Politik Ekonomi: Logik, Syiah, Polytheism.

Akhir-akhir ini, hanya golongan Syiah saja yang berani melawan penjajah di Timur Tengah. Pakai kepada Syiah ialah Iran. Apabila ada pihak di negara ini berbaik, sokong perjuangan Iran tadi, maka ada orang Islam di negara kita yang marah. Maka keluarlah segala bapak dalil kenapa Syiah itu sesat.

Mereka yang marah Syiah ini bezakan antara 2 perkara yang jelas jauh berbeza:
1) Beribadah dengan orang Syiah.
2) Bekerjasama dengan orang Syiah.

Apa yang dipanggil sebagai “Sunni” atau “Ahli Sunnah wal jamaah” bermasalah dengan cara Syiah beribadah. Justeru, kita cuma jauhkan daripada ibadah orang Syiah.

Golongan anti-syiah ini kalau kata jangan hampiri Syiah kerana kesesatanereka boleh berjangkit kepada kita, ini lagi tak logik.

Di Malaysia, ada orang bukan Islam. Hindu, Cina, dan Kristian. Mereka sembah lebih daripada 1 Tuhan. Mereka tak percaya Nabi Muhammad SAW, tak percaya Quran.

Tapi kita boleh berbaik, bekerjasama dengan penyembah berhala, atheis, dan Kristian yang dikata penyeleweng ajaran Nabi Isa. Tapi tak boleh berbaik dengan Syiah baca Quran yang serupa Quran kita dan sama mengaku “Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad itu Rasul Allah dan Rasul terakhir” ?

Yang lebih teruk akhir akhir ini, kita disuruh bersama orang bukan Islam ketika mereka buat ritual sembahyang mereka.

Isaac Newton, saintis paling berpengaruh dalam sejarah manusia, dalam tulisan diarinya tercatat:
“Tuhan telah hantar Muhammad kepada Arab untuk bawa mereka sembah 1 Tuhan.”
“Kesesatan paling besar ialah Konsep Trinity. Isa bukan Tuhan tetapi menyampai wahyu daripada Tuhan yang satu.”

Maknanya, Isaac Newton tu jelas sekali beriman kepada Syahadah Islam walaupun tak amalkan Islam. Lagi dekat dengan kita berbanding orang Cina dan India di Malaysia.

Apatah lagi Syiah. Secara logiknya, tak kisah lah nak merendahkan Syiah. Tetapi adalah salah besar meletakkan darjat Syiah lebih rendah, lebih jauh daripada orang Kristian, Cina dan Hindu di Malaysia.

Saya hidup pakai logik. Jadi saya sentiasa nilai sesuatu secara nisbi, relating kepada perkara yang saya dah ada pandangan sedia ada.

Kalau kita dah boleh beri seorang wakil Rakyat Cina (DAP) cukur kepala bayi Islam dalam tradisi Islam, dah suruh budak Islam duduk dalam gereja dan kuil untuk tengok sembahyang agama lain, adalah tak logik untuk kita larang orang Islam berbaik, bekerjasama dengan Syiah yang lebih dekat dengan kita!

Jika kita nak letakkan asas ideologi politik kita kepada agama, maka kita mesti konsisten dalam layanan. Kalau kawan sealiran politik kita bukan Islam, kita sehati sejiwa. Maka kita sepatutnya sehati sejiwa dengan Syiah yang akidah asas sama macam kita. Kalau kita tak nak kawan dengan Syiah sebab amalan agama mereka lain daripada kita, maka kita sepatutnya tak kawan dengan Cina dan Hindu yang akidah langsung tak sama dengan kita.

Tapi kalau nak kawan dengan Cina dan India, dan tak kawan dengan Syiah juga, maka jangan lagi guna agama langsung dalam politik. Guna lah ideologi yang bukan agama.

Cuma satu masalah saja. Bagi penyokong parti politik pelbagai kaum, jika nak ikut ideologi semata-mata, maka maka mereka akan dibogelkan. Sebab secara umumnya, ideologi politik barat terbahagi kepada 2, yakni kiri dan kanan. Sosial demokrasi, parti buruh, marhaen, populis dikira ideologi kiri (left wing) manakala parti ekonomi liberal, pasaran bebas, Kapitalisme dikira kanan (right wing). Kalau mereka pilih haluan kiri, akan bercanggah dengan kaum Cina yang cenderung ke haluan Kanan sebab mereka kuasai ekonomi negara. Yang kuasai ekonomi selalunya kapitalis dan pendokong pasaran bebas. Nak tak nak percanggahan ideologi ekonomi akan terbogel.

Jadi, jika ada Melayu dalam parti kerajaan misalnya yang guna agama untuk bantai Syiah, orang Cina lagi suka sebab ia memesong perhatian daripada percanggahan ideologi ekonomi antara Melayu dan Cina. Cuma Cina tak suka penggunaan agama untuk kenakan orang Cina. Tapi itu lah, kebanyakan apa berlaku tak akan ikut apa yang mereka nak.

Hezri Sardi

Fallacy HSR : Malaysia-Singapura.

  1. Sekitar jam 3 petang pada 27 Julai 2023, di Putrajaya, Kementerian Kewangan buat sesi penerangan RFI (Request for Info) untuk projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR). HSR ni dulu dah dihentikan oleh Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  2. Sekitar 300 syarikat, kedutaan dijemput. Ramai yg hadir secara fizikal, dan ada yg menyaksikan secara online.
  3. RFI ini untuk HSR untuk Kuala Lumpur-Johor Bahru, dan “mungkin” disambung sampai Singapura (HSR KL-SG).
  4. Ditunjukkan kepada hadirin kononnya ada 150 juta perjalanan setahun antara Kuala Lumpur-Singapura, dan akan meningkat mencecah 250 juta setahun pada tahun 2060. Menurut data mereka,
    4.1 Kebanyakannya menggunakan darat.
    4.2 Cuma sebahagian guna udara.
    Oleh sebab ringgit lemah, tak mungkin rakyat Malaysia pergi Singapura kecuali untuk bekerja. Jadi, hampir semua dalam data ialah pelancong Singapura ke Malaysia sebab matawang mereka kuat.
    Untuk unjuran kerajaan tadi kekal, maka status quo hubungan ekonomi Malaysia-Singapura mesti, Ringgit lebih lemah dari Dollar Singapura sampai bila-bila. Adakah kita boleh terima?
  5. Macamana data “Perjalanan” tadi diukur? Adakah ia Sahih?
    5.1 Jika naik penerbangan, kita boleh ambil data “Departure” & Arrival mengikut tiket. Tapi macamana nak tahu penerbangan KL ke Singapura / Singapura-KL tu bukan sebahagian daripada transit dari negara lain? Apakah org yang naik penerbangan transit akan sanggup berubah ke HSR?
    5.2 MyHSR kata hampir semua perjalanan KL ke Singapura melalui darat. Jika udara, kita masih dapat ukur ikut tiket tapi pengangkutan darat (selain bas), bagaimana jumlah data diukur? Kalau tiket bas, boleh semak tempat asal & destinasi. Tetapi kalau kereta, lori, motor, kita bukannya ada tol yg masuk dari KL (cthnya Jln Duta) dan keluar di SG (cthnya Marsiling / Woodlands / Tuas)? Mungkinkah pergerakan itu datangnya lebih dari pergerakan rentas sempadan Johor-Singapura untuk bekerja?
    5.3 Sekiranya data 150 juta setahun itu betul, dan jika dianggarkan 80% guna pengangkutan darat, itu bererti 120 juta setahun perjalanan darat. Jika dibahagi ikut hari, 330 ribu perjalanan darat sehari, atau 14 ribu perjalanan sejam, atau 228 perjalanan darat seminit. Sekiranya 1 kereta ada 3 orang, maka memerlukan 76 buah kereta seminit bergerak antara KL dan Singapura. Jika kita bahagi dua (ie ½ dari KL ke SG, dan ½ lagi dari SG ke KL), maka akan tetap memerlukan 38 buah kereta seminit bergerak sehala antara KL-SG. Ini amat pelik. Kalau data ini betul, pasti highway PLUS sudah jem teruk, terutamanya di tempat yg ada dua lorong saja (seperti Johor, Melaka). Dan ini purata, maka jika ada hari yg jumlah kenderaannya kurang, pasti akan ada hari yg mungkin jumlah kereta sehala mencecah 100 buah setiap minit! Tak masuk akal!
    Tak ambilkira lagi jika pengangkutan darat bawa barang, contohnya makanan, atau sayur mentah. Takkan tauke nak bawa ayam naik HSR?
  6. Sewaktu ingin membuktikan manfaat ekonomi HSR, ditonjolkan impak positif sosioekonomi HSR di Jepun (shinkansen), Taiwan (shinkansen), UK (HS2), China, Thailand (future 4 lines), Indonesia (future Jakarta-Bandung line).
    Jika diperhatikan, ini semua HSR yg menyambungkan bandar² dalam negara yg sama, yg mempunyai dasar, halatuju & agenda politiko-sosio-ekonomi yg sama. Bolehkah HSR KL-SG diukur guna perbandingan sebegini? Bukankah kedua-dua negara, yakni Malaysia dan Singapura adalah berdaulat, dan kita bukan dalam Economic Union seperti EU atau Benelux.
  7. Kemudian ditayang fakta kononnya di antara KL & JB, ada kira² 50 aset berstatua MSC, 35 taman industri, dan 120 kawasan pelancongan. Persoalannya, apakah HSR ini akan ada banyak stesen hentian? Jika ia tak berhenti-henti, contohnya di Seremban / Port Dickson, Melaka atau mana-mana di Johor, dan ia cuma berhenti di KL & JB saja, bagaimanakah keretapi tanpa henti ini mampu bantu semua taman perindustrian atau kawasan pelancongan? Ia umpama naik penerbangan KL-JB, lalu atas Melaka, bukannya boleh terjun di tengah-tejgah penerbangan supaya dapat berada di Air Keroh!
  8. Baik, katakan HSR ini akan jadi henti². Keretapi HSR ini disasarkan utk bergerak pada kelajuan kira² 300 km/jam. Pada kelajuan itu, untuk tren tu berhenti, kira² 20km diperlukan selepas brek ditekan, sebelum tren dapat berhenti. Dan 20 km lagi diperlukan selepas stesen, sebelum tren yang mula memecut akan dapat cecah kelajuan 300km/jam semula. Ia jadi perlahan, bukan lagi Keretapi Laju HSR!
    Dan sekiranya secara magis tren mampu berbuat dua-dua sekali, tidakkah HSR ini akan memberi impak negatif kepada tren henti² KTM Gemas-JB, atau lebuhraya PLUS?
  9. HSR ini mensasarkan PFI melalui swasta atau PPP (Public-Private Partnership). Data daripada kerajaan menunjukkan, dari kira² 50 projek HSR seluruh dunia, cuma 7 menggunakan cara PPP. Dan dari 7 itu, cuma 5 yang beroperasi, cuma 10% sahaja! Cara PP yang diamalkan di Perancis (50%-50%), manakala di Taiwan (70%-30%). Di Perancis, HSR yang merentas sempadan UK-Perancis, kerajaan mereka bukan setakat bagi tanah, bahkan membiayai modal pusingan, dan khidmat O&M (operasi & selenggara). Manakala di Taiwan, cuma tanah sahaja dari kerajaan, selebihnya dari swasta.
  10. Utk PFI level sebegini, kerajaan cuma beli & beri tanah, modul yang biasa digunakan ialah DFBOT (design-fund-build-operate-transfer). Fund (dana) datang dari swasta, maka kerajaan cuma ada sikit kawalan ke atas HSR. Maka tidak salah jika dianggarkan harga tiket sehala setiap org akan melambung mahal. Pernah dianggarkan pada 2018, harga tiket HSR akan cecah RM 270 sehala. Selain itu, tempoh konsesi yang amat panjang (mungkin cecah 80 tahun)? Maklumlah, swasta bukan setakat membiayai design dan pembinaan, bahkan perlu membiayai operasi & MRO (maintenance, repair overhaul)! Bisnes mana yang mahu rugi? Atau apakah kita bersedia untuk sekali lagi bailout syarikat swasta dengan alasan ini projek kepentingan negara?
  11. Kita juga berharap kalau buat semula HSR ini, buat lah tuntas. Bahkan, dengan perlantikan bekas pengarah MRL (Malaysia Rail Link yang menguruskan ECRL) menjadi pengerusi MyHSR, diharapkan dapatlah ambik iktibar dari perjalanan ECRL yang dibiayai pihak luar. Jangan kata projek untuk kontraktor Melayu, nak sub kepada Cina dan India Malaysia pun jangan harap!

Nota tambahan, di penghujung ucapan pembukaan, beberapa ayat dalam Mandarin dituturkan bagi menyambut kedatangan syarikat² China.
Orang Jepun, Korea dan Eropah juga datang, kenapa cakap Mandarin? Apakah HSR bakal menjadi ECRL 2? Lubang baru² ini di KM 66.1 Lebuhraya KL-Karak masih segar di ingatan semua, kan?

Hezri Sardi

SalamSuaraMajoriti

Amanat Lebuhraya Rakyat

Pada 1980an, kerajaan Malaysia mula melaksanakan dasar penswastaan. Antara projek penswastaan besar ialah Lebuhraya. Baru baru ini Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan penubuhan syarikat bukan berasaskan keuntungan iaitu Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) bagi mengambil alih operasi Lebuhraya di Malaysia.
Ada orang mempertikaikan yang tiada beza antara ALR dengan kaedah sekarang. Sebenarnya, beberapa bulan lepas saya banyak sebarkan tulisan saya tentang idea menghapuskan penswastaan melalui syarikat tidak bermotif keuntungan.

Walau bagaimanapun, saya akan jelaskan semula secara mudah difahami. Penswastaan berlaku apabila perkhidmatan kerajaan dikontrakkan kepada syarikat swasta. Jika perkhidmatan itu masih di bawah jabatan kerajaan, tiada siapa meraih untung daripada perkhidmatan itu. Tapi, selepas diswastakan, pemilik syarikat yang dapat untung. Antara kesan utama ialah harga mahal dikenakan kepada rakyat. Pada masa yang sama, perkhidmatan diswastakan itu bersifat monopoli kerana tiada pesaing tetapi tak pula boleh dikenakan tindakan oleh Akta Persaingan.

Cara menyelesaikan masalah ini ialah menghapuskan penswastaan. Cara paling bagus dan mudah menghapuskan penswastaan ialah dengan mengembalikan perkhidmatan diswastakan itu menjadi jabatan kerajaan. Isu utama kaedah ini ialah perbelanjaan memberi perkhidmatan itu akan menjadi belanja kerajaan. Belanja kerajaan bertambah, hutang negara juga bertambah.

Berapa tinggi naik pun hutang negara, sebenarnya tiada masalah kerana hutang negara ialah sesuatu yang baik. Saya ada menulis berpuluh artikel berkaitan ini, malah saya sampai tulis satu buku iaitu “Dongeng Hutang Negara”. Masalah utama ialah kebanyakan rakyat tak tahu. Ini akan diguna ahli politik menyerang lawan mereka jika hutang negara bertambah.
Cara untuk menghapuskan penswastaan tanpa menukar penswastaan kepada jabatan kerajaan, ialah dengan menukar syarikat swasta itu menjadi syarikat tak bermotif keuntungan.

Saya beri 2 senario:

Senario 1: Lebuhraya masih lagi dimiliki swasta.
Lebuhraya A mencatat untung RM100 juta pada 2022. RM40 juta dibayar sebagai Dividen kepada Pemegang saham.
Mencatat untung RM120 juta pada 2023. RM50 juta dibayar sebagai Dividen kepada Pemegang saham.

Senario 2: Lebuhraya diambilalih syarikat tidak bermotif keuntungan.
Lebuhraya A mencatat untung RM100 juta pada 2022. Tiada bayaran Dividen langsung kerana tiada lagi Pemegang saham.
Pada 2023, ia akan ada 2 Pilihan.
Pilihan A: Turunkan harga tol hingga tiada lagi untung. Maknanya, harga tol diturunkan hingga untung pada 2023 menjadi Sifar (0).
Pilihan B: Kekalkan harga tol tetapi syarikat Lebuhraya berbelanja besar bagi menambah kualiti untuk pengguna Lebuhraya. Pada hujungnya, untung tetap menjadi Sifar (0) walaupun harga tol sama tetapi pengguna dapat kualiti yang jauh lebih baik.

Menurut senario 2 tadi, dengan tiadanya pemilikan saham, Untung dihilangkan lalu digantikan sama ada dengan:
1) Harga tol yang lebih rendah;
Atau:
2) Kualiti Lebuhraya yang lebih baik.

Kredit : Hezri Sardi

De-Penswastaan Lebuhraya

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan penubuhan syarikat bukan berasaskan keuntungan iaitu Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR).

ALR yang tidak bermotif keuntungan akan cuba mengambilalih 4 Lebuhraya iaitu:
1) Lebuhraya Shah Alam (KESAS),
2) Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART),
3) Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) 4) Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Menurut Datuk Seri Fadillah, target penstrukturan itu ialah bagi memastikan tiada lagi pemilikan dalam bentuk saham dividen dalam Lebuhraya.

Tiada lagi pemilikan saham akan memastikan tiada lagi taikun taikun yang menjadi lebih kaya daripada perkhidmatan monopoli yang diswastakan.

Ketiadaan saham juga akan menyebabkan KWSP, KWAP, Tabung Haji dan PNB tidak lagi memegang saham dalam operasi Lebuhraya tadi.

Saya harap Tuan Puan rujuk semula beberapa tulisan saya yang mencadangkan secara terperinci cara menstruktur penswastaan kepada syarikat tidak bermotif keuntungan, yang saya banyak tulis ketika kita heboh dengan isu RFID.

Walaupun PNB, KWSP, KWAP dan Tabung Haji tidak memegang saham dan tidak lagi menerima dividen, dana dana ini masih lagi boleh memperoleh pendapatan pelaburan daripada syarikat tidak bermotif keuntungan, ALR itu.

Menurut tulisan-tulisan saya sebelum ini, walaupun saham tiada lagi, tetapi dana dana tadi masih boleh melabur dalam ALR dalam bentuk bon atau instrumen hutang.

Jika sekarang, ketika Lebuhraya di bawah taikun taikun, struktur modal syarikat operator Lebuhraya ialah rizab (untung terkumpul), hutang (bon), dan Ekuiti (saham), selepas ALR iaitu syarikat tidak bermotif keuntungan ambilalih, struktur modal ialah hutang (bon) dan rizab (untung terkumpul saja).

Tuan Puan mesti tertanya tanya bukankah untung masih ada, dan pulangan kepada bon masih ada.

Jika KWSP, KWAP, dan lain menjadi Pemegang bon, apa yang ALR bayar kepada Pemegang bon ialah belanja daripada kutipan tol, bukan keuntungan. Sebaliknya, jika ada pemegang saham, dividen yang dibayar kepada Pemegang saham ialah keuntungan.

Jika ada untung, dividen dan Pemegang saham, akan ada budaya mengejar untung. Tanpa untung, bayaran kepada Pemegang bon adalah tetap, justeru harga tol dapat direndahkan.

Baru-baru ini kita dikejutkan apabila pengarah dan CEO syarikat dibayar begitu besar malah vendor dapat projek besar. Ini kerana CEO, pengarah dan vendor ialah kroni kepada Pemegang saham. Dalam sistem syarikat yang ada pemegang saham, ini semua biasa dilakukan.

Tetapi, jika pelabur bukan Pemegang saham, sebaliknya ialah pemegang bon, mereka tak boleh campur tangan dalam syarikat.

Apa apa pun, saya mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan kerana berani melawan arus penswastaan. Untuk membaca lebih terperinci berkaitan idea saya berkaitan penstrukturan penswastaan melalui syarikat bukan berasaskan keuntungan, sila baca tulisan tulisan saya beberapa bulan lepas.

Kredit : Hezri Sardi