Turki, Lira, Ringgit.

Saya tertengok satu video Tiktok daripada Pempengaruh ekonomi, Nazri Hamdan yang menyalahkan kejatuhan ekonomi Turki kepada campur tangan oleh Presiden dalam ekonomi. Ini terang terang ajaran sesat.

Memang betul matawang Turki, iaitu Lira jatuh nilai. Memang betul Inflasi tinggi di Turki. Tapi meletakkan punca (Causation) kepada campur tangan kerajaan adalah salah besar sebab keadaan Turki yang membawa kepada keadaan sekarang dah diketahui ramai.

Berbeza dengan Malaysia, rakyat Turki boleh simpan dalam matawang asing. Di sini, kita hanya simpan duit Ringgit dalam bank. Kita juga tak boleh pinjam dalam matawang asing. Di Turki, boleh pinjam dalam matawang asing.

Pada 1981, Bank Dunia dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) seperti apa cuba dibuat di Malaysia pada 2024, telah pengaruh dasar kerajaan Turki:

1) Bank swasta boleh menaikkan kadar bunga tanpa had.
2) Rakyat Turki boleh pinjam dalam matawang asing.
3) Rakyat Turki boleh simpan duit dalam bank dalam matawang selain Lira.

Ketika tiada Erdogan, ketika tiada campur tangan kerajaan, Inflasi dah begitu tinggi pada 1970an. Pada 1994, misalnya, Inflasi Turki mencapai 120%.

Untuk lindungi daripada kesan Inflasi, rakyat Turki beramai-ramai tukar duit ke dollar dan simpan dalam bank , sebab boleh.

Jadi, orang macam Nazri Hamdan sebut pasal Erdogan dan Inflasi tinggi pada 2024 tapi tak sebut pasal “dollarization” dan Inflasi tinggi sebelum itu.

Pada 2 Mei 2018, Erdogan menghentikan budaya meminjam matawang asing di kalangan Rakyat Turki melalui decree 2018/11185.

Pada Disember 2021, Erdogan perkenalkan skim KKM iaitu kalau penyimpan matawang asing tukar ke simpanan Lira dalam KKM akan dibayar dengan lumayan.

Pada 21 Oktober 2022, Erdogan keluarkan Decree 2022/10659 iaitu melarang syarikat pinjam dalam matawang Lira jika ada hutang matawang asing bernilai 10 juta Lira.

Logik begini:
1) Dulu sejak 1980an, bukan saja rakyat Turki tak perlu simpan duit dalam Lira, malah boleh pinjam dalam matawang asing, misalnya dollar. Bila tak cukup dollar, dengan mudah orang Turki jual Lira mereka kepada bank untuk dapatkan dollar. Bank ambil peluang selama berdekad lamanya untuk turunkan lagi nilai Lira.

2) Walaupun dengan KKm yang baru 2 tahun, tak dapat mengubah ketagihan Rakyat Turki yang dah simpan dollar sejak 40 tahun lalu!

Amat mengejutkan bila pempengaruh Tiktok ini sebarkan dakyah pasaran bebas dan banyak juga orang jahil yang percaya.

Hezri Sardi

Fallacy Nilai Ringgit.

Semalam pada 3.49 petang, orang ramai heboh apabila nilai Ringgit kepada dollar jatuh ke 4.98. Benda sama berlaku pada 5 Febuari bila Ringgit jatuh ke 6.239, kedua-dua nilai datang daripada carian internet, Google. Pada 5 Febuari, Bank Negara kata nilai tu tak betul walaupun Google tak kata apa-apa.

Latar belakang kepada isu ini ialah sejak 2023, nilai Ringgit jatuh jauh lebih teruk berbanding mana mana zaman sebelum ini. Kalau macam tu, kenapa orang ramai tak kutuk setiap hari sebab memang setiap hari sejak 2023 Ringgit paling teruk. Jawapan nya orang berasa penat. Ringgit jatuh kepada 4.5, mereka bising. Jatuh lagi kepada 4.6, bising. Jatuh ke 4.7, bising, hampir 4.8, bising. Daripada semasa ke semasa, Ringgit naik sikit, tapi masih tahap teruk. Sepatutnya orang kutuk, tapi tak buat sebab penat, bosan. Pada masa sama, penyokong kerajaan bila Ringgit naik sikit, (naik ke 4.75, walhal ia dah tahap kronik), akan kutuk orang ramai “Kenapa tak bising, bila Ringgit naik?” (Pelik, Ringgit tak pernah naik pun)

Sebagai orang yang biasa dengan pertukaran matawang, saya tahu nilai di Google atau XE di internet adalah salah. Begitu juga nilai harian pada laman web Bank Negara.

Pada hujung 15 Mac, nilai Ringgit jadi 4.70 (penyokong kerajaan akan melompat gembira walaupun masih amat teruk). Nilai ni salah. Penyokong kerajaan guna nilai ni tak buatkan ia jadi betul. Penyokong pembangkang guna nilai ketika ia kuat tak buay ia jadi betul. Sebab nilai Google memang salah!

Berikut ialah harga Ringgit pada 15 Mac mengikut bank;
Bank Muamalat 4.82
Public Bank 4.771
CIMB 4.7808
RHB 4.907
Maybank 4.771
Hong Leong 4.772
OCBC 4.77
MUFG 4.754
Bank Negara 4.707

Nilai Bank Negara dan Google jauh lebih rendah daripada nilai sebenar dijual di bank bank tempatan. (Nilai sebegini untungkan dakyah kerajaan). Masalah ialah sebab penyokong pembangkang pun 2 kali 5, guna nilai Google. Kalau pembangkang tunggang nilai Google masa Ringgit jatuh, mereka tak boleh marah apabila penyokong kerajaan tunggang Google bila Ringgit naik sikit.

Kalau pembangkang celik ilmu sikit, mereka akan hari hari tengok harga sebenar bank beli Ringgit yang jauh lebih rendah. Misalnya, Bank Muamalat ialah 4.82 dan RHB 4.907.

Sama macam harga ayam. Katakan Ah Chong dan Ah Tam, dua-dua peniaga ayam dalam satu kartel yang sama. Ah Chong dan Ah Tam jual beli ayam sesama sendiri pada harga lebih murah daripada luar. Tapi kita tak tayang kepada umum harga antara 2 kartel tadi. Harga yang sampai ke orang ramai patutnya jadi harga sebenar. Begitu juga dengan Ringgit, kita ikut harga akhir yang sampai kepada kita.

Berikut fakta sejarah pasal matawang negara ini.

1903 – Matawang Dollar Negeri-negeri Selat mula.
1940- Dollar Malaya ganti Dollar Selat.
1944- Sistem Bretton Woods bermula di peringkat dunia.
1950- Perjanjian Matawang 1950 supaya nilai Dollar Malaya ikut sistem Bretton Woods.
1959- Bank Negara diwujudkan yang guna sistem lain daripada Dollar Malaya.
1960- Perjanjian Matawang 1960 meluaskan Dollar Malaya kepada Sabah Sarawak.
Jun 1967- Matawang baru, Dollar Malaysia diguna.

Sejak 1967, ada 2 matawang diguna di Malaysia, satu Dollar Malaya dikeluarkan oleh Currency Board, satu lagi Dollar Malaysia oleh Bank Negara. Kedua-dua guna sistem Parity ikut Bretton Woods, kedua-dua termasuk Bank Negara masih lagi sistem Currency Board.

Pada 1971, Bretton Woods dimansuhkan. Oleh sebab tiada lagi Parity, matawang setiap negara tidak lagi diikat antara satu sama lain. Pasaran matawang asing bermula pada masa ini. Walau bagaimanapun, Bank Negara masih lagi jual beli Dollar Malaysia melalui nilai tetap.

Pada 21 Jun 1973, Dollar Malaysia secara tetap selepas Dollar Malaya dihentikan penggunaan.
Pada 1976, Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) buat perjanjian Jamaica bagi menjadikan nilai matawang bebas turun naik. Bank bank bebas jual beli Ringgit pada harga masing-masing. Maknanya, Ringgit bukan ada 1 harga saja.

Kalau kita cari nilai tukaran dollar Ringgit di Google, kita akan dapat 1 harga saja. Tapi, kita tak tahu sama ada itu harga untuk beli Ringgit atau harga jual Ringgit. Nilai yang beri kesan kepada kita ialah nilai jual Ringgit. Tapi Google tak jelas. Nilai Ringgit itu dapat kalau jual di mana? Itu pun Google tak beritahu. Justeru, itu walaupun sesetengah orang ekonomi guna “Law of 1 Price” (Doktrin 1 Harga), ia sebenarnya salah daripada segi logik.

Hezri Sardi

Ringgit, Fallacy 1 Harga.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pada 27 Febuari umum:
“Oleh itu, ringgit dijangka diniagakan pada sekitar RM4.77 hari ini.”
Tapi jika kita tengok laman web rasmi Bank Muamalat, Dollar US dijual pada RM4.910 pada 28 Febuari, RM4.916 pada 29 Febuari dan RM4.882 pada 1 Mac.
Orang politik dan penyokong kerajaan kena bantai teruk bila Ringgit naik menuju RM4.80. Ketika tulisan ni dibuat, Ringgit dilapor oleh media berada di 4.74, amat teruk, tapi keterukan itu dineutralisasi oleh dakyah media yang kononnya “Ringgit naik” walhal ia masih amat teruk.
Pada 28 Febuari ke 1 Mac misalnya, tiada lagi bunyi kutukan sebab Ringgit tak lagi RM4.80 tetapi Ringgit hanya begitu dalam Google, dalam media. Dalam dunia sebenar, Ringgit dah jatuh melebihi 4.80.

Berikut ialah harga jualan dollar US mengikut bank.

RHB.
27 Feb- RM 4.973
28 Feb- RM 4.965
29 Feb- RM 4.906
1 Mac- 4.92

Public Bank.
27 Feb- RM 4.846
28 Feb- RM 4.827
29 Feb- RM 4.833
1 Mac- 4.805

CIMB
27 Feb- RM 4.8565
28 Feb- RM 4.8352
29 Feb- RM 4.8448
1 Mac- 4.8164

Maybank
27 Feb- RM 4.844
28 Feb- RM 4.823
29 Feb- RM 4.823
1 Mac- 4.803

Hong Leong.
27 Feb- RM 4.849
28 Feb- RM 4.828
29 Feb- RM 4.838
1 Mac- 4.808

MUFG Tokyo.
27 Feb- RM 4.843
28 Feb- RM 4.815
29 Feb- RM 4.822
1 Mac- 4.795

Sumitomo.
27 Feb- RM 4.8236
28 Feb- RM 4.8031
29 Feb- RM 4.8148
1 Mac- 4.7839

OCBC.
28 Feb- RM 4.826
29 Feb- RM 4.834
1 Mac- 4.803

Ni baru harga jual Ringgit di Malaysia, kalau pengurup wang luar negara, dah tentu lagi teruk!

Soalan: kenapa media dan Google , Bank Negara kata harga dah baik sikit ke 4.70? Kenapa bohong? Kita tahu ini untuk kurangkan kemarahan rakyat. Tapi ilmu ekonomi mana satu yang diguna untuk bohong?

Dalam polemik ekonomi, ada satu yang dipanggil Law Of One Price (LOOP) atau “Hukum 1 Harga”. Maknanya walaupun dalam dunia sebenar yang kita hadapi, harga ada pelbagai, ada orang ekonomi sebut 1 harga saja. Sepatutnya, kita kena fikir secara POSTERIORI, yakni cari bukti depan mata. Tapi kenapa orang yang kononnya bijak pandai ekonomi ni fikir secara PRIORI, maknanya anggap dulu, tak peduli benda sebenar?

Banyak tulisan panjang lebar oleh pengkritik ekonomi kata “1 Harga” ni tak betul. Pemikiran awang-awangan “1 harga” jadi kerana jurusan ilmu ekonomi berbangga kerana nama mereka ekonomi.
Misalnya, orang selalu kata, “Jangan hirau politik, kita patut fokus ekonomi.”. “Jom adakan konvensyen ekonomi Melayu”.

Ekonomis lagenda, Friedrich Hayek kata senang saja, jangan panggil ekonomi sebagai ekonomi . Panggil ia sebagai “Sains sosial”. Sains politik atau sains ekonomi, hanya lah sains sosial.
Hayek kata dalam ekonomi, atau istilah sepatutnya “sains sosial”, kita tak patut kata kita tahu. Kita tak layak untuk buat jangkaan masa depan (walaupun dalam media sosial, banyak orang buat jangkaan).

Bila kita pakai “Hukum 1 Harga”, macam sekarang, “Oh, nilai Ringgit dah naik ke 4.70”. Ini satu nilai yang apa fungsi sebenarnya?
Harga jual? Harga beli?
Misalnya, Ahli Ekonomi Bank Muamalat tadi kata nilai Ringgit 4.74 dan Bank Negara kata 4.77, tapi laman web Bank Muamalat kata pada 29 Febuari, harga jual Ringgit 4.916, harga beli Ringgit TT 4.665, harga beli OD 4.648.
Dalam dunia sebenar, kita import barang dari luar, bayar pakai dollar. Jadi Ringgit kena dijual untuk beli dollar. Jadi, harga yang relevan hanya harga jual Ringgit, iaitu 4.916 tadi. Tapi kalau orang tahu nilai Ringgit dah 4.9, orang akan bantai kerajaan.

Harga yang 1 dalam google tu, tak betul kerana tak dapat dipakai dalam dunia sebenar. Bank bank pula rilek ke pakai harga lebih tinggi kerana mereka tahu peniaga import malas nak pindah pindah ke bank yang lebih murah. Bank bank yang murah seperti MUFG Tokyo dan Sumitomo pula tak nak ambil selain dari pelanggan Jepun.

Kesimpulannya, kita akan selalu kena tipu jika kita percaya bahawa harga matawang atau apa saja hanya ada 1 harga.

Hezri Sardi

RER Tersasar, Bank Negara Kantoi.

Gabenor Bank Negara kata Ringgit dah terkurang nilai. Sebahagian besar orang gelakkan kenyataan ni. Tapi tak kurang juga orang yang tahu pasal saham, memanggil TERKURANG NILAI tu sebagai UNDERVALUED. Ini istilah yang selalu digunakan dalam analisa saham. Maknanya nilai pasaran sekarang lebih rendah daripada nilai sepatutnya.

Tapi istilah tu sebenarnya bawa pengertian berbeza dalam matawang. UNDERVALUATION lebih kepada matawang sengaja direndahkan.
Bila Gabenor Bank Negara kata akan bincang dengan syarikat, bank, GLC sebagainya, ia membayangkan pihak-pihak yang terlibat dalam harga Ringgit akan berunding. Jadi Ringgit bukanlah berdagang dalam pasaran persaingan sempurna seperti buku teks, yang mana harga ditentukan oleh permintaan (demand) dan penawaran (supply).

1) Manipulasi Matawang.
Ia istilah yang diguna oleh Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang sengaja merendahkan nilai matawang sendiri. Ia kemudian menjadi satu peraturan dalam Tabung Matawang Antarabangsa (IMF). Siapa yang sengaja rendahkan matawang, maka negara itu jadi pesalah.

2) Real Exchange Rate (RER).
Dalam matawang, ada 2 jenis harga. Satu, harga yang didagang sekarang. Kedua, harga sebenar menurut imaginasi, yang dipanggil RER.
Bila Gabenor Bank Negara kata Ringgit terkurang nilai, maknanya dia maksudkan RER untuk Ringgit lebih tinggi daripada harga sekarang yang kita tahu tengah rendah.

3) Currency Misalignment.
Penyembah ekonomi pasaran bebas di barat, terutamanya di US, setiap bulan pantau matawang di dunia. Malah mereka ada indikator. Yang terkenal ialah Coalition for Prosperous America (CPA) dan Blue Collar Dollar Institute (BCDI). Apa yang mereka nak kejar? Point no. 1 tadi iaitu negara-negara yang sengaja rendahkan matawang.

4) Bank Negara sengaja rendahkan matawang.
Selepas krisis matawang 1998, Bank Negara mula mengumpulkan rizab matawang asing. Sebelum tu, tak banyak. Ini sebab tujuan Malaysia dulu tukar daripada sistem Currency Board dengan matawang lama (Dollar Malaya) kepada Bank Negara ialah supaya kita tak payah simpan matawang asing.

Bank Negara disyaki buat Comparative Hoarding ikut negara-negara membangun lain yang kumpul rizab. Negara-negara seperti China dan lain adalah penjual komoditi besar, tak seperti Malaysia. Untuk kumpul rizab, kena beli dollar dan jual matawang sendiri. Jadi, selalunya matawang akan direndahkan.

Dalam banyak keadaan, Bank Negara juga disyaki guna rizab asing tadi untuk beli balik Ringgit bagi naikkan Ringgit. Saya pernah terangkan mekanisme dalam tulisan lain yang kenaikan itu sementara seperti steroid, ia jadikan Ringgit lagi susah naik bila ia jatuh.

Dalam bahasa mudah, Bank Negara boleh rendahkan Ringgit dengan kumpul rizab asing tapi bila ia jual rizab, Ringgit akan lagi susah naik. Ringgit jadi melekit.

Tapi siapa pihak yang buat Ringgit lagi melekit? Bank Negara jual beli Ringgit dan dollar dengan siapa? Itu rahsia Bank Negara tapi Gabenor dah terlepas cakap nak bawa pihak-pihak tu berunding.

Hezri Sardi

Ringgit: Pelancong Asing, Circular Fallacy.

Apabila nilai matawang Ringgit begitu rendah seperti sekarang, ada pihak yang ini bagus untuk tarik pelancong asing. Hujah ni betul tapi hanya setakat itu saja. Sebagai strategi besar ekonomi, ia tak ada makna. Ringgit lemah hanya ada makna jika semua rakyat Malaysia cari makan secara langsung dalam industri pelancongan.

Cuma yang lebih merencatkan minda bila ada orang politik yang ajar kononnya kemasukan pelancong asing akan naikkan nilai Ringgit!

Perdagangan rentas sempadan umumnya dibayar melalui sama ada 4 cara utama:

1) Local Currency Pricing (LCP).
Penjual Malaysia kenakan bayaran kepada pelanggan dalam matawang pelanggan.
Contohnya, Chong jual telur ayam kepada kedai di Singapura. Kedai tu bayar dalam matawang negaranya, Dollar Singapore.

2) Dominant Currency Pricing (DCP).
Penjual Malaysia kenakan bayaran kepada pelanggan dalam matawang negara ketiga. Misalnya, Chong jual sarung tangan getah kepada pemborong Jepun dalam matawang Amerika Syarikat, dollar US. Di sini, matawang negara penjual mahupun pembeli tidak terpakai.

3) Supra Currency.
Penjual kenakan bayaran kepada pelanggan dalam matawang serantau.
Contohnya, Meor seorang usahawan memasang basikal Malaysia beli alat ganti basikal daripada Luigi iaitu peniaga Itali. Meor kena bayar dalam EURO, iaitu matawang rantau Eropah, bukan matawang Itali.

4) Producers Currency Pricing (PCP).
Pak Ali seorang pembuat wau tradisional menjual wau kepada David, yang tinggal di Britain. Sebab Pak Ali tak boleh buka akaun dollar, dia terpaksa kenakan bayaran kepada David dalam matawang penjual, iaitu Ringgit.

Supra Currency memang tak terpakai di Malaysia sebab tiada matawang serantau di Asia mahupun ASEAN.

Secara “common sense”, LCP merugikan negara sebab kita beli matawang asing jual matawang Ringgit. Begitu juga dengan DCP yang mana kita beli Dollar US, jual Ringgit.

Yang manfaatkan negara mungkin PCP.
Ada orang politik yang suruh kita semua export, jual kepada luar negara, kononnya ia naikkan Ringgit.

Masalah no. 1, untuk terima bayaran dalam Ringgit (PCP), bank di negara pelanggan mesti simpan Ringgit yang mencukupi. No. 2, untuk terima eksport dalam dollar pula, peniaga tempatan mesti boleh buka akaun dollar di bank tempatan. Bank tempatan (LOB) tak akan benarkan banyak peniaga tempatan buka akaun dollar. Jadi PCP hampir mustahil berlaku.

Tapi, orang politik kata Ringgit lemah tarik pelancong asing. Kalau ini, dalam keadaan ini saja, PCP terpakai. Sebab orang asing terpaksa bayar Ringgit untuk semua belian dalam Malaysia. Jadi semakin ramai pelancong asing masuk, semakin banyak Ringgit dibeli.

Saya nak cakap yang tak kira berapa banyak Ringgit dibeli di pengurup wang, ia tak menaikkan Ringgit tapi itu dalam tulisan lain.

Saya hanya nak cakap pasal Circular Arguments Fallacy iaitu satu bentuk kecacatan logik.

Menarik pelancong asing ni dipanggil sebagai sektor pelancongan In-Bound. Untuk menggalakkan pelancongan in bound, kerajaan mesti berbelanja besar untuk promosi dan iklan. Masalahnya, kalau nak tarik pelancong Taiwan, China, Singapura, kerajaan kena belanja iklan promosi di China, Taiwan, Singapura.
Bayaran untuk promosi iklan tadi mesti dibayar dalam matawang China, Taiwan, Singapura.
Maknanya, kerajaan untuk berbelanja promosi iklan di luar negara, Ringgit mesti dijual untuk dapatkan matawang asing supaya belanja promosi iklan di negara sasaran dapat dibuat.

Maknanya, walaupun pelancong asing nanti beli Ringgit di sini, tapi kerajaan juga terpaksa jual Ringgit di sana sini untuk belanja promosi iklan di negara asal pelancong tadi.

Jadi, pi mai pi mai tang tu. Pelancongan in bound ni dah jadi Circular Arguments Fallacy.

Hezri Sardi

Fallacy Pertukaran Ringgit.

Ada satu lagi salah kefahaman, terjadi kepada hampir semua orang. Kalau dalam istilah jargon, orang ramai jadikan ayat semantik sebagai sumber kebenaran. Semantik bermaksud permainan kata-kata. Kebenaran sepatutnya bersumber bukti empirik, atau bukti fizikal yang boleh dikesan oleh panca Indera. Semantik patutnya hanya alat untuk persembahkan kebenaran.

Perkataan “Pertukaran” atau dalam bahasa orang puteh “Exchange”. Dalam isu Ringgit, “Pertukaran matawang asing” atau “Foreign Currency Exchange”.
Kesalahan teruk dalam kognitif kebanyakan orang ialah macam ni:
“Apabila Ringgit ditukar kepada dollar, Ringgit hilang sebab ia dah jadi dollar. Kalau RM4.80 ditukar kepada $1, maka RM4.80 hilang lalu wujud $1 baru.”

Kefahaman sebegini menganggap peranan manusia tak wujud dalam Pertukaran matawang. Tukar Ringgit kepada dollar, menurut orang ramai, adalah sama dengan tukar oksigen kepada karbon dioksida dalam proses semulajadi respirasi. Penglipur lara ekonomi kemudian memperkuatkan dongeng ini. Sekarang ada penglipur lara ekonomi dah jadi influencer ekonomi.

Maknanya orang ramai menyangka Ringgit di tangan mereka secara automatik boleh bertukar menjadi apa apa matawang tanpa pengaruh manusia manusia.

“To obtain something, something of equal value must be exchanged.”
Maksudnya, untuk dapat sesuatu, sesuatu yang sama mesti dikorbankan. Ini “Law of Equivalent Exchange”. Tapi kita tak faham yang penukaran fizik dengan penukaran pasaran jualbeli adalah tak sama.

Ini dijelaskan oleh legenda ilmu ekonomi, Piero Sraffa dalam buku “Production of Commodities by Means of Commodities.” Sraffa kata pengasas ilmu ekonomi seperti Physiocrats, Adam Smith dan David Ricardo memahami ekonomi secara fizikal dan objektif tapi pada pertengahan 1900an, analisa ekonomi menjadi abstrak.

Kefahaman ekonomi yang asal ialah misalnya,
10 kg arang batu + 2 kg bijih besi = Besi.
Ini kerana bijih dengan arang batu hilang lepas dibakar, yang tinggal ialah besi.
Dalam kes Ringgit, ia tak akan hilang lepas diberi kepada pengurup wang.
Apa yang berlaku hanyalah:
Kita ada RM480.
Pengurup wang ada $100.
Kita terima $100 daripada pengurup wang lalu simpan dalam dompet.
Pengurup wang terima RM480 daripada kita lalu simpan dalam petinya.
Hanya matawang bertukar tangan.
Dalam kes pertukaran bijih besi, hari ni, esok dan sampai bila bila kadarnya tak berubah.
Tapi untuk pertukaran matawang, jangan kata hari esok, lusa dan bulan depan berubah-ubah. Bahkan pada hari yang sama, kita boleh dapat pertukaran yang berbeza jika jumpa pengurup wang berbeza.
Oleh sebab pengurup wang ialah manusia, maka pertukaran matawang ada pengaruh manusia yang kuat. Pengurup wang juga harga mereka bergantung kepada kuasa manusia yang lebih besar.
Platform manusia yang bukan saja matawang malah beras, minyak dan banyak lagi bertukar tangan dipanggil PASARAN. Dalam buku teks ekonomi, anda didoktrinasi yang PASARAN hanya SUPPLY (penawaran) dan DEMAND (permintaan). Pada zaman sekarang, semua negara di dunia kata itu salah. OECD misalnya mengeluarkan garis panduan yang dipanggil MARKET DEFINITION. Setiap negara yang ada Akta Persaingan, secara bertulis mengakui dalam undang-undang mereka bahawa kuasa manusia adalah satu rukun dalam pasaran. Kuasa manusia juga yang tentukan harga, bukan Demand Supply seperti yang rakyat Malaysia masih lagi percaya. Cuma persoalan negara-negara maju ni ialah adakah kuasa manusia itu melebihi daripada yang sepatutnya. Kalau dah lebih, kena hentikan.

Dalam isu Ringgit. Ada pasaran dalam setiap pertukaran Ringgit kepada setiap matawang asing. Berdasarkan kefahaman sejagat tadi, dalam pasaran, ada kuasa manusia yang tentukan harga.

Tapi rakyat Malaysia, dengan didendangkan oleh politikus dan ekonomikus, di brainwashed yang harga Ringgit itu proses semulajadi yang tiada pengaruh manusia, bergantung kepada faktor bukan manusia iaitu Demand Supply. Patutlah kartel di Malaysia tiada siapa kacau!

Hezri Sardi

Fallacy Keberadaan Ringgit.

Sejak 1 tahun lalu, matawang Ringgit dah lebih lemah daripada sebelum ni. Keluar banyak pendapat di kalangan orang ramai, yang kebanyakan sangkaan dan ada yang dongeng diulang-ulang.

Satu mitos yang sering diulang ialah:
“bawa duit/Ringgit ke dalam negara, kuat kan Ringgit.”
“Bawa duit/Ringgit ke luar negara, lemah kan Ringgit.”

Jika kita cuba dekonstruksi kenyataan tadi saja, ia kesilapan berfikir berpunca daripada semantik. Maknanya, kita bergantung kepada ayat untuk memahami ekonomi. Sepatutnya ayat digunakan untuk menceritakan dengan tepat tentang apa sebenarnya berlaku dalam ekonomi. Ini tidak, kita tuturkan satu ayat dan kita yakinkan diri kita yang ekonomi sebenar ikut ayat yang kita cipta tu.

Trend berfikir seperti di atas membuatkan orang bercakap secara tak jelas (pasal ekonomi), bagi mengelakkan untuk benda yang lebih mendalam. Equivocation fallacy. Ini membolehkan banyak orang memberi pendapat pasal ekonomi walaupun mereka tak jelas.

Berbalik kepada “keluar masuk duit/Ringgit ke Malaysia, membuatkan turun naik Ringgit.” Ada 2 contoh yang orang suka petik.

1) Pekerja Asing hantar “duit” ke negara asal.
Katakan pekerja Bangladesh beri RM1,000 kepada pengurup wang untuk dihantar ke Bangladesh. Menurut mitos orang ramai, duit RM1,000 ke luar negara. Sebenarnya tak. 23,000 Taka (matawang Bangladesh) yang dihantar ke Bangladesh, duit RM1,000 tu kekal dalam simpanan pengurup wang tadi.

2) Import barang dari luar negara.
Katakan, Ali ada kilang pasang basikal. Alat ganti diimport dari Sepanyol. Pembekal Sepanyol tu buat Producer Currency Pricing (PCP), dengan kenakan 1,000 Euro, iaitu matawang diguna di Sepanyol.
Bank di Malaysia tak bagi Ali buka akaun dalam matawang asing. Jadi Ali hanya boleh isi borang untuk pindahkan ke akaun Sepanyol tadi.
Bank Malaysia minta RM5,200. Ini urusniaga import. Sangkaan orang ramai ialah duit RM5,200 keluar pergi Sepanyol.
Sebenarnya tak. Hanya 1,000 Euro yang ke Sepanyol. RM5,200 tu kekal di bank Malaysia tadi.

3) Pelabur asing pindahkan duit dari Malaysia bila kadar faedah US naik.
Kadar faedah umumnya menaikkan kadar akaun simpanan tetap (FD). FD ialah duit lebih yang tak diguna. Selalunya, duit ni dalam dollar US. Pelabur tadi ada 2 pilihan, sama ada letak dalam FD di Malaysia (bank Malaysia pun ada FD dollar) atau pindah ke FD di luar. Kedua-dua pilihan pun, tidak melibatkan Ringgit keluar Malaysia.

Dalam 3 keadaan di atas, orang ramai selalu salah sebab ada 2 sangkaan salah:

A) Salahfaham yang Ringgit disimpan atau dipakai di negara-negara lain. Bank dan pengurup wang tak simpan Ringgit, kalau ada pun sikit saja, buat cukup syarat.

B) Fallacy of Composition. Maknanya orang ramai menganggap matawang yang berpindah rentas sempadan tu hanya satu jenis yang sama iaitu “Ringgit” atau lebih teruk anggap semua matawang sama ada Ringgit, dollar, Taka, semua sebagai unit matawang yang sama iaitu “duit”, walhal setiap matawang sifat dan kegunaan berbeza.

Justeru, menganggap Ringgit naik turun sebab keluar masuk Ringgit dari Malaysia adalah SALAH.

Hezri Sardi

Mitos FDI Menaikkan Ringgit.

Ringgit nampaknya menurun dan masa depannya nampak susah. Mula mula kerajaan cuba salahkan kadar faedah. Mula-mula OPR, kemudian kadar faedah US dan China pun terkena sekali. Oleh sebab orang ramai tetap marah, kerajaan cuba buat satu “Placebo Fallacy” iaitu menjanjikan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI). Kononnya, dengan FDI masuk, Ringgit akan naik. Tujuan untuk reda kemarahan rakyat.

Badan-badan ekonomi antarabangsa seperti UNCTAD, IMF, Bank Pembangunan Asia, Bank Dunia dan OECD tak buat kajian tentang menaikkan nilai matawang dengan FDI. Sebaliknya, kajian mereka lebih kepada macam mana nilai matawang dapat tarik FDI ke negara tuan rumah.
Maknanya ahli ekonomi dan ahli politik Malaysia sedang menipu rakyat. Ini dipanggil “post hoc ergo propter hoc”, iaitu mereka telah menterbalik antara “cause” (punca) dan “effect” (kesan).
Menurut kajian antarabangsa, FDI ialah KESAN yang datang selepas turun naik matawang.
Di Malaysia, mereka yang berkepentingan jual pembohongan iaitu:
Turun naik matawang datang selepas FDI masuk. Maknanya, FDI jadi PUNCA, matawang jadi KESAN walhal sebenarnya sebaliknya berlaku.
Dakyah ni jadi talian hayat kepada pihak berkepentingan.
FDI dah dijanjikan untuk naikkan Ringgit walhal kemasukan FDI tak naikkan Ringgit.

Apabila sesuatu pelaburan masuk Malaysia dari luar, ia selalunya beli saham syarikat. Ia tak simpan dalam akaun simpanan tetap (FD). Jadi OPR kejadah ni tiada kaitan.
Pemilikan saham asing terbahagi kepada 2:
A) Pelaburan Portfolio.
Pemilikan kurang 10%.
B) Pelaburan Langsung (FDI).
Pemilikan 11% ke 100%.

FDI pula dipecahkan kepada 2:
B1) Merger & Acquisition (M&Q).
Pelabur membeli saham syarikat sedia ada di Malaysia.
B2) Greenfield.
Pelabur asing bina anak syarikat di Malaysia daripada kosong.
Pendek kata, M&A ialah FDI lama. Greenfield ialah FDI baru.

FDI tinggi di Amerika dan Eropah dalam bentuk M&A iaitu FDI lama , bukan Greenfield. Orang ramai di Malaysia selalu salah sangka dengan anggap semua FDI ialah Greenfield walhal majoriti FDI di dunia ialah M&A (Sila rujuk laman web UNCTAD).

Dalam polemik ekonomi antarabangsa, FDI ialah Import. Kalau tanya rakyat Malaysia pula, Import benda yang buruk, FDI pula benda baik. Ini bercanggah dengan realiti dan kefahaman sejagat bahawa FDI mempunyai Kesan yang sama seperti Import.

FDI ialah di mana syarikat asing bawa masuk barang untuk dijual di Malaysia. Import pula syarikat asing dan syarikat tempatan bawa masuk barang untuk dijual di Malaysia. Beza nya Import dibuat juga oleh peniaga tempatan. Dalam bahasa mudah, FDI ialah import ke Malaysia oleh orang asing. Itu saja. FDI sebegini perlu hantar balik untung mereka ke negara asal. Pada masa yang sama, mereka kacau peniaga tempatan.

Apa yang rakyat Malaysia anggap sebagai syarikat asing bagus, ialah Foreign Exporter atau Pengeksport asing. Mereka ni sebenarnya bukan FDI dalam imej dibayangkan oleh rakyat Malaysia. Bahkan statistik sorokkan kewujudan mereka. Mereka tak kacau peniaga tempatan dan mereka tak hantar balik untung daripada Malaysia. Mereka hanya hantar balik untung daripada eksport yang tidak diambil daripada Malaysia pun.

Kalau nak senang kenalpasti Pengeksport asing ni, ia dipanggil kerajaan sebagai Global Supply Chain (GSC). GSC umumnya tak ambil apa apa dari Malaysia. Tapi tak bermakna ia beri manfaat kepada Ringgit.

GSC bawa masuk Dollar ke dalam Malaysia tapi mereka simpan. Tak beli Ringgit. Rata rata pembelian mereka daripada luar. Tak mudarat mahupun manfaat Ringgit.

Kerajaan pernah anggap kalau paksa GSC tukar dollar mereka kepada Ringgit, Ringgit akan naik. Disember 2016 hingga April 2021, dasar memaksa GSC tukar dollar kepada Ringgit dibuat tapi gagal mengembalikan nilai Ringgit kepada sebelum 2016. (sila rujuk Bank Negara Liberalization of Foreign Exchange Policy)

Kesimpulannya, tiada bukti kemasukan FDI semata-mata akan naikkan Ringgit. Bukti pada 2016 ke 2021 juga buktikan memaksa pelabur asing beli Ringgit juga tidak menaikkan Ringgit.

Rakyat Malaysia jangan layan dakyah Placebo sebegini!

Hezri Sardi

Faedah US tiada kaitan FDI.

Perdana Menteri umum ada “Pelaburan Diluluskan” sebanyak RM329.5 bilion pada 2023.
Pada masa yang sama penyokong kerajaan dan juga golongan “pembaris” kata Ringgit jatuh sebab pelaburan keluar Malaysia kerana kadar faedah tinggi di Amerika Syarikat (US).
Di sini, ada percanggahan. Perdana Menteri kata pelaburan masuk, penyokong kerajaan (golongan pembaris) kata kenaikan kadar faedah US sebabkan pelabur keluar Malaysia untuk dapatkan pelaburan berfaedah tinggi dalam US dollar.

Golongan pembaris (yang kononnya non-partisan) kata kena ada wacana ilmiah. “Ekonomi ni jangan bantai kerajaan saja, bincang ekonomi secara ilmiah”.

Tapi sekejap kata pelabur keluar sebab kadar US naik, sekejap kata pelabur masuk. Ini bukan wacana. Ini maknanya kamu keliru. Macam mana nak bincang ilmiah, capai kebenaran, kalau kefahaman pun tak konsisten?

Berkaitan dengan sangkaan bahawa kenaikan kadar faedah US menarik pelabur dari Malaysia. Kena dekonstruksi tuduhan ini.

Kadar faedah US ni macam OPR di Malaysia. Kadar faedah untuk bank. Maknanya, kalau penduduk US pinjam duit beli rumah, kadar pinjaman naik, kena bayar lebih kepada bank.
Ia juga untuk bank pinjam duit daripada penduduk US. Kita simpan duit dalam bank, kan? Untuk simpanan tu, penduduk dibayar faedah oleh bank. Bila kadar faedah US naik, penyimpan dapat lebih.

Mungkin menggunakan logik ni, orang Malaysia yang pembaris sangka pelabur keluarkan duit daripada Malaysia dan simpan duit di US yang dah bayar lebih banyak.

Di sini, mereka salah.
Kadar faedah yang naik tadi hanya untuk pelaburan bentuk hutang. Contoh simpanan ialah Akaun Simpanan Tetap aka Fixed Deposit (FD). Simpan duit dalam FD 3 bulan, bank bayar faedah. Menurut para pembaris, pelabur keluarkan “duit” daripada Malaysia untuk dilabur di US. Ringgit jatuh bila Ringgit ditukar ke dollar US.

Sangkaan ni hanya terpakai jika pelabur asing di Malaysia tadi simpan duit dalam pelaburan jenis hutang seperti FD.

Pelaburan terbahagi kepada instrumen hutang dan ekuiti. Ekuiti ni contohnya ialah labur beli saham syarikat. Pelaburan ekuiti tak dibayar faedah seperti FD. Pelaburan ekuiti sebaliknya dibayar Dividen. Dividen langsung tak ikut kadar instrumen hutang seperti faedah US dan OPR. Dalam dunia sebenar, hanya pelabur bodoh saja yang bawa duit ke Malaysia semata-mata nak simpan dalam FD. Kalau pelabur kebanyakan tak labur dalam hutang, mereka tak akan bawa duit ke US untuk labur dalam hutang. Jadi kat celah mana pelabur lari pergi US?
Ada para pembaris yang tahu lebih sikit akan kata, “Oh, pelaburan hutang tu bukan setakat FD, Beli bon juga pelaburan hutang.”
Ini juga salah. Walaupun Bon ialah instrumen hutang, ia dalam pasaran modal. Kadar bon ditentukan Menteri Kewangan. Bukan ikut kadar faedah. FD pula pasaran wang. Kadar faedah hanya kawal pasaran wang.

Mungkin pembaris berhujah “Walaupun pelabur tak simpan duit dalam FD, mereka tetap bawa keluar duit kepada US sebab kadar FD US dah tinggi daripada Dividen dan kadar Bon Malaysia.

Ini satu lagi salah.
Katakan lah, pelabur nak keluar duit simpan di FD yang kadar tinggi, simpanan tu dalam dollar (sebab kadar faedah US untuk simpanan bank dalam dollar).
Untuk pengetahuan para pembaris, FD dalam dollar wujud dalam negara Malaysia, malah wujud seluruh dunia. Cuma FD dalam Ringgit yang ada di Malaysia saja!
Kalau pelabur kononnya nak cairkan pelaburan saham untuk simpan dalam FD dollar, dia tak payah lari ke luar Malaysia. Bank bank yang dibenar jualbeli matawang iaitu LOB semuanya ada FD dalam dollar walaupun bank tu semua di Malaysia.
Pendek kata, PELABUR TAK PAYAH KELUAR MALAYSIA UNTUK DAPAT FAEDAH TINGGI seperti yang digembar-gemburkan.

Syarikat syarikat asing yang salam kategori FDI, mereka masuk Malaysia bukan bawa Ringgit. Mereka bawa masuk Malaysia dollar US. Hanya sikit dollar itu ditukar kepada Ringgit untuk bayar gaji dan pembekal tempatan. Hampir semua simpanan mereka dalam dollar.

Kalau mereka nak dapatkan kadar faedah FD yang tinggi, mereka bukan saja tak payah keluar Malaysia, malah mereka tak perlu tukar duit pun.
FD di bank tempatan (LOB) boleh simpan dalam dollar dan bayar ikut kadar US. Mereka tak perlu tukar Ringgit kepada dollar sebab mereka sejak azali di sini hampir semua duit dalam dollar. Tiada pertukaran maknanya Ringgit tak dijatuhkan nilainya oleh pelabur FDI ni.

Jadi soalan saya kepada para pembaris, kat celah mana kenaikan kadar faedah US menurunkan Ringgit melalui FDI yang lari dari Malaysia.

Hezri Sardi

Ringgit Tiada Kaitan OPR.

Semua maklum nilai Ringgit amat rendah dalam 1 tahun ni dan semakin merudum. Dah tentu orang ramai salahkan kerajaan, lebih khusus lagi, politikus yang memerintah. Tapi politikus ni pasti datang daripada parti politik tertentu. Parti politik mesti ada penyokong. Jadi penyokong parti kerajaan ni nak pertahan kerajaan daripada dibantai, maka mereka pun sebarkan fahaman pasal ekonomi, pasal Ringgit.

Yang terbaru penyokong kerajaan kata Ringgit jatuh bukan salah Perdana Menteri, bukan salah kerajaan, tapi salah rakyat. Ini ialah apa yang penyokong kerajaan kata:

1) Kadar faedah OPR ialah punca turun naik nilai Ringgit.
2) Untuk kuatkan Ringgit, kerajaan kena naikkan kadar faedah bank (OPR).
3) Tapi rakyat tak nak kadar faedah pinjaman bank naik sebab amat membebankan.
4) Jadi kerajaan ikut kehendak rakyat tak naik OPR.
5) Bila OPR rendah (sebab rakyat yang nak), maka Ringgit pun menurun nilainya.

Dah beberapa kali kita bidas fahaman sebegini tapi iyalah benda salah pun boleh dikitar semula oleh orang politik.

Untuk kata OPR sebagai asbab menaik atau menurun nya nilai matawang, maka mereka dah masuk isu “Causality” atau sebab-musbab. Ia satu prinsip sains tulen (fizik). Walau bagaimanapun, Causality atau punca ni mesti dibuktikan melalui eksperimen, bukan satu tapi banyak.

Misalnya, kalau kertas di atas lantai panas tapi di bawah cahaya matahari, ia terbakar. Apa punca kertas terbakar? Cahaya matahari atau lantai panas? Untuk tahu punca, buat eksperimen berasingan.
Satu kertas letak di atas lantai panas tapi dalam bilik gelap tanpa matahari. Satu lagi kertas diletak di luar, ada matahari tapi lantai sejuk. Ambil jam randik dan tengok masa, mana satu lebih cepat terbakar.

Kalau dalam bilik gelal tapi lantai panas, kertas terbakar lebih cepat, maka punca kertas terbakar, lantai panas Causality lebih tinggi daripada cahaya matahari. Tapi untuk buat ni, kena ada titik masa. kena spesifik dan ada beberapa punca yang dibandingkan.

Dalam kes Ringgit dan OPR, tiada bukti sebegini. Bahkan mengikut sejarah Ringgit dan kadar OPR / faedah bank sejak 20 tahun lepas, memang tiada bukti.

Apabila penyokong kerajaan kata OPR menaikkan Ringgit, tanpa sebut bukti, maka ia satu percubaan untuk sebarkan doktrin. Doktrin ni kita beritahu orang sesuatu tanpa bukti dan nak orang percaya.

Sebenarnya, ada sejarah doktrin ni. Doktrin kadar faedah menaikkan ekonomi bermula pada 1970an. Pengerusi Federal Reserve, Paul Volcker menaikkan kadar faedah bank Amerika secara gila untuk mengatasi masalah inflasi (dikenali sebagai Volcker Shock). Dia ni juga yang membubarkan sistem Bretton Woods (Dollar US diikat pada emas). Tapi di sini ada penipuan.

Perang Arab Israel berlaku pada 1973 di mana US lawan Arab. Negara Arab sebagai tindakbalas telah buat sekatan minyak. Kekurangan minyak, harga barang di US pun naik. Asalnya minyak dan perang tapi Volcker kata sebab kadar faedah. Kadar faedah naik gila sampai banyak bisnes bungkus, orang hilang kerja dan rumah. Hancur ekonomi. Apabila Arab hentikan boikot, ekonomi US kembali normal tapi pelobi US kata ini disebabkan oleh Volcker Shock yang naikkan kadar faedah. Ini kemudian dijadikan doktrin tapi tiada bukti.

Sekarang penyokong kerajaan yang kurang membaca, mengkitar semula Volcker Shock ini bagi tolak masalah kejatuhan Ringgit kepada rakyat. Supaya jadi Circular Agreement Fallacy. Rakyat pasti tak nak OPT tinggi sampai bila-bila. Dengan kaitkan OPR dengan Ringgit ala ala Volcker Shock, kononnya sampai bila bila kerajaan tak akan dipersalahkan (sebab rakyat yang nak).

Hezri Sardi