La fiscalité et ses conventions fondamentales

La fiscalité et ses conventions fondamentales

La fiscalité et ses conventions fondamentales
(Hezri Sardi)

“Stripped of unnecessary definition or any fanciness attached to it, taxation is actually political in nature. It is indeed a fallacy to say that taxation is a matter of legal or finance. Neither does taxation have any roots in the field of economics. In fact, the other way holds true, as economics grows and blooms from taxation.

Taxes are never paid, it is taken. There is no such thing as clear as a bad tax or a good tax, as it is merely a tool wielded.

A strong Government, has at its disposal the means of putting in place (and enforcing) any kind of taxation, regardless of how merciful or oppressive it can be. Taxation can be as helpful or as regressive as the Government wants (or needs) it to be, as the Government is the sole legal owner of enforcement.

This fact had proven to be immutable, save for the fact that only a single united voice of determined people is indeed able to challenge and remove either the taxation or the Government, or both”.

Hezri Sardi

Manifesto Ekonomi

Manifesto Ekonomi
(Hezri Sardi)

Pada musim pilihanraya ini, banyak calon buat pelbagai janji. Janji yang paling penting untuk menarik undi ialah manifesto Ekonomi.

Namun amat mengecewakan apabila masih banyak calon mengaitkan bilangan usahawan dengan kenaikan ekonomi. Menurut logik mereka, semakin banyak usahawan, semakin naik ekonomi. Tak perlu dijelaskan yang apa mereka cakap langsung tiada asas kebenaran. Mereka cuma, macam burung kakak tua, mengulang-ulang apa orang sebelum itu cakap.

Kalau kita banyak membaca sejarah politik ekonomi, apa yang yang politikus ini semua cakap berasal daripada ideologi neoliberalisme.

Dipendekkan cerita, kalau misalnya nak menambahkan usahawan atau peniaga, ada 2 masalah pokok:

1) Kalau semua orang yang tiada kerja, disuruh menjadi usahawan, semua orang jual barang, yang beli barang kurang. Cakap cakap menambah usahawan ni dipanggil juga “supply side economics”. Pada 1930 hingga 1940an, zaman great depression, ia telah dibuktikan salah. Pengalaman negara-negara pada masa itu ialah menambahkan kerja ‘makan gaji” kepada rakyat. Apabila bilangan orang “makan gaji” bertambah, barulah mereka mampu beli barang. Barang yang dijual usahawan pun dibeli. Ini dipanggil “demand side economics” atau “Keynesian”.

2) Apa yang dipanggil “usahawan” atau “peniaga” ini sebenarnya “penganggur”. Jika kita lihat 100 orang yang mengaku usahawan, mungkin 80 orang sebenarnya menganggur, tiada pendapatan. Di Malaysia, penganggur terpaksa mengaku sebagai “usahawan” sebab kalau dia kata dia menganggur, orang sekeliling akan kutuk dia. Dia terpaksa kata diri ialah Usahawan, walhal sebenarnya tiada pendapatan.

Ada seorang calon dari satu parti politik misalnya, menjanjikan platform untuk memadankan pencari kerja dengan pemberi kerja. Dalam kata lain, calon itu nak buat macam Jobstreet. Ini ada 2 masalah pokok:

1) Maknanya, calon ini menyalahkan masalah pengangguran kepada “mismatch” atau kegagalan untuk memadankan. Dalam kata mudah, ia macam penjual ada barang tapi gagal menjual, manakala pembeli tak jumpa barang. Orang tengah pun diwujudkan bagi menjual barang penjual kepada pembeli. Tapi setelah wujud orang tengah, barang penjual tetap gagal dijual. Ini selalu berlaku. Ini sama macam isu mencipta platform memadankan majikan dan pencari kerja. Dengan wujud pelbagai orang tengah untuk memadankan, bahkan kerajaan sendiri mencipta platform seperti jobmalaysia dan myfuturejob, pengangguran tetap berlaku, platform pencari kerja bukan penyelesaian.

2) Calon yang bertanding pilihanraya mesti mencadangkan sesuatu dalam bidang kuasanya, bukan sesuatu yang dibuat swasta. Misalnya, calon ADUN kena tahu apa kuasa yang boleh dibuat oleh ADUN, bukan menjanjikan sesuatu yang terang-terang kelak diserahkan kepada swasta.

Seorang wakil rakyat bukan seorang peniaga swasta. Ahli politik boleh jadi pemikir, ahli perniagaan pun boleh jadi pemikir, sebab semua orang ada otak, tak guna seorang ahli politik cuba berfikir seperti seorang peniaga.

Walaupun isu ekonomi adalah paling penting sekarang, banyak calon masih jahil ekonomi.

Ketika berkempen, adalah suatu kemestian untuk menampakkan calon sebagai “populis” atau “pro-rakyat” tapi sebab kurangnya membaca mengakibatkan calon berjanji benda benda yang sama, yang terbukti gagal tapi dikitar semula.

Masih ada banyak orang kata parti politik itu memperjuangkan ekonomi, parti ini tak memperjuangkan ekonomi. Ini salah. Semenjak merdeka, sistem politik negara sudah diprogramkan supaya tiada parti politik memperjuangkan ekonomi. Ini kerana kita merdeka pada zaman “cold war” atau perang dingin antara Blok barat dengan Blok Soviet. Parti parti politik yang tidak sealiran dengan Blok barat dibunuh. Misalnya, di negara kita, penjajah British hanya menyokong 2 parti politik iaitu UMNO atau United Malay National Organization (Nama pun Bahasa English) dengan PAP. Apa idealisme ekonomi UMNO dan PAP? Tiada. Kedua-duanya hanya menyokong sistem penjajah.

Di negara lain, kita boleh ada parti sosial demokrat atau parti buruk atau parti liberal yang idea ekonominya jelas, tapi itu tidak berlaku di negara kita.

Parti atau gerakan yang mempunyai idea ekonomi jelas dilabel sebagai komunis lalu dibunuh British walaupun mereka tiada kaitan langsung pun dengan komunis!

Akhirnya, yang tinggal hanya yang menyokong penjajah. UMNO, MCA, MIC, dan PAP menjadi sesuatu yang orang puteh kata “Neither here nor there” atau “jack of all trade, master of none”. Tiada dasar ekonomi tertentu. Ekonomi pun nak dicapai, kebudayaan pun nak dicapai, akhir sekali semua pun tak dicapai.

Tapi kita bernasib baik Tun Razak yang memperkenalkan dasar aliran kiri seperti Dasar Ekonomi Baru pada awal 1970an, walaupun UMNO bukan parti yang semata-mata memperjuangkan ekonomi. Sekarang, UMNO pun tiada dasar ekonomi jelas. Bukan sebab ia tak bagus tapi sebab macam saya cakap sebelum ini, ia bukan gerakan politik yang khusus kepada ekonomi. Kontraktor dan konsultan masuk politik, mereka bercakap ekonomi daripada sudut pandangan kontraktor. Saudagar dan pelabur masuk politik, bercakap ekonomi daripada sudut pandangan saudagar.

Daripada PAP, muncul DAP. Daripada UMNO muncul PAS, PKR, PAN, Bersatu, Pejuang, bahkan yang bertanding bebas pun semua asal usul daripada itu juga.

Oleh sebab semua parti politik tak berasaskan ekonomi, maka mereka tiada pegangan tertentu. Apa-apa isu ekonomi, mereka menjadi lalang, ke kiri kanan ditiup angin.

Kalau ada suatu parti yang berasaskan ekonomi, Parti Sosialis Malaysia (PSM). Kalau semata-mata ekonomi, baik anda undi PSM. Tapi sebab di negara kita ada macam macam faktor, kita tak dapat mengundi semata-mata berdasarkan bagaimana parti politik memperjuangkan ekonomi. Faktor perkauman, misalnya diutamakan oleh rakyat.

Apabila tiada parti utama yang menumpukan ekonomi, maka untuk isu ekonomi, kita terpaksa berharap kepada individu-individu dalam parti politik. Mungkin orang dalam parti politik yang berbeza tetapi pemikiran ekonomi sama.

Dalam pilihanraya baru baru ini, nampak kelemahan ketara apabila sesetengah calon berjanji pasal ekonomi. Ada parti yang imejnya buruk kerana skandal rasuah dan salahguna kuasa, calon calon parti ini tak boleh lah berjanji pasal integriti dan melawan rasuah, mereka pun berjanji lah pasal ekonomi, tapi masalahnya kalau nak berjanji bab ekonomi, kena baca ekonomi dulu. Kalau main bantai saja, tak jadi.

Hezri Sardi

Ekonomi Pasir

Ekonomi Pasir
(Hezri Sardi)

Kita dapati orang suka mengaitkan apa saja dengan perkataan “ekonomi” asalkan ia mendatangkan duit. Misalnya, ekonomi gig. Orang yang dapat duit melalui kerja freelance atau gig, ia dipanggil ekonomi gig.

Baru-baru ini sesetengah orang politik kata kononnya kalau korek pasir, jual pasir dan tambak laut boleh menambah pendapatan. Dengan kata lain, ekonomi pasir.

Menggunakan logik “ekonomi gig”, maka oleh sebab pasir itu mendatangkan duit, maka ia ialah “ekonomi pasir”. Ini berdasarkan satu ideologi bahawa apa benda yang mendatangkan duit ialah ekonomi.

Tapi kalau kita baca buku, ekonomi bukan bermaksud duit semata-mata. Tak ada pula, misalnya, individu A bagi duit kepada individu B, perbuatan ini dipanggil ekonomi. Buku tak pernah langsung cakap ini.

Yang cakap ekonomi ialah sesuatu yang mendatangkan duit ialah cakap pasar. Macam kalau orang Islam yang duduk jauh di pedalaman China, tak pernah baca buku pasal Islam. Akhirnya, umat Islam China itu mencampur-adukkan Islam dengan berhala. Bahkan mungkin banyak agama yang sembah berhala mungkin pada asalnya sembah satu Tuhan tapi lama-kelamaan dah terpesong sampai sembah berhala.

Dalam isu ekonomi, kita patutnya bercakap pasal benda yang sebenar. Dalam kes pasir dan tanah, kita cakap pasal pasir dan tanah. Jangan cakap pasal duit.

Kalau kita beri pasir dan tanah kepada orang asing, negara kita rugi. Walaupun tanah dan pasir itu diguna untuk tambak laut dalam sempadan negara, ia tetap rugi daripada segi ekonomi jika tanah dan pasir itu dijual kepada orang asing. Memang kita terima duit daripada orang asing untuk tanah itu, tapi dalam ekonomi, isu bukan duit tetapi tanah. Tanah pasir ialah sumber negara. Kalau tanah pasir keluar negara atau jatuh ke tangan asing, ekonomi negara rugi. Sebaliknya, kalau tanah pasir dari negara lain, misalnya Indonesia, dibawa masuk Malaysia, ekonomi negara untung.

Dalam ekonomi, kita ukur berapa banyak sumber negara keluar dan berapa sumber masuk. Bukan dinilai daripada segi duit.

Ada politikus sembang kononnya nak bangunkan hub perniagaan, daripada tanah tambak. Sejak 20 tahun lalu, memang banyak tanah ditambak di Melaka, misalnya. Semua orang boleh tengok dengan mata kepala sendiri, rata-rata yang dibina hanya condominium dan kedai mahal yang dijual bukan kepada penduduk tempatan apatah lagi orang Melayu.

Sejak beberapa Ketua menteri Melaka, kita dengar bagaimana mereka nak jadikan Melaka sebagai pusat pelabuhan antarabangsa seperti zaman kegemilangan kesultanan Melaka dulu. Projek tambak laut adalah untuk itu. Ini semua Ketua menteri Melaka cakap.

Apa yang sebenarnya berlaku? Pelabuhan atas tanah tambak tak pernah ada. Yang ada hanya tanah tambah yang ada kondo dan kedai mahal, yang dijual kepada orang asing !

Hezri Sardi

Sistem Pilihanraya

Sistem Pilihanraya
(Hezri Sardi)

Terdapat 2 jenis sistem pengundian utama yang diamalkan di dunia iaitu:
1) First Past The Post (FPTP)
2) Ranked Preferential Voting (RPV)

FPTP ialah di mana atas kertas undi, pengundi hanya pangkah atau pilih satu calon saja.

RPV pula pengundi boleh memilih semua calon dan setiap calon diberikan “Ranking”. Misalnya, katakan seorang pengundi bernama Ahmad mengundi seperti di bawah:

  • Perikatan Nasional , tulis 1. Dia paling suka.
  • Harapan , tulis 2. Sebab dia suka tapi bukan kesukaan pertama.
  • Barisan Nasional , tulis 3. Sebab dia kurang suka.

Ali pula ada semangat kemelayuan yang tinggi. Dia mengundi begin:

  • Perikatan Nasional, tulis 1 sebab dia paling suka.
  • Barisan Nasional, tulis 2 sebab dia suka tapi ada tak puas hati.
  • Harapan, tak tulis apa-apa, sebab langsung tak suka.

Boleh juga begin, Steven Wong bila mengundi, sebegini:

  • Harapan, tulis 1.
  • Perikatan Nasional, tak tulis apa-apa.
  • Barisan Nasional, tak tulis apa-apa.

Kesemua undi dijumlahkan begini, calon memiliki pilihan 1 paling banyak akan menang. Kalau ada 2 Calon yang dapat pilihan 1 yang sama banyak, maka Kita akan Kira pilihan 2.

Dalam kata mudah, siapa yang menang adalah mengikut sistem sukan olimpik iaitu negara yang dapat emas paling banyak, kedudukan lebih tinggi. Kalau emas sama banyak, tengok bilangan perak dan gangsa.

Sistem politik pangkah satu parti di Malaysia ialah FPTP. Kenapa kita amalkan sistem ini? Sebab British juga amalkan sistem ini. Kita dulu dijajah British. Sampai sekarang kesan buruk penjajahan ada lagi.

Sistem FPTP ini membolehkan calon yang dapat undi Minoriti, calon yang dibenci majoriti pengundi, menang.

Sebab itu, banyak negara telah mengubah sistem pangkah FPTP ini. Berikut antara negara yang dulu sama macam Malaysia, amalkan sistem pangkah FPTP tapi sekarang dah diubah:

-Argentina
-Australia

  • Belgium
  • Cyprus
  • Denmark
  • Jepun
  • Hong Kong
  • Lebanon
  • Lesotho
  • Malta
  • Mexico
  • Nepal
  • Belanda
  • New Zealand
  • Papua New Guinea
  • Filipina
  • Portugal
  • Afrika Selatan
  • Tanzania

Begitu banyak negara dah tinggalkan sistem lapuk FPTP tapi Malaysia masih amalkn sistem FPTP seperti penjajah British!

Keputusan PRN Melaka menunjukkan betapa sistem pilihanraya First-Past-The-Post boleh menghasilkan pemenang yang tidak menerima lebih dari 50% undian di kerusi mereka. FPTP menyebabkan banyak undian terbuang, dan ia tidak menggalakkan kesuburan demokrasi banyak parti. Ia cenderung kepada sistem 2 Blok parti.

Contohnya, di sebuah kawasan yg mana 7,233 pengundi keluar mengundi.
Calon A dapat 3,559 undi.
Calon B dapat 3,185 undi.
Calon C dapat 489.

Ya, calon A dapat undian terbanyak. Undi yg dimiliki calon A melebihi calon B sebanyak 384 undi.
Tetapi ia cuma 49% dari jumlah pengundi. (Calon B dapat 44% undian).

Bayangkan, kalau preferential voting system digunakan. Undian yg dibuat kepada calon C boleh dinilai semula, untuk menentukan second option mereka. 384 undi (5.3% undian) itu mungkin menjadikan calon A mendapat lebih dari 50% undian, atau mungkin juga menjadikan calon B pula yang menang.

Maka, TIADA undi terbuang, dan pemenang kerusi itu BENAR² dipilih oleh lebih dari 50% pengundi.

Bayangkan jika ia berlaku di 13 kerusi (dari 28 kerusi total, atau 15 kerusi untuk membentuk kerajaan)…

Jadi, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan cara pilihanraya yang lain?

Dan mengapa pula sistem bi-partisan atau 2 Blok parti tidak berapa sesuai di Malaysia?

Jawapan: Kerana majoriti penduduk (sekitar 65-70%) dari bangsa dan agama yg sama, namun ia tidaklah sehingga mencapai supermajority (90% ke atas). Maka, sistem 2 Blok parti akan menjadikan ia persaingan siapa lebih keMelayuan, atau siapa lebih menonjol nampak Islamic. Dan hampir kesemua parti politik di negara kita adalah atau “berhaluan kanan”. Hampir semua pendiriannya sama, cuma siapa wajah parti (cthnya Anwar utk PH, Muhyiddin utk PN, Zahid/Najib utk BN) yang membezakan mereka. Dasar hampir sama.

Bahkan, sejarah menunjukkan bahawa selain dari beberapa parti yg masih wujud, hampir kesemuanya datang dari UMNO, atau PAS (asalnya Biro Agama UMNO). Tiada kepelbagaian.

And this is not good for democracy and society to mature themselves up.

Untuk memeriahkan demokrasi, kita memerlukan lebih banyak parti yang sama kuat tetapi PRN Melaka membuktikan FPTP akan bunuh mereka. Parti yang dapat undian terbanyak, walaupun tak cecah setengah dari undian yg sah, akan menang. Kalau didarabkan pula dengan beberapa kerusi yg menang dgn cara yang sama, maka keputusan memihak parti yang dapat sekitar 40% undian akan memilik 70% kerusi.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca buku keempat saya yang saya sedang tulis, “Revolusi Politik Melayu”.

Hezri Sardi

First Past The Post

First Past The Post
(Hezri Sardi)

Berikut ialah fakta keputusan pilihanraya Melaka 2021 yang dimenangi Barisan Nasional (BN):

Undi BN – 122,741 (24.79%)
Yang tak undi BN – 372,454 (75.21%)

Daripada yang tak undi BN:
Tak keluar mengundi – 169,127 (34.15%)
Yang keluar mengundi – 203,427 (41.06%)

Sistem undi First Past The Post (FPTP) yang diamalkan di Malaysia di mana pengundi hanya pilih satu calon, telah menyebabkan parti yang hanya dapat 25% undi daripada pengundi menjadi pemenang. Pendek kata, parti politik yang hanya mendapat Minoriti sokongan berjaya menubuhkan kerajaan. Ini terbukti dalam pilihanraya Melaka baru-baru ini.

Ini diburukkan oleh “Gerrymandering” di mana persempadanan yang dimanipulasi untuk beri kelebihan kepada satu parti. Gerrymandering mengakibatkan BN sebagai pemenang, walaupun hanya diundi oleh 25% pengundi, berjaya dapat begitu banyak kawasan.

Tapi, perbincangan ini saya tumpukan kepada sistem undi pangkah FPTP. Begitu banyak negara yang pada mulanya macam Malaysia, mengamalkan FPTP telah mengubah kepada sistem lain.

Punca banyak negara menghentikan sistem undi pangkah satu calon atau FPTP ialah kegagalan FPTP untuk menyampaikan hasrat majoriti pengundi. Begitu banyak negara menghentikan FPTP kerana ia menyebabkan parti politik yang dibenci majoriti rakyat, menjadi pemenang pilihanraya.

Satu-satunya cara untuk menjadi adil dalam sistem FPTP ialah dengan membataskan parti politik kepada 2 Blok, misalnya dalam PRU14 di mana Blok BN melawan Blok PH.

Dalam keadaan pertandingan 3 penjuru seperti dalam pilihanraya Melaka baru-baru ini, ini menyebabkan pecah undi. 75% daripada pengundi Melaka tak sokong BN tetapi undi mereka berpecah kepada Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan tak keluar mengundi.

Maknanya, dalam 100 orang, 75 orang marah, tak sokong BN. Dalam keadaan sosio-ekonomi yang merosot, majoriti rakyat akan menjadi “disillusioned” atau putus asa. Mungkin ada orang tua dan totok akan terus mengundi parti pemerintah yang Minoriti ini tapi lama-kelamaan, bilangan orang yang berputus asa dan tak mahu mengundi bertambah. Ini diterjemahkan kepada bilangan orang tak mengundi yang begitu besar, dan pasti semakin meningkat.

Ada sesetengah pihak yang merasakan diri mereka bijak, menganjurkan supaya pengundi mengundi calon bebas untuk menyelesaikan masalah tetapi dalam sistem FPTP (pangkah satu calon), ini merugikan kerana buat pecah undi.

Kenapa sistem politik kita menggunakan sistem FPTP yang tak betul? Sebab ini tinggalan penjajah British. Negara Britain dan Amerika masih mengamalkan sistem ini.

Banyak negara sudah meninggalkan FPTP seperti Hong Kong, Australia, Jepun, New Zealand dan banyak lagi.

Hezri Sardi

Harga Naik

Harga Naik
(Hezri Sardi)

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kenaikan melambung harga barang keperluan seperti roti, sayur, makanan sampai ke alat ganti kereta. Seperti biasa, apabila harga melambung, rakyat marah dan salahkan kerajaan. Orang pun menuding jari kepada Penasihat Ekonomi yang dilantik Perdana Menteri.

Untuk pengetahuan semua, pada masa ini, Perdana Menteri telah melantik seorang Penasihat Ekonomi iaitu Shahril Hamdan. Shahril Hamdan dipuja oleh sesetengah orang seolah-olah seorang “Tuhan” dalam ekonomi.

Apabila harga melambung seperti sekarang, rakyat mula menuding jari kepada kerajaan dan Shahril Hamdan. Shahril Hamdan pun terpaksa menulis untuk menjawab kemarahan orang ramai.

Saya terpanggil untuk mengkritik Shahril sebab idea-idea nya macam nak buat thesis tahun akhir universiti. Tiada “reformasi sebenar” untuk menyelesaikan masalah ekonomi!

  1. Shahril kata kerajaan boleh berbelanja besar untuk memberi subsidi kepada penjual yang terkesan oleh kenaikan harga. Shahril tak cakap daripada mana kerajaan dapat duit untuk belanja besar bagi subsidi itu. Bukan kah kerajaan tak ada duit? Bukan kah kerajaan dah sampai had siling hutang negara? Dalam kepala Shahril, kerajaan tiada masalah “Cetak duit”, belanja subsidi yang besar dicadangkannya pun hasil daripada “Cetak duit”. Shahril Hamdan ialah peminat tegar kepada idea “Cetak Duit” cuma takut nak cakap sebab takut kena kutuk. Saya, seperti Shahril juga penyokong idea kerajaan “Cetak duit”, bezanya saya tak takut nak cakap. Apabila Shahril takut nak cakap pasal “Cetak duit”, dia pun terlepas pandang untuk membincangkan isu pelaksanaan.

Shahril nak kerajaan bagi subsidi kepada penjual terkesan, macam mana kerajaan nak belanja kalau tiada duit? Bila tak cakap pasal Cetak duit, subsidi tak boleh jadi sebab kalau tak Cetak duit, tak boleh bagi subsidi. Satu lagi, kalau tak cakap pasal Cetak duit, kita akan terlepas pandang batas dalam “Cetak duit”. Banyak barang yang harga naik melambung ini, kerana barang itu atau bahan mentahnya dari luar negara, diimport. Maknanya, ia dibeli dengan dollar. Apabila kerajaan “Cetak duit” seperti Shahril nak buat tapi tak berani cakap, dia Cetak duit dalam ringgit. Tapi duit ringgit tak boleh beli barang yang dijual dalam dollar. Pendek kata, subsidi kerajaan dalam ringgit yang dicadangkan Shahril tak dapat selesaikan barang yang hanya dibeli dengan dollar.

  1. Shahril kata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) patut melabur supaya dapat mengeluarkan barang mentah tempatan. Tak payahlah beli dari luar negara. Saya nak tegaskan GLC ialah syarikat atau perniagaan. Ia macam swasta lain, adalah berorientasi keuntungan. Kalau berlaku apa-apa masalah, dia tetap akan naikkan harga. Kalau kerajaan kawal harga GLC, GLC tak boleh buat untung besar, GLC tak nak melabur buat khidmat negara.

Kalau lah Shahril percaya kerajaan boleh Cetak duit untuk selesaikan masalah, kalau Shahril percaya kena hasilkan bahan mentah dalam negara, kerajaan patutnya “Cetak duit” untuk bina kilang hasilkan bahan mentah, bukan pergi swastakan kilang bahan mentah.

  1. Kita masih meraba-raba dalam gelap selagi kita tak keluar daripada kerangka “harga”. Soal harga barang naik ialah topik mikro-ekonomi. Dan dalam mikro-ekonomi, kita berpusing-pusing dalam isu “harga”. Kita tak mungkin keluar daripada masalah. Shahril juga terperangkap dalam kerangka “harga”, sebab dia nak kerajaan bayar subsidi untuk kurangkan harga. Walaupun dia malu-malu kucing nak kerajaan Cetak duit untuk bayar subsidi. Shahril juga terperangkap dalam Ideologi neoliberal apabila nak swasta selesaikan masalah kekurangan barang mentah dalam negara.

Penasihat Ekonomi Perdana Menteri yang diagung-agungkan ini:
1) Terperangkap dalam kerangka “harga” mikro-ekonomi (neo-classical/marginalism)
2) Malu-malu kucing nak kerajaan Cetak Duit
3) Ideologi neoliberal

Untuk keluar daripada masalah, kita kena keluar daripada 3 kepompong di atas.

Kalau tak selesai masalah daripada segi harga, nak buat apa? Mikro-ekonomi ada 2 mazhab utama iaitu mazhab “harga” (marginalism) dan mazhab “bilangan”. Mazhab harga maknanya KPI ialah harga. Mazhab bilangan, KPI nya ialah bilangan barang.

Katakan 1 orang penduduk perlukan 1 kg minyak masak sebulan. Kalau penduduk Malaysia ada 40 juta, sebulan kena ada 40 juta minyak masak dikeluarkan. Mikro-ekonomi adalah isu pengagihan. Dalam kerangka “harga”, cara pengagihan ialah harga. Kalau nak barang, penduduk kena bayar harga. Dalam kerangka “bilangan”, semua orang dapat barang, cuma isunya setiap orang dapat berapa banyak. Semua ini dirancang secara berpusat oleh kerajaan. Dalam kerangka harga, kerajaan tidak merancang, malah tiada siapa dibenarkan merancang. Julat untung boleh jadi kecil atau begitu besar macam sekarang.

Kalau harga melambung, untung penjual melambung, penduduk tak mampu beli. Supaya penduduk mampu, kerajaan pun belanja besar bagi subsidi.

Dalam kerangka bilangan, kerajaan pastikan setiap penduduk dapat barang, yang diuruskan hanya berapa banyak setiap orang dapat.

Ini hanya dapat dibuat jika pengeluaran tak diserahkan kepada swasta. Kerajaan sendiri hasilkan barang, kemudian diagihkan kepada rakyat. Kalau pihak swasta nak agihkan, untung ditetapkan oleh kerajaan, macam gaji.

Harga boleh melambung sesuka hati sebab ekonomi tak dirancang. Perancangan ekonomi dianggap dosa besar. Kalau kerajaan campurtangan untuk rancang, kawal, kerajaan jahat. Kalau kerajaan nak campurtangan, kerajaan kena bayar, bagi subsidi.

Ini diterangkan oleh Piero Staffa, kaedah mikro-ekonomi alternatif kepada kerangka harga sekarang yang buat semua melambung.

Hezri Sardi

Harga import

Harga import
(Hezri Sardi)

Kebelakangan ini kita diganggu oleh kenaikan mendadak banyak harga barang. Seperti biasa, orang politik termasuk yang kononnya belajar ekonomi pun gagal memberikan jawapan yang konkrit.

Umum mengetahui banyak barang keperluan dan bahan untuk barang keperluan tidak dihasilkan dalam negara. Maknanya, banyak barang dibeli daripada, luar negara, diimport dari luar.

Namun begitu, masalah utama bagi semua ialah kita terus lompat kepada penyelesaian. Jalan pintas kepada penyelesaian biasanya ada 2 iaitu:

1) Kita tak boleh buat apa-apa, terpaksa berserah kepada kekejaman harga pasaran (seperti satu ucapan Perdana Menteri DS Ismail Sabri baru baru ini)
2) Tidak kurang juga ada orang mahu kita menghasilkan keperluan dalam negara supaya tak perlu mengimport.

Idea kedua kita lebih suka kerana sekurang-kurangnya mencari penyelesaian. Tapi, kita masih melompat daripada 1 proses iaitu memahami mekanisme perdagangan antarabangsa.

Menurut buku teks ekonomi, nilai Eksport (X) melebihi Import (M), berlaku Lebihan dagangan dalam akaun semasa negara. Sebaliknya, Eksport (X) kurang daripada Import (M), berlaku defisit akaun semasa. Tapi buku teks ekonomi tak cakap apa sebenarnya berlaku kalau defisit perdagangan berlaku.

Dalam Belanjawan kerajaan sekurang-kurangnya, bila defisit berlaku, kita tahu dengan jelas hutang negara bertambah. Tapi dalam kes perdagangan antarabangsa, tiada siapa berani cerita dengan jelas apa berlaku kalau defisit perdagangan berlaku.

Kenapa ini tak diceritakan dengan jelas?

1) Orang akan tahu bahawa analisa / formula imbangan perdagangan antarabangsa tadi sebenarnya tak berguna.

2) Orang akan tahu siapa sebenarnya yang dapat untung besar daripada mekanisme perdagangan sedia ada.

Kenapa formula imbangan perdagangan antarabangsa tadi tak boleh pakai? Kerana ia bercanggah dengan apa yang berlaku dalam dunia sebenar.

Menurut formula tadi, seolah-olah negara lah yang berjualbeli dengan negara lain. Misalnya, Malaysia yang jual minyak sawit kepada negara luar. Malaysia yang jual barang elektrik dan barang getah ke negara lain. Yang berunding terma jual beli ialah Malaysia.

Hakikatnya, semua di atas tak dibuat oleh negara Malaysia. Yang menjual, dapat duit, berunding terma perdagangan ialah syarikat swasta, bukan negara Malaysia.

Justeru tak masuk akal kalau kita cuba memahami tindakan syarikat swasta dengan menganalisa dengan satu formula seolah-olah negara yang buat semua benda tadi.

Formula palsu ini juga digunakan bagi menjual idea kononnya negara kena banyakkan eksport kerana Eksport membawa “untung” kepada negara, dalam dunia sebenar, ini perkara yang tak wujud!

Apa yang sebenarnya berlaku dalam setiap urusniaga eksport ialah syarikat akan menerima dollar dalam akaun banknya. Hampir semua dollar tidak ditukarkan kepada ringgit. Sebagai bukti, pada 2017, Perdana Menteri DS Najib melarang pemindahan dollar antara syarikat dalam negara, tetapi nilai ringgit tetap tak naik.

Syarikat eksport tadi menggunakan dollar sama ada untuk 2 tujuan. Pertama, membeli harta di luar negara. Kedua, mengimport barang dari luar negara.

Perbuatan kedua baik untuk negara kerana membawa masuk manfaat sebenar (real benefit) ke dalam negara. Perbuatan pertama pula tak baik untuk negara kerana tiada manfaat masuk.

Kemerosotan ekonomi negara bermakna perbuatan pertama iaitu syarikat pengeksport tempatan lebih banyak membeli harta luar negara.

Tadi kisah pihak swasta yang mengeksport. Ada banyak pihak swasta yang mengimport. Yang mengimport ada 2 jenis:

1) Pengeksport yang import. Ini seperti dijelaskan tadi, tiada masalah sebab dia bawa masuk manfaat, dan dia bayar import dengan dollar daripada eksport.

2) Pengimport yang bukan pengeksport. Ini yang bermasalah besar.

Import dari luar dibayar dalam matawang dollar. Kalau Pengeksport, dia boleh guna dollar yang diterima daripada eksport. Tapi jika dia tak eksport, dia tiada dollar. Yang dia ada hanya matawang ringgit. Ringgit tak boleh bayar import.

Hukum asalnya pada zaman dulu kala, pihak yang tiada dollar HARAM daripada membeli import. Pada zaman sekarang, orang yang tiada dollar boleh mengimport. Ini kerana mereka boleh dapatkan dollar daripada Licensed Onshore Bank (LOB). Sekarang ada 57 bank LOB di Malaysia. Pengimport boleh tukar ringgit mereka kepada dollar melalui LOB. Bank atau LOB ini boleh menetapkan harga ringgit.

Ada sekurang-kurangnya 57 LOB yang boleh menentukan harga ringgit. Dalam kata mudah, ada 57 lubang yang boleh menjatuhkan ringgit.

Tiada perancangan atau kawalan terhadap pengimport besar yang tiada dollar. Kalau tiada dollar, mudah saja, tukar ringgit kepada dollar, dengan bantuan bank.

Formula buku teks iaitu imbangan perdagangan antarabangsa (eksport tolak import) hanya terpakai kalau kerajaan atau negara saja yang mengawal import dan eksport. Oleh sebab sekarang bukan negara yang kawal import eksport, konsep lebihan atau defisit akaun semasa perdagangan menjadi tak berguna.

Adakah keadaan akan terkawal jika kerajaan saja mengawal import eksport? Ya, jika berdasarkan pengalaman negara-negara lain termasuk Jepun dan Jerman.

Sesiapa yang nak beli, dari luar negara, hantar Purchase Order kepada kerajaan. Kalau dollar dalam pegangan kerajaan cukup, dollar itu diguna untuk membayar import. Kalau dollar tak cukup, kerajaan tunggu sampai eksport berjaya terima dollar yang mencukupi. Dollar dah cukup, baru kerajaan beli.

Pengimport bayar kerajaan dalam ringgit, kerajaan bayar orang luar dengan dollar. Untuk eksport, kerajaan terima dalam dollar, kemudian beri ringgit kepada pengeksport.

Maknanya, kerajaan pegang dollar dan ringgit serta membayar, menerima dengan orang luar. Pengimport dan pengeksport hanya pegang ringgit.

Dalam sistem seperti ini, tiada lubang dalam negara untuk menentukan harga ringgit.

Negara hanya mengawal bilangan barang keluar masuk Malaysia, dan mengawal dollar. Rakyat tidak terdedah kepada perubahan harga yang kejam, mendadak.

Cara di atas ialah sistem kawalan berpusat untuk perdagangan pelbagai hala (multi-lateral). Ada satu lagi cara untuk perdagangan dua hala (bilateral) tapi yang bilateral saya tak ceritakan sebab nanti akan panjang sangat.

Pendek kata, sistem perdagangan kita ada sekarang banyak lubang. Keterdedahan yang tinggi kepada ketaktentuan. Kalau nak kurang ketaktentuan, kena ada sistem kawalan berpusat. Bila harga barang melambung, kita tak payah menuding jari 1001 alasan macam sekarang.

Hezri Sardi

Kawalan Harga

Kawalan Harga
(Hezri Sardi)

Masih lagi dengan isu harga barang yang melambung. Kegagalan kebanyakan orang memahami masalah harga barang kerana mereka cenderung melihat masalah ini secara “hands-on”. Mereka gagal mendalami isu ini kerana memahami mengikut apa yang mata mereka nampak saja.

Kita beli barang daripada peniaga, kita bayar ikut harga. Tapi daripada mana datang harga tu?

Harga (P) = Untung (M) + Cost (C)

Harga ialah hasil daripada untung campur kos. Pendek kata, harga naik apabila salah satu daripada Untung (M) atau Kos (C) naik.

Misalnya, apabila pengeluar ayam kata harga naik sebab kos dedak makanan ayam naik, maknanya, Kos (C) naik. Tapi, ada juga keadaan di mana, C naik tapi P, harga tak naik. Berdasarkan formula P= M + C, C naik tapi P sama, M atau untung berkurang. Maknanya, peniaga dapat Mark Up atau untung lebih kecil.

Di atas kalau Kos menaik.

Ada juga keadaan di mana Kos (C) sama, tapi harga (P) naik. Berdasarkan formula P= M+C, jika P naik C tak naik, maknanya M yang naik. Peniaga kos sama tapi harga dinaikkan supaya untung (M) naik.

Menurut buku teks mikro-ekonomi, M atau untung / mark up bukan punca kenaikan harga. Yang menjadi punca harga naik sama ada ; Harga (P) atau Kos (C).

1) Punca naik ialah Kos.
Kalau penjual memberi alasan harga naik kerana Kos, mengikut logik formula tadi, walaupun harga naik, untung tetap sama. Tapi, dalam dunia sebenar, kos naik selalunya buat untung pun naik. Kenapa? Kerana ada 2 cara mengira harga apabila Kos menaik.

Pertama, arithmetic atau tambah tolak. Misalnya, pada mulanya, P = M + C ialah RM 10 (P) = RM2 (M) + RM8 (C). Kos naik daripada 8 ke 18 menyebabkan 20 (P) = 2 (M) + 18 (C). Cara arithmetic buat Kos naik RM10, harga pun naik RM10 saja.

Kedua, compounding atau penggandaan. Pada mulanya, 10 (P) = 2 (M) + 8 (C). Sama macam kes pertama, Kos naik RM10 (daripada 8 ke 18) iaitu 2.25 kali ganda atas Kos. Harga pun naik 2.25 kali ganda kepada Rm22.50. Menurut formula P = M+C, untung berubah naik daripada RM2 kepada RM4.50, naik Rm2.50. Penggandaan lazimnya dikira mengikut harga, kerana harga itu senang, hanya tengok kepada resit atau katalog. Kos selalunya tersembunyi dan subjektif.

2) Punca naik ialah Harga. Apabila harga naik, kos sama, Untung pun naik. Asalnya RM10 (P)= RM2 (M) + RM8 (C), bila harga naik walaupun Kos sama, RM22.50 (P) = RM 14.50 (M) + RM 8 (C). Maknanya, pada harga RM22.50, untung naik jauh lebih besar RM12.50 daripada kenaikan Kos atas Penggandaan.

Pendek kata, kalau peniaga nak untung besar, kena guna cara naikkan harga. Tapi takkan naikkan harga macam tu saja? Terpaksa menaikkan harga kerana Kos naik, ialah satu ALASAN. Naikkan harga pun kena ada alasan.

Menurut buku teks mikro-ekonomi, ada alasan SAH untuk naikkan harga walaupun Kos tak naik. Ini hukum asas mikro-ekonomi iaitu ; bilangan barang berkurang, bilangan orang membeli tak berubah, maka harga pun naik. Hukum ini bukan hukum tabie, bukan hukum Quran hadis. Ia hukum ciptaan manusia, dan kita tak dapat kenalpasti siapa yang cipta hukum ini. Pendek kata, asal usul hukum ini ialah “Anonymous”. Patutkah kita ikut hukum yang tak tahu asal usulnya? Kalau anak dilahirkan tanpa kita tahu asal bapanya, kita panggil “anak haram”. Kalau hukum yang kita tak tahu asalnya, patutnya kita panggil “Hukum haram”.

Apabila harga barang melambung, kita suruh kerajaan menggunakan kuasa untuk tangkap penjual yang harga nya melampau batas. Rata-rata peraturan yang ada ialah peraturan yang menangkap kes yang berpunca daripada kenaikan Kos. Peraturan di dunia selalunya tak boleh mengawal bila punca ialah kekurangan bekalan barang. Peraturan kerajaan tak boleh mengatasi peraturan asal mikro-ekonomi.

Untuk kes kekurangan bekalan barang, kerajaan hanya boleh bayar ganti rugi kepada penjual. Patutnya penjual dapat untung lebih Jual harga tinggi sebab barang kurang. Apabila penjual kena Jual harga yang sama tak boleh untung lebih, kerajaan kena bayar pampasan kepada penjual. Ini dipanggil subsidi.

Isu kenaikan harga ialah suatu misteri. Sebab adakalanya penjual itu kata punca kerana Kos naik, kadang kala kata punca kerana bekalan kurang. Kalau ada 100 ribu penjual menaikkan harga, tak kan kerajaan nak bawa semua ke mahkamah? Sampai kiamat pun tak selesai!

Tapi ada 2 keadaan yang macam mana pun kita tak boleh ubah, tak boleh lawan.

1) Hukum mikro-ekonomi, bekalan kurang harga naik. Ya. Ia hukum haram yang siapa pun tak tahu asal usulnya. Tapi hukum ini ada batasnya. Hukum mikro-ekonomi supply-demand (bekalan kurang harga naik) hanya terpakai dalam pasaran terbuka. Dalam urusniaga tertutup atau “arm’s length”, hukum ini tak terpakai.

Maknanya, dalam pasaran yang dikawal jual belinya daripada pengeluaran bahan mentah sampai ke jualan runcit kepada pengguna, hukum ini tak terpakai. Tuan Puan boleh Google “contract farming”.

Kerajaan tak boleh menghapuskan terus pasaran bebas terbuka, nanti digelar sebagai komunis. Tapi boleh wujudkan 2 pasaran yang parallel, satu pasaran bebas, satu lagi pasaran yang dikawal jualbeli daripada bahan mentah sampai ke runcit.

2) Untung tak boleh dihapuskan. Sektor swasta hidup kerana konsep untung. Ini tak boleh dilawan. Cuma untung itu jangan sampai melampau hingga bawa mudarat kepada rakyat. Dalam sistem pasaran bebas terbuka, kerajaan tak dapat kawal untung. Meskipun ada peraturan mengawal mark up untung, tapi hanya terpakai dalam kes tertentu.

Mengawal berapa untung swasta boleh dapat hanya berjaya dalam sistem pasaran tertutup daripada bahan mentah ke runcit. Setiap perantara swasta dalam rantaian bekalan akan masuk Perjanjian untuk hanya ambil untung dalam jumlah tertentu, kalau tak, akan dipecat. Dalam bahasa mudah undang undang, kawalan untung dicapai melalui undang-undang sivil, bukan undang undang jenayah.

Sebarang cara kawalan harga selain di atas ialah Cara “kun faya kun” yang tak sesuai untuk manusia. Kita selalu nak kerajaan kawal harga, dalam kepala otak kita, kerajaan cakap turun harga maka harga pun turun. Itu hanya mimpi saja kerana penyelesaian undang undang semata-mata tak boleh selesaikan masalah ekonomi.

Dua cara tadi ialah penyelesaian mikro-ekonomi. Namun ada aspek yang tak dibincang di sini kerana ia bukan mikro-ekonomi. Ada banyak barang yang kita terpaksa import daripada luar negara. Untuk ini, kena ubah mekanisme import eksport serta monetari negara. Ini diterangkan dalam tulisan lain.

Hezri Sardi

Reformasi Import

Reformasi Import
(Hezri Sardi)

Bila negara dilanda masalah harga barang melambung, kerajaan cuba mengatasinya dengan mengimport barang yang harga melambung itu. Misalnya, harga ayam melambung, kerajaan pun import ayam.

Saya terangkan apa yang berlaku apabila “kerajaan import barang”. Import bermakna beli daripada luar negara. Yang mengimport bukan kerajaan tetapi selalunya vendor swasta. Vendor tempatan beli secara langsung daripada penjual luar negara. Penjual luar hanya terima bayaran dalam dollar manakala vendor tempatan tiada dollar. Vendor tempatan hanya ada ringgit. Dia kena tukar ringgit kepada dollar. Dia dibolehkan menukar melalui Licensed Onshore Bank (LOB) atau bahasa mudahnya, bank. Apabila pertukaran berlaku, harga ringgit ditetapkan oleh bank.

Misalnya, Yaakub nak beli ayam bernilai 100 juta dollar. Dia tukar ringgit melalui bank. Mengikut bank, harga terakhir ringgit sehari sebelum itu ialah RM4.20 untuk 1 dollar.

Kali ini, Bank tawarkan kontrak RM4.30 untuk setiap 1 dollar yang dia nak beli, dah jadi mahal sikit. Untuk dapatkan 100 juta dollar, dia kena beri bank Rm430 juta. Dapat 100 juta dollar daripada bank, dia pun hantar duit itu kepada akaun penjual luar negara.

Dapat ayam, dia pun jual kepada kerajaan. Harga Kos dia bayar sebelum ini ialah Rm430 juta. Kena kira dalam ringgit walaupun dia beli dalam dollar sebab Kerajaan beli dalam ringgit. Kerajaan ambil daripada dia harga RM500 juta.

Bank bank lain, ada 57 semuanya, tengok harga ringgit dah jatuh ke RM4.30, pun susutkan nilai ringgit untuk pelanggan mereka.

Anda mungkin terfikir kenapa bank tak bersaing naikkan lagi harga ringgit masing-masing. Kalau ringgit bank mereka naik, tentulah pelanggan akan tukar dengan mereka.

Realitinya, pengimport hanya tukar matawang dengan bank yang dia ada akaun. Walau ada 57 LOB, paling banyak pun satu pengimport akan buka dengan 5 bank. Sekali buka dengan bank, dia tak kisah harga bank itu mahal atau murah.

Urusniaga mengimport ayam 100 juta dollar tadi menyebabkan harga ringgit menyusut. Oleh sebab, Malaysia banyak pengimport, Kos import untuk barang-barang lain pun semakin mahal.

Kita nak murahkan harga ayam tapi Kos barang lain pula naik. Umpama nak tidur tapi selimut tak cukup panjang. Tarik ke atas, nampak kaki. Tarik ke bawah, nampak perut.

Matlamat nak bawa masuk barang, tapi kerana melibatkan tukaran ringgit dengan dollar, nilai ringgit pun jatuh. Akhirnya, Kos import untuk segala barang lain pun naik.

Mengimport ini macam pinjam duit bank. Kalau pinjam banyak banyak, mula mula seronok sebab tiba-tiba dapat duit sejelepuk. Tapi, kemudian sakit nak bayar balik. Import pun begitu juga. Mula-mula seronok dapat barang banyak, kemudian sakit nak imbang balik.

Kebenaran untuk bank buat tukaran ringgit umpama suis penghawa dingin yang dibuka dengan hanya bernafas, tapi nak tutup, kena jalan jauh dan tekan punat. Senang sangat penghawa dingin dibuka, menyebabkan tanpa sedar bil elektrik melambung.

Mekanisme memudaratkan ini mesti diubah. Barang tetap kena bawa masuk, tak boleh buat apa, tapi kita jangan ada tukaran matawang.

Bagaimana caranya?

Katakan, pengimport tempatan nak beli 200 kontainer ayam dari luar negara. Dia dah bincang harga dengan penjual, semuanya 100 juta dollar. Dia buat Purchase Order (PO) atas nama penjual luar, lalu diberi kepada kerajaan. Kerajaan letakkan PO ikut giliran. Sebelum itu, dah ada pengimport kambing dengan PO 50 juta dollar. Kerajaan pada masa itu, ada 100 juta dollar saja.

50 juta dollar diguna dulu untuk import kambing. Baki 50 juta dollar tak cukup untuk beli ayam 100 juta, justeru import ayam ditangguhkan sampai ada cukup 100 juta dollar.

Di Malaysia, ada pengeksport sarung tangan getah. Dia jual kepada Amerika. Amerika bayar 50 juta dollar dan kerajaan terima 50 juta itu bagi pihak pengeksport tempatan. Kerajaan dah ada 100 juta dollar, baru dapat beli ayam tadi.

Kita boleh bincang banyak aspek tapi kali ini kita bincang pasal kawalan harga saja.

Dalam mekanisme ini, tiada tukaran ringgit ketika mengimport. Dengan kata lain, harga, Kos ditetapkan oleh kerajaan. Kerajaan bayar 100 juta dollar kepada penjual luar, dan minta duit ringgit daripada pengimport ayam tadi.

Kalau kerajaan nak murahkan harga ayam, kerajaan hanya perlu minta pengimport tadi bayar kerajaan RM350 juta.

Dalam model sedia ada seperti saya ceritakan tadi, Kos import menjadi sampai RM430 juta kerana dinaikkan oleh bank.

Sebaliknya, dalam model baru tanpa tukaran matawang, kerajaan bebas menetapkan berapa banyak ringgit pengimport perlu bayar kepada kerajaan.

Satu lagi, mekanisme ini secara automatik mengawal import yang di luar kemampuan negara. Import semua kena tunggu sampai kerajaan ada cukup dollar untuk membayar import.

Satu lagi kebaikan ialah mekanisme ini secara cekap, mempergunakan dollar yang masuk kerana Eksport. Sistem sekarang, kalau kilang sarung tangan eksport, dollar yang dia dapat disimpan, tak diguna untuk memperkuatkan tukaran ringgit. Dalam model saya, dollar yang masuk kerana Eksport dapat serta merta digunakan untuk mengimport keperluan negara.

Dan satu lagi. Ada kalanya, harga tak menentu, naik di negara lain. Sistem baru ini dapat menyerap kenaikan harga di negara lain.

Katakan, pada satu tahun ini, eksport sarung tangan getah, kondom dan barang elektrik berjaya bawa masuk 100 bilion dollar ke akaun kerajaan. Import barang pula 70 bilion dollar. Ada lebihan 30 bilion dollar terkumpul dalam akaun kerajaan. Ini dipanggil rizab matawang asing.

Tiba Tiba pada tahun depan, harga barang import melambung hingga import kena bayar 130 bilion dollar walhal eksport masih dapat 100 bilion dollar. Kenaikan 30 bilion dollar itu boleh dibayar dengan rizab tahun sebelumnya.

Dalam sistem sekarang, kerajaan (bank negara) simpan rizab, syarikat pengeksport simpan banyak rizab dollar, tapi ia tak berguna kepada negara. Ia hanya untuk “stand by” saja. Mana tahu George Soros, spekulator matawang asing serang. Yang ini kelakar, sebab bila agaknya rizab ini akan digunakan? Simpan rizab banyak banyak sana sini, rakyat dah nak mati pun simpan lagi!

Saya suka menceritakan lebih lanjut tentang mekanisme baru ini, tak boleh tulis panjang sangat, nanti orang lagi tak suka baca.

Kesimpulannya, mengimport ayam atau barang dalam mekanisme sedia ada pasti memudaratkan negara. Kita kena mengubahnya.

Hezri Sardi

Mekanisme Import

Mekanisme Import
(Hezri Sardi)

Setiap kita pengalaman. Pengalaman amat berguna, cuma pengalaman ada konteks.

Pengalaman boleh digunakan untuk memahami sesuatu masalah ekonomi. Pengalaman juga boleh digunakan untuk mengajar orang lain supaya faham masalah ekonomi.

Walau bagaimanapun, pengalaman sesekali tidak boleh menjadi hujah. Contohnya, kita ada banyak pengalaman menukar matawang dengan kedai pengurup wang. Kita gunakan pengalaman menukar duit dengan pengurup wang sebagai hujah ekonomi. Tak boleh.

Begitu juga kita ada pengalaman membeli barang dari luar melalui Amazon. Kita guna pengalaman itu sebagai hujah ekonomi. Tak boleh.

Menggunakan pengalamann sebagai hujah mutlak umpama Kita menggunakan apa yang kita alami depan mata sebagai ilmu ekonomi. Pepatah orang puteh memanggil ini sebagai “Monkey see, monkey do.” (Monyet tengok, monyet pun buat).

Katakan, anda berniaga import eksport. Ada simpan dalam akaun bank duit ringgit dan dollar. Apabila anda melaporkan kewangan kepada kerajaan, anda hanya lapor dalam satu matawang saja iaitu ringgit. Anda ada 1 juta ringgit dan 1 juta dollar. Anda lapor kepada kerajaan anda, duit anda dalam bank ialah RM5.2 juta (RM1 juta + 4.2*$1 juta). Duit dollar anda terjemahkan kepada ringgit pada kasar tukaran RM4.20 setiap 1 dollar, jadi kalau 1 juta dollar, dalam ringgit ialah RM4.2 juta. Duit dollar ada RM4.2 juta campur ringgit RM1juta, semuanya ialah RM5.2 juta.

Masalah besar berlaku apabila semua menganalisa dan memahami menggunakan nilai Rm5.2 juta tadi, seolah-olah tiada langsung duit 1 juta dollar padahal sebenarnya ada 1 juta dollar.

Peniaga A yang ada RM5.2 juta tak sama dengan peniaga B yang ada 1 juta dollar + RM4.2 juta. Sifat dan potensi tak sama.

Kalau anda ambil periksa matematik pun, ada subjek besar linear algebra. Katakan, A = 2x + 5y. Kalau anda selesaikan secara, tukarkan 2x menjadi 2y supaya A = 2y + 5y = 7y, anda salah dan gagal matematik. 2x tetap 2x, tak boleh tiba-tiba ubah menjadi 2y.

Sama macam menganalisa sesuatu yang mengandungi dollar dan ringgit. Tak bolehlah semata-mata nak senang kerja, dollar itu diubah menjadi ringgit.

Mentaliti seperti ini diguna banyak orang untuk memahami import. Kerajaan nak import ayam, kerajaan belanja misalnya 420 juta ringgit walhal kita tahu dalam pembelian dari luar negara, ringgit tak laku.

Dari sini kita tahu bahawa perdagangan terbahagi kepada :
1) Dalam negara (matawang ringgit)
2) Luar Negara (matawang dollar)

Perbezaan antara Sistem luar dengan dalam negara umpama antara alam ghaib dengan alam nyata. Manusia hidup dalam alam nyata, Jin syaitan malaikat dalam alam ghaib. Dalam alam ghaib, dari Perlis dapat sampai Johor sekelip mata saja. Ini mustahil dalam alam nyata, hukum tak sama. Manusia tak patut memahami alam ghaib daripada pandangan alam nyata.

Sama juga macam perdagangan luar dan dalam. Orang yang berdagang dalam Malaysia dalam ringgit tak boleh memahami import eksport daripada apa yang mereka lihat dalam negara. Apa yang berlaku ialah semua melihat import eksport daripada kefahaman dalam negara. Kalau import dari luar sebenarnya dibayar dalam dollar, kita di dalam menyangka ia dalam ringgit. Kita menukar dollar itu kepada ringgit. Penukaran ringgit untuk dollar dibenarkan dalam import, melalui Licensed Onshore Bank (LOB).

Ini yang kena ubah. Sebarang pembelian import mesti melalui kerajaan, kecuali yang kecil kecil. Begitu juga dengan eksport. Hanya kerajaan yang pegang dollar, dan ringgit. Pengimport dan pengeksport hanya boleh pegang ringgit.

Kecuali untuk syarikat multi national (MNC) yang mana 80% eksport ke luar negara. Misalnya, MNC beli bahan mentah / spare part daripada luar, pasang dalam Malaysia, lepas itu eksport balik. Hanya MNC sebegini saja yang boleh simpan dollar dalam akaun LOB.

Sama ada sesuatu import diluluskan kerajaan bergantung kepada kecukupan dollar dalam rizab kerajaan.

Kalau pengimport ayam misalnya, nak beli 100 juta dollar, kerajaan hanya akan belikan kalau kerajaan ada 100 juta dollar. Kalau tak cukup, kena tunggu sampai cukup 100 juta dollar, baru beli.

Apabila pengeksport sarung tangan getah Malaysia dapat jual 100 juta dollar, baru cukup, dan boleh beli ayam. Kerajaan akan beri ringgit kepada pengeksport sarung tangan getah tadi. Pengimport ayam akan bayar kerajaan dalam ringgit. Kalau nak murahkan harga ayam, kerajaan hanya perlu suruh pengimport tadi bayar sikit saja.

Kalau harga ayam luar misalnya naik tinggi, kerajaan boleh guna lebihan dollar daripada tahun sebelumnya untuk bayar, seterusnya dapat menstabilkan harga import.

Mekanisme ini mengurangkan Keterdedahan kepada spekulator matawang dan turun naik pasaran. Mekanisme sekarang kerajaan (bank negara) terpaksa pegang lebihan dollar tapi lebihan ini tak bawa apa apa manfaat kepada negara.

Hezri Sardi