Ekonomi=Hypostatization:Kecacatan LOGIK

Ekonomi dianggap oleh semua sebagai paling “penting”. Hingga kita sering anggap politik patut diletak tepi kononnya untuk fokus kepada ekonomi. Kepada orang yang cuba mendalami ilmu atau perbincangan berkenaan ekonomi, mereka selalunya dihambat satu Kecacatan LOGIK atau FALLACY.

Hypostatization.
Ia bermakna kita pegang satu kefahaman atau pegangan dalam isu ekonomi lalu menggunakan itu sebagai betul dan mesti digunakan dalam apa jua keadaan. Secara logiknya, tak mungkin sesuatu dapat digunakan dalam semua keadaan, bukan?

Adapun, Hypostatization boleh dipecahkan lagi kepada beberapa bentuk FALLACY:

1) Reification.
Amat selalu berlaku dalam analisa atau perbincangan ekonomi, tak kira siapa. Juga dikenali sebagai “fallacy of misplaced concreteness.”

Misalnya, kenyataan seperti:
A) Ekonomi mengalami “pertumbuhan”.
B) Inflasi semakin menurun.
C) Permintaan bertambah, harga pun naik.
D) Pelaburan asing FDI naik.
Kesemua di atas “pertumbuhan ekonomi”, “inflasi menurun”, Permintaan bertambah, pelaburan asing FDI naik ialah angka tetapi ia bukan angka konkrit, ia angka subjektif. Ia bukan FIZIK, tetapi METAFIZIK. Ia konsep tidak konkrit.

Reification ialah bila kita menganggap konsep konsep tak jelas di atas sebagai perkara konkrit. Apa itu perkara konkrit? Keluasan tanah dalam ekar atau hektar. Bilangan tong minyak dibawa masuk Malaysia. Benda benda jelas boleh diukur melalui 5 deria -rasa, dengar, mata, bau, sentuh.

Anggapan benda yang subjektif sebagai objektif mencacatkan daya fikir, taakulan kita.

2) Anchoring fallacy.
Apabila kita memahami satu konsep atau rumusan atau formula dalam ekonomi, kita menggunakannya sebagai penyelesaian untuk semua keadaan.

Misalnya, apabila ekonomi bermasalah dan kerajaan dibatas kewangan, kita kata kalau kenakan cukai GST, semua perkara selesai. “GST penyelesai segala masalah” ialah formula yang mungkin kita belajar 15 tahun dulu. Tapi, kita “anchor” dan tetapkan fikiran kita pada itu dan gunakan ia sebagai penyelesaian untuk semua benda sekarang.

Ada banyak lagi contoh kita pakai Anchoring fallacy dalam perbincangan ekonomi. Ini selalunya diamalkan kerana sukar untuk kebanyakan orang belajar atau fikir benda baru walaupun benda baru lebih betul.

  1. Focalism.
    Misalnya, seseorang kata kekurangan pelaburan asing FDI menjadi punca kepada kejatuhan nilai ringgit. Justeru, untuk isu ekonomi, dia berulang-ulang fokus kepada FDI saja walaupun ia tak betul dan tak berkaitan.

Ataupun dalam isu KWSP dan kebajikan hari tua, seseorang akan berulang-ulang fokus kepada kenyataan yang “Hampir semua tak cukup duit masa bersara” hingga tak mengkaji penyelesaian lain.

Selalunya, pada peringkat permulaan, Hypostatization sama ada dalam bentuk “anchoring fallacy”, “reification” mahupun “focalism”, hanyalah Kecacatan LOGIK untuk seseorang tapi kemudian orang itu selalunya berkongsi atau secara tak langsung menyebar, mengajar Kecacatan LOGIK itu kepada orang lain. Orang lain itu juga menyebar kepada orang lain yang menerima kefahaman salah secara taqlid membabi-buta. Di sini, Kecacatan LOGIK itu menjadi IDEOLOGI.

Katakan, saya tahu ia salah, tapi bila saya tegur, saya akan kalah sebab saya tak mungkin dapat gunakan LOGIK untuk atasi IDEOLOGI. Berfikir itu susah, sebab itu orang menghukum. Orang puteh kata, “Thinking is tough, that’s why people tend to judge.”

Hezri Sardi

Kita Semua Rafizi.

Apa yang saya cakap ni anti-klimaks. Sekarang kebanyakan orang bantai halatuju ekonomi kerajaan dan secara khusus Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Sebelum jadi menteri, dia dikatakan berbangga dengan pelbagai formula tapi lepas jadi menteri, dia cakap bercanggah dengan semasa dia pembangkang.

Misalnya, dalam isu kejatuhan nilai ringgit. Kita tuntut formula yang dia gembar-gemburkan semasa berceramah sebagai pembangkang dulu. Tapi rata-rata kita, dua kali lima sama Rafizi, tak tahu pun kenapa Ringgit turun, dan langsung tiada idea untuk selesaikan masalah ini. Ada yang kata Ringgit jatuh kerana apa yang berlaku di Amerika. Ada yang kata sebab kurang pelaburan asing masuk. Ini ialah CAUSALITY. Kita kata A sebabkan B, B sebabkan C. CAUSALITY ialah konsep FIZIK yang diguna secara salah dalam ilmu ekonomi.

Sebenarnya, ada satu polemik mendalam pasal suatu sistem yang menjatuhkan nilai matawang, yang dimulakan secara senyap senyap selepas Kegawatan Ekonomi 1998. Macam mana nilai Ringgit dapat dinaikkan adalah berkaitan polemik tadi. Hampir semua orang tak tahu. Ia bukan dikaitkan secara CAUSALITY, justeru ia betul. Tapi saya tak akan beritahu sebab kalau saya “suap”, orang tak hargai.

Tapi penyelesaian tak mungkin berlaku kerana sifat dan prioriti orang kita yang salah. Budaya fikiran kita tak bawa ke arah penyelesaian yang saya sebut. Sebaliknya, budaya kita mencipta orang seperti Rafizi. Pendek kata, kalau kita jatuhkan Rafizi sekalipun, lambat-laun akan orang kedua macam Rafizi akan muncul dengan formula formulanya. Kerana kita dah terbiasa dengan “Result-oriented”. Dalam berniaga atau uruskan organisasi, kita dah biasa dengan cara selesaikan masalah walau dengan apa cara sekalipun. Ini terbawa-bawa kepada dalam selesaikan masalah negara.

Kita tengok misalnya banyak orang kata “Utamakan ekonomi, bukan politik”, atau “Politik stabil, baru ekonomi bagus.” Sebenarnya mereka ni fikir dalam kerangka authoritarian. Mereka buang “demokrasi” daripada formula dan menyangka dengan hanya betulkan itu ini sikit dalam dasar ekonomi, semuanya pulih seperti sedia kala. Pembetulan sistem demokrasi dianggap tak perlu. Kalau uruskan organisasi atau perniagaan, kita mungkin boleh buat macam ni, tapi negara tak. Sistem Pilihanraya First Past The Post kita nak guna sampai hari kiamat. Akta Dana Politik tiada. Public political funding tiada. Bank Negara tak perlu jawab kepada parlimen. Kita tak buat apa negara-negara maju buat.

Dalam penyelesaian masalah ekonomi, kita nak jalan pintas. Kita nak formula. Sebab itu, politikus politikus formula akan muncul dari semasa ke semasa.

Daripada situ, datanglah politik Messiah (messianic politic). Penyokong politik akan menanti muncul tokoh messiah aka tokoh penyelamat turun ke bumi. Kononnya, dengan tokoh-tokoh ini, akan ada formula dan semua madalh ekonomi kita selesai. Itu sebab Rafizi dan orang tertentu lain dapat jadi macam tu.

Hezri Sardi

Tokoh dan Kecacatan Logik.

OPR naik, inflasi naik, ringgit jatuh – perkembangan ekonomi yang negatif sebegini pasti mengundang banyak komen, lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial. Banyak rintihan rakyat marhaen. Tapi kita tak noleh salahkan rakyat marhaen kalau mereka komen seperti “nampak tak bijak”.

Bagi saya yang paling bahaya ialah komentar ekonomi yang acah-acah bijak. Orang puteh panggil ini sebagai “False knowledge”. OPR naik, orang ini sokong, keluarlah hujah. Boleh saja kantoi kan tokoh-tokoh ini dengan petikan petikan buku, sebab jelas sekali tokoh-tokoh ini kurang membaca topik yang cuba dikomen. Tapi, saya cuma nak tekankan LOGIK. Tanpa LOGIK, berapa banyak buku dibaca pun tak guna, tapi kalau LOGIK takde, pembacaan pun kurang, itu lagi teruk!

Banyak hujah daripada tokoh-tokoh terkenal yang cacat LOGIK. Kecacatan LOGIK dikenali sebagai “COGNITIVE FALLACY” (Sila google).

Contohnya, ada individu ini tokoh korporat terkenal, pernah jadi CEO syarikat berkaitan kerajaan. Dia (dan golongan serupa) cuba berhujah di media sosial.

  1. Halo Effect vs Argumentum Ad Rem.
    A ialah tokoh korporat terkenal. Dia pun memberi komentar pasal ilmu ekonomi. Walaupun apa dia cakap salah, orang percaya sebab orang ramai ada COGNITIVE FALLACY iaitu “Halo Effect”.

Di negara maju, ini diatasi dengan membudayakan lawan kepada “Halo Effect” iaitu “Argumentum Ad Rem” iaitu Menilai hanya hujah, langsung tidak menilai siapa yang memberi hujah.

  1. Whataboutism.
    Ialah Kaedah memperalat FALLACY seperti ini. A terkenal sebagai mahir dalam bidang misalnya korporat atau kewangan korporat. Dia nak komen pasal ekonomi. Ekonomi, dia kurang membaca. Tapi dalam hujah dia, dia selit, selang-seli dengan benda yang dia mahir. Walaupun dia gagal bercakap betul pasal ekonomi, dia dapat meyakinkan pembaca sebab dia masukkan benda benda daripada bidang yang dia mahir. Masalahnya, dia gagal menjawab persoalan ekonomi yang dibincangkan.
  2. Equivocation.
    Ialah teknik memperalat FALLACY dengan seseorang bercakap secara tidak jelas untuk mengelakkan daripada “kantoi”. Misalnya, apabila kita tanya pasal kenaikan OPR atau kos sara hidup, maka si menteri atau tokoh korporat atau pengarah jabatan kerajaan itu kata “Kenaikan yang lebih rendah”. Kalau ikut kan, ia memang naik, tapi dia menggunakan ayat yang mempunyai “double meaning” bagi mengaburkan maksud. Bak kata orang puteh, “If you cannot convince, you confuse”.
  3. Anchoring bias.
    Seseorang cenderung guna fakta atau pengetahuan yang dia jumpa buat pertama kali dan “jatuh cinta”. Dia akan berulang-ulang menggunakan hujah yang sama.
  4. Framing effect.
    Seseorang cenderung memahami sesuatu melalui perspektif tertentu saja. Sama ada sudut pandangan ini dia suka atau dia mahir, dia akan berulang-ulang berhujah dalam sudut pandangan ini saja, walaupun ia tak menjawab persoalan.
  5. Apophenia Fallacy.
    Apabila seseorang diberikan data data. Sebagai manusia, dia cenderung untuk mencipta corak, perkaitan daripada data walaupun sebenarnya tiada perkaitan (correlation) atau sebab musabab (causality). Contohnya, dia lihat data kadar faedah Amerika Syarikat, dia cuba kaitkan dengan inflasi di Malaysia.
  6. Confirmation bias.
    Seseorang mungkin mempunyai satu kepercayaan tertentu,. misalnya dalam isu ekonomi. Dia tidak peduli pasal pembacaan lebih luas, tak peduli pasal logik dan sains, minda orang itu secara automatik cari hujah untuk membenarkan, menyokong kepercayaan awalnya. Dia mungkin sejak awal beriman bahawa kenaikan OPR itu dapat menurunkan inflasi, maka dia akan abaikan segala-gala dan secara automatik memikirkan hujah hujah supaya dia dapat beri komentar ekonomi yang menyokong kenaikan OPR bagi menurunkan inflasi.

Saya menyarankan Tuan Puan baca, google pasal COGNITIVE FALLACY, atau COGNITIVE BIAS.

Hezri Sardi

Ekonomi: Kumpulan vs Ideologi.


Dalam Isu kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, saya lihat satu kepincangan dalam politik negara. Kelemahan itu juga mengakibatkan kegagalan dalam merangka dasar ekonomi yang berkesan.
Di pihak pemerintah, ia cuba dinaratifkan sebagai isu teknikal manakala bagi pihak lain, ia isu kepentingan kumpulan (group interest).

Umumnya, parti politik boleh dipecahkan kepada 2 jenis utama:

1) Parti Kepentingan Kumpulan (Group Interest) atau singkatan GI.
Contohnya. UMNO untuk kepentingan kumpulan Melayu dan Bumiputera, BERSATU untuk kepentingan Melayu Bumiputera. MCA untuk kepentingan kumpulan Cina. MIC untuk India. Parti Warisan untuk kumpulan orang Sabah. PBB untuk Bumiputera Sarawak.
2) Parti Ideologi. Contoh DAP. PKR. PAN. Parti Sosialis. MUDA. PAS.

Walau bagaimanapun, PAS dan MUDA kerana walaupun berdasarkan ideologi, ada sebahagian berasaskan kepentingan kumpulan. PAS misalnya menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera. MUDA menjaga kepentingan kumpulan “orang muda”.

Perkara salah yang banyak orang percaya ialah berkenaan penyokong parti politik selalu berbeza ideologi. Ini salah. Tak semestinya parti politik berbeza ideologi. 2 parti hanya berbeza ideologi jika kedua-duanya ialah parti ideologi.

UMNO dan BERSATU parti kepentingan kumpulan (GI). Jadi tiada ideologi yang nak dibezakan.

DAP dan UMNO. DAP ialah parti ideologi manakala UMNO ialah parti GI. Tiada perbezaan ideologi.

Macam mana nak tahu parti itu parti GI atau ideologi? Lihat agenda mana yang diperjuangkan secara aktif. Misalnya, UMNO dan BERSATU secara aktif membawa kepentingan Melayu Bumiputera, maka mereka sama sama parti GI.
Untuk parti parti sebegini, ideologi hanya bersifat REACTIONARY.

Misalnya, DAP mungkin memperjuangkan nilai liberal, hak hak mengamalkan budaya LGBT. Ini ideologi yang aktif. Tapi parti seperti BERSATU dan UMNO bereaksi menentang kerana mereka tak tahan. Walaupun daripada segi ideologi, parti GI tidak aktif, tetapi ada sempadan yang mereka bila disentuh, mereka beri reaksi negatif.

Begitu juga dengan parti ideologi seperti DAP, walaupun mereka tidak memperjuangkan kepentingan kumpulan secara aktif, apabila UMNO atau BERSATU mahu lebih agresif dalam kepentingan Melayu, DAP akan lawan.

Tapi ada juga parti yang bukan saja ideologi, tetapi perjuangkan kepentingan kumpulan iaitu PAS. DAP dan PKR berbeza ideologi dengan PAS. Ini berlaku sebab PAS juga parti ideologi.

Tapi ada juga benda bodoh misalnya macam mana penyokong UMNO bergaduh dengan BERSATU. Oleh sebab kedua-dua bukan parti ideologi, kita tak boleh kata berbeza ideologi. Hujah dalam pergaduhan antara UMNO-BERSATU biasanya ialah :
1) Parti aku lebih banyak ahli daripada parti kau.
2) Parti aku lebih banyak cawangan daripada parti kau.
Apa kaitan benda benda bangang ini dengan kepentingan Melayu Bumiputera? Tiada!

Supaya politik ekonomi lebih berkesan, sepatutnya yang digaduhkan ialah “Macam mana nak perbaiki kehidupan kumpulan Melayu”. Ini sebab kedua-dua ialah parti GI yang motif ialah kepentingan kumpulan. Ini dilema menghantui parti kepentingan kumpulan di Malaysia.

Untuk parti ideologi, mereka ada dilema berbeza. Semua parti ideologi di Malaysia kecuali Parti Sosialis, hanya parti “umbrella” (payung) atau “big camp” (khemah besar). Macam parti Democrat dan Republican di Amerika Syarikat.

Parti “Umbrella” ialah parti rojak di mana pelbagai ideologi berada di bawahnya. Bahkan kepentingan kumpulan yang pelbagai pun di bawahnya.

Dasar Ekonomi mahupun parti politik beroperasi dalam disiplin ilmu dikenali sebagai “social choice theory” (pilihan sosial). Ini kerana dalam dunia moden, kemenangan sosio-politik bukan lagi melalui senjata. Dasar kerajaan moden datang daripada demokrasi dan ia ditentukan oleh pilihan.

Sehingga pilihanraya umum 2018, logik “pilihan sosial” ini masih berlaku dan ini bagus, cuma perlu diperbaiki melalui perubahan sistem pengundian saja. Apa benda betul yang berlaku masa tu?

UMNO memainkan kempen kepentingan Melayu Bumiputera. Maknanya baik atau buruk, tak penting, yang penting ialah “demi kepentingan Melayu”. Secara intuitive nya, kita mungkin rasa kenapa tak pilih parti politik yang lebih baik? Sebenarnya parti politik dan pilihanraya bukan tujuan utamanya memilih yang terbagus, tetapi ia hanya pilihan sosial. Kalau parti kepentingan Melayu mahu menjual agenda Melayu, maka itu sesuai dengan agendanya!

Tapi selepas PRU ke 14 dan menjadi lebih serius selepas PRU ke 15, “social choice” cuba dihapuskan oleh pihak tertentu dan digantikan oleh naratif “memilih parti yang bagus”.

Naratif ini beroperasi melalui idea “Parti aku bagus, baik. Parti lawan buruk, jahat”. Kalau ada parti politik GI yang cuba menjuarai isu Melayu, ini cuma dimatikan dengan naratif “jangan main isu perkauman. Lihat kepada meritokrasi dan prestasi”.

Segala-gala cuma diulas melalui naratif teknikal dan pengurusan. Dan ini diterukkan dengan ikonisme iaitu mempromosi politik melalui “batang tubuh”.

Sebenarnya, sekurang-kurangnya apa yang cuba dicapai negara maju ialah, “Tiada parti politik yang baik. Tetapi yerserah kepada rakyat nak pilih parti mana”. Di negara maju, parti politik cuba menjual diri secara berbeza dengan parti lain, bukan dengan memburukkan parti lain.

Dan parti GI yang membawa kepentingan kumpulan banyak berjaya akhir akhir ini di Eropah. Itu juga pilihan sosial. Jika kita menafikan hak orang untuk pilihan sosial, maka kita berfikir secara authoritarian.

Cuma cara authoritarian sudah tak sesuai lagi di Malaysia kerana kita tidak kaya dengan minyak dan sumber alam. Dan agak lucu bila saya lihat pendapat orang orang Melayu yang dah biasa hidup ketika zaman authoritarian. Mereka menganggap politik atau “social choice” tidak penting. Menurut mereka, ekonomi saja penting. Tapi mereka mungkin tak membaca. Kalau saya, saya mengkaji.

Untuk sesebuah negara yang tidak kaya dengan minyak, langkah pertama untuk menjadi lebih baik dalam ekonomi ialah dengan memperbaiki demokrasi.

Berbalik kepada isu parti politik tadi, dalam sistem politik kita, biasa berlaku gabungan parti (coalition). Berbeza dengan yang digembar-gemburkan, gabungan adalah buruk untuk dasar. Misalnya, parti Melayu gabung dengan parti Cina, agenda Melayu tak dapat, agenda Cina pun tak dapat.

Saya ambil contoh.
Di satu tempat, ada 2 kumpulan, A dan B. A suka makan pisang, benci epal. B pula suka benci pisang, suka epal.

Salah seorang daripada A iatu Penjual A, pun jadi peniaga jual pisang kepada kumpulan A.
Salah seorang daripada B iaitu Penjual B, pula jadi peniaga menjual epal kepada kumpulan B.
Apabila Peniaga A dan B bergabung menjadi Peniaga AB, mereka tak lagi jual pisang atau epal. Sebaliknya, mereka cari jalan tengah, antara pisang dan epal iaitu timun.
Masalahnya, kumpulan A asalnya nak pisang, kumpulan B nak epal. Untuk menjual timun, gabungan peniaga AB mencipta kumpulan median yang tak wujud yang suka timun iaitu kumpulan AB. Akhirnya, kumpulan A dan B banyak yang tak keluar membeli sebab apa mereka nak tak dijual.

Dalam setiap gabungan, ada konsep yang sains politik panggil sebagai “centripetal” (mendekati) dan “centrifugal” (menjauhi).

Misalnya, kalau UMNO bergabung dengan DAP, kalau manfaat itu lebih banyak kepada DAP, maka DAP akan centripetal manakala UMNO akan centrifugal. Keadaan yang muluk-muluk, baik-baik hanya pada peringkat awal saja. Ingat setiap parti ada agenda yang diperjuangkan secara aktif. Dan pihak satu lagi dapat beralah atau tidak. Sebab itu polemik dalam isu gabungan, tercipta konsep centripetal centrifugal.

Semua di atas adalah ilmu asas. Ia menjelaskan macam mana sesuatu dasar itu dapat diangkat manakala dasar lain tak diangkat.

Hezri Sardi

Naratif Politik

Antara slogan yang sering diulang oleh aktivis parti politik ialah “Berani kerana benar”, “Tegakkan kebenaran”. Saya sejak dulu sentiasa skeptik terhadap pihak yang mengungkap slogan “kebenaran “. Bukan saja agama dan bangsa orang boleh tunggang, tetapi “kebenaran” pun boleh ditunggang. Bagi saya, kebenaran hanya dicapai denganilmu yang lebih banyak. Lagi berilmu seseorang, lagi dekat dengan kebenaran.Naratif ialah cara kita mengolah dan menceritakan sesuatu. Pada zaman media sosial misalnya, retorik dan naratif banyak digunakan bagi mengarahkan fikiran orang ramai dalam sesuatu isu.1) Isytihar harta. Antara naratif yang dimainkan oleh politikus ialah Isytihar harta. apa selain menjadi wayang politik. Misalnya, baru baru ini seorang politikus mengisytihar nilai saham syarikat dia bernilai berjuta-juta ringgit walhal ia mengalami kerugian. ya diketahui secara tepat jika saham syarikat didagangkan dalam pasaran awam. Tapi syarikat dia SDN BHD.!Di mana peraturan jenis harta yang mesti diisytihar dan harta yang dikecualikan? Adakah politikus berbeza boleh Isytihar harta dengan kaedah berbeza? Kenapa tak seragam? ak letakkan had berapa banyak calon boleh berbelanja untuk kempen sepanjang pilihanraya..calon dan parti wajib dedahkan berapa banyak mereka belanja untuk kempen dan daripada mana duit itu datang?Saya paling pantang kalau ada pihak yang mencedok sesuatu daripada negara barat ke negara kita tetapi tidak membawa semua sistem barat, sebaliknya hanya keratan kecil saja mengikut naratif politik masing-masing.Satu lagi naratif yang diperalatkan ialah berkaitan rekod kedatangan ahli parlimen. Ditayangkan kepada orang ramai kedatangan ahli parlimen. mua sidang parlimen. tak pernah dalam pilihanraya atau undang-undang kata kerja wakil rakyat hanya datang sidang parlimen. Sekarang musim pilihanraya. Calon ke sana sini berjumpa pengundi di kawasan. lu tunjuk muka di kawasan”. Jarang calon kata yang mereka akan hadir semua sidang parlimen.Perlu diiingatkan bahawa sistem politik negara kita ialah Westminster First Past The Post (FPTP) yang diwarisi bulat bulat daripada penjajah British dan tak pernah ditukar sampai sekarang walaupun banyak negara dah tukar.Kalau anda ikuti kisah parlimen British, anda akan tahu masalah sistem parlimen British ialah rakyat langsung tak tahu rekod kedatangan ahli parlimen. asal penjajah, rakyat tak boleh tahu rekod kedatangan wakil rakyat malah rekod kedatangan mereka dihapus buat selama lamanya!Tiba-tiba di Malaysia, puak yang kononnya nak bawa kesedaran politik Barat nak kutuk rekod kedatangan wakil rakyat ke parlimen walaupun di negara asal sistem FPTP, rakyat tak tahu kedatangan ahli parlimen.Dalam sistem Westminster First Past The Post (FPTP) yang berasaskan kepada kawasan, sebahagian besar kerja ahli parlimen ialah “jaga kawasan” bukan hadiri parlimen. epada Proportional representation yang mana ahli parlimen dipilih tanpa kaitan dengan kawasan.Dalam sistem FPTP, kita tak boleh tiba-tiba cakap kerja wakil rakyat hanya hadiri sidang parlimen!Menurut calon calon ini, semua masalah ini selesai kalau rakyat undi mereka. Tak pernah pun mereka cerita bagaimana nak selesaikan masalah ekonomi tadi. uk elak isu Melayu dan agama, mereka cakap pasal isu ekonomi tetapi untuk sembang ekonomi, mereka pun tiada penyelesaian bahkan tak faham apa berlaku!Akhir sekali, kita selalu dengar orang cerita pasal tunggang agama. Politikus tunggang agama Islam. Tetapi ada satu fenomena yang orang jarang sebut iaitu “tunggang agama orang lain”. beragama Islam tetapi sebenarnya agenda mereka bukan pun untuk mengutamakan orang Melayu dan agama Islam. Ini bukan fenomena menunggang agama tetapi menunggang agama orang lain. iaitu perkara yang orang cina tak rasa terancam Tapi macam mana nak selesaikan masalah ekonomi Melayu jika tak berani bersemuka dengan isu yang dekat di hati orang Melayu?Sebagai orang Melayu, kita kena tegur kalau orang bukan Melayu salah kefahaman terhadap Melayu. Tap i banyak politikus Melayu yang takut menegur orang bukan Melayu kerana takut dilabel sebagai rasis. Mengikut pengalaman hidup saya, orang bukan Melayu terutamanya Cina melihat semua benda hanya daripada fikiran Cina. fikir sebegini kerana kita bangsa yang berasa “inferior” manakala Cina umumnya berasa “superior”. Tapi menurut pengalaman saya, kalau kita tegur mereka betul betul,.orang Cina selalunya faham.malah mengikut naratif orang Cina dalam berpolitik.

Hezri Sardi

Paksi Politik

Baru baru ini sempena pilihanraya, sesetengah pihak kononnya cuba memberi pendidikan politik kepada orang ramai. Ajaran ini disebarkan oleh penyokong dan pihak yang apologetik ke arah Pakatan Harapan (PH). Tujuan saya menyatakan nama parti politik ini secara terang terangan adalah sebagai teguran terus dan membetulkan kesilapan.

Mereka cuba mengajar orang ramai tentang paksi atau spektrum parti politik. Mereka seterusnya membahagikan parti parti politik Malaysia dalam kategori tertentu dalam paksi tersebut. Dalam paksi yang dicipta oleh mereka, politik itu diukur daripada kiri ke kanan. Yang kiri ini dilabel sebagai “progresif” (maju) manakala yang di sebelah kanan ialah konservatif (kolot). Parti parti PH seperti PKR, DAP, Amanah dan Muda diletak di sebelah kiri manakala parti rasis seperti UMNO, PAS, Bersatu dan Pejuang diletak di sebelah kanan (konservatif/kolot).

Ada beberapa masalah atau kesilapan besar dalam sistem mereka. Pertama, mereka mencipta satu cara pembahagian politik yang tak pernah wujud di negara lain, tak pernah wujud dalam kajian sains politik. Misalnya, dalam spektrum politik yang digunakan di seluruh dunia, paksi kiri kanan langsung tiada kaitan dengan progresif atau konservatif. Paksi kiri kanan adalah berkaitan ekonomi. Spektrum yang biasa; yang kiri ialah sistem ekonomi yang lebih dikawal kerajaan dan kekayaan lebih seimbang antara rakyat. Yang kanan pula sistem ekonomi bebas yang berdasarkan neoliberal serta meritokrasi.

Kesilapan kedua ialah penyokong PH itu, bila mendidik orang, mereka terlebih dulu meletak prejudis. Misalnya, dalam melukis paksi Politik, penyokong PH terlebih dulu menghukum parti yang tak sehaluan mereka sebagai teruk.

Yang kanan dikatakan konservatif dan konservatif itu dihukum sebagai teruk kerana sukar terima perubahan. Yang kiri pula kononnya bagus sebab progresif. UMNO, PAS, Bersatu dan Pejuang, dianggap kanan kerana sukar berubah (konservatif). Semua lawan politik PH dihukum sebagai teruk lalu lalu diletakkan di bahagian kanan.

Maka kemudian datang istilah seperti yang haluan kanan dan kiri. Parti Melayu semua diletak di kanan kononnya mereka konservatif/ enggan berubah manakala parti PH adalah kiri kerana kononnya mereka progresif / berubah. Kalau macam ni, ajaran mereka sudah bias dan dah jadi kempen propaganda.

Ketiga, mereka membahagikan parti politik melalui sifat yang subjektif. Misalnya, parti parti PH kononnya suka perubahan tapi parti parti Melayu tak suka perubahan. Masalah dengan cara pembahagian ini ialah berubah itu subjektif. Orang tak semestinya berubah daripada kolot kepada maju. Orang juga boleh berubah daripada maju kepada kolot. Ia bergantung keadaan sedia ada. Subjektif. Sifat politik tak diukur daripada pembahagian kiri kanan yang subjektif. Berbeza dengan mereka, pembahagian kiri kanan dalam spektrum politik sebenar mengikut standard antarabangsa adalah jelas dan logik.

Mengikut standard antarabangsa, paksi politik sebenarnya dibahagi kepada 4 iaitu:

1) Kiri

2) Kanan

3) Atas

4) Bawah

Kiri lawan kepada kanan manakala atas lawan kepada bawah.

Kiri kanan merujuk kepada dasar ekonomi.

Kiri (left) bermaksud dasar campur tangan kerajaan dalam ekonomi. Dasar agihan kekayaan yang seimbang.

Kanan (right) pula dasar ekonomi kerajaan ikut pasaran bebas. Dasar meritokrasi.

Tengah (Centre) pula bermaksud dasar yang bukan kiri, bukan kanan.

Justeru, daripada segi ekonomi, kiri, tengah, kanan.

Kemudian, atas bawah pula merujuk kepada cara keputusan politik dibuat.

Paksi atas (upper) ialah politik yang berpusat (centralised) dan dikawal oleh kelompok kecil (controlled).

Paksi bawah (lower) pula ialah politik yang kuasa diagih kepada pihak yang ramai (decentralised) dan tiada sistem tertentu Yang mengawal (anarchy). Median pula ialah bila ia bukan atas dan bukan bawah.

Bila kita nilaikan haluan parti politik, kita tak boleh menghukum ia baik atau jahat, tak boleh prejudis bias, tak boleh menilai daripada sudut subjektif. Tujuan paksi politik ialah supaya parti politik mudah difahami oleh pengundi supaya mereka dapat pilih dengan mudah. Paksi politik bukan untuk melabel parti itu baik atau buruk.

Jika kita kaji parti parti politik di Malaysia, kita boleh boleh letakkan begini.

DAP – Ekonomi paksi kanan, manakala pengagihan kuasa paksi bawah.

Maknanya, DAP ialah paksi bawah kanan (lower right)

PKR – Ekonomi paksi kanan, manakala pemusatan kuasa paksi atas.

Maknanya, PKR ialah paksi kanan atas (upper right).

UMNO – Ekonomi paksi kanan, manakala pemusatan kuasa paksi atas.

Maknanya, UMNO ialah paksi kanan atas (upper right)

Bersatu – Ekonomi paksi tengah, manakala pengagihan kuasa paksi bawah.

Maknanya, Bersatu ialah berpaksi tengah bawah (lower centre)

Pejuang – Ekonomi paksi kiri, manakala pemusatan kuasa paksi median.

Maknanya, parti Pejuang ialah paksi median kiri (median left)

MUDA – Ekonomi paksi kiri, manakala pengagihan kuasa paksi bawah.

Maknanya, MUDA ialah paksi bawah kiri (lower left).

Jika kita mengundi, kita memilih haluan atau paksi politik yang sesuai dengan matlamat kita.

Jika kita nak kerajaan campur tangan dalam ekonomi supaya jurang kekayaan antara rakyat berkurang, jangan undi DAP. Undi Pejuang atau Muda, paling tidak pun Bersatu.

Tapi, kalau anda tak kisah pasal dasar meritokrasi dan ekonomi bebas, tetapi suka parti yang demokratik, undi DAP, jangan undi Bersatu, Pejuang. Begitulah cara kita memilih parti politik yang kena haluan dengan kita.

Di Eropah, identifikasi kiri kanan ini menjadi benda paling penting sampai pernah ada sistem pengundian di Perancis di mana parti politik berpaksi kiri mesti bertanding sesama sendiri sebelum pemenangnya bertanding dengan parti kanan. Maknanya, di negara Barat, identifikasi kiri kanan secara betul menjadi perkara paling asas.

Masalahnya di Malaysia ialah parti parti yang kononnya progresif dan liberal cuba mengajar semua mengajar politik demokrasi tetapi mereka hanya membawa versi kecil mengikut kepentingan mereka. Misalnya, versi yang mengatakan Pakatan Harapan itu bagus dan parti Melayu Islam ini kolot. Saya selalu kata kalau nak bawa sesuatu daripada negara Barat, kena bawa versi penuh, bukan bawa yang kena selera kita saja.

Hezri Sardi

Amazon

Amazon
(Hezri Sardi)

Jeff Bezos, manusia paling kaya di planet bumi, ialah pengasas syarikat Amazon.

Di Malaysia, salah satu IDEOLOGI yang menguasai masyarakat perniagaan ialah Microsoft PowerPoint dan Graf & carta. Tak salah nak guna PowerPoint, graf dan carta, tapi sama macam beberapa IDEOLOGI ekonomi, IDEOLOGI perniagaan yang menghambat kita, penggunaan cara yang salah secara berlebihan , membawa kesan kesan buruk.

Misalnya, penggunaan PowerPoint, carta dan graf secara berlebihan ialah satu lagi IDEOLOGI yang menjatuhkan kita. Tamadun manusia dibangunkan bukan dengan PowerPoint, carta dan graf.

Jeff Bezos, orang paling kaya di dunia, mengharamkan PowerPoint di Amazon.

Dalam mesyuarat, orang yang membuat pembentangan diwajibkan menulis “6 muka surat penuh”. “Tulisan 6 muka surat penuh” itu pula akan dicetak lalu diberi kepada semua yang menghadiri mesyuarat Amazon. Peserta mesyuarat diberi masa 30 minit untuk membaca dan memahami kandungan “tulisan 6 muka surat penuh” tersebut. Barulah, mesyuarat dimulakan.

Jeff Bezos, menulis 15 ke 20 muka surat tentang pendapatnya kepada para pelabur Amazon. Satu lagi billionaire, Warren Buffet buat benda yang sama, tulisan berbelas muka Surat kepada pelabur Berkshire Hathaway.

2 orang paling kaya ini ialah juara kepada Seni Menulis Panjang.

Kenapa mereka menulis?

Sebagai orang Islam, kita dididik bagaimana ilmuan Islam zaman pertengahan dulu berkata bahawa “sesuatu Ilmu hanya bernilai jika ia ditulis”.

Sama macam Jeff Bezos. Di Amazon, Bezos tak bagi pekerja nya berbincang tak tentu arah, sebaliknya tulis idea idea dalam artikel padat 6 muka surat tanpa jadual, graf atau carta.

Perbuatan menulis memaksa pasukan Amazon untuk berfikir dalam “high resolution detail” atau struktur terperinci. Daripada membuang masa dengan sesi brainstorming, peesembahan idea dalam bentuk tulisan hanya idea idea berkaitan saja dibincang, bahkan idea idea tersebut terlebih dahulu disusun dan diperhalusi dalam tulisan.

Persembahan idea dalam PowerPoint biasanya menyembunyikan idea idea tak logik, sebab ia ditunjuk hanya grafik, simbol, dan perkataan pendek.

Sebaliknya, tulisan pula memaksa kita jelaskan idea Kita sampai orang faham. Bahkan persembahan idea dalam tulisan juga memaksa pembaca tulisan supaya berfikir.

Pada 9 Jun 2004, CEO Amazon menghantar email rasmi kepada semua pekerja Amazon dalam ayat di bawah:

“Well structured, narrative text is what we are after rather than just text.

If someone builds a list of bullet points in word, that would be just as bad as PowerPoint.

The reason writing a 4 page memo is harder than writing a 20 page PowerPoint is because the narrative structure of a good memo forces better thought and better understanding of what’s important than what and how things are related.

PowerPoint style presentations somehow give permission to gloss over ideas, flatten out any sense of relative importance, and ignore the interconnedness of ideas.”

Apa yang Jeff Bezos tulis di atas menjelaskan secara tepat kenapa idea mesti dipersembah dalam bentuk tulisan esei.

Menulis sebenarnya ialah berfikir. Jika kita dapat menulis dengan baik, maknanya kita dapat berfikir dengan jelas.

Anugerah amat bernilai yang kita jarang hargai ialah hasil pemikiran ilmuan yang hidup sebelum Kita. Mereka meninggalkan warisan ilmu dalam bentuk tulisan. Jikalau mereka tak menulis, kita tak tahu apa yang mereka fikir kan, kita tak dapat belajar apa yang mereka tahu.

Albert Einstein berkata, “If you can’t explain it simply, you don’t understand it well enough.”

(Jika kau gagal menerangkan sesuatu dalam Bahasa mudah, maknanya kau masih belum faham.)

Imam Ghazali, Hamka, Imam Ibn Hazm, Imam Shafie, menulis bagi menjadikan otak pemikiran mereka jelas. Menulis setiap hari, menurut mereka, membuat fikiran jadi terang dan jelas.

Sebenarnya, kita belum dikira berfikir jika kita tak menulis apa yang kita fikir. Kita boleh tayang di media sosial, Di Facebook, kononnya kita Ada banyak buku atas rak dalam rumah, tapi orang hanya tahu “berapa banyak kita tahu” dan “berapa banyak kita faham” apabila mereka baca tulisan kita. Mungkin bilangan buku atas rak rumah kita lebih banyak daripada buku yang pernah dibaca oleh Imam Shafie, tapi orang kenal Imam Shafie sebagai jauh berilmu daripada kita melalui tulisan tulisan beliau.

Banyak orang salah sangka. Orang ramai menyangka proses mencari idea menulis ialah:

1) Melihat atas kertas lama lama
2) Melihat skrin komputer lama lama
3) Melihat skrin handphone , WhatsApp lama lama

Banyak orang ingat idea menulis ini datang masa baru nak menulis. Sebenarnya, tidak.

Menulis itu berfikir. Berfikir itu menulis. Otak kita sentiasa, tak pernah henti berfikir. Masa pun otak masih beroperasi.

Cuma selalu menulis akan banyak membantu kita berfikir secara terang dan jelas. Agama Islam menggalakkan umat berfikir secara terang dan jelas.

Menulis bagi tujuan menyampaikan idea pula hanya lah bersifat “second nature” atau sampingan. Tujuan utama tulisan ialah supaya penulis dapat berfikir dengan lebih jelas, dan pembaca dapat fikir dengan lebih jelas. Akhirnya, umat semua dapat berfikir dengan terang dan jelas.

Pemikir atau penulis yang jelas :

1) Berfikir atas idea yang ringkas, padat, tersusun.
2) Fikiran tak semestinya dikekang “common sense” atau pemahaman popular. Yang penting susur galur mesti dibina atas logik.
3) Bebas daripada perkataan bombastic, jargon. Kalau ada pun, jargon itu mesti diterangkan dalam ayat mudah.
4) Mengutamakan idea idea konkrit yang dapat difahami oleh logik akal dan empirik (5 deria) ke atas konsep abstrak yang keliru lagi mengelirukan.
5) Penulis berfikiran jelas menulis bagi menunjukkan apa yang terbuku di hati, bukan menulis untuk dipuji atau dapat “Like” Facebook.

Kegagalan untuk menulis atau berfikir secara jelas menyebabkan aktivis politik, Persatuan di luar sana membuat tindakan tindakan yang tidak menyelesaikan masalah masalah.

Hezri Sardi

Meritokrasi

Meritokrasi
(Hezri Sardi)

Kehidupan mesti dilihat daripada segi ekonomi. Adapun ekonomi terbahagi kepada 3 sektor:

1) Kerajaan
2) Swasta
3) Asing

Sektor kerajaan juga dikenali sebagai sektor awam. Sektor kerajaan / awam tak terhad kepada pekerja kerajaan, ia meliputi semua perbelanjaan kerajaan. Jika pekerja kerajaan, misalnya, berada dalam sektor awam, perbelanjaan kerajaan pula adalah sempadan antara sektor awam dengan swasta. Duit daripada kerajaan, bila diberi kepada orang di luar sektor kerajaan, masih dalam sektor tersebut, tapi bila duit tadi dibelanja seterusnya di luar kerajaan, ia dah jadi duit sektor swasta.

Begitu juga pekerja kerajaan, bila dapat gaji, duit itu masih dalam sektor awam, tapi selepas pekerja kerajaan membelanjakan duit di luar kerajaan, maka ia dah jadi sektor swasta.

Sektor swasta pula ialah semua benda dalam negara yang di luar sektor kerajaan. Sektor swasta lebih dikenali sebagai sektor perniagaan. Ya, perniagaan, dalam makna sebenar ekonomi, bukan satu kerjaya. Sebenarnya, perniagaan ialah sektor. Sektor swasta atau perniagaan ialah semua yang di luar sektor awam.

Dewan Perniagaan Melayu, sebenarnya ialah, Dewan swasta Melayu, mewakili semua kepentingan Melayu dalam sektor swasta. Perniagaan bukan kerjaya. Perniagaan atau swasta ialah sektor. Dalam sektor perniagaan, ada banyak pihak, misalnya, pekerja, pemilik harta. Sesebuah Dewan Perniagaan atau persatuan perniagaan merangkumi sektor perniagaan, iaitu semua hal dalam sektor di luar kerajaan.

Kegiatan kegiatan dalam sektor swasta atau perniagaan, beroperasi berasaskan merit. Maknanya, dalam sektor di luar kerajaan, hidup mati bergantung kepada merit. Siapa yang lebih bagus, dapat bertahan lebih lama. Pada hujung rejim Soviet Union, percubaan membuang meritokrasi daripada dalam sektor perniagaan, menjatuhkan ekonomi empayar itu. Siapa yang ada merit, beri usaha lebih, dapat lebih.

Namun begitu, kesan daripada pembangunan pesat sektor perniagaan sejak 1980an, hingga hari ini, menyebabkan hampir semua orang hidup dalam sektor swasta, tak kisahlah sebagai pekerja, tauke, freelance, pemegang saham dan sebagainya. Dalam berpuluh tahun, maka terpahat dalam minda kita bahawa meritokrasi adalah wajib.

Seperti biasa tiada siapa didik kita bahawasanya meritokrasi hanya terpakai dalam sektor swasta atau perniagaan. Banyak perkara sebenarnya hanya terpakai dalam sektor swasta saja, tapi akibat daripada kebiasaan, kita menganggap sifat sifat sektor perniagaan sama seperti sektor kerajaan. Misalnya, kita selalu anggap duit kerajaan boleh habis macam kita di sektor swasta, tapi sebenarnya duit kerajaan tak akan habis. Begitu juga dengan amalan meritokrasi, yang hanya sifat terbatas dalam sektor swasta tapi kita, akibat terbiasa, menganggap meritokrasi juga mesti terpakai dalam dasar dasar kerajaan. Meritokrasi dalam dasar kerajaan mengakibatkan banyak kepincangan ekonomi.

Bagi memahami salahguna meritokrasi dalam dasar kerajaan selama berpuluh tahun, kita perlu tahu bahawa meritokrasi terbahagi kepada 2 jenis:

1) Meritokrasi positif
2) Meritokrasi negatif

Walaupun ada perkataan positif atau negatif, kedua dua jenis meritokrasi ini, jika diamalkan dalam dasar kerajaan mengakibatkan kepincangan ekonomi.

1) Meritokrasi positif
Ini selalu kita lihat. Bagi menerima sesuatu Geran atau bantuan kerajaan, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat. Kalau tepati syarat, bagus, bermakna ada merit, maka dapatlah geran atau bantuan kerajaan. Dikatakan, apabila hanya orang yang bagus, ada merit saja dapat bantuan, negara akan jadi lebih bagus, sebab orang itu akan jadi lebih bagus.

Masalah daripada sistem ini ada banyak, misalnya, sebahagian besar orang tak dapat bantuan, tak dapat membangun. Macam mana beberapa kerat yang dapat dapat membangunkan ekonomi seluruh negara.

Katakan, anda seorang general perang. Ada 100,000 tentera, yang mana hanya 100 orang saja anda bagi makan cukup cukup, khasiat, bagi latihan sampai dia jadi sangat bagus. Yang lain kurus kering, pandai pandai sendiri lah nak buat apa. Anda nak menang peperangan, nak guna 100 saja, atau nak guna semua 100,000. Kalau yang semuanya delay 100,000 orang itu, nak pegang senjata pun tak kuat, macam mana nak menang perang??

Inilah kesan buruk meritokrasi dalam dasar kerajaan.

Satu lagi jenis meritokrasi ialah meritokrasi negatif. Maknanya, kalau nak dapat bantuan kerajaan, ada syarat syarat. Jika dalam meritokrasi positif, anda mesti jadi lebih bagus, lebih hebat, baru boleh dapat bantuan kerajaan.

Meritokrasi negatif pula terbalik. Anda mesti jadi lebih teruk, lebih hina, baru boleh dapat bantuan. Nak minta bantuan? Tak boleh, sebab tak cukup susah.

Anda hilang kerja, tiada sumber pendapatan? Tak layak sebab baru menganggur 6 bulan. Kalau nak bantuan, kena menganggur 1 tahun, baru layak.

Anda berniaga, tapi bisnes jatuh teruk, sampai tak cukup makan minum, tak layak sebab baru rugi 6 bulan. Kalau nak bantuan, kena rugi 1 tahun baru layak.

Orang cacat susah nak bekerja? Tak layak sebab status OKU tak teruk lagi. Orang cacat hanya layak bila tak boleh bergerak.

Demikianlah meritokrasi positif dan negatif dalam dasar dasar kerajaan sejak berpuluh tahun dulu.

Meritokrasi selalunya dijenamakan sebagai dasar “Bersasar”. Kita selalu dengar pasal bantuan kerajaan bersasar. Bantuan bersasar atau bantuan bersyarat sebenarnya satu bentuk meritokrasi.

Meritokrasi ini bukan saja untung sikit orang manakala semua lain tak dapat, ia ada masalah ekonomi yang pokok.

Dalam ekonomi, ada perkara buruk yang dipanggil “Distortion”. Dasar kerajaan yang bersasar, meritokratik, mencipta “Distortion” dalam ekonomi rakyat.

Secara asasnya, rakyat sesama rakyat sepatutnya bersaing dengan adil dan sihat. Tapi apabila dasar kerajaan memilih untuk hanya membantu sikit orang manakala banyak lain tak dapat, ia mengacau persaingan sihat menjadi asas kepada Kebajikan, ekonomi negara.

Dasar dasar bersasar, tak pernah ada yang selesaikan masalah ekonomi, sebab masalah ekonomi bersifat umum, bukan terhad kepada beberapa kerat saja.

Pendek kata, dasar meritokrasi atau bersasar ini melihat setiap orang secara berbeza. Dalam sektor swasta, memang kita menilai setiap orang secara berbeza kerana kita membuat keputusan secara mikro. Kerajaan tak boleh berfikir macam swasta, kerajaan kena lihat semua orang dalam individu secara sama.

Paling tidak pun, kerajaan melihat orang secara berkumpulan. Misalnya, Bumiputera satu kumpulan, bukan Bumiputera satu kumpulan. Bumiputera, dasar lain. Bukan Bumiputera, dasar lain. Tapi tetap dalam kumpulan Bumiputera, semua Bumiputera perlu dilihat secara sama rata. Pendek kata, dasar Bersasar boleh dibeza bezakan antara kumpulan berlainan, tetapi dalam setiap kumpulan, semua orang dalam kumpulan kena menerima dasar yang sama.

Macam beza antara orang kurang upaya (OKU) dengan bukan OKU. Dasar bersasar untuk orang OKU tak boleh diberi kepada bukan OKU, ini betul. Tetapi dalam kalangan kumpulan OKU tak patut buat lagi dasar bersasar yang memberi bantuan kepada orang OKU tertentu manakala mengabaikan orang OKU yang lain.

Kerajaan boleh beri bantuan kepada peniaga kecil dan tak membantu syarikat besar. Tetapi dalam kalangan peniaga kecil itu, kerajaan tak patut lagi membeza bezakan, mengenakan lagi syarat yang membezakan antara peniaga kecil. Diskriminasi antara peniaga kecil ialah meritokrasi.

Kerajaan mungkin boleh memberikan dasar yang berbeza kepada kumpulan berbeza sebagai dasar ekonomi tetapi dalam kumpulan yang dibantu tak boleh lagi buat dasar bersasar selanjutnya.

Patutnya kerajaan dah kena melihat daripada pandangan berbeza. Sekarang, kerajaan beri bantuan untuk menyelesaikan masalah khusus orang. Ini cara berfikir secara mikro. Bila kerajaan berfikir nak selesaikan masalah individu, secara automatik, kerajaan akan target, pilih orang tertentu yang bermasalah saja. Orang A dianggap banyak masalah, perlu dibantu. Orang B, ada masalah tapi tak banyak, bantuan kena dikurangkan. Orang C, dianggap tak ada masalah, tak payah tolong. Kalau macam ini, kerajaan berfikir macam pemain dalam sektor swasta.

Justeru itu, kerajaan jangan fikir secara mikro, iaitu menyelesaikan masalah individu. Kerajaan patut berfikir macam ini, kerajaan belanja duit supaya duit dapat berlegar di peringkat orang tertentu, misalnya orang B40, orang M40. Bagi semua orang. Orang M40, B40 selalunya akan habiskan duit dengan cepat. Rakyat di peringkat bawah selalunya bertindak sebagai ejen pengedaran duit yang pantas. Orang Kaya suka simpan duit, jadi orang kaya ejen ekonomi yang tak bagus.

Kerajaan jangan melihat untuk menyelesaikan masalah individu, sebab individu kena selesaikan masalah masing masing. Kerajaan tak boleh campur tangan dalam hidup antara individu.

Misalnya dalam dasar terhadap perniagaan kecil sederhana (PKS), kerajaan tak perlu peduli kalau semua PKS dibantunya gulung tikar. Bukan masalah kerajaan, untuk membezakan antara peniaga berjaya, gagal. Tapi kerajaan kena Bantu semua peniaga kecil tanpa pilih kasih, tanpa syarat. Mereka gagal atau jadi jutawan, bukan sesuatu yang perlu difikirkan kerajaan.

Yang kerajaan perlu fikir, apabila duit diberi kepada peniaga kecil, duit akan bergerak cepat dalam ekonomi. Peniaga kecil pasti membelanjakan duit dengan cepat. Syarikat besar selalunya simpan duit.

Maknanya, dasar kerajaan walaupun beri duit kepada semua tanpa meritokrasi, bukan bermakna kerajaan nak bantu individu sebab hanya individu yang akhirnya membantu diri sendiri, kerajaan tak boleh campur tangan.

Tetapi, kerajaan beri semua duit tanpa diskriminasi atas tujuan ekonomi, iaitu supaya duit dapat bergerak cepat dalam ekonomi jika duit itu berada di peringkat bawah, M40, B40 dan PKS.

Akhir kata, dasar bersasar ialah dasar diskriminasi, atau meritokrasi. Kerajaan, tak seperti swasta, tak boleh bertindak secara meritokratik.

Kerajaan juga kena berfikir secara ekonomi, bukan secara mikro. Jangan fikir untuk selesaikan masalah orang orang tertentu saja. Kerajaan kena melihat perbelanjaan duit sebagai cara meletakkan duit di tempat yang ia boleh bergerak dengan cepat.

Hezri Sardi

Mont Pelerin

Mont Pelerin
(Hezri Sardi)

Pada 1947, satu gerakan diwujudkan, dianggotai oleh orang orang kaya di negara barat, dengan tujuan utama mengelak cukai dan mencari jalan bagi jadi lebih kaya. Gerakan ini dipanggil Mont Pelerin Society. Ekonomis pendokong Mont Pelerin ialah Ludvig Van Mises, Fredrich Hayek & Mielton Friedman. Beberapa ekonomis seperti mereka dibiayai oleh gerakan ini bagi mempengaruhi parti parti politik di negara barat dan fakulti ekonomi di universiti universiti.
Selepas perang dunia ke2 hingga awal 1970an, negara negara dunia rata rata mengikut mazhab ekonomi John Maynard Keynes. Mont Pelerin ini aktif menentang Keynes.
Tapi sejak 1970an, gerakan Mont Pelerin akhirnya diamal secara rasmi oleh Jim Carter, presiden USA dan Jim Callaghan, perdana menteri Britain. Kemudian, pengganti mereka, Margaret Thatcher, perdana menteri Britain dan Ronald Reagan, presiden US membuat dasar dasar Mont Pelerin secara besar-besaran. Bahkan pembelajaran ekonomi di universiti diubahsuai bagi menyebarkan ideologi ini.
Bagaimana ilmu ekonomi boleh diubahsuai sebegitu rupa?
Untuk memahami penyelewengan ilmu ekonomi, kita perlu terlebih dahulu mengetahui sejarah ilmu ekonomi.
Ilmu ekonomi dibincangkan pertama kali oleh Ibn Khaldun. Beliau manusia pertama yang membincangkan industri, pengkhususan dan ‘labour theory of value’. Namun ilmu Ibn Khaldun ini tidak lagi dibincangkan buat beratus tahun hinggalah Adam Smith, pengasas ekonomi moden. Beliau membincang Labour theory of value, dan perdagangan. David Ricardo kemudian membincangkan ilmu Adam Smith dengan lebih mendalam terutamanya ‘Labour theory of value’. Fasa ilmu ekonomi dari Adam Smith dan David Ricardo digelar ‘Classical economics’.
Mont Pelerin telah menyelewengkan ajaran Classical. Kebanyakan idea asal Adam Smith & David Ricardo disorokkan manakala idea idea yang kena dengan Mont Pelerin dibesar-besarkan.
Penyelewengan itu menghasilkan ilmu ekonomi yang diajar di universiti sekarang, yang digelar ‘Neo-Classical economics’.
Pada zaman ini, masalah masalah ekonomi gagal dicari penyelesaian hanya kerana kita tak mahu melihat ekonomi daripada aspek mekanisme duit. Kita keliru, mengasingkan ekonomi daripada mekanisme duit. Ini terjadi akibat 50 tahun penyelewengan dalam ilmu ekonomi.
Orang yang menitikberatkan pemahaman mekanisme duit dalam ekonomi dipanggil ‘monetarist’.
Monetarist sudah wujud pada abad ke 18. Adam Smith ialah monetarist, Karl Marx ialah monetarist, John Maynard Keynes ialah monetarist kerana mengkaji mekanisme duit.
Namun pada 1970an, Mont Pelerin telah menyelewengkan konsep monetarist, pelaku utamanya ialah Mielton Friedman.
Monetarist telah menyimpang daripada kajian ekonomi tentang duit kepada “Interest & bank”. Ya, monetarist dibataskan kepada bank, institusi kewangan, kadar faedah. Konsep monetarist yang diseleweng ini dipanggil ‘Neo-monetarism’. Akibatnya, kerajaan kerajaan gagal menyelesaikan masalah ekonomi kerana dikekang oleh dasar dasar monetarist.
Justeru, Mont Pelerin menyelewengkan konsep bagus menjadi konsep yang hanya menguntungkan minoriti, iaitu Neo-Classical economics & Neo-monetarism.
Tak cukup lagi, demi mengaut lebih banyak kekayaan, Mont Pelerin buat satu lagi penyelewengan besar.
Pada 1930an ke 1960an, musuh terbesar Mont Pelerin ialah John Maynard Keynes. Mazhab ekonomi Keynes diamalkan oleh banyak negara di dunia pada ketika itu. Keynes ialah pada asalnya dasar ekonomi beraliran kiri. Pada 1970an, Mont Pelerin telah menyelinap masuk ke dalam mazhab Keynes lalu menyelewengkan daripada dalam.
Mazhab Keynes asalnya kerajaan memberi duit kepada rakyat marhaen di bawah tetapi Mont Pelerin mengubahnya kepada kerajaan memberi duit kepada orang di atas. Keynes pada asalnya kerajaan campur tangan secara langsung bagi mencipta pekerjaan tapi dalam Keynes yang diseleweng, kerajaan melutut merayu memberi pelbagai bantuan kepada pelabur kononnya pelaburlah yang mencipta pekerjaan
Mazhab Keynes yang diseleweng ini dipanggil Neo-Keynesian.
Classical economics diubah menjadi Neo-Classical economics.
Monetarist diubah menjadi Neo-monetarism.
Keynesian diubah menjadi Neo-Keynesian.
Kerja ini dibuat oleh Mont Pelerin yang kemudian merebak ke seluruh dunia lalu dipanggil Neo-liberalism. Persamaan ialah perkataan “Neo” di depan.
Pada 1930an ke awal 1970an, semua kerajaan di dunia adalah berhaluan kiri, tak kira negara itu kapitalis, komunis atau sosialis, semuanya kiri kerana semua kerajaan pada masa itu, campur tangan secara terus dalam mencipta pekerjaan, kerajaan sendiri keluar duit untuk beri kerja kepada rakyat.
Neo-liberalism menentang semua ini. Kerajaan jangan keluar duit bantu rakyat secara langsung. Pendek kata, Neo-liberalism adalah berhaluan kanan.
Tapi kita perlu ingat Neo-liberalism berasal daripada Mont Pelerin, yang mengejar kekayaan. Kalau kerajaan tak campur tangan langsung, macam mana nak kumpul kekayaan?
Sebab itulah, Neo-liberalism menyelewengkan Neo-Keynesian, bagi mencipta alasan untuk mencapai tujuan mereka. Bagi Neo-Keynesian, kerajaan mesti keluar duit buat projek mega atau bail out selamatkan pelabur bermasalah.
Bagi Neo-Keynesian, saiz kerajaan mesti dikecilkan, dengan menswastakan Jabatan Jabatan kerajaan lalu memberikan lubuk lubuk buat duit itu kepada pelabur kaya.
Neo-liberalism, juga mencipta istilah Meritokrasi. Meritokrasi, kerajaan jangan bantu semua orang. Kerajaan hanya keluar duit bantu orang bagus bagus dan orang kaya kaya saja.
Jim Carter, Ronald Reagan, Margaret Thatcher semua melaksanakan dasar dasar Neo-liberalism secara besar-besaran. Dasar mereka banyak gagal, bahkan Margaret Thatcher sendiri gagal sampai kena buang daripada jawatan Perdana Menteri Britain. Namun, idea idea Neo-liberalism telah tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Di Malaysia, seorang ahli politik bernama Dr Mahathir Mohamad telah terpengaruh oleh Neo-liberalism. Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, beliau bukan saja melaksanakan dasar dasar Neo-liberalism secara besar besaran malah membasuh minda orang UMNO, rakyat, perniagaan, profesional supaya berhaluan kanan secara melampau dan menganut Neo-liberalism tanpa disedari.
Projek mega, penswastaan, pertanian ialah perniagaan, FDI, Pembangunan berasaskan eksport, Pembangunan industri modal & kewangan, semua ini idea idea lapuk Neo-liberalism yang masih membelenggu kita.
Tun Mahathir sekarang ini pun sudah meninggalkan idea idea lapuk itu tapi di kalangan kita, walaupun musuh musuh politik Tun Mahathir sendiri secara terang terangan mengamalkan dasar dasar lapuk tersebut.
Sepatutnya, kalau kita lawan seseorang secara politik, idea dan dasar musuh itu sepatutnya ditinggalkan. Ini tidak. Ini macam salin kulit, tukar logo parti tapi buat benda benda yang sama.

Dan kepada rakan rakan yang mahukan satu perubahan besar, satu “Reset” dalam sistem ekonomi, kita kena cermin balik diri kita. Masih adakah saki baki idea idea Neo-liberalism, Mont Pelerin itu masih melekat dalam jiwa pemikiran kita? Bagi mencapai perubahan ekonomi yang radikal, jiwa pemikiran kita wajib terlebih dahulu menjadi radikal, bersih langsung daripada idea idea lama.

Ini tidak. Mahukan perubahan yang muluk muluk, tapi jiwa pemikiran masih diselubungi nostalgia tahun 90an dan awal 2000.
Sebenarnya, pemikir pemikir awal ekonomi sudah mencipta idea idea bagus. Cuma idea mereka disorok dan mazhab ekonomi mereka diselewengkan. Saya suka mengembalikan ajaran ajaran silam sebelum diseleweng.
Jikalau Neo-liberalism dengan Neo-Classical, Neo-monetarism, dan Neo-Keynesian, mereka yang mahu perubahan sudah ada mazhab sendiri.
Kita mengembalikan idea asal lalu disesuaikan dengan masa sekarang.
Post-classical economics.
Post-monetarism.
Post-keynesian. “Neo” bermaksud baru tapi “Post” bermaksud “Next” atau seterusnya.
Justeru, selepas idea asal diselewengkan daripada 1970an ke sekarang, kita perlu “move on”, maju ke peringkat seterusnya, tinggalkan idea idea yang tak boleh pakai.

Sahabat Nabi SAW dulu selepas memeluk Islam, mereka meninggalkan jiwa pemikiran nostalgia zaman jahiliah.

Adakah kita yang mahukan pembaharuan ekonomi, reset, perubahan ini, masih lagi memegang resipi kejayaan lama dan nostalgia. Selagi kita tidak jadi betul betul macam kertas putih, perjuangan untuk ekonomi baru tak akan ke mana?

Hezri Sardi

Buruh

Buruh
(Hezri Sardi)

1 Mei ialah hari pekerja, atau lebih dahulu dikenali sebagai Hari Buruh. Dalam bahasa orang puteh, dipanggil “Labour Day”. Dalam kamus, “labour” tidak bermaksud pekerja semata mata. “Labour” lebih banyak dimaksudkan sebagai kerja atau usaha.

Sempena Hari Buruh, sebenarnya ia lebih untuk mengingatkan kita tentang kerja, bukan kepada pekerja. Sebenarnya, Hari Memperingati Pekerja, ada hari yang khusus iaitu 28 April. 1 Mei lebih kepada memperingati kita tentang kerja secara umum.

Sektor ekonomi dibahagikan kepada sektor kerajaan, asing dan swasta. Sektor swasta pula dipandu oleh 2 iaitu:

1) Modal
2) Buruh / Kerja

Sektor swasta atau perniagaan mencipta nilai. Kalau penternak kambing, harga jualan kambing ialah nilai. Nilai asal kambing itu ialah kos membeli kambing berserta belanja ubat dan makanan. Harga akhir kambing tolak nilai asal kambing, ada nilai yang dipanggil lebihan atau “surplus”.

Umumnya, perniagaan atau swasta memutuskan nilai lebihan itu dapat kepada siapa. Nilai lebihan itu tentulah diberi kepada manusia berdasarkan sumbangan yang diberi kepada penternakan kambing.

Seperti dijelaskan awal tadi, sumbangan kepada perniagaan terbahagi kepada 2:

1) Modal
2) Buruh / Kerja

Nilai lebihan, jika diberi kepada orang yang sumbangkan modal, dipanggil pulangan atas modal atau istilah orang puteh, “Return on capital”. Dalam bahasa mudah, ia ialah pendapatan yang diperoleh secara goyang kaki.

Nilai lebihan, jika diberi kepada orang yang sumbangkan usaha, kerja atau buruh, dipanggil upah atau gaji. Dalam kata mudah, pendapatan yang diperoleh dengan berhempas pulas, mengorbankan masa dan tenaga.

Kita hidup dalam suatu sistem ekonomi yang dipanggil kapitalisme. Sejak mula kapitalisme, sampai sekarang, perjuangan dan pertembungan manusia berlaku, semata mata untuk menentukan sama ada nilai lebihan dalam sektor perniagaan pergi kepada:
1) Pemodal
2) Pekerja

Pada zaman ini, masyarakat berlumba lumba mengejar untung, mengejar pulangan atas modal. Kita diajar supaya berfikir seperti pelabur, yang mengejar untung atau pulangan yang paling tinggi.

Tapi kita terlepas pandang yang lebihan dalam perniagaan sama ada pergi kepada pemodal atau pekerja.

Kalau kita terlalu mengejar untung dan pulangan atas pelaburan seperti sekarang, kita akan ambil lebih banyak daripada bahagian pekerja. Kalau dulu, dapat bayar gaji pekerja RM2,000 sebulan, tapi sekarang setelah kita mengejar untung, gaji pekerja dikurang kepada RM1,200 supaya lebih banyak untung pergi kepada pelabur.

Bila semakin banyak bahagian pekerja diambil, akhirnya gaji yang dibayar pun menjadi kecil. Gaji graduan pun menjadi kecil.

Kemudian, kita merungut, gaji kecil, lalu menyalahkan orang itu dan ini padahal salah kita sendiri yang terlalu mengejar untung.

Gaji kecil bukan semata mata persoalan gaji kecil. Gaji kecil sebenarnya berpunca daripada kita terlalu mengejar untung, terlalu taksub menjadi pelabur.

Persoalan gaji kecil ialah persoalan pengagihan mikro-ekonomi yang mana bahagian untuk orang yang buat kerja dikecilkan manakala bahagian untuk orang yang goyang kaki dibesarkan.

Karl Marx memperjuangkan soal ini. Karl Marx selalu dikaitkan sebagai pengasas komunis (walaupun bukan dia yang mengasaskan komunis). Bahkan Vladimir Lenin pun bukan pengasas sebenar komunisme.

Tapi apa yang diperjuangkan oleh Marx, Engels, Lenin, Trotsky hanya lah supaya bahagian lebih untuk pekerja.

Dan pekerja tidak saja terhad kepada orang makan gaji. Pekerja sebenarnya merangkumi para peniaga, usahawan yang berhempas pulas menghabiskan tenaga dan masa untuk perniagaan. Peniaga kecil pun dikira pekerja juga.

Kita memuatnaik poster, mengucapkan Selamat Hari Buruh, tapi tahukah kita asal usul Hari Buruh?

Pada 1 Mei 1889, Kongres Sosialis & Marxist Antarabangsa mengumumkan akan memperjuangkan had masa 8 jam untuk pekerja. Selepas itu, setiap 1 Mei menjadi sambutan perkataan untuk komunis dan sosialis.

Bayangkan kita sambut Deepavali sebagai satu perayaan orang Melayu tapi tak tahu ia perayaan Deepavali. Begitu juga dengan 1 Mei.

Menyambut 1 Mei seumpama mengaku bahawa kita ialah seorang sosialis kerana 1 Mei ialah hari kebesaran sosialis dan komunis.

Sebab itu setiap kali 1 Mei, saya pasti bercakap pasal sosialisme. Hari 1 Mei bukan setakat sambutan kosong yang kita buat ucapan “Selamat Hari Pekerja” tanpa perasaan.

1 Mei sebenarnya Hari Sosialis, Hari Komunis, Hari Marxist, Hari Anarkis.

Apa yang orang Melayu sangka sebagai komunis sebenarnya ialah satu Ideologi dipanggil Stalisme. Parti Komunis Malaya yang mengganas dulu ialah daripada Parti Komunis China dan Mao Zedong yang fikiran mereka berasal daripada Stalin.

Stalin yang menjadi diktator USSR, merampas kuasa daripada Vladimir Lenin. Lenin, pengasas asal komunis dikurung Di rumah sampai dia mati oleh Stalin. Stalin juga membunuh Leon Trotsky.

Fakta yang semua tahu ialah 2 pengasas komunis, Lenin dan Trotsky bermati-matian melawan Stalin.

Beza antara Lenin / Trotsky (komunis sebenar) dengan Stalin (komunis ganas) ialah Lenin dan Trotsky memperjuangkan demokrasi dan reformasi ekonomi. Stalin? Mao Zedong dan Pol Pot itu pengikut Stalin

Sebab itu gerakan sosialis dan komunis seluruh dunia dengan bangganya mendapatkan gambar Karl Marx, Vladimir Lenin dan Leon Trotsky. Gambar Stalin dan Mao Zedong tiada. Maknanya penggerak komunis dunia pun malu nak mengaku Mao dan Stalin sebagai komunis!

Justeru jika kita semberono melabel orang itu orang ini komunis, maknanya kita jahil tak belajar sejarah.

Sebagai contoh, orang Melayu perasan, menyangka mereka dapat bersaing, dengan orang Cina mengikut cara ekonomi orang Cina. Tengok apa jadi sampai sekarang?

Orang Melayu ingat kepentingan ekonomi Melayu dapat dilindungi dengan cara liberal berhaluan kanan, dengan cara kapitalis pasaran bebas. Nak berperang ekonomi dengan orang Cina dan Yahudi, tapi guna senjata yang dicipta orang Cina dan Yahudi. Bodoh.

UMNO tak mungkin dapat selamatkan orang Melayu. Begitu juga parti parti politik yang mengikut haluan kanan seperti UMNO.

Strategi ekonomi kapitalis tak mungkin selesaikan masalah yang selama ini membelenggu ekonomi Bumiputera.

Cara terbaik untuk menyelamatkan ekonomi Melayu ialah cara komunis. Komunis yang saya maksudkan bukanlah Stalin, Mao Zedong, Parti Komunis Malaya. Tapi komunis yang asal (Marx / Lenin / Trotsky).

Tak nak gaji kecil? Tak suka tanah tanah di Malaysia dibolot oleh orang kaya? Tak suka Melayu jauh ditinggalkan oleh orang Cina?

Albert Einstein kata “orang gila ialah orang yang mengulang tindakan yang sama tapi mengharapkan keadaan yang berubah”. Jika orang Melayu mengharapkan perubahan ekonomi, pendekatan mesti berubah.

Tepuk dada, tanya hati. Wallahualam.

Hezri Sardi