Zahiri vs Penunggang Agama, DAP.

Dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru, calon parti DAP (Cina) bertanding lawan calon parti BERSATU (Melayu Islam). Parti UMNO walaupun Melayu Islam, tak sokong BERSATU, malah berkempen untuk DAP.

Apa yang yang saya sebut lepas ni penting sebab kita akan menghadapi lagi beberapa tahun di mana UMNO yang Melayu Islam sokong DAP.

Ada satu video ceramah oleh veteran UMNO, Zainal Abidin Sakom, ini katanya:
“Hukum syarak, kerajaan perpaduan ni dulu ditubuh…diarah oleh Ulil-Amri, Agong (pemerintah Malaysia)… kerajaan ini jadi Ulil-Amri. Apa itu Ulil-Amri? Kerajaan yang memerintah di kalangan kamu…”
Kemudian dia petik ayat Quran (tapi tak sebut surah mana, ayat mana tapi kita tahu ia dari Surah an-Nisa ayat 59)

Dia sambung lagi,
“Kerajaan perpaduan ini telah letakkan calon nya, nama nya Pang Chok tau, maksudnya dia ni bukan lagi calon DAP lagi dah. Dia calon kerajaan memerintah yang dipanggil Ulil-Amri. Bagi orang Islam, mengundi dia bukan sunat, bukan harus, mengundi dia wajib!”

Ayat Quran jika diguna dengan lurus, DAP akan susah sebab Allah kata Kafir dan Musyrik lebih rendah daripada orang Mukmin / Islam. Tapi kalau pusing macam politikus UMNO tadi buat, maka undi calon kafir pun boleh jadi wajib. Di sini, orang timbulkan isu tunggang agama. Banyak orang tak faham maksud tunggang agama.

Tunggang agama adalah manipulasi Qiyas. Dalam mazhab Syafi’e mahupun Maliki (dipanggil Istihsan). Qiyas ialah menggunakan akal dalam mentafsir dalil Quran. Contohnya macam politikus UMNO buat tadi. Cuma secara culas mengaitkan Ulil-Amri dengan DAP, malah mewajibkan undi Ulil-Amri, bermakna dia salahguna Qiyas. Banyak kes manipulasi Qiyas.

Sebab tu Imam Ibn Hazm daripada Mazhab Zahiri tolak Qiyas. Qiyas jika dilakukan oleh Imam Syafi’e dan anak murid mungkin selamat, tapi di tangan orang lain, apa berlaku adalah salahguna. Kes tunggang agama banyak daripada sini.

Dalil kenapa orang Islam ada mazhab dan ijtihad ialah ketika perang melawan Bani Quraizah. Nabi SAW suruh mereka jangan solar asar hingga sampai di Kampung Bani Quraizah. Adalah mustahil untuk sempat solat dalam waktu asar sebab tempat tu jauh. Tentera Islam ada yang hanya solat bila sampai sana walaupun habis asar kerana memahami ayat secara bulat-bulat.
Ada pula yang asalkan solat walaupun belum sampai destinasi. Di sini, mereka tak ikut bulat-bulat tapi memahami maksud di sebalik sabda Nabi SAW. Kedua-dua Nabi kata betul. Di situ bermula mazhab..mazhab pertama ialah ikut Hadis (dikenali ahli hadis)..kedua, ikut rasional (ahli ra’yi). Mazhab Hanafi dikira Raiyi. Maliki pun walaupun sedikit kerat, masih lagi ra’yi. Imam Syafi’e yang mula tegas ikut Hadis walaupun dalam sesetengah kes, pakai kaedah Qiyas yang ikut rasional.
Mazhab Hanbali yang mula-mula pakai Hadis sepenuhnya. Imam Bukhari, Muslim dan lain kemudian mula ikut Hadis sepenuhnya. Ketika mazhab Hanbali bermula, ada satu lagi mazhab berdasarkan Hadis sepenuhnya bermula, iaitu Mazhab Zahiri.

Misalnya, jika mazhab zahiri fahami surah an-Nisa ayat 59 tadi, Ulil-Amri tidak merujuk kepada Agong kerana masa ayat itu diturunkan, tiada Agung. Perkataan “Taat lah” dalam ayat tadi, mengikut Zahiri tak boleh ditafsir secara culas kepada wajib mengundi.

Semua parti tak boleh berlagak suci. Kebanyakan tindakan parti politik untuk menang undi, bukan atas ikhlas. Parti politik Islam pun sama, apatah lagi parti bukan Islam seperti DAP.

Kita mesti terima hakikat yang ketika Quran diturunkan, umat Islam adalah minoriti, orang kafir dan Musyrik adalah majoriti. Oleh itu, ayat Quran secara konsisten merendahkan orang bukan Islam, memanggil mereka kafir dan Musyrik.

Dalam Quran, Islam bukan sama taraf dengan agama lain. Islam lebih tinggi. Orang bukan Islam sesat. Apa yang secara terang dan bulat-bulat disebut dalam Quran rugikan politik DAP.

Untuk kata DAP dan bukan Islam sama taraf dengan orang Islam, atau lebih baik daripada Islam, DAP tak nak ayat Quran difahami secara harfiah, bulat-bulat. Rugi DAP.
Mereka kena cipta maksud lain untuk ayat, supaya ditafsir menguntungkan DAP.

Masa awal, ada ahli parlimen Cina DAP mentafsirkan dalil Quran tapi dihentam semua. Sekarang, mereka lebih pandai. DAP pakai orang Islam untuk buat tafsiran baru Quran supaya untungkan mereka. Kalau parti Amanah, sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, tak dipercayai Melayu. Jadi, mereka pun guna UMNO untuk manipulasi Qiyas sebab UMNO lebih dipercayai Melayu berbanding Amanah.

Hezri Sardi

Kafir: Zahiri, Muktazila, Neoclassical.

Panas baru-baru ni bila seorang Menteri dikatakan haramkan penggunaan kalimah Kafir terhadap orang bukan Islam. Yang paling menarik ialah pendapat orang orang yang menyokongnya. Penyokongnya kata “Tak boleh panggil bukan Melayu sebagai kafir kerana itu menghina”, “Kalau nak berdakwah kepada bukan Melayu, jangan hina mereka dengan perkataan kafir”.

Dengan kata lain, ada sebilangan kecil orang Melayu yang meluaskan pengertian Dakwah. Dakwah itu kalau kepada Islam, ajak orang amalkan wajib dan sunat, tinggalkan Haram. Kepada bukan Islam, Dakwah ialah ajar bukan Islam tentang akidah, rukun Islam. Untuk agama Kristian misalnya, perkataan “Preach” diguna untuk Dakwah kepada sesama Kristian manakala “Proselytizing” untuk Dakwah kepada bukan sesama Kristian.

Di Malaysia, penyokong parti politik kerajaan nampaknya cenderung kepada “Jangan panggil bukan Melayu sebagai Kafir”. Saya tak nak kata mereka betul atau salah.

Muslim zaman sekarang umumnya sama ada Sunni atau Syiah. Yang Sunni sama ada amal ikut mazhab Fiqh- Syafi’e , Hanafi, Hanbali, Zahiri, Maliki. Ada yang tak nak bermazhab dan orang panggil ini Salafi. Ini daripada segi Fiqh amalan.

Daripada segi teologi, pada 300 tahun pertama Islam, tiada sempadan jelas antara Syiah dan Sunni. Bahkan kemudian Fatimiyah yang Syiah memerintah Rakyat Mesir yang Sunni. Kerajaan Safavid di Parsi hanya jadi betul betul Syiah pada abad ke 18 masehi saja!

Ketika zaman sahabat, Salafi, tak wujud ilmu Kalam di kalangan Sunni dan Syiah. Yang mulakan ilmu Kalam ialah Muktazila yang banyak Sunni sekarang kata sesat. Kebanyakan tak tahu yang beberapa tokoh penting Mazhab Hanafi adalah Muktazila. Pada zaman tu, empayar Islam Sepanyol sampai ke Bangladesh. Sepanjang barat ke timur, ada minoriti penduduk beragama Kristian, Zoroastrian, Mani, Hindu. Jadi ada yang fikir keperluan untuk mempersembah Islam kepada agama lain secara rasional. Itu dibuat oleh Muktazila. Idea Muktazila yang paling utama ialah persoalan Moral. Moral Muktazila ialah baik buruk bukan semata-mata hukum Allah tetapi Baik Buruk di mata manusia. Konsep moral sebegini yang boleh diterima oleh bukan Islam.
Yang menentang kuat Muktazila ialah Imam Hanbali. Salah seorang Muktazila iaitu Abu al‐​Hasan al‐​Ashari buat U-turn dan mulakan apa yang kita hari ni panggil Akidah Al-Ashari. Imam Hanbali tak berkenan dengan ilmu Kalam tapi sebagai bekas Muktazila, Al-Ashari dapat cerita panjang-lebar pasal Kalam. Lama kemudian seorang Al-Ashari iaitu Abu Hamid al‐​Ghazali cipta konsep “maqasid al‐​sharia” yang ala ala Muktazila, yang kerajaan sekarang jaja sebebas mungkin.

Doktrin Wahabi datang daripada Mazhab Hanbali. Hanafi pula agak bebas. Syafi’e di tengah. Cuma Syafi’e zaman kemudian guna kaedah Qiyas sebebas-bebasnya. Ini yang ditentang oleh Hanbali dan Zahiri. Mereka tak serang Imam Syafi’e tapi serang penggunaan Qiyas secara bebas. Cuma ada beza jelas antara Zahiri dengan Hanbali. Zahiri terima ilmu Qalam dan logik.

Kembali kepada isu Kafir tadi, penyokong kerajaan kata pengguna kalimah kafir sebagai Tak Rasional (Tak LOGIK). Zahiri lebih tegas dalam dalil berbanding Hanafi dan Syafi’e tapi pada sama paling panjang-lebar dalam logik. Menurut Ibn Hazm (zahiri), semua kalimah dalam Quran ada maksud kecuali yang seperti “Ya-Sin”, “Alif Lam Ra”, “Alif Lam Mim”. Maknanya, kalimah Kafir yang ada lebih 500 dalam Quran mesti digunapakai. Penyokong kerajaan kata “Kafir” mesti ikut konteks. Ibn Hazm (Zahiri) kata konteks mesti difahami secara exoteric, bukan esoteric. Penyokong kerajaan nampaknya memahami konteks Kafir secara esoteric, iaitu dalam pengalaman sekarang di mana orang Cina sakit hati bila dengar perkataan kafir. Exoteric pula kefahaman yang tak berubah ikut pengalaman. Maknanya, Zahiri fahami Kafir sebagai istilah asal iaitu orang yang tidak percaya Islam. Itu lah maksudnya dulu sampai sekarang. Kalau penyokong kerajaan fahami secara konteks sekarang, iaitu kafir itu buat Cina sakit hati, maknanya kalimah kafir itu telah diliberalkan.

Seperti biasa, saya akhiri dengan kaitan dengan ilmu ekonomi. Parallel kepada Ibn Hazm (Zahiri) dalam ekonomi ialah Piero Sraffa. Jika Ibn Hazm tegas dalam logik dengan kritik Qiyas, Sraffa tegas dalam logik dengan kritik teori Neoclassical. Banyak teori Neoclassical yang dipercayai orang ramai. Misal, teori harga ikut Demand Supply dan teori keyakinan pelabur menaikkan ekonomi. Teori Neoclassical bergantung kepada fahaman logik yang dilonggarkan.

Hezri Sardi

Zahiri vs Liberal: Logik vs Wewenang.

Kes Nik Elin vs Kelantan menyerlahkan satu bentuk pemikiran di kalangan sekelompok orang Islam.
1) Apabila ada tangan manusia dalam sesuatu urusan agama, maka dianggap ia bukan hukum agama.
2) Walaupun sesuatu perbuatan dilarang, kalau tiada hukuman fizikal dalam Quran, maka larangan itu boleh dilanggar.

Semasa sekolah rendah, saya pergi sekolah agama Johor di sebelah petang. Ajaran sekolah tu taqlid ke mazhab Syafi’e.
Sekolah menengah, saya tinggal di asrama. Di sana, ada AJK surau yang tugasnya azan, solat jemaah, usrah/tazkirah. Tazkirah pun hanya cakap pasal sah batal wuduk, solat.
Di luar sekolah ada badan pengawas yang dilantik cikgu dan exco pelajar yang diundi dalam pilihanraya pelajar setiap tahun. Jika AJK surau hanya di surau pada masa tertentu, pengawas dan exco pelajar berkuasa di semua tempat dalam sekolah. Siap ada organisasi, misalnya Ketua pengawas, Presiden, Setiausaha Agung Exco Pelajar. AJK surau semuanya nama jawatan sama iaitu AJK surau.

Masa saya 15 tahun, ada beberapa pelajar baru masuk pada umur mereka 17 tahun. Mereka bawa pengaruh politik Islam ke sekolah. Akhirnya, AJK surau berubah jadi satu badan. Lelaki perempuan bergabung dengan organisasi diketuai Presiden. Walaupun pengaruh mereka masih di surau-surau saja, kandungan tazkirah sebelum selepas solat jemaah dah meluas skop sampai ke Arab. Ikhwanul muslimin, Hassan al Banna, banyak lagi.
Badan yang nama pendeknya BADRI ni ada perlembagaan pendek yang terpampang di surau iaitu:
“Pergerakan ini adalah berlandas kepada Al-Quran, Hadis dan Ijma'”
Di sini, saya selalu hairan sebab di buku teks Pendidikan Islam, ada sumber yang ke 4 iaitu IJTIHAD yakni pendapat ulama. Dan saya tahu dalam Mazhab Syafi’e yang kita bertaqlid guna Qiyas. Kenapa ia tak ditulis jadi sumber ke 4?

2 tahun kemudian, saya jadi Presiden BADRI yang ke 3. Masa tu, saya dah baca yang Dr Yusuf Qaradawi (Allahyarham) tak guna qiyas. Bahkan banyak ulama besar lain misalnya Imam Hanbal kritik Qiyas. Dan ada mazhab lain selain Syafi’e. Pendek kata, ada perbezaan pendapat yang kadang kala keras. Jadi saya faham perlembagaan BADRI hanya sampai Ijma’ saja; sebab nak elak perpecahan. Kenapa nak elak perpecahan? Sebab BADRI bukan setakat nak ajak orang solat, tetapi nak perjuang politik Islam. Cuma masalahnya, walaupun berjawatan Presiden, badan ni pengaruhnya masih terbatas di surau-surau saja. Jadi, saya pun buat rancangan untuk BADRI lebih tinggi daripada Exco Pelajar dan pengawas dalam 3 tahun lepas saya tinggalkan sekolah. Sesiapa yang datang ke sekolah tu kemudian akan dapati badan agama lebih tinggi daripada pengawas dan exco pelajar!

Selepas SPM, sibuk dengan masalah hidup, saya tinggalkan ilmu sampailah masuk 30 tahun, di mana saya mula belajar mazhab hanbali. Saya jumpa mazhab fiqh besar ke 5 iaitu Mazhab Zahiri.
Mazhab ni unik sebab biasanya pengasas mazhab ialah pelopor no. 1. Syafi’e, Hanbali, Hanafi, Maliki tapi pelopor no. 1 mazhab zahiri ialah Ibn Hazm yang lahir lebih 100 tahun daripada pengasasnya. Ibn Hazm juga satu-satunya imam besar mazhab yang hidup di Sepanyol.

Kalau anda ikut sejarah Fiqh secara mendalam, anda akan tahu mazhab zahiri dikenali sebagai “Literalist”, kerana ia ikut bulat-bulat perkataan dalam Quran dan hadis. Ini betul tapi tak cukup betul sebab Imam Ibn Hazm bina Mazhab Zahiri lebih daripada tu. Ibn Hazm terkenal kerana beliau pakar logik yang lebih baik daripada 4 imam mazhab besar kita.

Ibn Hazm boleh dibandingkan dengan Piero Sraffa dalam bidang ekonomi. Kedua-dua “menyempitkan” penggunaan akal dalam ilmu, supaya kemudian dapat diguna dengan lebih meluas. Satu lagi persamaan ialah mereka mengkritik dalam satu subjek yang sangat khusus. Ibn Hazm bidas kaedah Qiyas manakala Sraffa bidas neoclassical (teori demand-supply). Memahami Ibn Hazm membolehkan saya memahami Piero Sraffa 5 tahun kemudian.

Katakan, kita nak jawab satu soalan, “Adakah epal hijau manis?”
Kalau kita guna kedah Qiyas, kita akan kenalpasti “Illat” atau sifat/punca.
Menurut pengetahuan kita, epal merah rasanya manis. Kita pun menganggap epal hijau adalah manis hanya sebab epal merah manis. Walaupun epal hijau dan merah berbeza, kita tersilap anggap sifatnya sama hanya kerana kedua-dua ialah epal!

Ini contoh amalan culas dan cuai bila guna akal dalam analogi atau inductive reasoning. Ini yang biasa berlaku dalam Qiyas menurut Dr Yusuf Qaradawi dan Ibn Hazm.

Dalam bidang ekonomi pun selalu berlaku, misalnya bila nilai Ringgit jatuh, kita anggap ia berpunca daripada eksport jatuh atau pelaburan asing jatuh walaupun tiada bukti perkaitan. Ia penggunaan akal secara cuai dan culas.

Ibn Hazm kata dalam Qiyas, kecuaian biasa berlaku apabila manusia jadi wewenang bila memahami sifat, lihat contoh epal hijau merah tadi. Sebagai alternatif kepada Qiyas, Ibn Hazm guna Ad-Dalil. Maknanya perkataan dalam Quran dan Hadis serta bukti melalui 5 deria. Tidak membayangkan apa-apa yang tiada.

Kita ambil contoh nilai Ringgit berbanding dollar US. Kita sepatutnya cari bukti yang dapat dikesan oleh 5 deria antara Ringgit dan dollar. Tapi kita memasukkan unsur-unsur yang tiada di antara pertukaran Ringgit dollar. Misalnya kita masukkan kadar faedah US atau pindahan pelaburan yang tak melibatkan tukaran dollar Ringgit. Memasukkan unsur tak berkaitan sebenarnya hanya imaginasi akal kita.

Disclaimer di sini, Zahiri bukan Wahabi, bukan Khawarij kerana Wahabi, Khawarij adalah doktrin ideologi manakala Zahiri ialah kaedah intelektual.

Berbalik kepada Nik Elin dan pendokong liberal, mereka ni membawa wewenang ini ke tahap lebih tinggi, ekstrem. Misalnya, solat Jumaat adalah wajib. Maknanya ia dipaksa kerana ada dalil. Tapi orang liberal akan memahami hukum solat jumaat secara wewenang. Asalnya wajib, dipaksa tapi ditukar kepada “amalan agama ni tak boleh dipaksa-paksa, ia hak individu”!

Liberal ni bukan lagi culas atau cuai dalam penggunaan akal. Tapi lebih kepada nafsu. Bukan berkompas kepada standard tetap, tapi standard berubah-ubah ikut apa yang mereka suka dan tak suka.
Puak liberal sekarang kata apa yang melibatkan akal manusia, bukan hukum agama. Jadi, mereka keluarkan begitu banyak hal daripada hukum agama.
Sebaliknya, Ijma’ ada akal manusia dalam tu. Bahkan dalam mazhab yang ketat seperti zahiri, ad-Dalil pun ada akal manusia dalam tu. Jadi tak semestinya bila ada akal manusia terlibat, sesuatu benda tu terkeluar daripada hukum agama. Prinsip yang betul ialah jangan cuai dan culas dalam guna akal. Yang menariknya, jangan cuai dan culas dalam guna akal, ini turut terpakai dalam pemikiran ekonomi!

Hezri Sardi

Syaria vs Sekular.

Masa saya 16 tahun, saya percaya hukuman sivil tu boleh dikira takzir TAKZIR, sebiji macam sesetengah orang Melayu sekarang cakap. Dan saya selalu berdebat dengan kawan kawan sekolah pasal tu. Sampai lah saya terjumpa tulisan daripada Dr Mahmood Zuhdi (Allahyarham). Saya ingat lagi sampai sekarang walaupun dah lebih 20 tahun.

Dr Mahmood Zuhdi kata, sebelum kita nak berbincang pasal hukum Islam, kita mesti terlebih dulu dapat bezakan antara Qanun dan Fiqh. Menurut beliau, Qanun ialah Canon manakala Fiqh ialah Jurisprudence. Qanun (Canon) ialah apa yang berjaya ditulis jadi undang-undang. Qanun ada kuasa untuk dikenakan kepada orang. Fiqh (Jurisprudence) pula ialah “raw polemics” atau perbincangan di kalangan ilmuan berkenaan hukum. Fatwa mufti pun sebahagian daripada Fiqh (jurisprudence). Fiqh tiada kuasa dan tak boleh dipaksakan kepada orang. Saya faham ni pada umur 16.

Saya belajar satu lagi. Di surau dan perpustakaan, saya baca banyak buku agama. Ada cerita terperinci pasal saidina Ali dan nabi-nabi proto-Islam (sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW). Kemudian, saya sedar yang dalam buku-buku hadis dan Quran tiada cerita yang saya baca tadi. Saya kaji punya kaji, akhirnya dapat tahu yang cerita pasal Saidina Ali tadi datang dari sumber riwayat Syiah. Manakala cerita-cerita pasal Nabi-Nabi proto-Islam tadi datang dari sumber dipanggil Israiliyat. Israiliyat ialah sumber-sumber daripada Bible. Lebih khusus lagi, Old Testament dan New Testament. New Testament daripada Gospel agama Kristian manakala Old Testament ialah agama Judaisme, yakni tanakh, torah, Talmud. Di sini, saya tanya lagi. Misalnya, kita belajar agama Islam dan kita kata agama Judaisme dan Kristian dah dipesongkan, kenapa buku agama guna sumber bukan Islam.

Dari sini, saya terjumpa konsep ilmu yang sangat penting iaitu EPISTEMOLOGY. Sesuatu yang dikatakan bidang ilmu tu, datang dari sumber-sumber berbeza. Misalnya dalam kes buku agama tadi, ada info yang datang daripada Israiliyat, ada dari hadis, ada daripada catatan sirah, ada Syiah. Nilai untuk setiap ilmu tadi berbeza-beza ikut sumber.

Menggunakan EPISTEMOLOGY dan perbezaan Fiqh-Qanun dalam isu Takzir dan Sivil. Dalam kes mahkamah Nik Elin vs Kelantan, 16 hukuman syariah dibatalkan. Banyak orang Islam marah. Sebagai tindakbalas, penyokong parti kerajaan kata hukuman syariah yang dibatalkan tu tak perlu sebab dalam hukuman sivil dah ada, misalnya kesalahan liwat. Ada penyokong parti kerajaan yang berani kata hukuman sivil tadi ialah takzir.

Menggunakan asas yang saya terangkan awal tadi, hukuman akhir (Qanun) misalnya hukuman liwat, ada dalam undang-undang syariah dan sivil. Tapi sebelum Qanun tu ditulis, ia mesti melalui perbincangan ilmiah. Itu yang kita panggil Jurisprudence.

Yang kita semua tahu, hukuman liwat dalam syariah melalui Fiqh atau Jurisprudence Islam. Tapi hukuman liwat dalam sivil tak melalui Fiqh. Yang lagi dahsyat lagi, hukuman liwat dalam sivil dah wujud sebelum undang-undang syariah merdeka wujud. Maknanya, daripada segi epistemology, satu sumber Islam, satu sumber bukan Islam atau sekular.

Penyokong kes Nik Elin berhujah seolah-olah semua hukum daripada manusia ialah bukan hukum Islam. Ini salah. Bak kata Dr Mahmood Zuhdi awal tadi, hukum Islam terbahagi kepada Qanun dan Fiqh. Fiqh ialah perbincangan, dah tentu yang berbincang itu semua manusia.

Kitab Al-Quran. Iabayat daripada Allah, bukan manusia. Tapi ayat tu saja ayat Allah. Cetakan atas kertas dan baris tajwid di setiap huruf adalah ciptaan manusia. Buku Quran yang dicetak tu ialah codex atau Mushaf, bunyi bacaan tu yang daripada Allah. Inovasi manusia pada baris tajwid dan cetakan itu tak membuatkan Quran tidak Islamik. Berbeza dengan Gospel Kristian yang banyak sarjana Kristian sendiri kata makna ayat pun diubah manusia.

Penyokong kerajaan kata TAKZIR ialah ciptaan manusia dan kalau ia sama macam syariah, ia boleh ganti hukum syariah. Ini salah sebab penghujah tak membezakan antara Canon dan Jurisprudence, melalui Epistemology.

Hezri Sardi

Logik Fiqh Ekonomi.



Cara banyak orang berbincang pasal isu ekonomi buat saya hilang selera. Walaupun banyak orang tak sedar, kita ni mengikut barat. Tak salah belajar dari barat. Masalah bila kita tiru tapi tak faham apa yang kita tiru.

Pemikir ekonomi barat, walaupun kebanyakan mereka agnostic atau atheis, tapi masa kecil membesar dalam kelas agama, sama ada Kristian atau Yahudi. Ini mempengaruhi cara mereka memahami ekonomi. Setiap agama tadi ada worldview tersendiri.

Christian: Yakin.
Dengan hanya keyakinan tinggi, seseorang boleh mengatasi masalah ekonomi. Dalam pasaran bebas, seseorang boleh “survive” kalau dia yakin. Sebab itu, banyak parti politik right wing / conservative barat yang sinonim dengan pasaran bebas.

Yahudi / Talmud: Matlamat.
Persoalan moral (halakha) dalam agama Yahudi dibincang melalui Talmud oleh rabbi-rabbi. Dalam worldview Talmud, kebenaran boleh berubah-ubah bagi mencapai matlamat.
Kebenaran bukan bergantung kepada logik, sains atau hujah, tetapi bergantung kepada sama ada seseorang mampu “spin”, belit, pusing isu itu.

Saya melihat orang Melayu misalnya, dalam isu ekonomi banyak berfikir melalui worldview tadi. Mungkin mereka sembahyang, mungkin niat mereka betul nak memperjuangkan isu ekonomi Melayu, tapi tanpa sedar berfikir melalui cara agama lain. Kebanyakan orang fikir cara Kristian, iaitu “keyakinan mengatasi segalanya”. Tapi ada sebahagian kecil yang berfikir secara Talmudic, iaitu kebenaran boleh diketepikan, yang penting boleh capai matlamat. Yang penting cara nak olah, nak persembahkan hujah itu meyakinkan.

Tapi kita orang Islam ada fiqh. Worldwide dalam fiqh hukum Islam berbeza dengan Kristian dan Talmudic. Kaedah fiqh ialah sebelum apa-apa, ada benda-benda yang kita wajib elak. Haram. Yang dinyatakan secara jelas dalam dalil. Yang paling besar, syirik atau menyekutukan Allah. Benda-benda yang dilarang secara jelas tak banyak, tak sampai beratus pun. Selain daripada larangan yang jelas, kita boleh berbeza pendapat. Itu dipanggil mazhab fiqh. Misalnya, ada pihak yang kata maulud nabi bidaah, ada yang kata tak bidaah.

Kalau nak cari kebenaran dalam Ekonomi, sebenarnya logik daripada cara fiqh ini digunakan. Sepatutnya sebagai umat Islam, kita berfikir melalui cara ni. Mungkin ekonomi ni ialah bidang moden ciptaan manusia, sebab tu kita tak terfikir nak pakai cara fiqh.

Cara fiqh ialah pertama sekali, kena kenalpasti lubang-lubang atau tembok-tembok yang kita mesti elak dalam perbincangan ekonomi. Pada zaman moden, manusia dah kenalpasti apa yang dipanggil “cognitive bias” atau “logical fallacy”, iaitu kesilapan dalam amalan logik yang manusia biasa buat. Bagi mencapai kebenaran, seseorang mesti mengelakkan seberapa banyak fallacy dalam perbincangan ekonomi.

Misalnya, antara kesalahan logik paling besar dalam perbincangan ekonomi ialah:
1) Fallacy of Composition.
Misalnya, menganggap semua peniaga Melayu memiliki agenda yang sama. Satu lagi contoh, walaupun ada banyak matawang wujud, tapi atas kertas, kita menganggap semua duit dalam bentuk Ringgit (supaya senang kira)
2) Reification.
Sesuatu maklumat itu sebenarnya hanya satu pendapat, anggaran, atau dalam bentuk abstrak, tapi kita anggap ia sebagai fakta fizikal yang tak boleh dipertikai.
Misalnya, permintaan (demand) dan penawaran (supply). Kita anggap ada satu ukuran fizikal tetap untuk itu walaupun ia hanya benda abstrak atau metafizik.
3) Causality.
Kita menganggap A menyebabkan B terjadi walaupun ini sepatutnya dibuktikan melalui banyak eksperimen.
Misalnya, kita anggap Ringgit jatuh disebabkan pelancong dan pelabur tak masuk Malaysia.

Jika kita guna cara fiqh, kita akan kenalpasti 20 kesilapan logik yang biasa dan pastikan perbincangan ekonomi kita tak langgar itu. Anggap Fallacy yang mesti dielak itu seperti lubang atau tempoh. Takkan nak masuk lubang atau langgar tembok?

Cuma memang mudah fallacy menjadi “obscure” atau samar, kerana ia bukan nampak depan mata. Seseorang boleh guna cara Kristian, dengan konfiden langgar semua tembok “fallacy” tadi kerana tiada akauntabiliti. Kalau langgar tembok, tak perlu dihukun atau disaman. Kalau kita jurutera, dan hasil kerja kita silap dan buat mudarat, kita boleh kena saman. Tapi kalau berbincang ekonomi dengan konfiden, belit sana sini, jika bawa mudarat kepada orang lain, tak kena apa apa.

Sebab itu, perbincangan ekonomi ialah sesuatu yang semua orang suka terlibat, tetapi rata-rata ikut cara Kristian dan Yahudi walhal ada cara betul ikut fiqh Islam.

Hezri Sardi

Mazhab

Mazhab
(Hezri Sardi)

Baru baru timbul lagi pihak pihak yang kondem ilmu hadis, dengan mempertikaikan beberapa hadis. Antara terkena ialah Sahib Bukhari dan lain lain. Minum kencing unta lah, nikah budak kecil lah.

Kewujudan media sosial menggalakkan orang ramai mencampak pendapat, mengutuk sana sini.

Hasil pemerhatian saya, orang tak nampak isu sebenar. Imam Bukhari, Muslim dan lain lain sebenarnya bukan setakat bawa hadis hadis tetapi yang paling penting ialah mereka bawa mazhab, atau kerangka dalam memahami agama.

Kutukan terhadap beberapa perkara dalam kitab kitab mereka tak boleh runtuhkan mazhab atau kerangka yang mereka dah bina.

Sekarang pun di negara kita ada beberapa pakar hadis yang orang kutuk sebab tak ikut mazhab Maliki, Syafie, hanbal, dan hanafi. Tapi orang yang mengutuk itu silap sebab pakar hadis ini tetap mengikut kerangka tertentu walaupun tak ikut 4 mazhab tadi.

Mazhab atau kerangka ialah metodologi bagi memahami sesuatu dalam ilmu bukan sains tulen. Ilmu sains tulen seperti perubatan, tak boleh ada mazhab yang pelbagai sebab ia sains yang spesifik. Ilmu bukan sains tulen seperti siasah, ekonomi dan fiqh agama difahami dan diamalkan melalui mazhab mazhab.

Misalnya, dalam agama, saya secara peribadi tak bersetuju dengan Kaedah qiyas dalam mazhab syafie. Saya mengikut mazhab zahiri cabang Imam Ibn Hazm. Tapi, sampai sekarang Ibadah solat semua saya tetap mengikut mazhab syafie. Kenapa?

Buka sedikit sejarah. Ibn Hazm ialah ulama di Sepanyol semasa kesultanan Islam. Mula mula beliau pakar mazhab Maliki. Kemudian, setelah mendapati Syafie lebih baik, beliau belajar mazhab syafie hingga jadi pakar mazhab syafie. Kemudian, beliau mendapati mazhab zahiri lebih baik daripada syafie, beliau belajar dan jadi pakar mazhab zahiri. Kemudian, beliau membangunkan mazhab sendiri berdasarkan zahiri.

Beliau belajar 3 mazhab sebelum mengkritik mazhab yang dipelajari dan membangunkan mazhab sendiri. Berlaku pergolakan politik di Sepanyol, akhirnya penyokong fanatik Maliki membakar banyak kitab kitab Ibn Hazm. Apabila Kristian menakluk semula Sepanyol, buku buku Islam banyak dibakar. Hanya sekitar 5% daripada kitab Imam Ibn Hazm kekal sampai sekarang. Dan seperti syafie, hanbali, Maliki, hanafi, tiada institut besar yang mengajar mazhab zahiri kepada masyarakat. Justeru, betapa bagusnya mazhab Ibn Hazm sekalipun, pendidikan ya terputus.

Saya cuba mengkaji kitab Ibn Hazm, tapi masih belum cukup untuk saya amalkan sebagai satu mazhab. Untuk menggantikan sesuatu mazhab, mesti ada mazhab yang lain.

Ini juga terpakai dalam hal ehwal ekonomi. Misalnya, suatu ketika dulu, kami pernah cuba mendidik kepada umum tentang konsep “Cetak Duit” tetapi kami dibantai oleh banyak pihak dalam media sosial walhal kami bercakap tentang benda yang betul dan fakta.

Masyarakat memahami isu ekonomi itu melalui cara yang salah. Pasal isu “Cetak Wang” , orang ramai termasuk orang politik dan “influencer” media sosial sampai ke orang biasa, komen berkenaan isu ekonomi ini tanpa melalui mana mana mazhab ekonomi.

Ingat, Imam Syafie kritik mazhab Maliki setelah dia belajar mazhab Maliki dan beliau kemukakan mazhab sebagai alternatif.

Imam Ibn Hazm kritik mazhab Maliki, syafie, dan zahiri setelah jadi pakar dalam dalam 3 mazhab itu, itu pun beliau kritik dengan kemukakan mazhab baru.

Piero Sraffa mengkritik mazhab Marginalism dan David Ricardo dengan mengemukakan mazhab baru sebagai pengganti.

Karl Marx mengkritik mazhab kapitalis dengan mengemukakan mazhab baru sebagai ganti.

Dalam isu “Cetak Duit”, orang ramai cuba Komen pasal isu ini tanpa belajar mana mana mazhab ekonomi. Apa yang mereka cuba buat sebenarnya sama macam orang yang acah acah anti-hadis cuba kondem ilmu hadis.

Mazhab tidak boleh diatasi oleh Komen Komen. Mazhab hanya dilawan dengan mazhab yang lain!

Sekarang, misalnya, orang ramai mengeluh apabila kerajaan terlalu mengurangkan kilang kilang besar, bank bank. Tak berani cukai orang kaya. Sebenarnya ini semua menjadi dasar kerajaan kerana mazhab mazhab yang menguasai birokrat kerajaan. Parti politik lain tak dapat mengubahnya. Bukti yang paling mudah Perikatan Nasional, UMNO, mahupun Pakatan Harapan, tiada satu pun mampu memikirkan sistem cukai lain selain GST dan income tax. Mereka masih bertikam kisah siapa yang mampu bawa masuk lebih banyak FDI. Maknanya, logo luaran parti politik berlainan tapi mazhab ekonomi tetap sama, tetap dua kali lima.

Untuk mengubah dasar dasar ekonomi yang tak berfungsi, cara nya tak cukup dengan menukar parti politik atau pemimpin sebab masalah sebenar ialah mazhab ekonomi yang sedang berkuasa sekarang.

Mazhab hanya diatasi oleh mazhab yang lain.

Zaman sekarang juga orang ramai taksub dengan data. Ada sikit data, orang ramai akan analisa atau manipulasi sana sini untuk kondem tentang sesuatu. Ada data, komen. Ada data sikit, dah rasa pandai, kondem.

Seperti saya kata, mazhab hanya dilawan oleh mazhab lain. Mazhab tak boleh diatasi oleh data walau sepandai mana kita manipulasi data itu.

Cuma masalahnya mazhab atau kerangka memerlukan kita membaca, mengkaji, belajar secara meluas dan mendalam. Sanggupkah kita?

Pada zaman media media sosial yang orang mengejar likes dan perhatian, masyarakat mula berubah menjadi “knee-jerk” (tak fikir panjang) dan “hands-on” (buat tapi tak belajar). Orang ramai pun tak sabar. Semuanya mahu short cut, semua mahu jalan pintas.

Tapi saya tetap dengan prinsip saya, bila mengkritik mesti datang dengan mazhab yang lengkap. Data saja, petik sana, petik sini saja tak cukup.

Tuan Puan pula macam mana? Tepuk dada, tanya iman.

Wallahualam

Hezri Sardi