Syaria vs Sekular.

Masa saya 16 tahun, saya percaya hukuman sivil tu boleh dikira takzir TAKZIR, sebiji macam sesetengah orang Melayu sekarang cakap. Dan saya selalu berdebat dengan kawan kawan sekolah pasal tu. Sampai lah saya terjumpa tulisan daripada Dr Mahmood Zuhdi (Allahyarham). Saya ingat lagi sampai sekarang walaupun dah lebih 20 tahun.

Dr Mahmood Zuhdi kata, sebelum kita nak berbincang pasal hukum Islam, kita mesti terlebih dulu dapat bezakan antara Qanun dan Fiqh. Menurut beliau, Qanun ialah Canon manakala Fiqh ialah Jurisprudence. Qanun (Canon) ialah apa yang berjaya ditulis jadi undang-undang. Qanun ada kuasa untuk dikenakan kepada orang. Fiqh (Jurisprudence) pula ialah “raw polemics” atau perbincangan di kalangan ilmuan berkenaan hukum. Fatwa mufti pun sebahagian daripada Fiqh (jurisprudence). Fiqh tiada kuasa dan tak boleh dipaksakan kepada orang. Saya faham ni pada umur 16.

Saya belajar satu lagi. Di surau dan perpustakaan, saya baca banyak buku agama. Ada cerita terperinci pasal saidina Ali dan nabi-nabi proto-Islam (sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW). Kemudian, saya sedar yang dalam buku-buku hadis dan Quran tiada cerita yang saya baca tadi. Saya kaji punya kaji, akhirnya dapat tahu yang cerita pasal Saidina Ali tadi datang dari sumber riwayat Syiah. Manakala cerita-cerita pasal Nabi-Nabi proto-Islam tadi datang dari sumber dipanggil Israiliyat. Israiliyat ialah sumber-sumber daripada Bible. Lebih khusus lagi, Old Testament dan New Testament. New Testament daripada Gospel agama Kristian manakala Old Testament ialah agama Judaisme, yakni tanakh, torah, Talmud. Di sini, saya tanya lagi. Misalnya, kita belajar agama Islam dan kita kata agama Judaisme dan Kristian dah dipesongkan, kenapa buku agama guna sumber bukan Islam.

Dari sini, saya terjumpa konsep ilmu yang sangat penting iaitu EPISTEMOLOGY. Sesuatu yang dikatakan bidang ilmu tu, datang dari sumber-sumber berbeza. Misalnya dalam kes buku agama tadi, ada info yang datang daripada Israiliyat, ada dari hadis, ada daripada catatan sirah, ada Syiah. Nilai untuk setiap ilmu tadi berbeza-beza ikut sumber.

Menggunakan EPISTEMOLOGY dan perbezaan Fiqh-Qanun dalam isu Takzir dan Sivil. Dalam kes mahkamah Nik Elin vs Kelantan, 16 hukuman syariah dibatalkan. Banyak orang Islam marah. Sebagai tindakbalas, penyokong parti kerajaan kata hukuman syariah yang dibatalkan tu tak perlu sebab dalam hukuman sivil dah ada, misalnya kesalahan liwat. Ada penyokong parti kerajaan yang berani kata hukuman sivil tadi ialah takzir.

Menggunakan asas yang saya terangkan awal tadi, hukuman akhir (Qanun) misalnya hukuman liwat, ada dalam undang-undang syariah dan sivil. Tapi sebelum Qanun tu ditulis, ia mesti melalui perbincangan ilmiah. Itu yang kita panggil Jurisprudence.

Yang kita semua tahu, hukuman liwat dalam syariah melalui Fiqh atau Jurisprudence Islam. Tapi hukuman liwat dalam sivil tak melalui Fiqh. Yang lagi dahsyat lagi, hukuman liwat dalam sivil dah wujud sebelum undang-undang syariah merdeka wujud. Maknanya, daripada segi epistemology, satu sumber Islam, satu sumber bukan Islam atau sekular.

Penyokong kes Nik Elin berhujah seolah-olah semua hukum daripada manusia ialah bukan hukum Islam. Ini salah. Bak kata Dr Mahmood Zuhdi awal tadi, hukum Islam terbahagi kepada Qanun dan Fiqh. Fiqh ialah perbincangan, dah tentu yang berbincang itu semua manusia.

Kitab Al-Quran. Iabayat daripada Allah, bukan manusia. Tapi ayat tu saja ayat Allah. Cetakan atas kertas dan baris tajwid di setiap huruf adalah ciptaan manusia. Buku Quran yang dicetak tu ialah codex atau Mushaf, bunyi bacaan tu yang daripada Allah. Inovasi manusia pada baris tajwid dan cetakan itu tak membuatkan Quran tidak Islamik. Berbeza dengan Gospel Kristian yang banyak sarjana Kristian sendiri kata makna ayat pun diubah manusia.

Penyokong kerajaan kata TAKZIR ialah ciptaan manusia dan kalau ia sama macam syariah, ia boleh ganti hukum syariah. Ini salah sebab penghujah tak membezakan antara Canon dan Jurisprudence, melalui Epistemology.

Hezri Sardi

Leave a comment