Fallacy Undi Cina, Melayu.

Saya tengok banyak pendapat tentang di media sosial tentang peratus undi Cina dan Melayu adalah salah. Peratus peratus ni nampaknya direka bagi motif, agenda politik tertentu.
Antara anggaran yang tepat ialah Bridget Walsh dan Raja Petra (Malaysia today) yang anggar 99% ke 100% Cina undi DAP dan lebih 85% Melayu undi PN.
Dalam Malaysiakini, Bridget Welsh gelar kemenangan PH di DUN KKB sebagai “Cadmean Victory” kerana jelas semua Cina undi PH (DAP) manakala hampir semua Melayu undi PN. Menurutnya, ini tunjukkan jurang kaum yang melebar.
Tapi atas agenda politik peribadi, ada pihak-pihak cuba menutup kebenaran ini dengan sebarkan grafik grafik kononnya PN pun banyak dapat undi bukan Melayu, PH banyak dapat undi Melayu, walaupun ini tak betul!

Kita mustahil tak dapat tahu undi Cina, India dan Melayu kerana:
1) Tiada nama atas kertas undi dan undi individu adalah rahsia.
2) Tiada Racial Profiling dalam keputusan undi. Kita boleh tahu bilangan undi di Daerah Mengundi dan ikut umur kerana Saluran mengundi ikut umur, tapi tiada cara untuk kenalpasti undi untuk kaum.
Katakan ada 1 orang Cina masuk, paling hebat pun, kita boleh catat berapa banyak Cina keluar mengundi, tapi kita tak tahu dia undi parti mana. Bila kira undi, kertas undi tak tertulis nama mahupun bangsa.
Jadi mustahil sesiapa boleh kenalpasti undi ikut kaum.

Apabila orang kata 70% undi Melayu, 30 % undi Cina, mereka hanya teka, “guesswork”. Orang yang teka selalu tak tahu ni tapi tekaan ada yang boleh dipercayai, ada yang tak boleh pakai. Logik dan matematik menilai tekaan daripada segi kebarangkalian. Berapa peratus kebenaran sesuatu tekaan.

Dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru (KKB) baru-baru ni sebagai contoh, ada Tempat mengundi yang dipanggil Kerling yang 55.6% pengundi berdaftar ialah Melayu dan 43% Cina. Pakatan Harapan (PH) dapat 50.1% undi. Berapa undi Melayu pergi ke PH? Daripada 50.1% undi PH, adakah 43% daripada Cina? Mustahil untuk teka.

Analogi nya. Dalam 1 bilik yang tak dapat lihat dalamnya, ada 55 Melayu dan 45 Cina. Jika 51 dalam tu lelaki, berapa lelaki Melayu dan berapa lelaki Cina? Tak tahu.
Boleh jadi 50 lelaki Melayu, 1 lelaki Cina. Boleh jadi 26 lelaki Melayu, 25 Cina. Boleh jadi juga 6 lelaki Melayu, 45 lelaki Cina.
Yang tak mungkin ialah 46 lelaki Cina, 5 lelaki Melayu kerana lelaki Cina semuanya ada 45 saja.

Macam mana di media sosial, ada orang penuh yakin kata 30% Melayu undi PH, 20% Cina undi lawannya PN? Pada hal ada macam macam kemungkinan.

Sebaliknya jika bilik tu ada 97 Melayu dan 3 Cina, tekaan kita jadi mudah dan tepat. Jika 51 orang dalam bilik itu adalah lelaki, maka kebarangkalian terbatas kepada 4 saja:
1) 51 lelaki adalah Melayu, atau:
2) 50 lelaki Melayu, 1 lelaki Cina.
3) 49 lelaki Melayu, 2 Lelaki Cina.
4) 48 lelaki Melayu, 3 lelaki Cina.

Berbalik kepada pilihanraya kecil DUN KKB tadi, di tempat mengundi Bandar Baru Batang Kali, daripada 4,956 pengundi berdaftar, 80.4% atau 3,984 orang adalah Melayu, 972 Cina. Daripada 3,029 yang keluar mengundi, 891 (29.4%) undi PH. 2,138 (70.6%) undi PN.
Di sini kemungkinan lebih mudah berbanding dengan tempat yang Melayu 51% tadi.
Maknanya, lagi besar populasi Melayu, lagi besar peratus undi PN.

Yang paling mudah ialah Kampung Baharu Rasa yang 92.8% pengundi berdaftar atau 1,501 adalah Cina dan 118 bukan Cina. Daripada 989 yang keluar mengundi, 938 (94.8%) undi PH, dan 51(5.2%) undi PN.
Pengundi berdaftar Cina 92.8% tapi undi sebenar 94.8%, lagi besar. Sama ada Melayu lagi banyak tak mengundi, atau ada 2% Melayu, India undi PH manakala undi Cina ke PH 100%.

Lagi besar populasi Melayu, lagi besar peratus undi PN. Lagi besar populasi Cina, lagi besar undi PH. Hubungan terbalik. Oleh sebab ada tempat mengundi di DUN KKB yang populasi Cina sekitar 93%, yang mana PH dapat hampir 95% undi daripada Cina, Melayu, dan India, kalau dibahagikan, maka undi Cina kepada PH mencapai 99%.

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya tunjukkan yang lagi besar peratus pengundi Melayu di sesuatu tempat, lagi kecil peratus keluar mengundi. Lagi banyak Cina, lagi besar peratus keluar mengundi.

Walaupun di tempat mengundi lain, komposisi kaum berbeza-beza, tapi jika kita guna peratus tadi ke tempat lain, fenomena yang sama berlaku. 99% ke 100% Cina undi PH. Manakala walaupun peratus keluar mengundi Melayu rendah, sekitar 85% undi Melayu ke PN.

Malang sekali saya perasan masih ada lagi beberapa pemain media sosial Perikatan Nasional (PN) yang jual naratif kononnya “ada lebih 20% Cina undi PN”. Ini bohong, tak ubah macam sekarang ada tukang propaganda UMNO dan PKR kata “Melayu dah sokong PH”. Tak tahu lah motif apa ada orang PN nak berbohong, tapi bila kita takde masalah tipu data, apa lagi nak tipu pada akan datang.

UMNO / BN dulu masa PRU14 pada 2018, bila manipulasi persempadanan semula secara Gerrymandering, cara nya ialah mengurangkan bilangan kawasan Cina. Maknanya, BN / UMNO tahu umumnya Cina tak undi UMNO. Kalau BN yang ketika mula wujud dulu banyak sokongan Cina tapi kemudian sedar Cina tak undi BN, saya pelik macam mana Perikatan Nasional (PN) yang bermula tanpa sokongan Cina tiba-tiba dah ada lebih 20% undi Cina.!

Sekurang-kurangnya DAP tahu 100% Cina undi DAP tapi diam je. Kalau ada orang PN tak suka lebih 85% undi Melayu ke PN, diam je la. Tak payah nak buat cerita kononnya ada ribuan Cina undi PN!

Hezri Sardi

Pilihanraya, Analisa Picisan.

Oleh pilihanraya kecil baru diadakan, maka ada banyak analisa pasal politik. Banyak yang tahap picisan. Setiap kali kalau saya mengupas pasal politik atau pilihanraya, saya pasti membandingkan dengan sistem politik yang ideal. Sistem ideal bukan lah sistem yang belum wujud di dunia. Sistem ideal yang saya bandingkan dengan keadaan politik Malaysia ialah sistem yang dah ada, bahkan dah lama ada di negara-negara lain.

Sebenarnya, analisa politik di Malaysia adalah tak sah sebab sistem politik kita amat terkebelakang berbanding banyak negara lain, bahkan dengan negara-negara jiran.

Macam ni. Katakan kita tinggal di rumah penuh dengan sampah dengan lampu kipas rosak. Rumah rumah lain kurang sampah dan kipas lampu berfungsi malah baru.

Nilai analisa terhadap keadaan rumah kita adalah SAMPAH dan tak berfungsi.

Tapi jika bila analisa keadaan rumah teruk kita dengan dibanding dengan keadaan ideal rumah rumah lain, maka analisa kita berguna.

Misalnya,

1) Sistem pilihanraya kita, First Past The Post (FPTP) adalah sistem paling teruk dan tak pernah diubah sejak merdeka.

2) Tiada Akta Dana Politik, jadi para tauke boleh bagi duit kat parti politik tanpa perlu kantoi kepada rakyat.

3) Tiada Dana Politik daripada kerajaan. Maknanya, parti politik hanya bergantung sepenuhnya kepada tauke tauke kaya.

4) Federalisme palsu. Kita kata kita negara Persekutuan tapi sebenarnya berfungsi seolah-olah Unitary (berpusat). Kerajaan pusat tak berkongsi kuasa dengan kerajaan negeri, tapi bolot segalanya.

5) Sistem perlantikan Perdana Menteri yang tak jelas.

Ada banyak lagi.

Apabila kita tak bandingkan analisa politik kita kepada keadaan politik ideal, maka Penganalisa politik dah jadi pengulas pertandingan sabung ayam.

“Oh, ayam tu kalah sebab taji dia kontot.”

“Oh, ayam tu memang sebab dia gemuk.”

Untuk Pilihanraya kecil terbaru, misalnya boleh analisa macam ni.

Hanya 61% daripada 40,413 pengundi berdaftar yang keluar mengundi, maknanya ada 39% yang tak keluar mengundi. Calon DAP yang menang hanya dapat 35.6% daripada pengundi berdaftar, lagi rendah daripada yang tak keluar mengundi.

10 bulan sebelum tu dalam pilihanraya negeri dalam kawasan tu, calon DAP yang menang, dapat 36.8% pengundi berdaftar  iaitu lebih besar daripada 33.4% yang tak keluar mengundi.

Maknanya, seperti kebanyakan kawasan di Tanah Melayu, jumlah yang tak keluar mengundi lebih besar daripada undi pemenang!

Cuma persoalan ialah kaum mana yang memenuhi golongan tak mengundi?

Adakah kaum majoriti (Melayu) atau minoriti (Cina, India) yang tak keluar mengundi? Teori yang betul mengikut kajian di lebih 80 negara, kaum minoriti kadar mengundi jauh lebih tinggi daripada majoriti. Kalau dipakai di Malaysia, maknanya, yang tak mengundi tu rata-rata Melayu.

Katakan lah peratus keluar mengundi sama antara Melayu dan bukan Melayu, oleh sebab peratus pengundi Melayu di situ 46%, maka sepatutnya pengundi Melayu yang undi parti PN ialah 11,257 (46% x 24,471), tapi PN cuma dapat 10,131. Maknanya, ada kurang 1,126 yang pergi ke PH. Katakan ada 524 India undi PN, maknanya 1,650 Melayu undi PH. Pengundi Melayu berdaftar di situ ada 18,600. Maknanya, mungkin 8.8% pengundi Melayu undi PH. Tapi ni tak bermakna 91.2% pengundi Melayu pangkah PN sebab katakan 9,607 Melayu undi PN, itu hanya 51.7%, maknanya 51.7% (PN) dan 8.8% (PH), ada lagi 39.5% (7,347) pengundi Melayu tak keluar.

Jumlah tak mengundi di situ ialah 15,942, 47.4% ialah bukan Melayu manakala 52.6% Melayu. Jumlah ini saya masukkan yang undi parti-parti hilang deposit sebab undi sia-sia macam tak mengundi juga lah.

Pada pilihanraya negeri 10 bulan sebelum itu, yang keluar mengundi  26,903, lagi banyak 2,432 tapi pada masa tu parti MUDA saja dapat 1,186 undi. Masa tu, katakan daripada 10,743 undi PN, 343 daripada kaum India, undi Melayu ada 10,400 yakni 55.9% pengundi Melayu berdaftar. Katakan Melayu undi PH masa tu 1,000 orang, maknanya Melayu keluar mengundi 11,400 (61.3%), yang tak keluar mengundi 7,199, lebih kurang dengan yang sekarang.

Pengundi bukan Melayu yang tak keluar masa tu 6,311 daripada 13,510 yang tak mengundi. Pengundi bukan Melayu tak keluar 46.71% manakala Melayu tak keluar masa tu sekitar 53.29%. Melayu tak mengundi lebih banyak daripada bukan Melayu walaupun pada Pilihanraya kecil ni, lebih banyak bukan Melayu tak mengundi.

Di sini, kesihatan ada tahap maksima Melayu keluar mengundi di situ iaitu 56%. Di utara dan pantai timur, peratus itu maksima itu sekitar 65% ke 73%. Saya panggil ini tahap tepu. Dalam “Social choice theory”, bila orang tak keluar mengundi, ia dipanggil masalah paradox. Ada banyak jenis paradox tapi semua berpunca daripada sistem politik yang tak disukai oleh golongan tak mengundi.

Di sini, ada 2 kemungkinan yang PN (parti Melayu) kena fikir.

Pertama, golongan Melayu 56% yang mengundi sampai bila mereka akan istiqamah mengundi? Kalau orang politik PN ulang retorik sama, mungkin mereka pun nanti tak keluar mengundi .

Kedua, PN berkempen tak tentu arah sebab ada 44% Melayu di situ tak nak ambil tahu pasal politik. Kalau separuh Melayu tu mengundi, PN tak perlu terhegeh-hegeh kejar undi India pun.

Sistem First Past The Post (FPTP) menangkan parti dengan undi terbanyak. Di situ, Melayu 46%, sepatutnya FPTP dapat menangkan PN walaupun fokus kepada pengundi Melayu saja sekalipun!

Hezri Sardi

Logik, Fallacy, Analisa Pilihanraya.

Baru-baru ni kita ada pilihanraya kecil. Cara memahami pilihanraya kecil sama macam keputusan pilihanraya lain.

Sebelum itu, saya nak tegaskan masa SPM dulu, jika kita nak dapat A dalam Sains, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, kita ada kemampuan logik mencukupi. Tapi kalau nak A dalam subjek Perdagangan dan Ekonomi Asas mungkin tak perlu logik.

Politik dan ekonomi amat penting dalam hidup kita, tapi banyak yang beri pendapat dalam ini, logik mereka menyimpang.

Misalnya, dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru (KKB) ini, ada orang kata:

1) PN dapat 60% undi Melayu, 40 undi bukan Melayu.

2) PH dapat 50% undi Melayu, PN dapat 50% undi Melayu.

Sesiapa yang berfikir sebegini ada kecacatan logik.

Sebelum itu, kita bentangkan 3 fakta:

1) Ada 2 parti politik utama dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

2) Pengundi berdaftar keseluruhan DUN Kuala Kubu Baru (40,413 orang): Melayu 46% (18,600), India 18% (7,274), Cina 30% (12,124), Lain lain 4%.

3) Jumlah keluar mengundi 24,471 orang. PH menang dengan 14,000 menyalahkan PN yang dapat 10,131 undi.

Untuk “sedapkan mulut”, seseorang boleh cakap PH dapat 20% atau 40% undi Melayu. Tapi kalau kita masukkan kebenaran ke 4, itu jadi salah. Tak mungkin PH dapat walaupun 15% undi Melayu.

Kebenaran ke 4 ialah:

“Pengundi Cina tak undi PN.”

Ada 12,214 pengundi berdaftar Cina di KKB. Kalau ada 30 orang Cina undi PN, maka peratus Cina undi PN ialah 0.245%, maknanya undi Cina kepada PN adalah sekitar 0%! Maknanya tiada Cina undi PN secara teori Matematik. Maknanya, 99.99% undi Cina ke PH.

Ini secara automatik buatkan PH tak mungkin dapat 15% undi Melayu.

Pengundi berdaftar India ada 7,274 orang semuanya. 53% (3,855) keluar mengundi.

Undi PN ialah 10,131, tolak 30 Cina, ada 10,101 undi Melayu dan India. Di sini, kita kena pilih daripada salah satu kebarangkalian.

1) 2,000 (majoriti) India undi PN, atau:

2) 963 (suku) India undi PN, atau:

3) 501 India undi PN.

Kebarangkalian ke 3 adalah paling munasabah. 10,101 tolak 501, jadi undi Melayu PN ialah 9,600. Oleh sebab pengundi berdaftar Melayu 18,600 maka ada 9,000 lagi undi sama ada pergi ke PH atau tak keluar mengundi.

Di sini, dah kena kira pengundi keseluruhan PH pula. Oleh sebab 100% Cina undi PH, maka daripada 14,000 undi PH, kena keluarkan undi Cina.

Berapa banyak undi Melayu dan Cina diperoleh PH? Di sini bergantung kepada berapa banyak Cina dan Melayu yang tak keluar mengundi.

Ada 15,942 (38.33%) pengundi berdaftar DUN KKB tak keluar mengundi.

Kita tahu 100% Cina undi PH tapi bilangan undi tak diketahui .

Kita tak tahu berapa peratus Melayu undi PH, bilangan undi Melayu PH pun tak tahu. Tapi bilangan undi Melayu PH terkandung dalam 9,000 undi Melayu yang tak undi PN. Dalam 9,000 itu juga, terkandung Melayu tak keluar mengundi.

Pada masa sama, 12,214 Cina sama ada undi PH atau tak keluar mengundi.

Katakan 15,942 yang tak keluar mengundi tadi kita bahagikan ikut komposisi kaum di KKB.

i) Melayu 46%, jadi 7,333 orang.

ii) Cina 30%, jadi 4,783.

iii) India 18%, jadi 2,870.

Melayu tak undi PN ada 9,000 tolak yang tak keluar mengundi 7,333, jadi baki Melayu yang undi PH ialah 1,667.

Undi PH pada pilihanraya kecil ialah 14,000. Undi Melayu PH ialah 1,667 iaitu 11.9% daripada keseluruhan undi PH.

Oleh sebab Melayu PN ialah 9,600 dan undi Melayu PH ialah 1,667, maka jumlah Melayu keluar mengundi ialah 11,267 orang daripada 18,600 pengundi Melayu berdaftar, maka dianggarkan 60.5% Melayu di DUN KKB keluar mengundi.

Daripada Melayu yang keluar mengundi, 9,600 atau 85.2% Melayu sokong Perikatan Nasional (PN) manakala 1,667 orang atau 14.79% Melayu undi Pakatan Harapan (PH).

Maknanya, daripada Melayu yang keluar mengundi, tak sampai 15% undi PH, yakni parti kerajaan. Sebahagian daripada 1,667 undi Melayu PH datang daripada pengundi awal Agensi kerajaan.

Kalau pengundi awal pekerja kerajaan tadi tidak terpaksa undi PH, undi Melayu akan kurang ke 1,067 iaitu hanya 9.4% daripada undi Melayu.

Kalau tak faham, boleh ulang baca balik sampai 10 kali sampai faham. Semoga Allah beri anda semua hati yang terang dan fikiran yang jelas.

Hezri Sardi

Undi Bukan Melayu: Undi vs Pemain Politik.

Hikmah daripada kekalahan pembangkang (PN) dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru (KKB) dedahkan beberapa kebenaran. Sila tunjuk 2 tulisan terdahulu saya berkaitan pilihanraya kecil ini.

1) Undi Cina sekitar 0% kepada PN.

2) Sekitar 12% ke 14% undi India kepada PN.

3) 83 ke 85% undi Melayu ke PN.

Ini kalau setakat orang yang keluar mengundi.

Kalau kira sekali orang yang TAK KELUAR MENGUNDI.

1) 0% Cina undi PN.

2) 5% ke 7% India undi PN.

3) 51% ke 53% Melayu undi PN.

Secara “intuitive”, bila anda baca angka-angka ini, anda terus LOMPAT nak cari strategi, bukan? Perlu diingatkan, jika anda LOMPAT, anda akan “skip” atau terlepas proses sepatutnya dibuat.

Proses penting ialah mengira angka kebarangkalian (probability).

Kebarangkalian orang undi PN ialah: Melayu (51% ke 53%), Cina (0%), India (5% ke 7%).

Dengan masukkan sekali jumlah tak mengundi, kita boleh anggar kebarangkalian orang undi PH:

Melayu (7% ke 9%)

Cina (60% ke 62%)

India (59% ke 61%)

Maknanya, jika ambilkira dengan orang yang tak mengundi,

1) PH mesti minima kan wang, masa, tenaga untuk undi Melayu (bukan tak buat langsung, cuma minima kan)

2) PN kalau cari undi Cina, adalah kerja bodoh.

3) PN perlu minima kan usaha untuk undi India (bukan tak perlubbuat langsung, tapi minima kan)

Maknanya, bagi pihak PH, kalau ada orang kata dia boleh bawa banyak undi Melayu kepada PH, dia temberang.

Bagi pihak PN, kalau ada orang kata, dia boleh bawa banyak undi Cina dan India, dia temberang.

Oleh sebab kebarangkalian PN untuk dapat undi Melayu tinggi, tapi rendah untuk India dan 0 untuk Cina, maka adalah lebih berbaloi untuk cari jalan untuk orang Melayu yang tak mengundi keluar mengundi. Kebarangkalian untuk berjaya jauh lebih tinggi!

Maknanya, pendidikan atau kesedaran politik di kalangan Melayu yang patut dikejar, bukan “pergi sub” kan kerja cari undi India dan Cina kepada tukang tukang janji. Lebih jimat masa, tenaga, wang serta tak mengelirukan jika fokus untuk jadikan Melayu celik ilmu politik.

Ini tidak. Undi Melayu nak kejar, undi Cina, nak kejar, undi India pun nak kejar. Akhirnya, sekitar 40% pengundi Melayu jadi keliru terhadap identiti PN.

Hezri Sardi

Pork barrel politics oleh Bukan Melayu.

Saya malas tulis lagi pasal Pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru (KKB) yang dah berakhir, cuma nak beri pencerahan kepada orang politik pembangkang.

Pertama, Sila Google atau buat carian internet berkaitan “Pork Barrel Politics” atau terjemahan harfiahnya “Politik Tong Babi”. “Pork barrel politics” ialah di mana parti politik mendapatkan undi dengan memberikan barang duniawi. Misalnya, beri beras, duit, keperluan asas kepada pengundi untuk dapatkan undi.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti semua sedia maklum berpuluhan tahun guna Pork Barrel Politics. Parti pemerintah sekarang iaitu Pakatan Harapan (PH) dulu kutuk BN / UMNO tapi sekarang pun dua kali lima. Tapi ahli politik memang kotor, jadi kita faham lah.

Macam ni. Dulu BN guna Pork Barrel Politics untuk beli undi semua kaum, Melayu, Cina, India dan lain. Boleh dikatakan berjaya tapi pada abad ke 21, orang Cina dah tak termakan. Maknanya, “kau bagi barang, kami ambil, tapi kami undi parti politik lain”. Begitu juga dengan Melayu di Kelantan. Melayu di tempat lain, Pork Barrel Politics masih berkesan, pada 20 tahun pertama abad ke 21.

Pada pilihanraya kecil baru-baru ini, Pork Barrel Politics oleh kerajaan tak berkesan kepada orang Melayu. Ini dibuktikan dengan dengan 83% ke 85% undi Melayu (yang keluar mengundi) kekal ke pembangkang. 51% ke 53% daripada keseluruhan pengundi Melayu berdaftar undi pembangkang. Maknanya, orang Melayu dah mula cerdik, “Barang kami ambil, undi orang lain”.

Walau bagaimanapun, perlu ingat, Pork Barrel Politics oleh kerajaan bukan diberi kepada orang Melayu saja. Cina, India dan lain pun dapat.

Di sini, pembangkang dah kena ubah cara berfikir. Dulu orang politik pembangkang ni mungkin pernah jadi kerajaan pusat atau negeri, jadi jadi mereka tak ambil pusing sangat pasal “Pork Barrel Politics” sebab mereka pun pernah terlibat dengan cara ini. Kali ini, pork barrel politics kena kat barang hidung sendiri.

Nasib baik, orang Melayu setakat ini masih lagi tak termakan sangat dengan Pork Barrel Politics. Masalah terjadi bila pembangkang nak dapatkan undi bukan Melayu. Saya bagi contoh. Dalam pilihanraya kecil terbaru, 0% kaum Cina undi pembangkang, jadi tak sesuai ambil contoh pengundi Cina. Itu kes lain.

Ambil contoh pengundi India. Orang politik pembangkang jumpa pengundi India, dan pengundi ini merungut pasal kerajaan Madani.

Kesilapan pembangkang ialah menyangka proses fikiran orang India sama macam Melayu. Ini bukti pembangkang pun walaupun Melayu secara tak sedar terbiasa dengan pemikiran pluralisme (Melayu Islam dianggap fikir sama macam bukan Islam).

Melayu kalau merungut, masih ada lagi faktor bangsa dan agama jadi pertimbangan untuk tak perpujuk oleh Pork Barrel Politics. Maknanya, pengundi Melayu Islam masih lagi terikat dengan faktor rohani. Tapi, pengundi India, walaupun marah, tapi banyak yang tiada masalah untuk ikut kepentingan duniawi. Tak boleh salahkan mereka sebab mereka bukan beragama Islam.

Jadi, apabila pembangkang yang juga parti Melayu Cuba pujuk atau hasut pengundi India dengan isu ekonomi, mereka boleh tukar fikiran kalau kemudian kerajaan beri Pork Barrel Politics.

Justeru, cuba mendapatkan undi India atas faktor “demi kepentingan kaum India” kurang berkesan, dibuktikan oleh sebahagian besar kaum India tak undi pembangkang dalam pilihanraya kecil terbaru.

Kedua, isu isu tempatan tak berkesan untuk orang bukan Melayu kerana selagi kerajaan pusat atau negeri mampu beri Pork Barrel Politics, pengundi bukan Melayu akan berubah fikiran dengan mudah.

Ketiga, kita semua orang Melayu umumnya ada rakan bukan Melayu. Ada juga beberapa kerat bukan Melayu yang mati mati tak sokong kerajaan. Tapi kita terjerumus dalam “Probability distortion Fallacy” (kecacatan logik) kalau anggap pendapat mereka menggambarkan keseluruhan pendirian politik bukan Melayu. Keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini sekali lagi membuktikan.

Pembangkang mesti syak wasangka kepada orang politik India mahupun Cina yang datang dan kata mereka boleh bawa undi kepada pembangkang.

Ini kerana parti PAS mahupun BERSATU, jentera wujud daripada bawah, kemudian baru ada pemimpin atas.

Semua orang politik bukan Melayu, Cina, India dan lain lain, yang sertai pembangkang, pemimpin atas saja yang datang dulu. Masa pemimpin atas bukan Melayu datang jumpa pemimpin atas Perikatan Nasional, mereka tiada orang di bawah dan di belakang. Pengetahuan ini semua sepatutnya tahu sebab pada pilihanraya umum 2022 dan pilihanraya negeri 2023, orang bukan Melayu tak undi Perikatan Nasional. Jadi pemain politik bukan Melayu yang baru masuk PN, dalam bahasa orang puteh, “exaggerate” sokongan yang mereka boleh bawa.

Kalau nak bina sokongan kaum India, orang politik Melayu sendiri yang sepatutnya tolong bina penyokong India daripada bawah. Jangan “sub” bulat-bulat kepada orang politik yang baru masuk ni.

Hezri Sardi

Data Daerah Mengundi yang Ergodic.

Setiausaha UMNO, Asyraf Wajdi kata ada Daerah Mengundi (DM) majoriti Melayu yang telah “dirampas” DAP. Ini tak betul kerana tiada apa yang dirampas kerana undi untuk calon kedua, ketiga, dan keempat terbanyak tak hilang, malah dibawa ke atas untuk dijumlah bersama undi undi dalam DM lain.

Istilah “Rampas” bermakna “Winner takes all”, yakni misalnya satu DM yang dipanggil DM A,

Parti A- 100 undi

Parti B- 50 undi

Parti C- 10 undi

Oleh sebab Parti A di tempat pertama, 100 undi nya dikira, manakala undi B dan C hilang.

Tapi dalam format DM sebenar, misalnya DM Pertak,

Parti PH- 90 undi

Parti PN- 70 undi

Parti PRM – 10 undi,

Undi undi untuk calon di tempat kedua dan ketiga tak hilang.

Walau bagaimanapun, di peringkat atas iaitu DUN Kuala Kubu Baru, calon di kedudukan pertama iaitu PH boleh dikata sebagai merampas DUN kerana undi calon di tempat kedua terhenti fungsinya.

Saya perasan baik di pihak PN mahupun PH cuba memusing cerita. Orang PH yang Melayu tak nak mengaku undi Melayu PH sikit manakala orang PN yang bukan Melayu tak nak mengaku bukan Melayu PN sikit.

Macam ni, oleh sebab undi di setiap DM tak hilang, malah dibawa ke atas untuk dijumlahkan untuk pengiraan DUN, maka soal parti mana menang untuk setiap DM menjadi tak relevan.

Ini kerana data data untuk DM adalah ERGODIC. Parti mana menang di setiap DM hanya relevan kalau data data DM adalah TIDAK ERGODIC.

Jika bilangan undi untuk calon di tempat kedua dan ke bawah tidak dibawa ke jumlah undi DUN, data DM menjadi TIDAK ERGODIC. Tapi ini tak berlaku.

Realiti format DM yang digunapakai sekarang adalah seperti berikut:

DM A:

PN – 100 undi

PH 50 undi

DM B:

PN- 50 undi

PH- 100 undi

DM C:

PN- 30 undi

PH- 50 undi

DM D:

PN- 20 undi

PH- 40 undi

Jumlah PN- 200 undi

Jumlah PH- 240 undi

Purata undi setiap DM:

PN- 200 bahagi 4 DM= 50 undi.

PH- 240 bahagi 4 DM= 60 undi

Format DM adalah ERGODIC jika setiap DM berbeza iaitu DM A (100 undi)+DM B (50 undi)+DM C (30 undi)+ DM D (20 undi), jumlah 200 undi.

Jika setiap DM sama iaitu DM A (50 undi)+ DM B (50 undi) + DM C (50 undi) + DM D (50 undi), jumlah 200 undi. Jika dijumlahkan setiap DM yang beza undi adalah sama banyak jika dijumlahkan setiap DM yang sama undi. Ini adalah ERGODIC.

Dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru (KKB), calon PH (DAP) dapat 14,000 undi manakala calon PN (Bersatu) dapat 10,131 undi. DM ada 16.

Sudah tentu PN dan PH masing-masing dapat undi pelbagai di setiap DM. Tapi jika dijumlahkan setiap undi untuk seluruh DM, PH dapat 14,000 dan PN dapat 10,131.

Jika dipuratakan, 14,000 bahagi 16, PH dapat 875 setiap DM. 10,131 bahagi 16, PN dapat 633.1875 setiap DM. Jika ditambah setiap 875 untuk 16 DM, jumlah tetap 14,000. Sama juga untuk PN.

Justeru, memerangi undi terbanyak atau kedua terbanyak di DM majoriti Melayu atau bukan Melayu adalah tak relevan dalam pengiraan jumlah undi DUN. Sebab ERGODIC.

Kenapa orang berbeza pendapat tentang jumlah undi Melayu dan bukan Melayu? Sebab tiada “Racial profiling” untuk setiap kertas undi. Ah Chong seorang Cina dianggap 1 Undi dan Ahmad seorang Melayu 1 Undi. Keputusan undi tidak kenalpasti bangsa. Justeru, jumlah undi mengikut bangsa hanya dapat dianggarkan.

Tapi adalah salah, satu Fallacy jika anggap dalam satu DM yang 70% Melayu, dan bila PH dapat undi terbanyak, maka 70% undi Melayu tu semua PH punya!

Apatah lagi format DM adalah ERGODIC. Jadi taburan undi di DM majoriti Melayu dan bukan majoriti Melayu tak relevan. Jika nak buat anggaran, kita patut terus pergi kepada jumlah besar undi DUN.

Pada Pilihanraya negeri 1 tahun sebelum, jumlah keluar mengundi 27,318 manakala jumlah pada pilihanraya kecil tahun ini  24,745, maknanya maknanya undi kurang 2,573. PH berkurang 862 undi, PN berkurang 612. Jumlah kedua-dua 1,474 undi. Undi parti MUDA berkurang 1,186 sebab kali ini dia bertanding. Jumlah undi berkurang 2,660 untuk 3 parti ini iaitu lebih kurang sama dengan peningkatan orang tak keluar mengundi.

Jadi, kemungkinan yang ada ialah undi berpindah antara 2 parti, PN dan PH. Dari segi teori, ia seolah-olah “Deadlock” (sukar nak kenal pasti), tapi dengan gunakan 1 “trick” atau silat mata, deadlock mampu dirungkai.

Trick ialah pemindahan undi Cina dan Melayu.

Kalau penyokong PH dakwa undi Melayu 3,000 berpindah kepada PH daripada PN,.undi Cina pun mesti bergerak 3,000 kepada PN dari PH. Maknanya, kaum Cina tiba-tiba 3,000 orang tiba-tiba suka PN. Munasabah tak? Berapa banyak cawangan Cina PN di kawasan tu? Berapa banyak ceramah besar-besaran untuk kaum Cina saja dibuat PN? Adakah yang buat kerja untuk PN, banyak Cina? Tak.

Ada satu hipotesis pelik oleh orang politik. Dia kata 3,000 undi Melayu pergi ke PH, daripada orang Melayu yang dulu tak mengundi, sekarang mengundi manakala 3,000 Cina tak keluar mengundi. Maknanya, 2,573 yang tak keluar tu semuanya Cina, tapi diganti dengan pengundi baru Melayu.

Kemungkinan ini bermasalah sebab ia sama ada terpaksa anggap:

1) Sebelum ini, PN ada 2,000 undi Cina dan 2,000 Cina ini setia kepada PN sampai sekarang. Atau;

2) PN tak pernah ada undi Cina, baik dulu dan sekarang.

99% atau 100% Cina undi Pakatan Harapan (PH) adalah sesuatu yang politikus PH tak nak akui sebab ia buat orang

 pandang serong kepada orang Cina.

100% Cina undi PH bukan saja buat PN langgar tembok, tapi kelakarnya ia juga buat PH langgar tembok. Tapi ia memudahkan pengiraan undi Melayu.

Jika 100% Cina undi PH, secara automatik undi Melayu PN jadi antara 9,600 ke 10,100. Maknanya, jumlah keluar mengundi 24,745 kena tolak 10,000 dan baki 14,000 untuk PH kena dibahagi antara Melayu, Cina, India. Di sini, PH jadi “diluah mati emak, ditelan Mati bapak”. Kalau umum undi Melayu 3,000 undi maka Cina terpaksa diumum jadi kurang.

Dan ia jadi “tarik selimut nampak kaki” untuk India. Kalau naikkan angka undi India ke PN, memang undi Melayu PH naik, tapi undi India PH berkurang pula. Bergantung kepada naratif apa PH nak mainkan, bergantung kepada khalayak mana PH / UMNO nak jual.

Hezri Sardi

Data Undi Cina, Melayu di kawasan Cina.

Ong Kian Ming bentang pendapat penuh muslihat tentang pilihanraya kecil (PRK 2024) dan Pilihanraya Negeri (PRN 2023) DUN Kuala Kubu Baru, hasil kajian parti DAP.

Dia hanya bagi maklumat:
1) Bilangan undi “majoriti” DAP dapat di setiap Daerah Mengundi (DM).
2) Peratus (%) undi DAP dapat di setiap Daerah Mengundi (DM)

Dia sorok:
1) Bilangan dan peratus keluar mengundi di setiap DM.
2) Bilangan undi yang diperoleh PN.

Walau bagaimanapun, bilangan undi dapat dikira berdasarkan fakta yang tak disorok DAP melalui formula Matematik yang saya buat.

1) Jumlah keluar mengundi di DM= Jumlah “majoriti” DAP ÷ (peratus undi DAP tolak peratus undi bukan DAP)
2)Jumlah undi PN= Peratus undi bukan DAP darab Jumlah keluar mengundi.
3) Jumlah undi DAP= Peratus undi DAP darab Jumlah keluar mengundi.
4) Jumlah pengundi berdaftar= Jumlah keluar mengundi di DM / peratus keluar mengundi seluruh DUN
5) Jumlah pengundi Cina berdaftar= Peratus pengundi Cina darab Jumlah pengundi berdaftar.
6) Peratus Keluar Mengundi DUN KKB:
PRK 2024: 61.12%
PRN 2023: 66.57%

Ong Kian Ming dedahkan data secara terpilih di 6 DM yang banyak pengundi Cina.

Undi DAP
A) Kg Baru Kerling (66% Cina)
PRK 2024- 82.1%
PRN 2023- 80.5%
B) Kg Baru Cina (76.8% Cina)
PRK 2024- 90.0%
PRN 2023- 85.8%
C) Kg Baru Rasa (92.8% Cina)
PRK 2024- 94.8%
PRN 2023- 92.6%
D) Pekan Rasa (62.9% Cina)
PRK 2024- 77.4%
PRN 2023- 75.2%
E) Kg Baru Barang Kali (85.2% Cina)
PRK 2024- 90.2%
PRN 2023- 89.3%
F) Hulu Yam Lama (69.3% Cina)
PRK 2024- 78.6%
PRN 2023- 77.2%

Melalui 6 formula saya tadi, data berikut diperoleh:

A) Kg Baru Kerling
[Pengundi berdaftar- 1,353
Pengundi berdaftar- Cina 893; bukan Cina 460]
PRK 2024
Jumlah keluar mengundi-827
Undi DAP- 679 (76.03% Cina)
Undi PN- 148 (32.17% bukan Cina)
PRN 2023
Jumlah keluar mengundi- 970
Undi DAP- 781 (87.46% Cina)
Undi PN- 189 (41.09% bukan Cina)
B) Kg Baru Cina
[Pengundi berdaftar- 2,503
Pengundi berdaftar-Cina 1,922; bukan Cina 581]
PRK 2024
Jumlah keluar mengundi- 1,530
Undi DAP-1,377 (71.64% Cina)
Undi PN- 153 (26.33% bukan Cina)
PRN 2023
Jumlah keluar mengundi- 1,788
Undi DAP-1,534 (79.81% Cina)
Undi PN- 254 (43.72% bukan Cina)
C) Kg Baru Rasa [Pengundi berdaftar-1,618
Pengundi berdaftar-Cina 1,501; Bukan Cina 117]
PRK 2024
Jumlah keluar mengundi- 989
Undi DAP-938 (62.49% Cina)
Undi PN- 51 (43.58% bukan Cina)
PRN 2023
Jumlah keluar mengundi- 1,168
Undi DAP-1,082 (72.09% Cina)
Undi PN- 86 (73.5% bukan Cina)
D) Pekan Rasa [Pengundi berdaftar-1,705
Pengundi berdaftar-Cina 1,072; bukan Cina 633]
PRK 2024
Jumlah keluar mengundi- 1,042
Undi DAP-807 (75.28% Cina)
Undi PN-236 (37.28% bukan Cina)
PRN 2023
Jumlah keluar mengundi-1,262
Undi DAP-949 (88.52% Cina)
Undi PN-313 (49.45% bukan Cina)
E) Kg Baru Barang Kali [Pengundi berdaftar-1,219
Pengundi berdaftar-Cina 1,038; bukan Cina 181]
PRK 2024
Jumlah keluar mengundi- 745
Undi DAP-672 (64.74% Cina)
Undi PN-73 (40.33% bukan Cina)
PRN 2023
Jumlah keluar mengundi-883
Undi DAP-789 (76% Cina)
Undi PN-95 (52.48% bukan Cina)
F) Hulu Yam Lama [Pengundi berdaftar-1,093
Pengundi berdaftar-Cina 757; bukan Cina 336]
PRK 2024
Jumlah keluar mengundi- 668
Undi DAP-525 (69.35% Cina)
Undi PN-143 (42.56% bukan Cina)
PRN 2023
Jumlah keluar mengundi- 756
Undi DAP-583 (77% Cina)
Undi PN-172 (51% bukan Cina)

Pengundi PN umumnya adalah Melayu.
Pengundi DAP / PH sebahagian besar adalah Cina dan sedikit India dan Melayu.

Kalau tengok 6 DM ini, peratus keluar mengundi PN berbanding keseluruhan bukan Melayu selalunya di bawah 50%.

DAP / PH pula, peratus keluar mengundi atas 70% hingga 87%.

Walaupun Populasi Cina sekitar 65% hingga 93% dalam 6 DM ini, undi PN amat sedikit.

Kalau di DM yang populasi Cina kecil di bawah 40%, kita mungkin boleh jadikan hujah undi Cina kepada PN sikit .
Tapi dalam DM yang populasi Cina jauh lebih banyak daripada Melayu seperti di 6 DM ini, undi PN terlampau kecil, walaupun keluar mengundi Melayu di situ rendah.

Ini BUKTI kaum CINA TAK UNDI PN.

Kesimpulan daripada data DAP / Ong Kian Ming sendiri,

1) Kaum Cina tidak undi PN langsung. Dalam kata lain hampir 100% undi Cina pergi ke PH / DAP.
2) Kadar keluar mengundi Melayu lebih rendah daripada Cina walaupun di tempat Melayu sikit.

Hezri Sardi

Zahiri vs Penunggang Agama, DAP.

Dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baru, calon parti DAP (Cina) bertanding lawan calon parti BERSATU (Melayu Islam). Parti UMNO walaupun Melayu Islam, tak sokong BERSATU, malah berkempen untuk DAP.

Apa yang yang saya sebut lepas ni penting sebab kita akan menghadapi lagi beberapa tahun di mana UMNO yang Melayu Islam sokong DAP.

Ada satu video ceramah oleh veteran UMNO, Zainal Abidin Sakom, ini katanya:
“Hukum syarak, kerajaan perpaduan ni dulu ditubuh…diarah oleh Ulil-Amri, Agong (pemerintah Malaysia)… kerajaan ini jadi Ulil-Amri. Apa itu Ulil-Amri? Kerajaan yang memerintah di kalangan kamu…”
Kemudian dia petik ayat Quran (tapi tak sebut surah mana, ayat mana tapi kita tahu ia dari Surah an-Nisa ayat 59)

Dia sambung lagi,
“Kerajaan perpaduan ini telah letakkan calon nya, nama nya Pang Chok tau, maksudnya dia ni bukan lagi calon DAP lagi dah. Dia calon kerajaan memerintah yang dipanggil Ulil-Amri. Bagi orang Islam, mengundi dia bukan sunat, bukan harus, mengundi dia wajib!”

Ayat Quran jika diguna dengan lurus, DAP akan susah sebab Allah kata Kafir dan Musyrik lebih rendah daripada orang Mukmin / Islam. Tapi kalau pusing macam politikus UMNO tadi buat, maka undi calon kafir pun boleh jadi wajib. Di sini, orang timbulkan isu tunggang agama. Banyak orang tak faham maksud tunggang agama.

Tunggang agama adalah manipulasi Qiyas. Dalam mazhab Syafi’e mahupun Maliki (dipanggil Istihsan). Qiyas ialah menggunakan akal dalam mentafsir dalil Quran. Contohnya macam politikus UMNO buat tadi. Cuma secara culas mengaitkan Ulil-Amri dengan DAP, malah mewajibkan undi Ulil-Amri, bermakna dia salahguna Qiyas. Banyak kes manipulasi Qiyas.

Sebab tu Imam Ibn Hazm daripada Mazhab Zahiri tolak Qiyas. Qiyas jika dilakukan oleh Imam Syafi’e dan anak murid mungkin selamat, tapi di tangan orang lain, apa berlaku adalah salahguna. Kes tunggang agama banyak daripada sini.

Dalil kenapa orang Islam ada mazhab dan ijtihad ialah ketika perang melawan Bani Quraizah. Nabi SAW suruh mereka jangan solar asar hingga sampai di Kampung Bani Quraizah. Adalah mustahil untuk sempat solat dalam waktu asar sebab tempat tu jauh. Tentera Islam ada yang hanya solat bila sampai sana walaupun habis asar kerana memahami ayat secara bulat-bulat.
Ada pula yang asalkan solat walaupun belum sampai destinasi. Di sini, mereka tak ikut bulat-bulat tapi memahami maksud di sebalik sabda Nabi SAW. Kedua-dua Nabi kata betul. Di situ bermula mazhab..mazhab pertama ialah ikut Hadis (dikenali ahli hadis)..kedua, ikut rasional (ahli ra’yi). Mazhab Hanafi dikira Raiyi. Maliki pun walaupun sedikit kerat, masih lagi ra’yi. Imam Syafi’e yang mula tegas ikut Hadis walaupun dalam sesetengah kes, pakai kaedah Qiyas yang ikut rasional.
Mazhab Hanbali yang mula-mula pakai Hadis sepenuhnya. Imam Bukhari, Muslim dan lain kemudian mula ikut Hadis sepenuhnya. Ketika mazhab Hanbali bermula, ada satu lagi mazhab berdasarkan Hadis sepenuhnya bermula, iaitu Mazhab Zahiri.

Misalnya, jika mazhab zahiri fahami surah an-Nisa ayat 59 tadi, Ulil-Amri tidak merujuk kepada Agong kerana masa ayat itu diturunkan, tiada Agung. Perkataan “Taat lah” dalam ayat tadi, mengikut Zahiri tak boleh ditafsir secara culas kepada wajib mengundi.

Semua parti tak boleh berlagak suci. Kebanyakan tindakan parti politik untuk menang undi, bukan atas ikhlas. Parti politik Islam pun sama, apatah lagi parti bukan Islam seperti DAP.

Kita mesti terima hakikat yang ketika Quran diturunkan, umat Islam adalah minoriti, orang kafir dan Musyrik adalah majoriti. Oleh itu, ayat Quran secara konsisten merendahkan orang bukan Islam, memanggil mereka kafir dan Musyrik.

Dalam Quran, Islam bukan sama taraf dengan agama lain. Islam lebih tinggi. Orang bukan Islam sesat. Apa yang secara terang dan bulat-bulat disebut dalam Quran rugikan politik DAP.

Untuk kata DAP dan bukan Islam sama taraf dengan orang Islam, atau lebih baik daripada Islam, DAP tak nak ayat Quran difahami secara harfiah, bulat-bulat. Rugi DAP.
Mereka kena cipta maksud lain untuk ayat, supaya ditafsir menguntungkan DAP.

Masa awal, ada ahli parlimen Cina DAP mentafsirkan dalil Quran tapi dihentam semua. Sekarang, mereka lebih pandai. DAP pakai orang Islam untuk buat tafsiran baru Quran supaya untungkan mereka. Kalau parti Amanah, sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, tak dipercayai Melayu. Jadi, mereka pun guna UMNO untuk manipulasi Qiyas sebab UMNO lebih dipercayai Melayu berbanding Amanah.

Hezri Sardi

Politik Bukan Melayu: Liberal vs Kongsi Gelap

Terbaru; kedudukan kebebasan bersuara Malaysia jatuh 34 anak tangga ke 107. Kedudukan antara negara ini dikeluarkan oleh badan berkecuali antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF).

Ranking 107 ni walaupun diumumkan pada April 2024, ia mengukur kebebasan bersuara pada 2023. Pada pengumuman 2023, yang mana kedudukan menaik ke 73, ia sebenarnya untuk tahun 2022. Kebebasan media pada 2021, kedudukan menaik ke 113 daripada 119 pada 2020. Maknanya, pada zaman COVID dan PKP yang mana kerajaan dikuasai parti politik Melayu, kebebasan lebih baik daripada ketika sekarang di mana parti politik Cina (DAP/PH) kuasai.

Pelik bukan? Counter intuitive, bukan? Anggapan umum politik Melayu yang sepatutnya lebih kuku besi, tapi nampaknya bukan Melayu atau Cina lebih kuku besi.

Kedua, saya lihat parti politik Melayu yakni Perikatan Nasional (PN) terdesak nak cari sokongan bukan Melayu. Saya tak kisah tapi saya kisah kalau orang buat benda tak masuk akal. Masalah dengan orang politik PN ialah cuba cari sokongan bukan Melayu yang tak akan sokong mereka. Sepatutnya cari bukan Melayu yang terbuka sokong sesiapa, termasuk PN.

Saya mulakan dengan buku, “Chinese Secret Society in Malaya” (Kongsi Gelap Cina di Tanah Melayu). Tahun lepas saya beli sebuah buku amat tebal ditulis oleh pengkaji British, dikeluarkan 1950. Umur buku tu lebih 70 tahun, jadi bau gas amat dahsyat..saya hanya boleh baca 15 minit saja, lepas tu berhenti, sambung esok. Terpaksa baca henti henti.

Saya ringkaskan di sini; kartel yang kuasai perniagaan di Malaysia dan parti politik bukan Melayu umumnya adalah Derivatif daripada Kongsi Gelap. Sistem dan fikiran adalah Derivatif daripada Kongsi Gelap Cina. Saya kata Derivatif sebab ia sudah berubah menjadi syarikat dan Persatuan sekarang yang kemudian beri duit kepada parti politik. Sebab itu, Akta Dana Politik sampai sekarang tiada, sebab kalau ada, nanti kantoi, semua orang tahu.

Agenda Kongsi Gelap ialah Kuasa. Bukan ideologi tertentu. DAP misalnya tiada ideologi walaupun sepatutnya ia kata ia ada ideologi. Sekarang lepas mereka berkuasa, kita nampak jelas. Kalau ada Cina pakai sekali kena tegur oleh pegawai kerajaan, DAP garang lawan, tapi untuk dapatkan undi Melayu, amoi yang selalu seksi pun pakai baju kurung dan tudung!

Jadi, ini politik sampah. Tiada ideologi, cuma nak kuasa (politik dan ekonomi).

Jadi, adakah mustahil untuk dapat sokongan Cina? Boleh. Sebab mereka pun terbahagi kepada dua. Cina yang fikir macam Kongsi Gelap dan Cina yang fikir bukan Kongsi Gelap. Kalau nak contoh mudah, DAP dengan parti MUDA. Parti DAP berfikir melalui fikiran Kongsi Gelap manakala MUDA berfikir secara liberal. Liberal dan Kongsi Gelap adalah 2 benda berbeza.

Saya bagi satu kisah benar. Dulu saya pernah uruskan sebuah Institut Pengajaran Tinggi Swasta (IPTS). Di peringkat operasi, ada seorang Pengurus lelaki Cina. Tauke IPTS ni pula apek Cina. Apabila mula ada banyak pelajar Melayu, saya besarkan surau. Dulu ada satu surau kecil untuk cukup syarat Kementerian Pendidikan Tinggi. Jadi saya besarkan surau, untuk ada 1 surau lelaki dan satu surau wanita. Saya juga alihkan surau sebelah dengan sumber air supaya senang ambil wuduk.
Tauke tadi marah sebab bagi dia takkan lah semata-mata solat, kita buat pelbagai perubahan. Dia pun ungkit lah segala amalan Islam yang dia tak suka. Yang Pengurus Cina muda tadi lawan. Saya sebagai orang Islam tak payah buat apa-apa sebab hujah Pengurus tadi power. Pengurus Cina yang perlahan Islam tadi adalah seorang Gay (homoseks). Kisah benar. Saya ada beberapa cerita lagi.

Bila ada perang Asia Barat baru-baru ni, tunjuk perasan besar-besaran dan media sosial dikuasai penyokong Palestin. Sebahagian besar mereka bukan Islam. Ada lesbian, gay, haluan kiri dan sebagainya. Mereka umumnya berfikir liberal. Umat Islam barat tiada masalah bekerjasama dengan mereka, cuma dalam bab halal Haram, mereka tegas, tapi kalau kerjasama OK. Sifat sifat golongan liberal ni, mereka tak tersusun dan bertindak ikut hati.

Sama macam di Malaysia. Jangan kerjasama dengan yang ala kongsi gelap yang nak kuasai kita. Tapi kerjasama dengan yang liberal. Mereka berfikir ikut hati, ikut ideologi, bukan nak kuasai kita. Tapi kena bersabar lah jika mereka bersuara, sebab mereka bukan jenis nak kuasai sesiapa. Contoh yang paling senang ialah orang parti MUDA dan Parti Sosialis Malaysia. Tapi tak terhad kepada mereka. Masalah kita cuma dengan yang fikir macam Kongsi Gelap. Itu saja.

Hezri Sardi

Sijil Short cut vs Superiority complex

Sekarang musim pilihanraya dengan pilihanraya kecil (by-election) di DUN Kuala Kubu Baru setelah kematian penyandang. 2 calon utama ialah dari parti DAP mewakili logo Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU mewakili Perikatan Nasional (PN).

Poster kedua-dua calon pun dipapar kepada umum, dengan ringkasan resume. Calon PN ditunjuk ada Master Eksekutif daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP). Selalunya Master ada Bachelor, tapi beliau tiada Bachelor, cuma ada Diploma. Calon DAP pula ada sijil Bachelor biasa.

PH pun mainkan isu tentang ijazah. Ada satu minah PH pertikai macam mana calon tadi boleh ada Master tanpa Degree. Maka berbondong orang politik dan penyokong PH Hina dan ketawakan calon PN tadi.

Fakta sebenar dan ia pengetahuan yang banyak orang tahu sebab sijil Master Eksekutif ini telah dijual secara meluas. Diploma, Bachelor dan Master yang ada title “eksekutif” hanya perlu pengalaman kerja saja dan umur saja. Selalunya kalau orang itu umur 35 tahun, dia dah boleh ambil Master Eksekutif. Walau bagaimanapun, title “Master” hanya pada nama, tapi tak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Sesiapa yang pernah bercakap dengan penjual sijil sijil sebegini, selalu dengar yang “Oh, ini confirm dapat, senang sebab hanya hadir kelas je!” Maknanya, ia ialah satu cara sah di sisi undang-undang untuk dihormati sebab ada title “master” atau “bachelor”. (Orang selalu ambil Master je sebab kenapa nak ambil yang bawah kalau boleh dapat yang atas dengan usaha dan kos lebih kurang sama)

Secara ringkas, Master Eksekutif tadi ialah jalan pintas sah di sisi undang-undang untuk kata diri kita pandai. Ia sama macam banyak orang politik UMNO dan PKR buat apabila beli sijil Bachelor atau Master dari luar negara.

Oleh sebab banyaknya orang beli sijil sebegini walau sah dari segi undang-undang, maka stigma pun wujud ke atas orang yang “try hard” nak tunjuk mereka ada degree ni. Macam saya, saya dah malas tunjuk sijil sijil profesional dan sijil luar negara yang saya susah susah dapat. Kalau untuk urusan kerjaya hakiki, baru guna tapi nak tayang kat orang, tak. (Mungkin sebab saya tak payah nak buktikan yang saya tak bodoh). Tapi tak dinafikan banyak orang politik dan orang berniaga terpaksa tunjuk sijil untuk buktikan diri pandai. Sebenarnya sijil tak buktikan kepandaian seseorang.

Apabila penyokong PH gelakkan sijil sah tapi short cut calon PN, sebenarnya ini datang daripada stigma. Banyak orang Melayu tak masuk kolej lepas sekolah. Dan kebanyakan orang terpelajar Melayu tak masuk politik. Yang jadi calon Melayu ialah yang tak belajar tinggi. Untuk short cut, mereka terpaksa ambil sijil sebegini. Orang Cina misalnya tahu kelemahan Melayu ini.

Stigma yang sama berlaku dalam dunia perniagaan. Dunia perniagaan dikuasai orang Cina. Misalnya, membekalkan alat kelengkapan kilang. Kalau ada syarikat Melayu yang berniaga begini, orang Cina akan pandang negatif, sebab mereka tahu yang mana ada orang Melayu berniaga dalam bidang-bidang ni.

Stigma yang sama juga dalam dunia kerja. Saya pernah buatkan dalam beberapa syarikat antarabangsa, di mana semua pekerja Melayu, ada sedikit India. Apabila ada Konsultan luar Cina melawat, mereka secara sinis tanya “syarikat-syarikat ni semua Melayu, kan?”. Sebab punca syarikat barat, Korea dan Jepun dipenuhi pekerja Cina di peringkat atas sebab eksekutif tinggi Cina akan akan ambil eksekutif Cina. Jadi, kalau dalam pejabat banyak Melayu, mereka faham orang yang paling tinggi dalam syarikat tadi mesti Melayu sebab Melayu ambil Melayu. Jawatan rendah orang Cina tak ambil sebab gaji rendah. Ini stigma.

Kesimpulannya, kita kena faham PH mainkan isu sijil bukan isu sijil itu sah atau haram tetapi isu stigma, yang mana prejudis terhadap amalan orang Melayu.

Kedua, setelah melihat poster poster calon Melayu baik Bersatu, PAS, UMNO mahupun PKR, dah kena kreatif, jangan lagi terang terang guna sijil dalam promosi diri. Macam saya, UPSR, PMR, SPM semua A, langsung takde B tapi takde pula saya nak pergi tayang benda ni!

Secara logiknya, bila kita menjual produk, kita tayangkan Unique Selling Point, yakni kelebihan kita berbanding lawan atau kelebihan kita yang kebanyakan orang takde.

Kalau setakat tayang Ijazah Sarjana Mudah atau Master Eksekutif, itu tak membuatkan orang tertarik kepada kita. Misalnya, katakan kelebihan kita anak tempatan dan mungkin pengalaman NGO, benda ni yang patut ditayangkan. Pendek kata, jangan tayang benda yang kebanyakan orang ada, jangan tayang benda yang lawan kita lebih baik daripada kita!

Hezri Sardi