan matawang ringgit.
Sektor asing ialah bahagian ekonomi yang bergerak dalam matawang asing, misalnya dollar US.

Firma Firma FDI selalunya mempunyai 2 jenis akaun bank, iaitu akaun ringgit dan akaun matawang asing. Pembayaran gaji pekerja dan vendor tempatan dibayar dengan akaun ringgit manakala pembekal asing dan pelanggan asing dengan akaun matawang asing.

Maknanya dalam sesuatu syarikat yang dilabur oleh pelabur asing, ia terbahagi kepada sektor swasta (tempatan) dan sektor asing kerana ia pegang kedua-dua matawang ringgit dan asing.

Katakan dasar baru Kerajaan berjaya bawa masuk lebih banyak pelaburan asing, lebih banyak dollar akan masuk negara. Adakah ekonomi negara akan meningkat?

Belum lagi. Apa yang berlaku hanyalah bilangan dollar bertambah dalam bumi Malaysia. Duit ringgit tak bertambah. Maknanya pelaburan asing tak menambah duit dalam negara.

Tapi dengan peraturan baru kerajaan ini, duit asing seperti dollar dapat berfungsi. Matawang asing tak boleh diguna dalam sektor kerajaan dan swasta, tetapi matawang dollar boleh diguna dalam sektor asing.
Firma Firma asing boleh berurusan sesama sendiri, pelaburan asing akan datang tumbuh subur.

Cuma masalahnya ialah cara kebanyakan kita melihat FDI. Banyak tak sedar mereka melihat pelaburan asing daripada kaca mata mercantilism.

Nilai pelaburan besar diagung agungkan dan keuntungan FDI diagung-agungkan. Berapa besar duit asing dibawa masuk sekalipun, duit dalam sektor swasta negara tak akan bertambah. Ingat, pelabur asing hanya bawa masuk matawang asing, yang tak boleh diguna oleh rakyat negara ini. Duit ringgit tak bertambah.
Lebih teruk lagi, Firma Firma asing membeli dan menyimpan duit ringgit. Sebahagian duit ringgit dalam negara disimpan Firma asing lalu tak bergerak dalam ekonomi.

Lebih teruk lagi jika duit ringgit yang dibeli firma asing tadi diguna untuk bayar banyak cukai kepada kerajaan. Cukai oleh Firma asing ini bukan sikit sikit. Duit ringgit akan berkurangan dalam sektor swasta negara.

Kalau begitu, apa gunanya kerajaan bawa masuk banyak pelaburan asing?

FDI tak berguna jika kita menilainya dengan cara Mercantilist. FDI hanya memberi manfaat kepada rakyat jika Kita melihat melalui cara physiocrat.

Bagaimana rakyat dapat manfaat jika kita melihat, mengurus pelaburan, perdagangan antarabangsa melalui cara physiocracy?

Physiocracy tak melihat daripada segi nilai modal dan untung. Physiocracy melihat daripada manfaat sebenar Yang masuk ke negara. Berapa banyak nilai modal dibawa masuk, berapa nilai untung dicatat oleh FDI, diabaikan.

Physiocracy melihat berapa banyak barang, perkhidmatan, manfaat yang dibawa masuk oleh sektor asing ke bumi Malaysia.

Physiocracy tak peduli berapa untung pelabur asing dapat tapi physiocracy mengukur apa manfaat sosial yang rakyat dapat, yang usahawan kecil sederhana dapat daripada manfaat dibawa masuk ke bumi Malaysia oleh sektor asing.

Dalam kata mudah, konsep physiocracy memastikan kita sebagai rakyat dapat MEMPERALATKAN pelabur FDI asing, bukan FDI MEMPERALATKAN kita.

Ada orang mengagungkan Indonesia kerana nilai pelaburan FDI yang masuk Indonesia. Ini silap besar!!

Apa yang patut kita tanya ialah adakah pelabur asing itu memperalatkan rakyat Indonesia atau rakyat Indonesia yang memperalatkan FDI.

Ada sesetengah politikus nak buat Ekonomi Patriotisms konon, tapi itu tak mungkin berlaku jika mereka berkhayal dalam ideologi Mercantilism.

Akhir sekali, saya mengajak Tuan Puan sekalian membuang saki baki pemikiran Mercantilist yang dicipta penjajah zaman dulu.

Untuk itu, saya gali balik konsep physiocracy daripada abad ke 18, dipersembahkan kepada Tuan Puan sebagai alternatif.

Hezri Sardi

Fungsi FDI

Fungsi FDI
(Hezri Sardi)

Politikus sembang berapi pasal FDI seolah olah FDI ini saja lah yang dapat pulihkan ekonomi negara. Betulkah?

Rata rata orang yang bercakap pasal pelaburan asing ini, tak kira di pihak parti politik mana, latar belakang mana, cuma cakap yang pelaburan asing ini perlu bagi meningkatkan ekonomi negara tetapi tak siapa dapat beritahu dengan terang dan jelas, bagaimana FDI ini dapat bangunkan ekonomi negara.

Kebanyakan terperangkap, dikelirukan oleh kaca mata undang undang, dan pemahaman FDI daripada segi undang undang dianggap sebagai pemahaman ekonomi.

Kalau pelabur langsung asing, misalnya, melabur di sini, lazimnya mereka daftarkan syarikat. Masa daftarkan syarikat, ia dapatkan Borang 24, penyata saham berbayar yang dikeluarkan syarikat. Ini masih lagi peringkat undang undang. Mungkin saham sebenarnya masih kosong, tapi syarikat dah wujud daripada segi undang undang. Bila dah sah wujud, barulah Firma asing itu boleh buka akaun bank. Ia buka akaun ringgit dan matawang asing, seperti dollar US.
Syarikat induknya di negara asal memindahkan dollar US ke dalam akaun Firma asing itu.
US dollar yang dipindahkan ke dalam akaun bank syarikat itu diisytiharkan sebagai modal berbayar. Modal dalam dollar itu bila diisytihar dalam Borang 24, ia jadi ringgit walaupun sebenarnya ia dollar. Sampai hujung tahun, kalau modal tadi dalam dollar, akan diisytiharkan sebagai ringgit dalam penyata kewangan diaudit kepada kerajaan.
Semua ini tak betul sebenarnya kerana benda dalam dollar disebut sebagai ringgit.
Akauntan faham ini, tapi orang lain tak faham. Pelbagai pihak daripada birokrat kerajaan ke orang politik, sampai lah ke orang ramai mencanang “Oh, pelaburan asing RM100 juta.” walhal ia bukan RM100 juta, tetapi mungkin 25 juta dollar. Nilai salah RM100 juta itu kemudian di sana sini diguna orang untuk buat analisa pasal ekonomi, pasal FDI. Kita puji orang guna kefahaman yang silap. Kita kutuk kerajaan guna kefahaman yang silap. Akhirnya, negara dibawa ke haluan yang salah.

Katakan sebuah firma asing berniaga di Malaysia, mencatat untung bersih selepas bayar cukai sebanyak 10 juta ringgit. Firma asing itu pun isytihar dividen 2 juta ringgit. Dividen 2 juta ringgit ini dibayar kepada pelabur asing. Mengikut kefahaman salah yang disebar kepada orang ramai, “FDI di Malaysia catat untung RM10 juta tapi sebahagian untung sebanyak RM2 juta dihantar ke luar. Jadi modal atau duit di Malaysia berkurang.”
Ini pemahaman silap.

Sama juga macam pekerja asing yang dapat gaji di Malaysia, misalnya mereka hantar balik gaji sebanyak RM100 juta setahun ke Indonesia. Kita sangka setiap tahun sebanyak RM100 juta duit hilang daripada Malaysia. Kefahaman sebegini salah tapi itu yang difahami oleh orang ramai.

Dalam kes firma asing tadi, kita faham secara salah jika sangka “untung” di Malaysia dibawa keluar ke luar, lebih salah jika kita sangka duit dibawa keluar.

Dalam apa jua keadaan di atas, duit tidak berkurang, kerana duit ringgit tak pernah berkurang di bumi Malaysia daripada penghantaran untung dan gaji tadi. Firma asing tak bawa keluar ringgit, mereka bawa keluar dollar. Pekerja Indonesia tak hantar keluar ringgit, tapi hantar keluar rupiah.

Duit hanya berkurang secara besar besaran di Malaysia kerana Firma asing terpaksa bayar cukai kepada kerajaan dalam ringgit. Justeru, kita salah faham lagi. Kita ingat duit cukai Yang dikutip meningkatkan pendapatan negara, sebenarnya tak. Sebaliknya, cukai ringgit yang dibayar oleh Firma asing mengurangkan duit ringgit dalam Malaysia.

Masalah sebenar apabila pekerja asing dan FDI yang banyak di Malaysia, ialah mereka merebut duit ringgit daripada rakyat Malaysia. Dalam kes firma asing, mereka menyimpan ringgit dalam bilangan banyak yang tak bergerak dalam ekonomi. Di damping itu, Firma asing apabila membayar cukai yang banyak, mengakibatkan duit ringgit hilang dalam ekonomi.

Pendek kata, kefahaman salah tentang FDI oleh orang politik dan orang ramai, menyebabkan kita tak sedar duit berkurangan dalam negara. Kita salah jika menyangka FDI bawa duit masuk atau tambah duit dalam negara. Ini ialah saki baki pemikiran Mercantilist daripada zaman penjajahan Eropah.

Sebab itu, saya selalu bercakap pasal physiocracy dan real term of trade kerana FDI jika ia nak dibawa masuk pun, mesti bawa manfaat sosial, manfaat sebenar kepada rakyat, kepada perniagaan kecil sederhana. Jangan dinilai daripada modal, untung, apatah lagi memuji atau mengutuk dengan hujah nilai pelaburan turun atau naik.

Perkataan “pelaburan” di kalangan orang kita membawa konotasi baik kerana kita diprogramkan bahawa pelaburan pasti baik. Jika pelaburan naik, bagus. Jika pelaburan turun, tak bagus. Namun kita tak pernah nak faham apa itu pelaburan sebenar. Ia jadi satu Ideologi yang kita tak Cuba persoalkan.

Pelaburan dijaja sebagai modal politik, sebagai propaganda. Di penghujung semua ini, rakyat menjadi semakin jahil dan negara menuju ke haluan yang salah.

Orang politik yang banyak cakap berdegar degar pasal FDI akhir akhir ini ialah UMNO. Lagi banyak orang politik sebar ajaran sesat, saya terpaksa betulkan balik sebab saya tak nak negara menuju ke jalan salah.

Hezri Sardi

FDI – Exogenous

FDI – Exogenous
(Hezri Sardi)

Politikus UMNO, akhir akhir ini, bising bising pasal kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) dan berdegar degar mahukan pelaburan asing dibawa masuk sebanyak mungkin. Pemikiran sebegini akan bawa bencana kepada negara dan saya akan terus membongkar sampailah orang politik ini berhenti bawa isu ini.

Isu yang perlu dipertimbangkan dalam semua masalah ekonomi adalah sama ada masalah itu diselesaikan secara exogenous atau endogenous. Exogenous bermakna sesuatu masalah itu diselesaikan daripada luar manakala endogenous bermakna masalah diselesaikan daripada dalam.

Matlamat utama negara yang saya pasti semua setuju ialah pembangunan negara. Tapi membangun negara perlukan “pelaburan”. “Pelaburan” yang membangun negara bukanlah pelaburan saham, BSKL, hartanah, forex yang kita selalu diiklankan. Pelaburan yang membangun negara ialah “pelaburan ekonomi”. Pelaburan ekonomi ini bukan tiba tiba saja muncul. Pelaburan ekonomi datang daripada sumber tertentu.

Daripada situ, halatuju berpecah kepada dua.

1) Pelaburan datang daripada luar (exogenous)
2) Pelaburan datang daripada dalam (endogenous)

Pada zaman 1980an dan 1990an, Perdana Menteri pada waktu itu, buat dasar penswastaan secara besar besaran. Kononnya, selepas jabatan, perkhidmatan kerajaan diswastakan, kerajaan dapat jimat belanja dan kononnya jabatan yang diswastakan itu dapat memberi “pendapatan” kepada kerajaan. Menurut Perdana Menteri ke4 dan penasihatnya, kerajaan adalah endogenous atau dalaman manakala swasta adalah exogenous atau luaran. Muncullah idea idea seperti perkhidmatan untuk rakyat tak dapat diberi kepada rakyat sebab kerajaan (endogenous) tiada duit. Bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat dibuat, kerajaan (endogenous) terpaksa libatkan pihak swasta (exogenous). Misalnya, kerajaan (endogenous) tiada duit nak bina lebuhraya, jadi terpaksa guna duit swasta (endogenous). Selepas itu, pihak swasta itu mengenakan tol ke atas pengguna. Sebenarnya, kerajaan boleh saja bina lebuhraya itu sendiri lalu kenakan cukai atau tol ke atas pengguna. Tapi kerajaan pada masa itu memilih untuk menswastakan.

Pemikiran bahawa kerajaan ialah endogenous (dalaman) dan swasta pula adalah exogenous (luaran) bukan saja silap malah menyusahkan kita sampai sekarang.

Sektor ekonomi sebenarnya terbahagi kepada 3:

1) Kerajaan (awam)
2) Perniagaan/isirumah (swasta)
3) Asing

Sebenarnya, sektor awam dan swasta adalah dalaman (endogenous) kerana ia menggunakan matawang ringgit. Sektor kerjaan dan swasta menggunakan matawang ringgit yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sektor asing pula adalah luaran (exogenous) kerana ia menggunakan matawang asing.

Apabila orang UMNO atau sesiapa saja berdegar degar mahu memperbanyak pelaburan langsung asing (FDI), bermakna mereka mahu penyelesaian daripada luaran (exogenous). Physiocrat seperti saya yang mahu pelaburan ekonomi bermula daripada dalam, mahu penyelesaian endogenous.

Pelaburan daripada luar masih lagi dalam pemikiran physiocracy seperti saya jika pelaburan itu diukur daripada bentuk sebenar (real term). Misalnya, kita tiada kereta solar atau teknologi AI, justeru kita memerlukan manfaat dalam bentuk sebenar iaitu pelabur asing bawa masuk kereta solar dan teknologi AI ke bumi Malaysia. Jika kita berfikir sebegini, kita akan membawa masuk pelaburan asing secara berpilih (selective).

Apa yang dicanang oleh UMNO dan mereka yang bising bising di luar sana adalah berbeza. Orang politik ini bising bising pasal kemerosotan nilai FDI dan mahu membawa masuk sebanyak mungkin nilai pelaburan asing. Ini adalah penyelesaian luaran (exogenous) tetapi melalui pemikiran Mercantilism.

Mercantilist adalah satu konsep ekonomi yang dimulakan penjajah Eropah dan sekarang ia masih lagi menguasai pemikiran semua, iaitu pemikiran sehala (single minded/tunnel vision) bahawa perdagangan dan pelaburan antarabangsa hanya dinilai melalui pengumpulan kekayaan dan untung.

Berbeza dengan haluan kanan mercantilist seperti orang UMNO dan yang sealiran dengannya, physiocrat seperti saya mahu kerajaan fokus kepada pelaburan daripada dalam. Jika ada pelaburan luar sekalipun, kerajaan mesti berfikir secara selective atau menilai kualiti apa yang dibawa masuk oleh FDI itu.

Kita dah sepatutnya tolak tepi ranking ranking pelaburan asing dan graf turun naik pelaburan asing kerana ia memerangkap kita dalam pemikiran penjajah barat, mercantilist.

Pelaburan daripada dalam bermakna kerajaan berbelanja atau mengeluarkan duit bagi membangunkan sumber sumber tempatan. Yang paling berkesan ialah perniagaan kecil. Kerajaan melabur ke dalam perniagaan kecil bukan atas sebab untung rugi tetapi membangunkan sumber dalaman dan menggerakkan duit dengan cepat dalam ekonomi (PKS cenderung menghabiskan duit, jadi duit bergerak cepat jika diberi kepada PKS).

Orang politik dah boleh berhenti bercakap pasal FDI kerana ia tak akan membawa kita ke mana. Lebih baik fokus kepada perniagaan kecil.

Hezri Sardi

Accrual

Accrual
(Hezri Sardi)

Dalam menganalisa ekonomi, orang cenderung untuk gunakan pendapatan sebagai kayu ukur. Pendapatan per capita rakyat ialah pendapatan. GDP atau Keluaran Dalam Negara Kasar juga satu bentuk pendapatan.

Penyata kewangan yang syarikat wajib hantar kepada kerajaan setiap tahun juga berasaskan pendapatan. Cukai utama yang dikutip oleh kerajaan juga ialah income tax atau cukai atas pendapatan.

Ekonomi dikatakan menaik jika pendapatan menaik. Ekonomi dikatakan merosot jika pendapatan menurun.

Kalau pendapatan begitu penting, tahukah macam mana pendapatan itu muncul?

Kita selalunya memahami sesuatu berdasarkan apa yang kita nampak dengan mata kepala kita. “Monkey see, monkey do.” Monyet lihat, monyet buat.

Berdasarkan mata kepala kita, duit yang kita terima ialah pendapatan. Duit gaji yang kita dapat ialah pendapatan. Duit yang kita dapat bila jual barang ialah pendapatan.

Pendek kata, pendapatan ialah duit yang kita dapat. Masa ekonomi baik, duit yang kita dapat banyak. Masa ekonomi jatuh, duit yang kita dapat menjadi sikit.

Kenapa semasa ekonomi jatuh, duit yang kita dapat banyak berkurang? Adakah duit dalam ekonomi dah semakin sedikit?

Duit semakin sikit maknanya kalau dulu bilangan duit dalam negara ialah RM100 bilion, sekarang berkurang menjadi RM20 bilion.

Ini hanya sebahagian cerita saja. Duit bukan hanya bilangan, berapa banyak. Duit juga bergerak.

Formula asas ekonomi menyatakan:
M x V = PT

M ialah bilangan duit
V ialah kelajuan pergerakan duit
PT ialah pendapatan

Sifat duit tidak terhad kepada berapa banyak duit yang wujud, tetapi berapa cepat duit itu bergerak.

Misalnya, kerajaan berbelanja, masukkan duit sebanyak RM1 juta ke dalam ekonomi. Jika duit itu bertukar tangan sekali sebulan, maka pendapatan sebulan ekonomi ialah RM1 juta. Jika duit bergerak semakin laju, duit bertukar tangan 10 Kali sebulan, maka pendapatan sebulan menjadi RM10 juta.

Justeru itu, pendapatan bergantung kepada berapa laju duit itu bertukar tangan.

Namun cuba bayangkan. Ada 2 keadaan, kedua dua nya, duit bergerak 10 Kali sebulan.

1) Bilangan duit dalam ekonomi ialah RM10 bilion. Kalau duit bertukar tangan 10 Kali sebulan, pendapatan ialah RM100 bilion.

2) Bilangan duit dalam ekonomi ialah RM100 bilion. Kalau duit bergerak 10 Kali sebulan, pendapatan ialah RM1,000 bilion.

Lagi sikit duit yang wujud dalam ekonomi, lagi kurang pendapatan.

Tapi macam mana duit boleh jadi sikit? Sebab kerajaan selama ini keluarkan duit daripada ekonomi setiap kali kutip cukai.

Cukai dikenakan atas pendapatan, bermakna lagi laju duit bergerak, lagi besar duit dikutip melalui cukai. Kerajaan masukkan duit ke dalam ekonomi RM1 bilion tapi keluarkan balik duit melalui cukai sebanyak RM20 bilion. Duit dimasukkan ke dalam ekonomi dalam bentuk ergodic, tetapi duit keluar daripada ekonomi secara tak ergodic.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila sistem cukai menggunakan kaedah Accrual. Accrual maknanya, tanpa duit bergerak pun, cukai dikutip.

Maknanya, kalau kerajaan masukkan duit ke dalam ekonomi RM1 bilion, duit cukai dikutip keluar RM10 bilion kalau cukai dikira berdasarkan kelajuan duit. Tapi jika cukai dikira secara Accrual tanpa tunggu pergerakan duit, maka cukai keluar pun menjadi RM20 bilion. Kaedah pengiraan cukai Accrual menggandakan lagi pengeluaran duit daripada ekonomi. Dan sistem cukai Accrual dalam income tax sudah berpuluh tahun.

Dulu ada GST. Kenapa GST teruk? Sebab ia juga cukai yang dikira secara Accrual. Dulu kita teruk bila cukai pendapatan dikira secara Accrual. Ditambah teruk apabila satu lagi cukai Accrual iaitu GST.

Kemudian, cukai menggandakan lagi pengeluaran duit daripada ekonomi apabila peraturan Transfer Pricing diperkenalkan dalam income tax. Itu akan dijelaskan dalam tulisan lain.

Cukai, Accrual, dan Transfer Pricing memang meningkatkan cukai yang dikutip kerajaan tetapi menjadikan duit keluar daripada ekonomi secara amat tidak ergodic walhal dulu duit masuk ke ekonomi secara ergodic.

Dalam kata mudah, tak seimbang. Duit masuk sikit, duit keluar banyak. Akhirnya, duit yang bergerak dalam ekonomi menjadi kurang.

Sebab itu, tidak cukup kerajaan berbelanja, masukkan duit ke dalam ekonomi. Sistem cukai kena diubah. Sama ada perbelanjaan kerajaan dan cukai sama sama ergodic. Atau perbelanjaan kerajaan dan cukai sama sama tidak Ergodic.

Hezri Sardi

Mercantilism

Mercantilism
(Hezri Sardi)

Ini rayuan saya kepada YAB Perdana Menteri. Tutup kilang kilang elektrik dan elektronik buat sementara, 2 minggu pun jadi lah.

Percayalah cakap saya, kilang kilang ini semua tak mungkin muflis jika mereka tutup operasi selama 1 Bulan, apatah lagi 2 minggu.

Hujah bahawa kilang kilang ialah essential sebab ia mengeksport sejumlah besar dan penutupan sementara menganggu supply chain sedunia, dan ia juga menurunkan GDP negara. Ini ialah pemahaman konvensional dan tak salah kerajaan bertindak atas sudut konvensional. Dan bertahun tahun saya tengok operasi kilang dan supply chain antarabangsa, saya faham.

Cuma kita kena faham perbezaan antara “tindakan yang betul” dan “tindakan yang relevan”.

Sekarang rakyat menghadapi pelbagai masalah. Rakyat, sebagai manusia biasa, akan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan atas nasib malang mereka. Kalau kerajaan tidak menutup kilang kilang ini buat sementara, maka kerajaan akan sekali lagi menjadi kambing hitam.

2 minggu pun cukup. Buatlah tindakan yang relevan. Tak kisahlah orang nak panggil u- turn.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjual mazhab saya. Apa mazhab ekonomi saya dalam isu kilang kilang elektronik sebagai nyawa ekonomi negara?

Saya tak bersetuju dengan pendirian kilang kilang FDI dan eksport daripada Firma FDI sebagai nyawa ekonomi negara. Banyak ilmuan memanggik dasar ini sebagai “Mercantilism”.

Sekarang peniaga kecil sederhana rugi lalu bukan saja tak menyumbang malah meminta duit kerajaan manakala Firma FDI pula masih menyumbang:

1) Pendapatan cukai
2) Sumbangan kepada GDP
3) Sumbangan kepada eksport perdagangan antarabangsa
4) Kukuhkan ringgit

Ini ialah persepsi konvensional, aliran perdana. GDP daripada eksport kilang kilang itu kononnya akan mengimbangi kerugian perniagaan kecil sederhana.

Segala eksport pula ialah pendapatan negara. Negara mesti meningkatkan pendapatan eksport supaya dapat “untung” dan “kekayaan”.

Semua tadi adalah betul, jika menurut mazhab mercantilist. Tapi menurut mazhab saya, ia tak relevan lagi. Tahun 1990an, ia relevan. Sekarang, patutnya kita mengubah dasar negara, daripada mercantile.

Justeru, saya mengkaji mazhab post-physiocracy dan post-sraffian. Bagi saya, eksport bukan pendapatan negara dan tujuan negara bukan untuk mengumpul kekayaan daripada segi keuntungan syarikat. Nilai GDP dan import eksport bukan suatu ukuran ekonomi yang sesuai.

Perancangan ekonomi mesti berasaskan manfaat sebenar yang setiap rakyat dapat. Contohnya, kalau kita bawa masuk atau mengilangkan 20 juta komputer, adakah 20 juta dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Kalaulah kita bawa masuk atau menghasil 30 juta ekor kambing sebulan, adakah ini semua dapat diterima oleh semua rakyat?

Tak kisahlah jika sesetengah orang dapat lebih, yang penting adakah semua orang dapat?

Untuk memahami ini, buat permulaan, kita boleh belajar sedikit berkenaan “Input Output Analysis” yang dibangunkan oleh Wassily Leontief.

Model Leontief digunakan secara rasmi oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk merancang ekonomi semasa era Perang Dunia ke2, dia menerima Nobel ekonomi 1973, beberapa orang anak murid Leontief juga dapat Anugerah Nobel ekonomi.

Setelah memahami Jadual Input Output oleh Leontief, saya ajak semua untuk belajar “Leontief paradox” dalam perdagangan import export.

Kaedah Leontief, yang kemudian menjadi tulang belakang mazhab Sraffian, adalah begini.

Mazhab ini membahagikan ekonomi negara mengikut industri industri. Misalnya, pembinaan 1 rumah murah 1,200 kaki persegi perlukan 5 ribu Batu bata, 50 batang besi keluli, 1 tan simen manakala pengeluaran 100 juta unit motherboard komputer perlukan 1,000 rumah murah, 100 unit mesin conveyor, dan bahan bahan mentah lain.

Pendek kata, Leontief, penganalisa ekonomi akan merosakkan ekonomi jika hanya menguruskan ekonomi berdasarkan nilai duit semata mata. Kita mesti kotorkan tangan kita untuk memahami bilangan barang sebenar bagi memahami ekonomi secara mendalam dan tepat. Jika tak, kita akan terawang-awang.

Namun untuk berpindah daripada nilai nilai GDP kepada ekonomi sebenar memerlukan suatu anjakan paradigma.

Wallahualam

Hezri Sardi