Politik Bukan Melayu: Liberal vs Kongsi Gelap

Terbaru; kedudukan kebebasan bersuara Malaysia jatuh 34 anak tangga ke 107. Kedudukan antara negara ini dikeluarkan oleh badan berkecuali antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF).

Ranking 107 ni walaupun diumumkan pada April 2024, ia mengukur kebebasan bersuara pada 2023. Pada pengumuman 2023, yang mana kedudukan menaik ke 73, ia sebenarnya untuk tahun 2022. Kebebasan media pada 2021, kedudukan menaik ke 113 daripada 119 pada 2020. Maknanya, pada zaman COVID dan PKP yang mana kerajaan dikuasai parti politik Melayu, kebebasan lebih baik daripada ketika sekarang di mana parti politik Cina (DAP/PH) kuasai.

Pelik bukan? Counter intuitive, bukan? Anggapan umum politik Melayu yang sepatutnya lebih kuku besi, tapi nampaknya bukan Melayu atau Cina lebih kuku besi.

Kedua, saya lihat parti politik Melayu yakni Perikatan Nasional (PN) terdesak nak cari sokongan bukan Melayu. Saya tak kisah tapi saya kisah kalau orang buat benda tak masuk akal. Masalah dengan orang politik PN ialah cuba cari sokongan bukan Melayu yang tak akan sokong mereka. Sepatutnya cari bukan Melayu yang terbuka sokong sesiapa, termasuk PN.

Saya mulakan dengan buku, “Chinese Secret Society in Malaya” (Kongsi Gelap Cina di Tanah Melayu). Tahun lepas saya beli sebuah buku amat tebal ditulis oleh pengkaji British, dikeluarkan 1950. Umur buku tu lebih 70 tahun, jadi bau gas amat dahsyat..saya hanya boleh baca 15 minit saja, lepas tu berhenti, sambung esok. Terpaksa baca henti henti.

Saya ringkaskan di sini; kartel yang kuasai perniagaan di Malaysia dan parti politik bukan Melayu umumnya adalah Derivatif daripada Kongsi Gelap. Sistem dan fikiran adalah Derivatif daripada Kongsi Gelap Cina. Saya kata Derivatif sebab ia sudah berubah menjadi syarikat dan Persatuan sekarang yang kemudian beri duit kepada parti politik. Sebab itu, Akta Dana Politik sampai sekarang tiada, sebab kalau ada, nanti kantoi, semua orang tahu.

Agenda Kongsi Gelap ialah Kuasa. Bukan ideologi tertentu. DAP misalnya tiada ideologi walaupun sepatutnya ia kata ia ada ideologi. Sekarang lepas mereka berkuasa, kita nampak jelas. Kalau ada Cina pakai sekali kena tegur oleh pegawai kerajaan, DAP garang lawan, tapi untuk dapatkan undi Melayu, amoi yang selalu seksi pun pakai baju kurung dan tudung!

Jadi, ini politik sampah. Tiada ideologi, cuma nak kuasa (politik dan ekonomi).

Jadi, adakah mustahil untuk dapat sokongan Cina? Boleh. Sebab mereka pun terbahagi kepada dua. Cina yang fikir macam Kongsi Gelap dan Cina yang fikir bukan Kongsi Gelap. Kalau nak contoh mudah, DAP dengan parti MUDA. Parti DAP berfikir melalui fikiran Kongsi Gelap manakala MUDA berfikir secara liberal. Liberal dan Kongsi Gelap adalah 2 benda berbeza.

Saya bagi satu kisah benar. Dulu saya pernah uruskan sebuah Institut Pengajaran Tinggi Swasta (IPTS). Di peringkat operasi, ada seorang Pengurus lelaki Cina. Tauke IPTS ni pula apek Cina. Apabila mula ada banyak pelajar Melayu, saya besarkan surau. Dulu ada satu surau kecil untuk cukup syarat Kementerian Pendidikan Tinggi. Jadi saya besarkan surau, untuk ada 1 surau lelaki dan satu surau wanita. Saya juga alihkan surau sebelah dengan sumber air supaya senang ambil wuduk.
Tauke tadi marah sebab bagi dia takkan lah semata-mata solat, kita buat pelbagai perubahan. Dia pun ungkit lah segala amalan Islam yang dia tak suka. Yang Pengurus Cina muda tadi lawan. Saya sebagai orang Islam tak payah buat apa-apa sebab hujah Pengurus tadi power. Pengurus Cina yang perlahan Islam tadi adalah seorang Gay (homoseks). Kisah benar. Saya ada beberapa cerita lagi.

Bila ada perang Asia Barat baru-baru ni, tunjuk perasan besar-besaran dan media sosial dikuasai penyokong Palestin. Sebahagian besar mereka bukan Islam. Ada lesbian, gay, haluan kiri dan sebagainya. Mereka umumnya berfikir liberal. Umat Islam barat tiada masalah bekerjasama dengan mereka, cuma dalam bab halal Haram, mereka tegas, tapi kalau kerjasama OK. Sifat sifat golongan liberal ni, mereka tak tersusun dan bertindak ikut hati.

Sama macam di Malaysia. Jangan kerjasama dengan yang ala kongsi gelap yang nak kuasai kita. Tapi kerjasama dengan yang liberal. Mereka berfikir ikut hati, ikut ideologi, bukan nak kuasai kita. Tapi kena bersabar lah jika mereka bersuara, sebab mereka bukan jenis nak kuasai sesiapa. Contoh yang paling senang ialah orang parti MUDA dan Parti Sosialis Malaysia. Tapi tak terhad kepada mereka. Masalah kita cuma dengan yang fikir macam Kongsi Gelap. Itu saja.

Hezri Sardi

Retorik Politikus Hari Pekerja.

Hari ini 1 Mei Hari Pekerja. Setiap kali 1 Mei saban tahun saya pasti menulis pasal Hari buruh. Cuma kali ni bila saya melihat pelbagai poster dan ucapan orang politik, minda saya jadi sinis. Poyo semua tu!

Saya tujukan ni kepada semua orang politik.
1) Kalau buat carian Google pada 6 Oktober 2022, 66% daripada pekerja kita terpaksa buat 2 kerja untuk hidup. (Ini sebelum kenaikan gila kos sara hidup lepas kerajaan Madani ambil alih)
2) Pada November 2023, kerajaan kata 56 peratus pekerja formal turut dapat upah di bawah gaji kehidupan wajar iaitu RM3,047 sebulan, seperti yang disyor oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Perlu diingatkan ini belum masuk pekerja tak formal iaitu yang tiada pendapatan tetap seperti kerja sendiri dan Grab.
3) 11 peratus pekerja formal pula dapat gaji di bawah kadar gaji minimum iaitu RM1,500 sebulan.
Semua ni belum masuk jumlah orang menganggur yang jumlah sebenarnya kerajaan belum berani dedahkan!

Dan lebih dahsyat lagi sekitar 80% pekerja adalah daripada golongan Bumiputera.

Pada 30 April yakni 1 hari sebelum Hari buruh, kita dikejutkan dengan berita bahawa purata harga rumah baru di Malaysia pada 2024 ialah RM582,887 manakala rumah terpakai (subsale) pula RM521,614.
Maknanya, kalau kita pinjam bank tanpa bunga sekalipun selama 30 tahun, sebulan kena bayar RM1,619. Katakan tambah bunga RM300, kena bayar RM1,919. Jika darab 3, sudah lebih RM5,000. Maknanya, bayar untuk 1 rumah saja, orang yang bergaji RM5,000 pun tak mampu!

Ini belum masuk kos barang yang sejak tengah tahun lepas, naik mencanak. Bila saya tengok poster dan ucapan orang politik, mereka seolah-olah menyangka kos sara hidup dengan pekerja adalah 2 benda yang langsung tak berkait. Nanti masa berkempen, masing-masing tiba-tiba berperang pasal kos sara hidup pula.

Kenapa kos sara hidup naik? Kalau ikut kaedah saintifik, ia perlu bukti. Misalnya, ambil bil invois, tengok siapa yang naikkan harga. Tapi jika ikut ini, selalunya akan ada retorik “Katak oh Katak, kenapa kau panggil hujan”. Tauke ni salahkan pembekal, pembekal salahkan pembekal barang mental, dan sampai ke luar negara.

Tapi ada satu cara yang walaupun saintifik tak perlu susah-payah cari bukti. Pergi buat carian Google”Price Gouging” atau “Corporate profiteering”. Harga naik 100% kerana pengambilan untung. Ini tak pernah disebut di Malaysia walaupun dah hangat dibincang di luar, sebab Untung ialah sebahagian daripada bisnes rantaian bekalan.

Kalau kos gula untuk secawan Kopi naik 4 sen, peniaga selalunya bundarkan kenaikan kepada 10 sen, ada yang sampai 50 sen. Kerana kesukaran nak cari duit baki kecil kalau harga Kopi jadi RM1.54. Kalau tak naik harga, peniaga tanggung kenaikan Kos 4 sen tadi.

Di peringkat syarikat besar, strategi menaikkan harga adalah mudah apatah lagi kalau mereka kartel. Di barat, anti-trust (anti kartel) agak aktif tapi di Malaysia ia jadi misteri. Akta Persaingan 2010 macam tiada apa-apa.

Orang politik pula masih lagi terawang-awang dalam membincangkan masalah ekonomi. Hari tu calon Cina DAP dalam pilihanraya kecil dedah dia dapat semua A dalam SPM. Adakah parti Melayu pun kena lebih banyak orang politik yang banyak A dalam SPM, baru mereka dapat bincang lebih dalam Kos sara hidup ni? Bukan ke yang paling terkesan dalam kenaikan kos ialah Melayu yang merangkumi hampir semua pekerja formal dan tak formal?

Hezri Sardi

Kafir: Zahiri, Muktazila, Neoclassical.

Panas baru-baru ni bila seorang Menteri dikatakan haramkan penggunaan kalimah Kafir terhadap orang bukan Islam. Yang paling menarik ialah pendapat orang orang yang menyokongnya. Penyokongnya kata “Tak boleh panggil bukan Melayu sebagai kafir kerana itu menghina”, “Kalau nak berdakwah kepada bukan Melayu, jangan hina mereka dengan perkataan kafir”.

Dengan kata lain, ada sebilangan kecil orang Melayu yang meluaskan pengertian Dakwah. Dakwah itu kalau kepada Islam, ajak orang amalkan wajib dan sunat, tinggalkan Haram. Kepada bukan Islam, Dakwah ialah ajar bukan Islam tentang akidah, rukun Islam. Untuk agama Kristian misalnya, perkataan “Preach” diguna untuk Dakwah kepada sesama Kristian manakala “Proselytizing” untuk Dakwah kepada bukan sesama Kristian.

Di Malaysia, penyokong parti politik kerajaan nampaknya cenderung kepada “Jangan panggil bukan Melayu sebagai Kafir”. Saya tak nak kata mereka betul atau salah.

Muslim zaman sekarang umumnya sama ada Sunni atau Syiah. Yang Sunni sama ada amal ikut mazhab Fiqh- Syafi’e , Hanafi, Hanbali, Zahiri, Maliki. Ada yang tak nak bermazhab dan orang panggil ini Salafi. Ini daripada segi Fiqh amalan.

Daripada segi teologi, pada 300 tahun pertama Islam, tiada sempadan jelas antara Syiah dan Sunni. Bahkan kemudian Fatimiyah yang Syiah memerintah Rakyat Mesir yang Sunni. Kerajaan Safavid di Parsi hanya jadi betul betul Syiah pada abad ke 18 masehi saja!

Ketika zaman sahabat, Salafi, tak wujud ilmu Kalam di kalangan Sunni dan Syiah. Yang mulakan ilmu Kalam ialah Muktazila yang banyak Sunni sekarang kata sesat. Kebanyakan tak tahu yang beberapa tokoh penting Mazhab Hanafi adalah Muktazila. Pada zaman tu, empayar Islam Sepanyol sampai ke Bangladesh. Sepanjang barat ke timur, ada minoriti penduduk beragama Kristian, Zoroastrian, Mani, Hindu. Jadi ada yang fikir keperluan untuk mempersembah Islam kepada agama lain secara rasional. Itu dibuat oleh Muktazila. Idea Muktazila yang paling utama ialah persoalan Moral. Moral Muktazila ialah baik buruk bukan semata-mata hukum Allah tetapi Baik Buruk di mata manusia. Konsep moral sebegini yang boleh diterima oleh bukan Islam.
Yang menentang kuat Muktazila ialah Imam Hanbali. Salah seorang Muktazila iaitu Abu al‐​Hasan al‐​Ashari buat U-turn dan mulakan apa yang kita hari ni panggil Akidah Al-Ashari. Imam Hanbali tak berkenan dengan ilmu Kalam tapi sebagai bekas Muktazila, Al-Ashari dapat cerita panjang-lebar pasal Kalam. Lama kemudian seorang Al-Ashari iaitu Abu Hamid al‐​Ghazali cipta konsep “maqasid al‐​sharia” yang ala ala Muktazila, yang kerajaan sekarang jaja sebebas mungkin.

Doktrin Wahabi datang daripada Mazhab Hanbali. Hanafi pula agak bebas. Syafi’e di tengah. Cuma Syafi’e zaman kemudian guna kaedah Qiyas sebebas-bebasnya. Ini yang ditentang oleh Hanbali dan Zahiri. Mereka tak serang Imam Syafi’e tapi serang penggunaan Qiyas secara bebas. Cuma ada beza jelas antara Zahiri dengan Hanbali. Zahiri terima ilmu Qalam dan logik.

Kembali kepada isu Kafir tadi, penyokong kerajaan kata pengguna kalimah kafir sebagai Tak Rasional (Tak LOGIK). Zahiri lebih tegas dalam dalil berbanding Hanafi dan Syafi’e tapi pada sama paling panjang-lebar dalam logik. Menurut Ibn Hazm (zahiri), semua kalimah dalam Quran ada maksud kecuali yang seperti “Ya-Sin”, “Alif Lam Ra”, “Alif Lam Mim”. Maknanya, kalimah Kafir yang ada lebih 500 dalam Quran mesti digunapakai. Penyokong kerajaan kata “Kafir” mesti ikut konteks. Ibn Hazm (Zahiri) kata konteks mesti difahami secara exoteric, bukan esoteric. Penyokong kerajaan nampaknya memahami konteks Kafir secara esoteric, iaitu dalam pengalaman sekarang di mana orang Cina sakit hati bila dengar perkataan kafir. Exoteric pula kefahaman yang tak berubah ikut pengalaman. Maknanya, Zahiri fahami Kafir sebagai istilah asal iaitu orang yang tidak percaya Islam. Itu lah maksudnya dulu sampai sekarang. Kalau penyokong kerajaan fahami secara konteks sekarang, iaitu kafir itu buat Cina sakit hati, maknanya kalimah kafir itu telah diliberalkan.

Seperti biasa, saya akhiri dengan kaitan dengan ilmu ekonomi. Parallel kepada Ibn Hazm (Zahiri) dalam ekonomi ialah Piero Sraffa. Jika Ibn Hazm tegas dalam logik dengan kritik Qiyas, Sraffa tegas dalam logik dengan kritik teori Neoclassical. Banyak teori Neoclassical yang dipercayai orang ramai. Misal, teori harga ikut Demand Supply dan teori keyakinan pelabur menaikkan ekonomi. Teori Neoclassical bergantung kepada fahaman logik yang dilonggarkan.

Hezri Sardi

Kristian, Ashabul kahfi: Fakta Anti-Klimaks.

Apabila Perdana Menteri menyebut Ashabul kahfi sebagai Kristian, begitu banyak orang bantai dia. Tak dinafikan Perdana Menteri silap tapi banyak pengkritik yang silap tentang fakta awal Kristian.

Prinsip pertama memahami kebenaran silam ialah bukti primari, selalunya ialah barang arkeologi. Kita tak boleh guna gospel kerana ia ditulis 300 tahun selepas ketiadaan Yeshua (Nabi Isa).

Sumber pertama ialah catatat sejarawan Rom isitu Josephus yang hidup pada hujung zaman Yeshua. Walau bagaimanapun, bahagian pada Yeshua berlaku sedikit tokok tambah.
Sumber kedua ialah Manuskrip Laut Mati yang dijumpai di sebuah gua di laut mati pada 1950an. Catatan atas ni tiada tokok tambah.

Yeshua dan pengikutnya tak memanggil kumpulan mereka sebagai Kristian. Bahkan mereka guna bahasa Aramaic, Kristian pula bahasa Yunani. Mereka membahasakan kumpulan mereka sebagai Yahudi. Yeshua sendiri ialah murid John the Baptism (Nabi Yahya). Tapi orang luar panggil kumpulan Yeshua dan Yahya ini sebagai Nazarene. Setelah ketiadaan Yeshua, yang memimpin Nazarene ialah adik kepada Yeshua iaitu James the Just (Yaakov). Pada abad ke 70 selepas masehi, Rom memusnahkan kuil kedua dan menghalau pengikut Nazarene.

Pengikut yang lari keluar meneruskan ajaran agama Yahudi mereka, cuba lebih ketat sikit. Mereka memanggil diri sebagai Ebonite. Ini bukan panggilan luar seperti Nazarene, tetapi nama yang diakui sendiri. Ebonite lah yang menulis Manuskrip Laut Mati tadi. Ebonite tak jauh berbeza dengan Nazarene.

Sebelum pengikut Nazarene tadi dihalau dari Baitul Muqadis, seorang bernama Saul yang tiada kaitan dengan Yeshua, menyebarkan ajaran baru tentang Yeshua, iaitu menganggap Yeshua Tuhan. Pada ketika ini, tiada istilah Kristian. Saul gagal atasi pengaruh Yaakov tadi lalu lari dan minta bantuan Rom. Yeshua, Yaakov dan Yahudi Baitul Muqadis bsrbahada Aramaic. Saul pula menulis pasal ketuhanan Yeshua dalam bahasa Yunani. Bahkan semua gospel utama dalam Yunani. Christianos tu perkataan Yunani. Ebonite akhirnya dibunuh tapi saki baki lari ke selatan Tanah Arab. Bahira, pendita yang jumpa Nabi SAW ketika kanak-kanak dalam sirah, ada ciri-ciri Ebonite.

Di utara setelah Saul mati, muncul satu cabang daripada pengikut Saul, iaitu Marcion yang lawan Saul. Ajaran Marcionisme kata Old Testament (Yahudi Ibrani) ikut Tuhan lain daripada Tuhan New Testament (Saul/Yunani). Tuhan Yahudi ganas jahat manakala Tuhan Saul baik.

Apabila perseteruan pengikut Saul dan Marcion semakin teruk, ada yang cuba redakan keadaan dengan campurkan ajaran Saul dengan Marcionisme, lalu wujudlah Gnostic.
Menurut Gnostic, alam dicipta oleh Tuhan iaitu “Demiurge”, tapi dicipta secara silap. Nama lain bagi Demiurge (Tuhan Jahat) ialah Yaldaboah, yang bila dibahasakan dalam English jadi Jehovah. Dalam Ibrani, Yahweh.

Dalam kata mudah, Ebonite lurus, lari ke selatan sebab bahasa Arab dan Aramaic tak jauh beza. Saul pula sesat, dan merebak ke barat dan utara, kerana Rom pakai bahasa Yunani. Marcionisme dan Gnostic pula sesat 2 kali ganda. Kenapa ajaran Saul dan kemudian Marcion dan Gnostic bercambah, sebab pemerintah tempatan Rom benarkan. Dalam 300 tahun, hanya kadang-kadang saja pemerintah Rom buru penganut Saul. Ada pengikut Saul yang tak ikut Marcion dan Gnostic, tapi terpengaruh dengan konsep Tuhan 2 dalam 1, tapi ada juga yang berfikir macam Ebonite. Arian. Mereka dah sesat tapi rasa apa yang Saul ajar tak betul. Mengikut rasional, Arian kata Jesus (Nabi Isa) bukan Tuhan. Pendek kata, Arian ialah “Benar dalam Sesat”, Saul ialah Sesat, Marcion/Agnostic ialah sesat 2 kali.

Penganut Arian lebih banyak daripada penganut Saul hingga berlaku pergaduhan. Selepas Maharaja Constantine menjadikan Kristian agama rasmi Rom, dia panggil semua pendita Kristian ke Nicaea (sekarang dalam Turki). Dia buat undi, pendita pilih Saul atau Arian.Tapi sebenarnya dia paksa orang undi Saul yang kata Jesus anak Tuhan. Dari sini, secara rasmi Rom sokong Kristian ala Saul. 55 tahun kemudian pada 380 selepas masehi, Rom panggil satu lagi persidangan pendita di Constantinople. Di sini, doktrin Trinity dirasmikan dan Arian dihukum sesat lalu diburu.
Pada 451, Rom panggil satu lagi persidangan besar di Chalcedon. Di sini, mazhab Orthodox dirasmikan. Oleh sebab banyak kumpulan Kristian, banyak Gospel wujud. Rom mula tapis dan benarkan Gospel yang sealiran dengannya. Apabila Council of Nicaea pada 355 tadi dibuat, Rom dah ada dasar agama sendiri. Hanya Gospel yang tak bercanggah dengan Nicaea dibenarkan. Proses ini dipanggil Canonization of gospel.

Kristian di Eropah ialah hasil daripada Council of Chalcedon. Ketika ini, Kristian di Mesir dan timur tengah keluar daripada Orthodox. Kemudian, Islam muncul.
Perpecahan antara Orthodox dengan Catholic berlaku pada 1054, lama selepas kewujudan Islam.

Quran sebut pasal Ashabul Kahfi, orang beriman yang diburu oleh pemerintah. Pertama, saya yakin Perdana Menteri tak tahu semua yang saya tulis tadi. Kedua, banyak orang pun tak tahu dan hanya bergantung kepada tafsiran ulama Islam awal. Masalahnya pada zaman moden, pelbagai bukti dijumpai dan kajian sejarah biblical dah begitu banyak.

Kita tak tahu ashabul kahfi ni siapa, sama macam kita tak tahu dzulkarnain siapa. Tapi kumpulan yang memanggil diri mereka Kristian tak wujud sampai awal abad ke 3. Terdapat kumpulan-kumpulan Kristian yang dihukum sesat lalu diburu oleh Rom seperti Arian. Walaupun Arian macam benar tapi ajarannya terputus daripada Yeshua. Kalau Ebonite, ajarannya daripada Yeshua, tapi mereka lari ke tanah Arab. Di Arab sebelum Nabi, tiada pemerintah berpusat yang mampu buru kumpulan penganut. Tapi mungkin ada pengikut Ebonite yang berbahasa Yunani dan tinggal di utara, tapi kita tak boleh cakap sebab tiada bukti.

Hezri Sardi

Fallacy Anti-Rasisme.


Saya terbaca tulisan Nik Hasyudeen. Dia kata kita tak boleh memandang hina orang yang kulit lain daripada kita. Kemudian, petik satu cerita daripada Nabi SAW bagaimana Abu Dzar al-Ghifari memghina seorang anak “hamba kulit hitam”.

Dia kemudian mengaitkan dengan pemikiran banyak orang Melayu yang anggap Melayu ialah tuan tanah. Pemikiran menganggap bangsa Melayu sebagai tuan tanah Melayu disamakan dengan amalan rasisme?

Dia kena belajar lebih banyak tentang rasisme. Dan juga kena belajar pasal ilmu logik kerana banyak kali kantoi dalam taakulan logik.

Asas kepada isu rasisme bukan tanah. Asas kepada rasisme ialah WARNA KULIT. Seseorang itu hina semata-mata kerana warna kulit, itu asas pertama rasisme. Asas kedua, ketiga dan seterusnya semuanya melibatkan rupa paras fizikal. Oleh sebab Nik Hasyudeen gemar petik agama, kita ajukan dia soalan berunsur agama.

Adakah Nabi Muhammad SAW berkulit putih? Menurut hadis Nabi, nabi-nabi seperti Nabi Musa berkulit hitam manakala Nabi Isa berkulit agak gelap. Dalam sumber Israiliyat (Old Testament Bible), Nabi Sulaiman juga berkulit agak gelap.

Tapi bagaimana dengan Nabi kita? Menurut riwayat, yang pasti baginda bukan berkulit putih. Kulit putih ni macam kulit orang Eropah. Tapi Nabi bukan juga berkulit hitam. Tetapi di tanah Arab misalnya, ada orang Arab marah kalau kita kata Nabi tak putih. Itu kerana banyak orang Islam berkulit cerah yang memandang hina orang Islam berkulit gelap walaupun coklat yang cerah. Oleh sebab gelap dan coklat adalah kulit hina, mereka langsung tak nak orang kata Nabi tak putih kerana takut ia buat Nabi seolah-olah berkulit kaum yang mereka pandang hina. Doktrin hitam putih dalam warna kulit adalah salah sebab warna kulit amat pelbagai. Pada zaman moden misalnya, kulit warna kemerahan dianggap macam kulit gelap (yang dikaitkan dengan kulit hina oleh si rasis). Adalah mustahil untuk memahami warna kulit melalui bahasa. Tapi orang Melayu ada cara sendiri untuk memuliakan orang berkulit “gelap” dengan panggilan “sawo matang” dan “hitam manis”, yang hitam manis ni selalunya tak hitam pun, coklat je pun!

White Supremacy ialah ideologi ketuanan orang berkulit putih. Ideologi ini juga telah membunuh jutaan orang berkulit gelap (red indian) di Amerika dan orang coklat di Australia.

Pada 2023, terdapat gerakan orang asli Australia, New Zealand dan red Indian Amerika yang menentang kaum pendatang yang kuasai ekonomi politik di tanah mereka. Mereka kata mereka tuan tanah sebenar dan orang kulit putih ialah kaum pendatang yang rampas hak mereka. Adakah ini dikira rasis.

Begitu juga dengan orang kulit hitam di Amerika. Mereka kata mereka diculik daripada Afrika dan ditindas selama ratusan tahun oleh orang kulit putih. Mereka tak boleh tubuhkan parti politik didominasi kulit hitam walaupun pada zaman moden. Mereka kata mereka berhak menguasai tanah Amerika kerana beri banyak sumbangan walaupun sebagai hamba abdi. Adakah ini juga rasisme?

Pada 2000an hingga Donald Trump mula jadi Presiden, ada satu kokurikulum pendidikan dipanggil Critical Race Theory (CRT) menguasai sistem pendidikan Amerika yang ajar perkauman tetapi secara kritikal. Ajaran membela kaum red Indian, kulit hitam yang hak mereka dirampas. Rasisme dibolehkan dan diajar tetapi secara ilmiah.

Dalam ilmu logik, paling asas ialah perbandingan “Apple to Apple” bukan “Durian to Apple”. Adalah menyimpang dan sesat jika pemikiran ketuanan kulit putih (penjajah) disamakan dengan pemikiran membela kaum pribumi.

Di Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (UN), ada United Nations Declaration on Rights of Indigenous Peoples (Deklarasi Hak Kaum Pribumi). Walaupun nama UMNO yang dicipta pada 1948 itu ada perkataan Melayu yang kelihatan rasis, tapi pertubuhan pro Melayu pada era lebih moden tak guna perkataan Melayu. Semua guna perkataan Pribumi, baik NGO seperti PERKASA dan parti politik seperti Parti Pribumi BERSATU. Perkataan pribumi dan perlembagaan hak istimewa pribumi itu adalah selaras dengan deklarasi UN tadi. Maknanya membela pribumi bukan rasis!

Dalam bahasa pasar, adakah orang Melayu pandang hina pada misalnya orang Cina? Tak. Tak mungkin. Orang cina berkulit kuning atau cerah, bukan hitam. Orang Melayu bernafsu tengok orang Cina, panggil manja “amoi” misalnya. Kalau Melayu tak puas hati misalnya orang Cina kuasai tanah dan kekayaan, itu secara harfiahnya bukan memandang hina orang Cina. Itu maknanya orang Melayu pandang tinggi kat Cina. Dan tak puas hati..

Nik Hasyudeen dan penyokong parti politik yang seideologi dengannya kena didik diri mereka supaya logik dan analogi mesti betul dan belajar sejarah dan antropologi dunia, bukan main ikut “common sense” atau “kepala otak” sendiri!

Hezri Sardi

Umat: Taktik vs Fitnah.


Jika sesiapa ikut tulisan saya daripada dulu, dia akan tahu pendirian saya tak berubah:
“Kuasa Politik Melayu Islam lebih utama daripada isu korupsi”. Sekarang, banyak orang dah faham yang di Malaysia sekurang-kurangnya, hanya orang bodoh saja yang beria-ia mengutuk orang lain atas alasan rasuah. Orang bukan Islam terutamanya Cina tak peduli pasal rasuah. Yang penting kuasa politik. Dulu orang tak percaya cakap saya, tapi sekarang Allah dah tunjuk seluas-luasnya!

Pertama, kita bukan lagi di zaman perang politik dengan senjata. Kita sekarang hidup pada zaman mendapatkan kuasa melalui demokrasi atau pilihanraya . Sistem pilihanraya yang kita guna di Malaysia ialah First Past The Post (FPTP). Tak seperti sistem di negara-negara lain, FPTP menyebabkan pecah undi dalam pertandingan 3 penjuru.

Semenjak Pilihanraya 2018, orang Cina misalnya dah mengundi mengikut taktik. Maknanya, mereka tak mahu pecah undi lalu undi 1 parti saja (Pakatan Harapan). Tak boleh salahkan orang Cina kerana mereka bijak untuk dapatkan kuasa. Orang Cina banyak yang benci sesama orang Cina tapi mereka tak lah sampai menganggap Cina lain sebagai “syaitan”. Apa-apa pun mereka tidak emosional, mereka pastikan undi tak pecah dengan undi 1 parti saja. Tindakan tak membenci berlebih-lebihan, demi mengundi ikut taktik, sebenarnya selari dengan kebijaksanaan Islam.

Jika kita kaji balik sejarah, Nabi SAW sewaktu hayat baginda, hanya berperang melawan kuasa politik bukan Islam. Perang badar, Uhud, Khandak, Khaybar, Hunain, Taif sampai penaklukan Mekah. Walaupun Nabi menyedari kewujudan Abdullah ibn Ubay dan orang munafiq, Nabi tak membuang masa dan tenaga melawan Munafiq. Ini demi taktik!

Selepas kewafatan Nabi SAW, Khalifah pertama, Abu Bakar memerangi golongan murtad dan Nabi palsu dalam perang Riddah. Mereka ini bukan Islam.

Kemudian, khalifah kedua, Umar al Khattab memerangi Empayar Rom dan Empayar Parsi yang bukan Islam.

Begitu juga dengan khalifah ke 3, Usman Affan. Ingat! Pada hujung zaman Usman, ada orang Islam daripada Mesir memberontak tapi Usman larang orang Islam lain daripada membenci apatah lagi membunuh pemberontak ini, hingga pemberontak ini diketuai oleh anak Khalifah pertama, mengepung rumah Usman. Akhirnya, Usman terbunuh.

Allah kemudian mahu tunjuk sesuatu kepada kita pada zaman khalifah ke 4. Saidina Aishah, dan sahabat Nabi, Talhah Ubaidillah dan Zubair al Awwam, telah memerangi Khalifah Ali Abu Talib. Dalam Perang Jamal itu, Ali menang. Mengikut hukum Islam, pemenang boleh menjadikan si kalah sebagai hamba. Maknanya, isteri Nabi, Aishah akan jadi hamba. Tapi Ali membebaskan semua yang kalah. Dalilnya, HANYA ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIJADIKAN HAMBA. Ini dijadikan contoh ikutan (precedence) dalam hukum kerana selepas itu orang Islam mula berperang sesama sendiri.

Apabila umat Islam berpecah lagi kepada parti Muawiyah, parti Ali dan parti Khawarij, Ali tak ikut hasutan orang bukan Islam yang mahu Ali putuskan terus hubungan dengan parti lain. Ali hantar Abdullah ibn Abbas untuk memujuk separuh daripada Khawarij untuk masuk bersama partinya.

Setelah berperang dengan Muawiyah dalam Perang Siffin, Ali masuk gencatan senjata dengan Muawiyah dalam peristiwa Al-Tahkim di mana Ali sanggup hilangkan gelaran Amirul Mukminin dalam rundingan dengan Muawiyah walaupun Ali masih berkuasa.

Apa yang saya nak tekankan di sini ialah hingga zaman Usman Bin Affan, orang Islam hanya lawan bukan Islam. Hitam lawan putih.

Tapi, bermula zaman Ali, orang Islam berlawan dengan orang Islam. Allah nak tunjuk kepada kita. Tiada hitam putih (jahat baik) dalam permusuhan sesama Islam.

Keutamaan ialah kesatuan umat Islam dan taktik supaya kuasa politik umat Islam yang masih minoriti ketika itu, tidak jatuh.

Pada zaman sekarang di Malaysia, dalam masyarakat majmuk, keadaan dah jadi kabur. Mengikut hukum para sahabat tadi, sepatutnya tiada hitam putih antara 2 parti beragama Islam yang berperang. Yang ada hitam putih hanya antara Islam dan bukan Islam (tapi ayat ini saja sekarang dituduh sebagai 3R). Ada orang Islam yang marah kalau kita seru “orang Islam wajib bersatu-padu untuk martabatkan kuasa politik Islam”. Tak tahu nak cakap apa lagi!

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

Muhammad SAW vs Pluralism.


Mawlud Nabi ialah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ia ialah hari memperingati perbuatan Nabi. Tapi kita di Malaysia, sebuah negara yang 30% rakyatnya bukan Islam, dengan orang Cina yang bukan beragana Islam menguasai ekonomi, ceritanya lain berbanding dengan negara yang Islam dominan.

Orang Cina ialah majikan. Orang Cina juga memberi dana untuk parti parti politik. Sebarang perbincangan pasal Islam pasti akan buat orang Cina terasa. Misalnya, dalam isu pengajaran 40 hadis kepada pelajar Islam, orang bukan Islam mahu beberapa hadis dikeluarkan kerana tak kena dengan mereka.

Jika seseorang Melayu bergantung secara ekonomi kepada Cina, dia akan pastikan naratif yang dia bawa pasal Islam dan Nabi mesti disukai oleh orang Cina. Dalam sejarah sebenar, Nabi ada pedang yang dipanggil Zulfiqar. Nabi juga ketuai perang; Badar, Uhud, Khandak, Khaybar, Hunain, Taif. Kalau seorang Islam bercakap benar, dia akan mengaku semua ni walaupun kita tahu orang bukan Islam tak selesa dengan kebenaran ini. Tapi kalau seseorang Islam terhutang budi dengan bukan Islam, dia akan senyapkan penglibatan Nabi dengan perang. Ini dipanggil Revisionism. Dia menceritakan sejarah ikut selera sendiri.

Orang Islam seperti ini mungkin selalu bersama dengan mereka yang beragama Buddha dan Kristian. Dalam Kristian, ada Jesus dan St Paul. Dalam Buddha ada Gautama Buddha. Tokoh agama Kristian dan Buddha tak kahwin, tak berperang, tak campur dengan politik. Nabi SAW pula bukan saja kahwin tapi kahwin lebih satu, berperang, dan campur politik. Apa yang Nabi SAW buat bercanggah dengan imej tokoh agama lain. Justeru, Melayu yang nak jaga hati bukan Islam akan ubah imej Nabi SAW hingga sama seperti Jesus, St Paul dan Buddha.

Di sini, datangnya Pluralisme. Bermula dengan sifat apologetic terhadap bukan Melayu, kemudian buat revisionism. Masalahnya, Pluralisme terpaksa hilangkan sejarah Nabi yang dia tak suka. Ini amat bermasalah.

Katakan, seorang bernama Hezri. Dia selalu kritik kerajaan. 40 tahun kemudian, orang hilangkan sejarah pasal dia kritik kerajaan sebab masa tu orang anggap kritik bermakna hancurkan negara. Tapi, sebenarnya Hezri kritik atas dasar ilmiah, bukan semata-mata sokong itu, ini. Tapi 40 tahun kemudian apabila perbuatan Hezri kritik kerajaan disenyapkan daripada sejarah, personaliti Hezri tu jadi menyeleweng sebab dah berubah jadi orang lain.

Begitu juga dengan Nabi SAW. Semata-mata nak jaga hati orang bukan Islam, dia senyapkan sebahagian perbuatan Nabi, misalnya berkaitan perang. Alasannya zaman sekarang, perang dah tak relevan. Tapi SIAPA DIA NAK KATA PERANG DAH TAK RELEVAN?

Mungkin akan datang kita terpaksa berjuang dalam perang. Kalau kita dah buang sejarah Nabi dan perang, orang Islam akan datang takut nak berjuang walaupun keadaan masa tu memaksa.

Siapa kita untuk ubah sifat Nabi SAW? Semua perbuatan Nabi wajib diajarkan selagi ia sahih. Siapa kita untuk kata itu relevan, ini tak relevan?

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

Percanggahan Sekularisme.

Menarik apabila ada politikus bukan Islam DAP menggunakan ayat Quran sebagai dalil. Sebab perjuangan DAP dan penyokong DAP ialah mempertahankan sekularisme dalam politik negara. Apabila politikus DAP guna ayat Quran sebagai hujah, maka dia langgar prinsip sekularisme. Dan Malaysia Madani itu pun agak melanggar sekularisme. Agak lucu kerana penyokong DAP beria-ia menentang sesetengah parti politik demi mempertahankan konsep sekularisme.

Sekularisme sebenarnya ialah konsep moden yang bermula melalui Perjanjian Westphalia pada hujung abad ke 18. Antara kesan perjanjian itu ialah agama diasingkan daripada negara bangsa. Ini dilakukan dengan membuang pengaruh Pope Catholic daripada negeri-negeri Eropah barat. Pendek kata, makna sebenar sekularisme ialah pengasingan politik daripada agama Kristian. Ia bukan untuk asingkan politik daripada agama Islam.

Namun apabila penjajah barat mewujudkan koloni di seluruh dunia, doktrin sekularisme ini diterapkan di tanah pribumi, termasuk Tanah Melayu yang sebelum itu mengamalkan sistem ala Islam. Sejak itu, British misalnya memaksa penduduk Tanah Melayu menggunakan doktrin sekularisme dalam perlembagaan. Maknanya, pada awal abad ke 20, definisi sekularisme diperluaskan bukan saja kepada agama Kristian, tetapi juga agama-agama lain termasuk Islam.

Akan tetapi, pada abad ke 21 atau pasca-moden, definisi agama itu diperluaskan lagi oleh Barat. Banyak kajian di United Kingdom / England membuktikan ini. Misalnya pada November 2022, bancian mendapati hanya 46% penduduk di sana beragama Kristian. 22 juta orang adalah Atheis (tidak percaya Tuhan). Atheism diiktiraf sebagai satu identifikasi agama di Eropah. Ada satu lagi yang lebih penting. Banyak pengkaji sosial dan politik telah meluaskan definisi agama atau kepercayaan kepada ideologi. Misalnya, jika seseorang begitu percaya kepada ideologi liberalisme, maka dia dikatakan menganut kepercayaan liberalisme. Ada beberapa ideologi besar di Barat, rata-rata dikaitkan dengan parti-parti politik kerana parti politik Barat kebanyakannya berasaskan ideologi.

Menurut kajian, agama adalah sama macam ideologi kerana kedua-duanya berasaskan kepercayaan (faith). Contohnya, kalau penyokong sesuatu parti politik begitu yakin terhadap ideologi ekonomi partinya, maka itu tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya ia berasaskan kepercayaan. Dalam DAP pun, banyak ideanya bukan berasaskan sains dan bukti, tetapi hanya kepercayaan membuta-tuli. Menurut kajian Barat, itu pun satu agama!

Justeru itu, apabila penyokong DAP nak mempertahankan sekularisme, itu amat bermasalah. Kalau ikut definisi sekularisme yang semakin popular di barat, epatutnya politik perlu diasingkan daripada apa-apa ideologi, bukan setakat agama. Kedua-duanya sama iaitu kepercayaan.

Tapi DAP mungkin kata “Oh, sekularisme ini hanya terpakai untuk kepercayaan kepada Tuhan saja. Kepercayaan kepada ideologi tanpa Tuhan tak dilarang oleh sekularisme.”
Tapi bukankah dalam rukun negara ada “Kepercayaan kepada Tuhan”?

Dan tak semua agama sembah Tuhan. Misalnya, Buddha tiada Tuhan. Sesetengah orang yang mengaku Taoism pun tidak sembah Tuhan.

Satu contoh, penyokong DAP percaya yang dasar ekonomi kerajaan mesti mengikut pasaran bebas walau apa pun terjadi, itu tak boleh dipersoal. Ini ialah satu kepercayaan kerana dalam banyak keadaan, kajian membuktikan mengikut pasaran ekonomi bebas secara buta-tuli adalah tak bagus. Tapi oleh sebab mereka begitu percaya kepada ekonomi bebas, maka penyokong politik ini tak peduli kepada kajian dan bukti. “By book or by crook”, mesti ikut doktrin ekonomi bebas. Ini satu kepercayaan!

Kesimpulannya, dalam dunia pasca moden, sekularisme tidak lagi relevan.

Hezri Sardi

Pilihanraya PBT vs Negeri Bangsa.

Umum mengetahui pilihanraya kerajaan tempatan dah lama diperjuangkan oleh orang Cina umumnya, DAP khususnya. Menurut Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditafsir sebagai “Majlis Bandaraya”, “Majlis Perbandaran” atau “Majlis Daerah”.
Secara kebetulan, pilihanraya untuk kerajaan tempatan banyak dibuat di Eropah Barat dan Amerika utara. Pada 7 September 2023, Birmingham City Council diisytiharkan muflis. Ia ialah PBT paling besar di Eropah. Sebelum itu, majlis daerah Woking, Thurrock, dan Croydon jadi muflis. Memang sejak sedekad lalu, banyak PBT Eropah yang muflis. Motif kerajaan tempatan di dunia selalunya mengikut teori AF Leemans, jika PBT memilih untuk ada demokrasi (ada pilihanraya), kemudian ia mesti bebas dalam urusan kewangan. Sebab itu, PBT di Eropah isytihar muflis. Walau bagaimanapun, semua PBT bebas dan demokratik dapat duit daripada kerajaan atas.

Berbalik kepada Malaysia, banyak orang tak tahu sebuah Suruhanjaya DiRaja diketuai Senator Athi-Nahappan menyiasat kerajaan tempatan di Malaysia pada 1966-1968 (selesai pada rusuhan kaum 13 Mei 1969).
Pilihanraya kerajaan tempatan dah dibuat secara kecil-kecilan di negeri-negeri selat sejak akhir abad ke 19 tapi diberhentikan menjelang 1910 sebab terlalu banyak pendatang baru Cina di negeri-negeri selat yang dikhuatiri mengganggu proses pemilihan. Sejak itu, pilihanraya PBT tiada.

Selapas lebih 40 tahun iaitu pada 1950, pilihanraya PBT wujud semula, tapi secara tergesa-gesa oleh penjajah British. Local Government Election Ordinance 1950 ditulis dan terus dilaksanakan walaupun kandungannya sikit (ada 14 seksyen saja). Fenomena pelik ini berlaku sebab British sedang memberi tanah-tanah percuma yang dipanggil KAMPUNG BARU kepada para pendatang, kebanyakannya kepada kaum Cina yang gagal dihantar balik ke Tanah Besar China kerana kerajaan baru Parti Komunis telah menutup pelabuhan China.

Hampir 300 daripada kampung baru Cina tadi berstatus LOCAL COUNCIL di mana berlaku pilihanraya untuk memilih jawatankuasa. Tapi, kita mesti faham yang hampir 300 tanah percuma yang ada pilihanraya tadi bukanlah bandar, tetapi hanyalah KAMPUNG. Apabila unit kecil seperti kampung baru Cina pun dah ada pilihanraya, maka majlis daerah dan bandar pun kena ada pilihanraya. Walaupun duit datang daripada kerajaan Persekutuan, keputusan kampung-kampung adalah bebas, tak boleh kerajaan atas campur tangan kerana kampung tadi dah buat pilihanraya. Konsep asing itu bercanggah dengan kebiasaan di nusantara.

Sejak zaman-berzaman di Tanah Melayu, definisi negeri ialah bandar. Dengan kampung baru dan Pilihanraya, wujud konsep kerajaan dalam kerajaan. Tapi terdapat juga majlis-majlis yang terdiri daripada orang Melayu terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Berbeza dengan Cina, kaum Melayu tak suka pilihanraya dan mahu kampung bandar diletakkan semula secara terus di bawah kerajaan negeri. Kaum Cina didapati tidak memberi kerjasama kepada pegawai-pegawai negeri (Melayu) yang datang buat kerja di kampung-kampung. Ini semua ialah dapatan ditulis dalam laporan Suruhanjaya DiRaja Athi-Nahappan tadi.

Setelah merdeka, ordinance British digantikan dengan Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960. Sistem pilihanraya PBT zaman British masih dikekalkan, cuma undang-undang banyak ditambah kerana kuasa diberi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Maknanya, SPR kata ada 3 jenis pilihanraya yang mencipta 3 jenis kerajaan berdaulat iaitu – Pilihanraya Umum, Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya PBT. PBT pelik sikit sebab ia hanya dapat duit daripada negeri dan Persekutuan.
Suruhanjaya DiRaja kata motif PBT di Tanah Melayu sepatutnya terbalik dengan Eropah. Demokrasi dan Autonomi tak relevan. Kecekapan operasi dan perpaduan kaum diutamakan. Semua ahli Suruhanjaya DiRaja tadi adalah bukan Melayu, Melayu seorang saja.

Orang Cina atau penyokong DAP tak bersetuju dengan dapatan Suruhanjaya DiRaja kerana pilihanraya dan Autonomi bukan keutamaan.

Persoalan:
1) Adakah pilihanraya nak dibuat sampai ke daerah dan kampung seperti sebelum ia dimansuhkan.
2) Adakah bila pilihanraya dijalankan di PBT, ia akan jadi autonomi?
3) Kita bercakap pasal persempadanan semula dan Pilihanraya PBT tapi kita jarang cakap pasal perubahan sistem pilihanraya First Past The Post (FPTP) yang diamalkan di Malaysia.
4) Orang Melayu nak mengundi dalam pilihanraya umum pun susah, adakah Melayu nak bersusah payah pergi mengundi untuk PBT? Kalau Melayu tak mengundi PBT, adakah orang Cina dan proksi kaum Cina saja yang menang?
5) Dewan Negara adalah institusi besar yang jauh lebih penting daripada kerajaan tempatan. Kenapa tiada pilihanraya untuk pilih ahli Dewan Negara?

Kegagalan menjawab soalan-soalan tadi menyebabkan motif mengadakan sama ada persempadanan semula dan Pilihanraya PBT menjadi tidak logik dan tunggang-langgang. Ada perkara-perkara lebih utama tak diselesaikan, tapi beria-ia nak buat benda yang kurang utama. Adakah pihak yang nak benda-benda ni ada agenda sendiri yang hanya untungkan kelompok sendiri?

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

SPR dan Sempadan Pilihanraya.

Pemimpin DAP, Lim Guan Eng kata hanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang berkuasa ubah sempadan pilihanraya. Dia kata ini sebagai tindak balas terhadap cakap-cakap yang kerajaan sekarang akan ubah sistem sempadan pilihanraya kerana ada super majoriti 2 per 3 dalam Dewan Rakyat.

Seperti banyak sembangnya sebelum, ini pun putar belit sebenarnya. Saya tak nak kutuk dia dan parti DAP sangat tapi saya kongsikan sedikit ilmu sejarah. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dan untuk merdeka, kena cipta perlembagaan terlebih dulu. Berbeza dengan negara seperti India dan Pakistan, Tanah Melayu menyuruh orang luar gubal perlembagaan negara ini. Ini kerana Tunku Abdul Rahman, ketua menteri Tanah Melayu ketika itu tergesa-g…
[17:56, 03/09/2023] H: SPR dan Sempadan Pilihanraya.
(Hezri Sardi)

Pemimpin DAP, Lim Guan Eng kata hanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang berkuasa ubah sempadan pilihanraya. Dia kata ini sebagai tindak balas terhadap cakap-cakap yang kerajaan sekarang akan ubah sistem sempadan pilihanraya kerana ada super majoriti 2 per 3 dalam Dewan Rakyat.

Seperti banyak sembangnya sebelum, ini pun putar belit sebenarnya. Saya tak nak kutuk dia dan parti DAP sangat tapi saya kongsikan sedikit ilmu sejarah. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dan untuk merdeka, kena cipta perlembagaan terlebih dulu. Berbeza dengan negara seperti India dan Pakistan, Tanah Melayu menyuruh orang luar gubal perlembagaan negara ini. Ini kerana Tunku Abdul Rahman, ketua menteri Tanah Melayu ketika itu tergesa-gesa mahu isytihar kemerdekaan. Sabah, Sarawak, dan Singapura masih lagi di bawah British. Perlembagaan Tanah Melayu ditulis oleh Suruhanjaya Reid yang terdiri daripada orang luar. Sebahagian besar draf perlembagaan dicadang tadi, berjaya jadi perlembagaan negara.

Pada 1957, Perkara 114(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan tulis yang ahli lembaga SPR tak boleh diberhentikan sebelum mereka capai umur 65 tahun. Dan ahli lembaga SPR tarafnya sama seperti hakim Mahkamah Persekutuan di mana mereka tak boleh dibuang oleh kerajaan mahupun parlimen. Bahkan Perkara 114(6) menjamin elaun dan syarat lantikan ahli lembaga SPR tak boleh diubah setelah mereka dilantik.

Setelah merdeka Tunku Abdul Rahman dan UMNO buat percubaan pertama untuk rendahkan taraf SPR dengan memasukkan klausa baru iaitu:
“Subject to the provision of this article, PARLIAMENT may by law, provide for the terms of the office of members of the Election Commission other than their remuneration.”
Tapi tambahan ayat ni hanya untuk pelantikan baru, ia tak kacau penjawat sedia ada.

Pada 1960, SPR masih kekal bebas. Pada 1960, SPR hantar satu laporan / cadangan tentang persempadanan pilihanraya dan UMNO secara terbuka menentang.

Dengan kuasa 2 per 3, UMNO mengubah Perkara 114(4) untuk mencipta satu “loophole” untuk membuang Pengerusi SPR. Percubaan ini gagal apabila Pengerusi SPR ketika itu, Haji Mustapha Albakri menggunakan Perkara 114(6). Pada 1962, UMNO sekali lagi cuba dengan tambah ayat dalam 114(4) supaya ia boleh “backdated”, terpakai untuk atasi Perkara 114(6).
Alasan UMNO menentang cadangan SPR ialah kerana ia akan KURANGKAN KERUSI PARLIMEN MELAYU.
Pada 1981, ayat diubah lagi supaya kuasa mengawal SPR oleh kerajaan menjadi lebih kukuh.

Untuk membidas DAP dan Lim Guan Eng, kita kena gali semua benda yang mereka perjuangkan semasa berpuluh tahun sebagai pembangkang termasuk NGO NGO yang menjadi proksi mereka. Mereka mempertikaikan yang UMNO telah buat 2 kejahatan iaitu MALAPPORTIONMENT dan GERRYMANDERING. Walau bagaimanapun, kita mesti faham kedua-dua ini sama macam KONTRAK SOSIAL yang penyokong DAP selalu pertikaikan, iaitu ia tidak tertulis dalam perlembagaan!

Ia hanya atas kertas. GERRYMANDERING dan MALAPPORTIONMENT telah dibenarkankan secara undang-undang oleh UMNO. Setelah DAP berjaya jadi kerajaan, tiada sebarang perubahan langsung dibuat untuk bebaskan SPR daripada kerajaan.

Hingga 1960, kuasa untuk membuat persempadanan, menurut Perkara 113(1), hanya di tangan SPR. SPR hanya perlu keluarkan Arahan dan tak perlu dapat kelulusan Perdana Menteri mahupun parlimen. Sebelum merdeka dan ada perlembagaan sendiri, Tanah Melayu pernah buat satu pilihanraya umum pada 1955. Persempadanan 1955 berdasarkan Suruhanjaya Merthyr. Ini dibuat ketika kebanyakan orang Cina masih belum dapat kerakyatan. Daftar pengundi belum wujud. Dicipta 52 kawasan parlimen.

Perkara 171(1) selepas merdeka memecahkan 1 kawasan kepada 2, jadi 104 kawasan parlimen. Ini dilakukan serta-merta oleh SPR yang bebas pada 1958. 104 kawasan ini mesti dikekalkan hingga pilihanraya umum 1959. Kalau ikut kaedah Merthyr 1955, setelah dapat jumlah besar 104, mesti dibahagikan kepada setiap negeri. Tapi selepas itu, Merthyr tak cakap apa apa-apa. Perlembagaan 1957 tambah satu lagi langkah selepas itu iaitu “Delineation” atau persempadanan. Perkara 116(4) ditulis mengikut cadangan Suruhanjaya Reid iaitu sempadan mesti supaya tiada kawasan yang jumlah pengundi melebihi 15% daripada jumlah purata setiap kawasan. Di sini, konsep MALAPPORTIONMENT masih tiada.
Tapi masalahnya, ayat asal Perkara 116(4) tadi juga kata “Mesti mengambilkira komposisi kaum” tapi itu saja, tiada penjelasan lanjut. SPR yang bebas pada 1960 buat tafsiran sendiri iaitu: “Tak boleh ada kawasan Melayu atau kawasan Cina. Digalakkan kawasan campuran”.

UMNO bidas yang tafsiran SPR ini merugikan Melayu. SPR juga kurangkan kawasan daripada 104 ke 100, dengan kerusi luar bandar dikurangkan. Presiden MCA Lim Chong Eu meminta lebih banyak kerusi, hingga UMNO sakit hati dan tak bagi dia bertanding pada 1959.
Hingga 1960, SPR yang bebas tadi berkuasa penuh membahagikan kawasan kepada setiap negeri. Pada 1962, UMNO ubah perlembagaan, Perkara 113(1) dan (2), lalu masukkan Jadual 13. 104 kawasan dikembalikan dan SPR tiada kuasa wewenang beri kawasan kepada setiap negeri.

Dengan ketiadaan had 15% dan klausa baru iaitu kelebihan kawasan luar bandar (Klausa 2c), maka MALAPPORTIONMENT berlaku buat pertama kali, oleh UMNO.

GERRYMANDERING pula berlaku buat pertama kali kerana SPR tidak lagi bebas. Perdana Menteri berkuasa ubah cadangan persempadanan SPR sebelum dibentang di parlimen (Klausa 8). Sempadan Pilihanraya yang diubah Perdana Menteri kemudian dibentang di parlimen dan diluluskan dengan 50% undi. Cuma bilangan kawasan untuk setiap negeri hanya boleh diubah dengan 2 per 3.

Selepas rusuhan kaum 1969, beberapa pindaan dibuat UMNO untuk membanyakkan kerusi Melayu. Jumlah kawasan setiap negeri ditulis dalam Perlembagaan. Kerusi DUN Cina di Selangor dikurangkan dengan dijadikan kerusi parlimen Wilayah Persekutuan saja.

Profesor R.H. Hickling memberi komen yang:
“Semua perubahan ini mencipta politik kuku besi. Sementara ini, orang Melayu tak risau tapi, kebimbangan akan timbul apabila orang Melayu tidak lagi menguasai kerajaan.”

Akhir sekali, apa yang DAP dan Lim Guan Eng cakap baru-baru ini adalah salah. Apa yang mereka cakap sebelum jadi kerajaan adalah betul. Iaitu SPR hanya “budak suruhan”. Yang berkuasa buat sempadan ialah kerajaan yang memerintah. Tak perlu kuasa 2 per 3 pun, persempadanan boleh diubah. Dengan 2 per 3, bilangan kawasan setiap negeri pun boleh diubah.

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti